Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Khusyu' bolehlah di ertikan dengan menumpukan sepenuh perhatian dan tumpuan semasa solat seperti ia berhadapan dengan Allah. Hati dan fikirannya berada sepenuhnya di dalam solat tersebut dan tidak lalai daripada mengingati perkara-perkara lain di luar solat.
Sebenarnya khusyu' dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti Firman Allah s.w.t:-
yang bermaksud “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya”

[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].









Firman-Nya lagi:-










"Peliharalah segala sembahyangmu dan peliharalah sembahyang utama (Asar, Subuh) dan

[Surah Al-Baqarah : ayat 238]





Ketahuilah, solat adalah ibadah utama yang akan dihisab terlebih dahulu di akhirat oleh Allah SWT, berbanding dengan amalan-amalan yang lain. Sekiranya solat seseorang itu dalam keadaan sempurna, maka barulah dihitung pula amalan yang lain.



Firman Allah lagi:-



yang bermaksud : "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya." [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud : "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan". Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk, amalan berikut perlulah diamalkan dan diperhatikan oleh setiap orang yang mengerjakan sembahyang:

Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.

Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.



Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.




Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi (Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang itu.




Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.





Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.





Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat.




Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.



Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.





Mendirikan sembahyang secara berjemaah.




Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.




Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.


Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.




Walau apapun syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT. Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya. Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang. Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.




Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik) seorang hamba terhadap Tuhannya. Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa. Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata, "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."




Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apasaja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat seperti firman Allah yang bermaksud:
Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya" [Surah Al-Baqarah : ayat 45-46].

Esok hari penamaan calon akan diadakan di DTC. Sudah menjadi lumrah sehari sebelum pilihan raya bermula, pasti ramai yang bersengkang mata untuk memastikan jentera PRK akan terus bergerak seiring dengan masa. PRK memerlukan seorang pemimpin yang boleh menyayangi mahasiswa sebagai darah dan dagingnya sendiri. Susah senang sama dilalui. Menjadi bulan dari menjadi lilin. Berdasarkan itu, saya yakin Pro-Mahasiswa akan berjaya memenangi undi pemilh kali ini. Walau dianggap sebagai ekstremis oleh pihak Penggerak Mahasiswa,namun Pro-M mampu tenang dan melatah. Tidak seperti jentera Penggerak Mahasiswa yang melatah dan sanggup melakukan kekejaman seperti mengugut, merampas harta orang, menumbuk malah mahu membunuh pun ada. Macam-macam ada. Inikah pemimpin yang anda perlukan? Inikah pemimpin yang boleh membantu rakyat mahasiswa. Adakah kita akan menjadi mahasiswa beku akal? Penggerak Mahasiswa tidak bergerak di atas landasan keadilan. Mereka bukan membiarkan kemungkaran berleluasa malah turut sama menyertainya. Mereka langsung tidak mahu menegakkan hukum Islam yang syumul malah memperlekehkan lagi. Mereka turut menggunakan pihak Keselamatan sebagai kuda tunggangan mereka bagi menekan Pro-M. Saya berpendirian bahawa Pro-M samada menang PRK atau syahid kerana memperjuangkannya. kita perlu yakin dan percaya bahawa Allah bersama kita pasukan keadilan agama, bangsa, kampus dan negara. Percayalah, jika Pro M menang janji manifesto PRK akan dilaksanakan tanpa ragu-ragu. Kami berdiri di atas tikar keadilan yang kuat. Kami akan pastikan Pro-M akan mendapat undi majoriti dalam PRk kali ini. Semoga Allah akan memberikan kekuatan pada diri Pro-M. Sedangkan naga akan dilawan, inikan pula cicak mengkarung. Kita akan menang, kita akan menang, revolusi telah bermula, Islam akan bengkit di bumi Uni Malaya ini. Takbir! Allahuakbar.

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA.TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH,BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.''''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

> > > > > > > > > > > > > '' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.
> > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > > SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI.SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG,SELEKEH,KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS. SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYE BARBER JGK TIDAK WUJUD?''''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''.''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYE!''.KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN&PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''

at 1/12/2009 11:44:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

Pada hari ini telah dipalukan gendang perang bagi perlawanan politik di UM. Aku telah dipertanggungjawabkan bagi menjadi wakil calon Pro-Mahasiswa. Aku rasa gembira kerana dapat menjadi kader atau Tentera Semut bagi PRK kali ini. Aku akan teruskan perjuangan ini walau aku terpaksa memilih antara akedemik atau Perjuangan. Ini satu jihad yang harus aku tempuh pada semeter ini. Aku akan pastikan calon Pro-M akan menang di UM. Aku yakin bahawa pada 19 Januari ini, Pro-M akan menang dan UM akan diubah menjadi kubu Pro-M. Takbir.

Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi aku jasad siap dengan bayang - bayang,
Bukan ke lebih beruntung daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam & siang...



Apasal la aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara pun dah aman tidak lagi hidup berdagang,

Takkan lima minit lima waktu aku tak boleh luang....



Apasal la aku malas sembahyang,
Tuhan kasi otak supaya aku tak bangang,
Tuhan kasi ilmu boleh fikir susah senang,

Tuhan kasi nikmat kenapa aku tak kenang...




Apasal la aku malas sembahyang,
Main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert aku sanggup beratur panjang,

Apa la aku ingat masuk syurga boleh hutang...?


Apasal la aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur Kita bukannya panjang,
Pagi Kita sihat petang boleh kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang - sorang....


Apasal la aku malas sembahyang,
Siksa neraka Cuba la aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,

Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh
Halang!!!

at 1/10/2009 05:26:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

HAMAS KAMI BERSAMA KALIAN!
UST NASRUDIN AT-TANTAWI
Saya mengenali HAMAS sejak awal penubuhannya pada penghujung tahun 1987 . Masa tu saya masih menuntut di Pondok Pasir Tumbuh , Kota Bharu Kelantan .
HAMAS yang muncul memimpin intifadhah [ kebangkitan ummah ] di Palestine telah mampu menggugat kedudukan Israel Alaihi Laknatullah setelah PLO kelihatan terlalu berdiplomasi dengan Israel .
Semenjak itu , harapan ummat Islam tertumpu kepada HAMAS untuk terus berjuang membebaskan al Quds . HAMAS yang dilihat sebagai cabang Ikhwanul Muslimin di Palestine terus gigih berjuang biarpun satu demi satu para pejuang dan pemimpin mereka gugur sebagai syuhada' .
Mac dan April 2009 ini akan genaplah 5 tahun pemergian Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin [ syahid : 22 Mac 2004 ] dan Asy Syahid Dr. Abd Aziz Rantisi [ syahid : 17 April 2004 ] . Suatu pemergian yang telah meninggalkan impak besar dalam jiwa pejuang Islam di seluruh dunia .
Palestine dan Al Quds bukan lagi isu HAMAS tetapi menjadi isu untuk semua ummat Islam khasnya PAS yang juga merupakan rangkaian Gerakan Islam antarabangsa .
Jelasnya kita tidak boleh tinggal diam lagi melainkan satu langkah berkesan wajar diambil untuk meletakkan kita bersama dengan HAMAS di Palestine terutamanya di Semenanjung Gaza yang kini sedang dihimpit ganas oleh rejim Zionis Yahudi Alaihim Laknatullah .
Bukan sekadar doa [ tanpa menafikan kepentingan doa sebagai senjata mukmin ] , bukan sekadar demo [ tanpa menafikan pentingnya ummat menyatakan sikap dan menunjukkan perasaan ammarah mereka terhadap kekejaman Yahudi ] , bukan sekadar derma [ tanpa menafikan keperluan wang ringgit untuk membiayai perubatan dan keperluan makanan mereka yang terkepong di Gaza ] , bukan sekadar boikot [ tanpa menafikan kewajaran memboikot product Yahudi dan sekutunya Amerika agar lumpuh ekonomi mereka ] tetapi ....... lebih daripada itu mesti difikirkan agar tindakan kita memberi kesan besar yang mampu mendorong pengunduran Israel Alaihim Laknatullah .
Pun begitu , kalaulah seluruh ummat Islam benar - benar bersatu memusatkan doa mereka penuh khusyu' kepada Allah swt , keluar berhimpun dalam jumlah yang mampu menyentuh angka 5 - 10 juta [ di Malaysia sahaja ] , menyalurkan sumbangan wang ringgit kepada agensi yang dipercayai amanah pengurusannya pada kadar mencecah lebih 50 billion ringgit [ di Malaysia sahaja ] , tegas memboikot sehingga menyebabkan lebih dari 50 % kilang , pasaraya dan kedai yang memasar dan menjual product Yahudi dan Amerika bungkus dan gulung tikar , saya percaya ia sudah cukup berjaya dan mampu memberi tekanan kepada Yahudi .
Namun segalanya terhenti di atas kalimah Kalaulah ..... dan sungguh malang 1001 kali malang , dalam terhadnya keupayaan kita untuk membantu masih ada lagi yang bersikap acuh tidak acuh dalam perkara yang sememangnya mereka boleh lakukan .
Lihat lah , berapa buah masjid buat solat hajat dan qunut nazilah dalam negara kita hari ni ? sedang mereka boleh buat untuk menghantar bantuan segera seringan itu ! .[ tak sampai separuh masjid di seluruh negara yang berbuat demikian ]
