Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Ini adalah sambungan artikel bertajuk Melayu atau Islam. Kini telah muncul rancangan Realiti TV baru iaitu Gadis Melayu di TV9 dekat di hati. Namun adakah program ini sesuai untuk kita menontonnya. Kita lihat tujuan utama yang ingin ditunjukkan di sini adalah untuk mencari perempuan Melayu yang mempunyai ciri-ciri kemelayuan yang tiada tolok bandingannya. Lalu dicarilah di seluruh Malaysia semua perempuan Melayu yang sebenarnya tak tahu apa itu ciri Melayu Asli. Entahlah, aku sebenarnya pening kepala melihat gelagat wanita Melayu ni. Kita ni mungkin bangsa yang nak glamor kot tanpa kenal Halal atau Haram. Aku nampak banyak sangat keburukan yang ada dari kebaikan. Sebab seperti antum semua tahu bukankah haram untuk seorang wanita membuka auratnya. Ini aku tengok macam-macam gaya rambut ada. Hai pening-pening. Lagi pulak ditambah pula dengan gaya yang langsung tiada ciri Islam. Walaupun ada wanita bertudung namun ini tidak menampakkan ciri Islam di dalam diri. Aku rasa diorang hanya nak wajah yang cantik dan ciri bangsa Melayu yang unik itu. Aku rasa tiada keperluan untuk nak baca Al-Quran ker, bernasyid ker atau apa sahaja hiburan yang Islam. Korang tengoklah video ni ok, langsung tidak menitikberatkan Keislaman. Apa nak jadi anak bangsa agamaku ni?



Adakah kita sedar tentang diri kita sendiri? Adakah kita tahu bahawa kita Islam atau tidak? Yang kita tahu ialah saya Melayu. Ramai yang berpendapat bahawa Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu di Malaysia. Apakah kita sedar bahawa kita perlu mempertahankan Islam tanpa mengira bangsa atau negara. Kini apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kita lebih mempertahankan Melayu dari Islam. Apakah kita lupa bahawa Islam telah membawa Melayu keluar dari jurang sosial Kasta dalam Hindu yang kejam ketika zaman Melaka dulu. Kita juga mungkin telah melupakan bahawa Islam telah membawa sinar kepada Kerajaan Melayu di Acheh, Perlak dan Samudera. Kita harus ingat bahawa Islam telah berjaya memayungi 2/3 dunia dahulu. Namun, akibat semangat Nasionalis atau Kebangsaan yang melampau telah menjatuhkan Daulah Islamiah Uthmaniyyah. Apakah kita mahu perkara ini berulang kembali kepada agama kita sekarang. Ingat dan fikirlah bahawa Islam harus diletakkan di tempat yang paling atas sekali. Majulah agama demi diri dan negara. TAKBIR!!!!!!!!!!!!!!!!!! ALLAHUAKBAR.


Peta mengenai UMAT ISLAM DI DUNIA.



Orang Melayu Islam kini mula ketinggalan di belakang kaum lain. Kita kalah dalam bidang ekonomi, pendidikan dan sosial. Namun, kita mula jadi jaguh dalam Rempit, seks bebas, rosak akhlak dan sebagainya. Kita hilang arah disebabkan Islam yang kita anuti Islam ChaCha Marba(campur Aduk). Islam muncul dengan pelbagai nama, seperti Islam Hadhari, Islam Madani dan sebagainya. Namub Kita lupa Islam sebenarnya ialah Islam Samawi yang diturunkan Allah melalui Nabi Muhammad S.A.W yang diturunkan Al-Quran 30 juzuk. Itu yang perlu kita ikut. Namun ada golongan yang menyatakan Islam hanya akan membekukan pemikiran Melayu. Itu pandangan bodoh dan cenderung pada Musuh Allah. Islam ini telah dibawa Kaum Muda pada permulaan Nasionalisme di Tanah Melayu menerusi Syed Sheikh Al Hadi menerusi Al-Ikhwan dan Al-Imam. Mereka berjuang untuk menegakkan ijtihad dan melawan taqlid buta. Islam akan membawa kita kepada kejayaan. Sabda Rasulullah, "Bekerjalah kamu sebagaimana kamu hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah seolah kamu mati esok hari". Marilah kita bersama menegakkan Islam dan Kalimah Allah di muka Bumi INI. Ingat, fityan! Hidup ini harus terus berjihad untuk menang atau syahid. Kita mampu mencapai keseimbangan duniawi dan ukhrawi.




