|
|
Saya memohon semua pengundi di Hulu Selangor esok supaya tidak melupai darah dan air mata rakyat Palestin yang dijajah Yahudi zionis termasuk di dalam APCO Worldwide.
"Sebelum mengundi, ingatlah bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadikan APCO Worldwide yang dimiliki dan dikuasai Yahudi sebagai tempat memohon petunjuk, iaitu konsultan komunikasi mereka.
"Jangan khianati darah dan air mata rakyat Palestin,"
Ahli lembaga APCO juga turut dianggotai bekas ketua keselamatan Agensi Keselamatan Israel (Israeli Security Agency atau ISA) yang lebih dikenali sebagai Shabak atau Shin Bet.
Semasa intifada al-Aqsa, Shin Bet memainkan peranan untuk mengenalpasti identiti dan lokasi pemimpin-pemimpin Palestin yang akan dijadikan sasaran mangsa pembunuhan melalui serangan udara tentera Israel.
Shin Bet juga amat terkenal dengan kaedah-kaedah menyeksa tahanan mereka semasa soal siasat.
Penglibatan Shin Bet dengan APCO tidak terhad kepada seorang individu di mana tiga lagi bekas anggota Shin Bet menganggotai syarikat yang bersekutu dengan APCO, iaitu Asero Worldwide.
Menurut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Denise Teeling dan Margery Kraus adalah pengarah APCO Worldwide Sdn Bhd yang ditubuhkan di Malaysia, iaitu tempat Najib dan kerajaannya memohon petunjuk.
"Saya amat berharap para pengundi Hulu Selangor tidak memberikan undi kepada BN pimpinan Najib yang menjadikan APCO yang dikuasai Yahudi zionis sebagai tempat memohon petunjuk,"
Naib Presiden Kanan APCO Worldwide di Washington DC, Jonathan Winer, pernah mengemukan laporan yang menuduh Ikhwan Muslimin serta beberapa badan kebajikan Islam sebagai pengganas.
Beliau pernah berusaha agar dipatahkan segala aktiviti kewangan kepada badan-badan tersebut.
Salah seorang ahli lembaga APCO dan bekas duta Amerika Syarikat, Marc Ginsberg pula menyifatkan mujahid Islam, asy-Syahid Sayyid Qutb sebagai musuh dan membandingkannya dengan Adolf Hitler. Syed Qutb ialah penulis karya-karya besar seperti Ma'alim fil Tariq dan Fi Zilal al-Qur'an.
Ahli lembaga APCO yang lain termasuk dua bekas duta Israel, iaitu bekas duta Israel ke Jerman, Shimon Stein dan bekas duta Israel ke kepada Amerika Syarikat, Itamar Rabinovich.
KENYATAAN MEDIA
RASUAH 10 BILION SETAHUN, APA CERITA MENTERI-MENTERI SEMUA
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkongsi kebimbangan rakyat di atas kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa perbuatan rasuah dalam perkhidmatan awam berpotensi untuk menyumbang kerugian bernilai RM 10 bilion setahun.
10 billion setahun mampu menghasilkan 400 buah sekolah baru yang bernilai 25 juta sebuah atau membantu 333,333 pelajar untuk melanjutkan pelajar ke universiti jika dijadikan biasiswa. 10 bilion ini juga mampu dijadikan modal untuk membina jalanraya sepanjang 1000 kilometer dari Selatan hingga ke Utara tanahair. 10 bilion ini juga mencukupi untuk membina 10 lagi jambatan Pulau Pinang. Banyak yang boleh dibelanjakan dengan 10 bilion ini.
Jika pegawai perkhidmatan awam juga korup, bagaimanakah rakyat ingin mempercayai sistem pentadbiran negara kini. PAS berharap Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang dilaung-laungkan mampu membasmi masalah ini. Namun disebalik usaha murni itu, timbul tanda tanya kalangan rakyat. Bagaimana jika Menteri dan Timbalannya rasuah atau menyalah gunakan kuasa mereka dengan mengkambing hitamkan kakitangan awam untuk meluluskan projek demi kroni-kroni mereka?
Adakah SPRM dan program GTP ini mampu untuk menyelongkar jenayah ini atau sekadar membiarkan kambing hitam dibuat 'gulai' bagi mengaburi mata rakyat. Kita tidak lupa dengan skandal PKFZ yang akhirnya siasatan ke atas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat ditutup begitu sahaja dengan alasan tiada bukti.
PAS mempersoalkan prosedur dan ketelusan SPRM dalam membuat siasatan termasuk juga laporan rasuah Mahathir, Pak Lah, Najib, Rafidah dan ramai lagi yang pernah diberikan oleh Ezam Mohd Noor ketika beliau bersama Gerak satu ketika dahulu. Ke mana laporan-laporan itu dibawa. Adakah laporan dan fail berkotak-kotak itu sudah dicampak ke laut selepas Ezam kembali pada Umno.
Apakah program GTP ini juga mempunyai pelan untuk menyiasat skandal rasuah Najib dalam kes pembelian dua unit kapal selam dari Perancis. Kes ini sedang dibawa ke Mahkamah Perancis oleh Suaram memandangkan SPRM tidak berminat untuk menyiasat kes ini.
Ini adalah sesuatu yang amat memalukan bila mana kambing-kambing hitam dan ikan-ikan bilis dalam agensi Kerajaan dikejar sampai ke lubang cacing sedangkan Menteri-menteri bebas sebagai pemimpin maksum yang tidak boleh disiasat dan didakwa.
PAS berharap agar KSN tidak menjadi badut sekadar untuk menghibur pemimpin-pemimpin BN, dan mahu GTP dilaksanakan dalam maksud yang sepenuhnya sama seperti yang rakyat inginkan.
Kita memang khuatir dengan apa yang berlaku pada negara Greece yang kini mempunyai hutang yang sudah dilabelkan bertaraf 'sampah' atau memang mustahil untuk dibayar balik ekoran gejala rasuah yang berleluasa kalangan pemimpin dan penjawat awamnya.
Negara anggota EU itu menjadi negara paling miskin di Eropah ekoran jenayah kapitalisme yang bermula dari pemimpin mereka sendiri. Hari ini Malaysia boleh ketawa, tapi tidak mustahil esok lusa negara jiran akan ketawakan rakyat Malaysia kerana membiarkan amalan rasuah di negara ini terus menerus berlaku dan merugikan pendapatan negara lebih dari RM 10 bilion setahun.
PAS berharap rakyat membuka mata dan sentiasa peka dengan apa yang berlaku sebelum membuat keputusan dalam pilihanraya akan datang.
Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat