Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP), dan kemudiaannya dinaik taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), bukan sekadar meraih sokongan politik semata-mata, kata Dr. Mujahid Yusof. |
Nazri Abdullah |
KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Penubuhan Kelab Penyokong PAS (KPP), dan kemudiaannya dinaik taraf sebagai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP), bukan sekadar meraih sokongan politik semata-mata, kata Dr. Mujahid Yusof. |
Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 27 Ogos: Tindakan kerajaan Kelantan yang mahu memfaikan saman terhadap Petronas berhubung tuntutan Royalti 5 peratus, terus mendapat sokongan pelbagai pihak. |
Adalah menjadi satu kesalahan untuk kita mendoakan orang bukan Islam ketika kita sedang bersolat Jumaat. Ini menjadi satu kebimbangan kepada umat Islam khususnya di Pulau Pinang kerana isu mendoakan KM Pulau Pinang ketika solat Jumaat ini didedahkan Utusan Malaysia hari ini. Apakah sebenarnya yang berlaku? Mengapa ia boleh terjadi? Jangan kerana mahu politik kuasa, maka kebesaran Islam yang selama ini kita junjung dan tertakluk kepada Perlembagaan Negara kita korbankan. Seperti yang kita tahu, Yang Di-Pertuan Agong adalah ketua agama Islam bagi Negeri-negeri Tidak Beraja. Maka kita perlu mengikuti Perlembagaan Negara agar kita tidak dilihat sebagai penderhaka kepada agama dan negara kita sendiri. Namun, kisah ini masih lagi menjadi tanda tanya? Benarkan ada masjid yang mendoakan selain YDP pada sidang khutbah Jumaat? Atau adakah ia juga sekadar mainan politik pihak tertentu yang ingin menjatuhkan kredibiliti pihak lawan? Kita harapkan agar ada pihak sudi tampil memberi penjelasan agar isu ini tidak disalahertikan oleh rakyat.