

Semalam aku menonton !957: Hati Malaya. Cerita itu bagus pada pandanganku mengisahkan dua pejuang kemerdekaan Dato' Onn dan Tunku Abdul Rahman. Aku hairan mengapa perlu kedua pemimpin ini dipertunjukkan sebagai pemimpin yang tak sebulu. Namun setelah aku mendalami cerita ini, barulah ku tahu. Ideologi cara perjuangan keduanya amat berbeza. Namun prinsipnya tetap sama mahukan kemerdekaan dari Inggeris. Prinsip ini digunakan oleh setiap pejuang kemerdekaan baik Tok Janggut, Dato' Bahaman, Mat Kilau dan sebaginya. Namun ada antara mereka ini telah dicop pengganas oleh Inggeris. Ketika tahun 1950-an, dengan darurat yang masih berkuasa dan komunis yang menguatkan tindakan ganasnya, Tunku telah membawa kita ke Jalan Kemerdekaan. Namun kata Ibnu Khaldun, "Menjaga merdeka itu lebih payah dari mencarinya." Aku tahu UMNO pada zaman itu adalah UMNO yang sejati dan tiada korupsi. Namun setelah masa berlalu, UMNO mula lari dari prinsip perjuangannya sendiri. Sebab itu aku mula lari dari UMNO dan menyokong PAS di bawah Ayah Chik, Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Sekiranya ada pemimpin yang seperti Dato Onn dan Tunku dalam UMNO lagi tentu aku masih bersama UMNO. Namun Pas telah menunjukkan bahawa masih ada lagi pemimpin seperti Dato Onn dan Tunku. Kini kalaulah Dato Onn dan Tunku hidup lagi mungkin mereka akan kesal dengan UMNO sekarang.
Pada hari ini saya akan sediakan sahabat semua dengan sebuah kartun dari tanah Palestine. Kisahnya berkaitan dengan Fatah dan Hamas. Dalam kartun ini Hamas digambarkan sebagai singa manakala Fatah sebagi Tikus. Saksikan.
Ketika saat itu
Dikau sudah terbaring
Tiada saat muda
Mahupun saat bersuka ria
Hanya tua memisahkan dikau dari maut
Apakah dikau sudah lupa
Dikau dulu datang dari setitik nutfah
Yang bertukar menjadi alaqah
Kemudian kau diberi roh
Yang akhirnya membentuk dirimu sebagai insan
Apakah dikau lupa sebelum kau hidup di dunia
kau singgah di rahim bonda
oleh itu Kau akan singgah di barzakh dulu sebelum ke Mahsyar
Wahai teman
Insafilah diri
sebelum saat itu tiba
tika kau tiada daya upaya lagi
Pada hari ini aku gembira kerana kerajaan telah turunkan harga minyak. Walaupun tak banyak hanya 15 sen namun ini banyak bantu aku dalam bermacam perkara. Namun aku masih tak puas hati pasal masa naik dulu bukan main tinggi melangit harganya. Namun bila nak turun punyalah lambat dan sikit pulak tur. Aku bukan apa sentimen rajyat sekarang kat Parti Pembangkang. Kalau nak katakan pihak BN tak bagus namun dalam soal ini BN kena buat sesuatu.
Aku geram sangat hari ni sebab pada minggu lepas aku dapat berita yang kini orang Yahudi telah buat hal lagi di Al-Quds. Kali ini melibatkan polis Israel kerana mereka didapati telah minum arak dan juga berzina dalam Masjid. Aku baling surat khabar tu dan aku benci pada Israel. Namun aku tak dapat berbuat apa-apa pun kerana aku masih belum cukup kuasa untuk melawan mereka. Namun mungkin dengan sedikit kebijaksanaan melalui blog ini aku akan dapat membantu dari jauh. Tapi aku sedih kerana masih ada lagi umat Melayu yang tak sedar diri bahawa mereka itu Islam dan bukannya kafir. Namun aku lihat mereka lebih Amerika dai USA. Mereka langsung tak tahu apa itu Palestin, Al-Quds atau Hamas. Mereka hanya tahu artis Barat dari Syeikh Akmad Yassin. Mereka hanya tahu kumpulan Jonas Brothers dari Kumpulan Hamas. Itu yang aku sedih sangat tu. Dahlah tu, mereka menjadi orang yang paling kuat menentang sebarang perubahan yang aku lakukan sekiranya melibatkan Islam. Mereka ingat kalau pakai kot, Baju, tali leher tu mereka dah maju. Aku tahu tu namun bagi orang yang pakai serban, kopiah atau baju yang lebih Islamik mereka tak bagi. Katanya itu hanya untuk orang tua sahaja. Kita yang muda boleh joli katak. Hai sedih sedih.
INi aku sediakan video untuk hangpa semua. Insafilah diri ok. Man Jadda wa Jadda.
Pada minggu lepas aku terkejut apabila dapat tahu kebiadapan Polis Israel di dalam Al-Aqsa yang aku sayangi. Mereka bertindak untuk minum arak dan melakukan zina dalam Masjid ini. Aku tahu mereka amat benci dengan Islam namun jikalau kesucian Al-Aqsa diperkosa aku takkan berdiam diri sahaja. Aku gunakan blog ini sebagai cara untuk mengajak orang ramai mengingati dan juga mengajak mereka untuk terus membenci zionis serta melawan mereka.
