Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Oleh : Ahmad Tarmizi Mohd Arifin



Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan suatu virus yang digeruni oleh semua masyrakat dunia. Belum pun hilang penyakit selsema burung kini tiba wabak yang amat menggerunkan dunia. Wabak yang yang diberi nama Influenza A (H1N1) atau nama kormeselnya Selsema Babi itu mula dikesan di Mexico sejak Mac lalu. Wabak ini dilihat sebagai suatu pembunuh yang amat digeruni dan ditakuti oleh semua masyarakat dunia kerana hampir 100 nyawa telah melayang dan kira-kira 10,000 orang di seluruh dunia telah dijangkiti.

Melihat kepada penularan wabak tersebut,semua pihak telah tampil bagi sama-sama mencari jalan penyelesaian menghapuskan wabak yang digeruni ramai itu.walau bagaimanapun, usaha yang telah dilakukan setakat ini belum mencapai kejayaan berikutan meningkatnya kes sehari demi sehari.

Dimana kehebatan Negara Amerika Syarikat yang dulu tersohor dengan kecanggihan teknolgi dan peralatannya? Dimana pula senjata-senjata yang canggih yang dapat mengesan pengganas sedangkan Negara mereka turut menjadi mangsa. Tidakkah kamu sedari bahawa itu merupakan tentera Allah yang diutuskan tanpa mengunakan senjata? Tidakkah kalian mengetahui bahawa virus yang cukup kecil dan tidak dapat dikesan oleh pancaindera itu lebih canggih jika dibandingkan dengan senjata Amerika dan sekutunya? Buktinya, sehingga kehari ini mereka masih lagi mencari vaksin pencegahan penyakit tersebut.

Sedarlah wahai ummat manusia bahawa segala penyakit itu adalah teguran dari pada Allah agar manusia sedar akan kesilapan yang mereka lakukan. Justeru,apakah kesilapan yang dapat kita lihat ekoran dari penyakit tersebut? Disebabkan penularan wabak tersebut berjuta-juta babi telah dibunuh dan ekoran daripada itu juga orang yang gemar memakan daging babi turut tersentak dan yang peliknya tiba-tiba mengharamkan seketika untuk diri mereka. Bilakah daging babi ini diharamkan?adakah disebabkan penularan wabak tersebut sahaja baru ia diharamkan dan apabila hilang segala penyakit tersebut ianya menjadi halal semula?Adakah mereka masih tidak mahu menggunakan akal atau sememangnya mereka tidak berakal!!

Sedarilah wahai ummat manusia sekalian bahawa Allah s.w.t sendiri telah mengharamkan binatang tersebut melalui beberapa ayat yang terdapat di dalam al-Quran yang antara lainnya mengharamkan manusia memakan bangkai, darah, dan daging babi. Fakta ini telah dirakamkan dalam ayat-ayat berikut :

a. Surah Al Baqarah (2) : 173
Maksudnya : Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah,daging babi,dan daging hiawan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah…..

b. Surah Al Maa'idah (5) : 3
Maksudnya : Diharamkan bagimu memakan bangkai,darah, daging babi an daging haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah….

c. Surah Al An `Aam (6) : 145
Maksudnya : Katakanlah “tidak ku dapati didalam apa yang diwahyukan kepadaku sesuatu yang yang diharamkan memakannya bagi yang ingin memakannya kecuali daging haiwan yang mati(bangkai),darah yang mengalir,daging babi.sesungguhnya semua itu kotor-atau haiwan yang disembelih bukan atas nama Allah…

d. Surah An Nahl (16) : 115
Maksudnya : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah,daging babi dan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah…

Masihkah kalian mengigati penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) yang melanda masyrakat Malaysia? pada ketika itu semua mata telah terbuka dan babi telah diharamkan sementara. Ekoran dari kejadian tersebut permintaan pasaran babi hampir pupus dan banyak ladang-ladang babi yang telah ditutup. Tidakkah ini suatu bencana yang mengancam manusia hasil dari babi? Namun, kejadian ini hanya memberi sedikit pengajaran kepada manusia dan setelah wabak tersebut pulih,manusia kembali memakannya. Inilah hakikat seorang manusia,hanya insaf bila dikenakan dan ditunjukkan sesuatu bencana. Apabila jauh dari bencana mereka akan kembali melupakan teguran Allah s.w.t. Tidakkah mereka ini sama dengan orang-orang kafir pada zaman jahiliah dahulu? Mereka (orang-orang munafik dan golongan kafir) sentiasa meminta bukti berkaitan keesaan Allah s.w.t dan apabila diberikan bukti mereka beriman hanya seketika bahkan ada yang langsung tidak beriman. mereka juga dikenakan bala dan apabila dihilangkan bala tersebut mereka kembali kufur.