Lihat lah , berapa ramai orang menghulur derma untuk Palestine ? sedang mereka mampu berbelanja besar dalam perkara lain . [ tak sampai pun 10 juta collection yang dibuat ]
Lihat lah , berapa orang yang sanggup meninggalkan sementara kepentingan diri untuk keluar berhimpun menyatakan bantahan di hadapan kedutaan Amerika ? [ lebih ramai FRU dari ummat Islam yang berhimpun ]
Lihat lah , berapa ramai pula yang sanggup memboikot product keluaran Yahudi dan Amerika ? [ sehingga pasaraya Yahudi dan Amerika dengan segala product mereka masih gah di negara kita ]
Apa Yang boleh Kita lakukan
Sebagai contoh , kalau selama ini kita menggunakan kereta keluaran amerika , tiba - tiba kita nak tukar pakai kereta buatan Malaysia kerana nak boikot Amerika . Kita rasakan terlalu payah dan sukar untuk berbuat demikian .
....... tetapi kita masih boleh buat yang mudah - mudah seperti berhenti menghisap rokok yang rata - rata rokok ini adalah memulangkan keuntungan besar kepada Amerika dan Zionis Yahudi untuk membunuh ummat Islam di Gaza . ... dan kalau masih mahu merokok , bolehlah merokok dengan rokok buatan Malaysia iaitu rokok daun nipah . [ namun sebaiknya berhenti terus ]
Jika yang ini pun kita tidak sanggup , saya tidak nampak apa lagi yang boleh kita lakukan untuk ummat Palestine melainkan sangat nyata bahawa kita berada di pihak Amerika dan Yahudi dengan terus menerus memberi wang ringgit kita kepada mereka untuk membunuh ummat Islam di Gaza , wali'yazubillah .
Selain kita serius dalam melakukan apa yang sememangnya kita boleh lakukan , saya juga mencadangkan agar Gerakan Islam seluruh dunia termasuk PAS merancang untuk menghantar skuad sukarela untuk berjuang membantu HAMAS dan ummat Islam di Gaza . Saya percaya Dewan Pemuda PAS Pusat mempunyai tenaga yang sanggup dan berani mengorbankan harta , darah dan nyawa demi Islam dan ummatnya di Gaza .
Kita masih ingat bagaimana ucapan asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin selepas beliau terselamat daripada percubaan bunuh beliau pada 6 September 2003 . Berikut sedutan ucapan asy Syahid :
Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ? Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.
Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku. Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.
Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.
Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?
Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.
Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?
Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.
Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.
Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.
Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.
Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami. Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami.
Ucapan asy Syahid Abd Aziz Rantisi sejurus mengambil alih kepimpinan HAMAS dari Asy Syahid Syeikh Ahmad Yassin pula :
“Buat apa kita takutkan kematian, semua manusia akan mati, samada kerana dibunuh ataupun kerana sakit. Jika saya diberikan peluang untuk memilih samada ingin mati kerana sakit jantung ataupun kerana (ditembak oleh) Helikopter Apatchie, saya memilih helikopter Apatchie!”.
Ayuhlah kita bangkit . Benar bahawa kepenatan dan keletihan kita hanya sedikit berbanding rakan - rakan HAMAS di Palestine . Maka tunggu apa lagi .....jika OIC dilihat tidak memiliki sebarang daya kekuatan zahir dan batinnya , saya kira Gerakan Islam Sedunia lah yang perlu menubuhkan skuad sukarela untuk membantu ummat Islam di Gaza sekaligus membebaskan al Quds .

P/S ; Sanggupkah kita meninggalkan Malaysia utk menyahut seruan jihad, jika Gerakan Islam antarabangsa mengeluarkan seruan jihad kepada semua syababul muslimin?

Apa itu Hamas?

Bagaimana mereka telah menjadi satu ukhwah besar yang menentang Yahudi Zionis?

Bagaimana mereka bergerak dalam perjuangan mereka?

Adakah mereka merupakan pemimpin yang disayangi rakyat Palestine?

Semua ini akan terjawab menerusi Wikipedia ini.

Inilah Hamas.

    Followers