Buah duku seiras langsat


Raga dibawa sambil dikendong


Kalau rasa jauh dari Islam mudah tersesat,


Marilah balik pada Islam tulen berbondong-bondong




Takbir, Allahuakbar




Hasil Nukilan-Himura45




Nampaknya tak lama lagi akan berlaku peperangan ideologi antara PRO M dan REVO M bagi mendapatkan kerusi di Majlis Perwakilan Mahasiswa UM. Pro M telah dilihat mula menunjukkan taringnya dan ini amat menyukakan hati kecilku. Ini menunjukkan Tuhan amat sayang pada hamba-Nya yang merintih bagi mendapat kejayaan. Aku bukan baik sangat pun, tapi aku menyokong pada kebenaran dan keadilan. Aku tak mahu UM dikuasai puak sekular bodoh yang menolak Islam dari politik. Dahlah bodoh, sombong pulak tur. Sakit hati aku dibuatnya. Aku mengharapkan kemenangan Mutlak PRO M nanti. Walaupun banyak taktik kotor nanti, Allah pasti akan tolong kita. Itu aku pasti. Semoga anta dan anti semua keluar mengundi nanti OK. Pastikan UM dikuasai Islam. Takbir, Allahuakbar.




Pada 2 minggu lepas, saya sempat untuk melihat debat VP USA antara Sarah Palin, Republikan dan Joe Biden, Demokrat. Namun, saya amat terkejut dengan kedua-dua pemimpin ini. Mereka telah ditanya 2 soalan panas. Pertama, Adakah mereka menyokong perkahwinan satu jantina yakni gay dan lesbian. Kedua, adakah mereka menyokong Israel? Jawapan yang diberi cukup memeranjatkan saya. Mereka berdua menyokong penuh gay dan Israel. Alasan mereka cukup mudah, mereka mahu menjaga sekutu mereka dan rakyat Amerika. Ini cukup untuk meletakkan mereka di dalam keadaan yang cukup bahaya. Joe Biden juga telah menyelar Hamas sebagai pengganas. Saya cukup marah dengan mereka berdua lalu saya menutup TV dan menelefon sahabat saya, Saudara Hasbie Muda dari PMIUM. Saya katakan mereka berdua tidak layak menjadi pemimpin kerana kebodohan mereka dalam memahami sosial normal masyarakat. Saya juga bertindak menulis hari ini kerana merasakan ada sesuatu yang akan menarik saya untuk menghebahkan pada sahabat semua. Nampaknya Palestin takkan aman buat masa ini jika dua VP ini menjadi pemimpin USA. Jadi kita telah lihat melalui Demokrasi Barat yang menekan Islam dan meletak kumpulan Islam seperti HAMAS sebagai pengganas. Sebab itu saya bertanya, kebijaksanaan atau kebodohan yang membawa USA pada hari ini. Anda boleh membawa komen anda mengenai isu ini. Silakan.







Somalia sebuah negeri yang berpecah akibat perang saudara yang berlaku sejak kejatuhan Prisiden Siad Barre. Negeri ini telah menghadapi perpecahan disebabkan tiada satu pemimpin yang mampu untuk menyatukan kesemua pemimpin yang berpecah-belah ini. Peperangan ini telah menyebabkan banyak infrastuktur di Somalia musnah. Namun ini adalah ujian bagi penduduk Somalia. Pada 1996 UIC atau Islamic Court of Somalia bangkit bagi membantu Somalia mencapai keamanan sebenarnya. Mereka ini adalah golongan yang mengikuti Islam yang sebenarnya dan cuba melindungi Somalia melalui penaklukan Mogadishu. Namun USA dan Habsyah telah berpakat menyerang UIC dan memaksa mereka kelura dari Ibu KOTA MOGADISHU. Oleh itu jihad telah dilancarkan bagi menentang Ethiopia dan seluruh Somalia digegarkan dengan panggilan Jihad itu. Namun pada 28 Disember 2006 UIC akihrnya berundur ke Sempadan Kenya setelah kejatuhan Mogadishu kali ke 2.

Assalamuailaikun lama sudah kita tak berjumpa Ana nak ucapkan Selamat hari Raya Aidilfitri sudah lama tidak kemukan post terbaharu. Ini adalah post permulaan pada bulan ini semoga sentiasa aman dan tenteram ok.

    Followers