Mungkin kalian sudah lupa dengan kejadian tersebut kerana ia sudah lama meninggalkan kita. Namun, masihkah kalian ingat bencana tsunami yang melanda kita pada 26 Disember 2004 yang lalu?bagaimana pula dengan penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) yang saya sebutkan tadi? Belum cukup dengan itu selsema burung pula melanda. emm..bagaimana pula dengan bencana tanah runtuh dan gempa bumi? tidakkah ianya telah memberi pengajaran kepada kita? Mungkin ada yang mengatakan itu semua sunnatullah dan lumrah alam. Namun, saya tetap mengatakan ianya merupakan teguran dari Allah s.w.t

Saya masih ingat lagi mangsa yang terselamat dari bencana tsunami mengatakan bahawa peristiwa tersebut seolah-olah bagaikan peristiwa qiamat yang melanda. Maka pada ketika itu ramai yang telah insaf dan bertaubat kepada Allah. Namun,setelah dua minggu berlalu pelbagai maksiat diteruskan dan dosa-dosa lama dikakukan kembali. Maka, adakah ini merupakan ejekan kepada Allah s.w.t? kalu benar lah begitu maka,inilah suatu perbuatan yang amat jelek sekali. Cuba anda bayangkan sekiranya ibu bapa di ejek dan dipersendakan oleh anak-anak mereka dalam sesuatu hal setelah si ibu @ bapa memberi teguran. Maka, tidakkah ibu bapa tersebut akan marah terhadap kelakuan tersebut? Oleh yang demikian, bagaimana pula persendaan itu di persembahkan kepada Allah yang menciptakan kalian? apakah kiranya kalian terfikir Allah tidak marah?

Justeru,mengapa manusia pada hari ini masih tidak mahu mengambil pengajaran?adakah mereka tidak mempunyai akal fikiran? Tidakkah mereka mahu mengambil pengajaran dari ummat-ummat terdahulu atau mereka mahu bala atau bencana tersebut terkena pada diri mereka dan ahli keluarga mereka barulah mereka mahu menyedarinya? Jaganlah kita menjadi seperti firaun dan pengikutnya yang mengaku beriman semasa ditenggelami air laut.. Janganlah pula kita menjadi seperti anak dan isteri nabi Nuh yang dalam keadaan nyawa-nyawa ikan pun masih lagi tidak mahu beriman. Tidakkah kisah tersebut memberi pengajaran kepada kita?kisah-kisah yang telah diceritakan oleh Allah melalui kitabNya bukanlah bertujuan untuk dibaca dan dibuat perhiasan semata-mata bahkan ianya menjadi petunjuk dan pengajaran kepada kita yang mempunyai akal untuk memikirkan dan membuat pertimbangan berdasarkan peristiwa yang telahpun berlaku.

Sebagaimana firman Allah di dalam Surah al-Qasas (28): 43

Maksudnya : Dan sesungguhnya telah kami berikan kepada musa kitab (taurat) setelah kami binasakan ummat-ummat terdahulu untuk menjadi pelita bagi manusia dan petunjuk serta rahmat agar mereka mendapat pelajaran..

Sedarlah wahai saudaraku sekalian,kejadian yang menimpa kita pada hri ini adalah suatu teguran dari Allah s.w.t yang mana bukan ditujukan hanya kepada orang kafir sahaja bahkan kepada kita yang mengaku beriman kepadaNya. Dengan berlakunya kejadian tersebut maka, dapatlah kita ketahui rupanya Allah s.w.t masih sayang pada kita semua dan mahukan kita kembali ke jalanNya, dan bagi golngan kafir itulah teguran Allah untuk menjauhi haiwan haram tersebut.

Perlu diingatkan sekali lagi…Seandainya wabak @ virus ini dihilangkah oleh Allah s.w.t dan kita aman dari segala penyakit yang berbahaya ini, maka bersyukurlah dan jangan sekali-kali kita mengundang semula kemarahan Allah terhadap kita. Ingat!!apabila kita mencabar Allah maka Allah tidak segan silu untuk menurunkan bala bencana dan apa yang dibimbangi ianya mengenai semua ummat tanpa dipilih kasih.



Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 5:56 PM

Email Oleh : Naninu Sakun

ASSALAMUALAIKUM YB!

MUNGKIN RAMAI YG DI LUAR NEGERI KELANTAN TIDAK TAHU LAGI. SESUNGGUHNYA PADA 8 OGOS 2009 (SABTU) DATO HUSAM MUSA DAPAT ADIK IPAR BARU. ADIK KANDUNGNYA IAITU MULAIHA BT MUSA AKAN DIIJABKABULKAN DENGAN AHAMAD ZAMZURI BIN DERAMAN.
SAYA DAN SELURUH AHLI KELUARGA PENYOKONG PAS BUKIT GANTANG MENGUCAPKAN SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA MULAIHA DAN SUAMI SEMOGA KEKAL KE AKHIR HAYAT. MAAFKAN KAMI TIDAK DAPAT HADIR ATAS FAKTOR2 YG TIDAK DAPAT DIELAKKAN. SEMOGA DATO HUSAM DAN SELURUH AHLI KELUARGA AKAN CERIA DI HARI YANG BERSEJARAH INI. TAHNIAH DIUCAPKAN DAN TERIMA KASIH ATAS UNDANGAN...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1




Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:10 PM

Segalanya Bermula............................

Setelah Perang Dunia Ke-2 berakhir, Korea berjaya dibebaskan oleh pasukan Berikat dari genggaman Jepun. Pasukan Berikat terdiri dari pasukan USA, Britain, Perancis dan Rusia(USSR). Namun ketegangan mula menigkat dalam pasukan Berikat sendiri. Ini disebabkan pada hari pembebasan Korea, pasukan USSR telah menawan bahagian utara tanpa mendapat restu dari ahli berikat yang lain. Memandangkan USSR telah bertindak menawan kawasan utara dan terus bergerak ke selatan, maka satu rundingan telah diadakan di Yalta. 3 pemimpin dunia ketika itu yang menghadiri persidangan itu ialah Joseph Stalin(USSR), Presiden Harry S. Truman dan Winston Churchill, masing-masing dari USA dan Britain. Satu draf telah dicapai dalam persidangan itu. Isi-isinya ialah seperti berikut:

1. Semenanjung Korea akan dibahagikan kepada 2. Bahagian utara akan ditadbir USSR manakala selatan diterajui USA dan sekutunya.
2. Kedua bahagian ini akan menubuhkan entiti kerajaan masing-masing namun dalam masa 2 tahun satu pilihan raya umum harus diadakan bagi menyatukan Korea menjadi satu entiti kerajaan yang sah.
3. USA dan USSR harus mengundurkan tentera sebaik sahaja satu kerajaan sah ditubuhkan di Korea.

Namun draf ini telah dicabuli sebaik sahaja dua entiti kerajaan yang berasingan ditubuhkan di Korea. Di utara, Rusia telah menubuhkan satu entiti kerajaan yang baru yang dipimpin oleh seorang wira muda yang bernama Kim il-Sung manakala di selatan, satu lagi entiti kerajaan telah ditubuhkan di bawah pimpinan Syngman Rhee. Tiada sebarang pilihan raya diadakan secara keseluruhan kerana hanya selatan sahaja yang mengadakan Pilihan Raya tidak di utara. Maka Semenanjung Korea terus berpisah di kawasan garisan ke-38. Akhirnya pada 1948 2 buah negara Korea ditubuhkan iaitu Republik Korea dan Republik Demokratik Rakyat Korea yang turut dikenali sebagai Korea Selatan dan Korea Utara.

Bersambung.................................................




at 8/07/2009 01:33:00 PM Posted by Unknown 0 Comments


Oleh : shamsul

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "

Hatim berkata, "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air". Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

* Bertaubat
* Menyesali dosa yang telah dilakukan
* Tidak tergila-gilakan dunia
* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya')
* Tinggalkan sifat berbangga
* Tinggalkan sifat khianat dan menipu
* Meninggalkan sifat dengki."

Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:

1. Aku sedang berhadapan dengan Allah,
2. Syurga di sebelah kananku,
3. Neraka di sebelah kiriku,
4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan
5. Aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Siratal mustaqim' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."

"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham! maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:36 AM

Oleh : Zailina Mahmud

Di bawah ini disenaraikan perkara-perkara pelik yang sedang berlaku di Malaysia:

1. Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat hingga RM 7,000 ke RM 8,000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama 18 tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM1,250 sebulan.

2. Pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong tetapi sanggup pula bertekak sampai berjam-jam dan mengajak pemandu lain bergaduh di tepi jalan.

3. Pelanggan di tengking semasa berurusan dengan jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis dan mendayu-dayu sekali.

4. Banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, tapi masih ramai anak gadis dan remaja ke tempat kerja dan tempat awam dengan pakaian yang xcukup kain.

5. FAM sibuk mencari punca terjadinya pergaduhan dalam sesuatu perlawanan bola sepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama 'binatang'.


Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 3:29 PM

at 8/05/2009 10:28:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

Pengenalan kepada Korea

Semenanjung Korea merupakan semenanjung yang sentiasa menjadi rebutan kuasa besar dunia seperti Jepun,China, USA dan juga Rusia. Ini disebabkan kawasan ini merupakan kawasan strategik bagi pasukan angkatan tentera membina kekuatan dengan mudah. Kawasan ini juga kaya dengan sumber bumi yang banyak terutama di kawasan utaranya. Korea adalah kawasan yang kaya dengan budaya yang unik hasil dari asimilasi budaya Tamadun China dan tamadun Jepun yang datang sejak dari zaman pra-sejarahnya lagi. Namun budaya inilah membawa kepada perebutan kuasa bagi negara kuasa besar dunia.

Profil bagi Semenanjung Korea:

Kawasan: Asia Timur Jauh
Luas:220,847 km2
Sempadan: China dan Rusia di utara( dipisahkan oleh sungai Amnok atau Yalu), Jepun di bahagian Timur(dipisahkan oleh Laut Jepun)
70 peratus kawasan ialah pergunungan, Antara gunung yang terkenal di Korea ialah Baekdu, Duryun
Iklin: 4 musim dan iklim berhawa sederhana di mana suhu musim sejuk boleh jatuh ke tahap -13 darjah celsius manakala musim panasnya mencapai 40 darjah celsius. Terdapat kekerapan taufan pada musim tengkujuhnya.
Pada 1945 semenanjung ini terbahagi dua kepada Korea Utara dan Korea Selatan, dua entiti kerajaan yang berasingan.

Bersambung...............................

at 8/05/2009 10:26:00 AM Posted by Unknown 0 Comments


Oleh : AMEER ABDULLAH

Mengapa? Mengapa isu Palestin hanya bermusim? Ia hanya jadi bualan apabila digembar-gemburkan? Ia hanya dipedulikan apabila serangan musuh semakin mengganas? Mengapa jadi begitu?

Bukankah mereka saudara kita? Mereka juga muslim seperti kita? Mereka manusia seperti kita, bukan robot yang hanya berlakon. Hidup mereka, tidak pernah sunyi dari dentuman bom api, rintihan ibu kehilangan anak, tangisan anak kematian keluarga. Tiada sesaat untuk bahagia, tiada masa untuk ketawa.

Kesedihan menjadi teman. Kesusahan itulah kehidupan mereka. Mereka tidak kenal erti senang, mereka tidak tahu apa itu keseronokan. Mereka tidak mampu tersenyum gembira, tiada yang membahagiakan jiwa mereka. Mereka lapar, tidak tahu nikmat kenyang, mereka penat, tidak memahami erti nyenyak. Bagaimana pula kita? Jauhnya jurang perbezaan antara kita dengan mereka.

Temanku, kita hidup penuh kesenangan. Kita mampu ketawa dan berseronok. Kita dapat tidur dengan nyenyak. Kita berpeluang menatap wajah ibu, kita ada masa berdamping dengan ayah, kita bahagia bersama keluarga. Apa yang kita hajati, pastinya kita akan miliki. Jika kita sakit, ada ubat, penawar kesakitan. Jika perut kita lapar, ada makanan yang dapat mengisi, malah kadang-kadang kita terlalu kenyang hingga membuatkan kita begitu lena dalam tidur kita. Bahagianya kita, senangnya hidup kita. Apa yang kurang, boleh ditambah. Ada yang rosak, boleh dibaiki.

Pernahkah kita terfikir, bagaimana mereka saat kita menjamah makanan? Bagaimana mereka tika kita seronok bergelak ketawa? Bagaimana mereka hidup, kita senang tak berkesudahan? Adakah bersama mereka teman pembakar semangat? Adakah saudara pengubat kesedihan? Adakah minuman untuk hilangkan kehausan? Adakah makanan mereka hilangkan rasa lapar? Adakah ibu bersama anaknya? Adakah anak bersama keluarganya? Apakah mereka ada penawar kesakitan dan keperitan? Bagaimana hidup mereka sehari-hari?

Mungkin kita terfikir apabila ada yang bertanya.. Mungkin kita peduli apabila mereka menjadi isu.. Mungkin kita bertanya apabila mereka jadi bualan.. Wahai teman, marilah sama-sama kita tanyakan pada hati kita, di mana rasa sedih kita tika anak Palestin merintih sayu? Di mana perikemanusiaan kita saat kita menonton kisah kehidupan mereka? Mengapa hati kita senyap tanpa perasaan? Mengapa tiada bicara walau hanya kalimah simpati? Mengapa kita pejamkan mata hati kita? Mengapa kita masih berdalih saat mereka perlukan bantuan? Apakah yang menjadi halangan untuk kita turut sedih saat mereka sedih? ..untuk kita rasa sengsara tika mereka kesusahan? ..untuk kita menangis saat mereka menangis?

Pasti ada sesuatu terpaku di hati yang menyebabkan kita jadi begini… yang menyebabkan hati kita hilang rasa… mata kita kering dari tangisan… hati kita sunyi tanpa bicara, hanya berdalih semata-mata. . Mungkin kita terlalu sibuk dengan dunia kita, hingga kita lupa dunia mereka. Mungkin lakonan dan aksi artis merupakan sesuatu yang besar di mata kita, hinggakan rakaman hidup mereka kita pandang sebagai lakonan dan aksi semata-mata. Mungkin hidup kita sunyi dari dentuman bom, rintihan dan tangisan, membuatkan kita tiada apa-apa rasa untuk dikongsi bersama.. Tiada rasa sedih untuk kita turut menangis.. Tiada rasa simpati untuk kita turut membantu.. Tiada rasa tanggungjawab untuk kita munyumbang sesuatu..

Wahai insan, mengapa kita hanya tunduk membisu? Mengapa kita kelu tanpa bicara? Di mana usaha kita untuk turut membantu mereka yang memerlukan bantuan kita? Mengapa kita hanya mendiamkan diri? Peluang beramal di depan mata untuk siapkan bekalan hari kemudian. Andai hati kita tiada rasa, kejutlah ia untuk turut rasa.. Andai diri kita hanya kaku, pujuklah ia untuk berbuat sesuatu.. Kita tidak mampu mengangkat senjata, tidak juga membuat bom api, angkatlah tanganmu yang lemah itu, pintalah sesuatu dari Yang Maha Kuat, iaitu kekuatan dan bantuan dariNya.. Genggamlah penamu untuk kau menyeru agar manusia memahami, membantu dan menyebarkan sesuatu.. Jadilah hamba yang pemurah dengan mengorbankan sedikit dari wang poketmu..
Moga semua itu menjadi saham di esok hari.. Hari yang pasti kita temui, hari pembalasan amal kita di dunia ini. Sanggupkah kita pulang tanpa bekalan? Mampukah kita menjawab segala persoalan, andai anak palestin bangkit mempersoalkan hak mereka sebagai muslim? Kita juga muslim, apa usaha kita untuk membantu mereka, saudara-saudara kita? Sumbanglah sesuatu agar kita tidak pulang dengan alasan tetapi berupa bekalan, ikhtiar kita membantu mereka..
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 9:48 AM

    Followers