Kain pelekat, telekung, gula-gula, buah kurma............. sapa bagi?"
"tadi ada orang-orang umno datang buat bancian pilihanraya, nak halau tak boleh.... sebab lepa tetamu, kita kena raikan..... lepa tanya sokong sapa.... aku cakap tak tau lagi"
"Abis tu lepa kata apa"
"Lepa kata kat aku, pakcik kena sokong biru.... hijau la orang dah tak mau.... hijau la dah kawan ngan cina.... nak pelingkup melayu....... aku pun kata tak apa laaa... nanti aku pangkah biru..... tu yang dapat beg kuning tu.... kah kah kahhh"
Kalau nak tau, inilah gula-gula permulaan dari umno.... nak lebih lagiiii.................. bolehhhh katanya.... "nanti masa hari mengundi pakcik ngan makcik kena mai daftar kat bilik gerakan kami, ada sedikit sumbangan untuk menyambut hari raya"
"Bagi aku sapu...... kah kah kahhhh.."
akira
Oleh: Mohd Shazni Munir Ithnin*
“Biology requires sex to create a child. Civilization requires marriage and a family to raise that child.” -Charles E. Corry, Ph.D.-
Pembacaan penulis akhir-akhir ini tentang ketamadunan ternyata memberikan sesuatu sisi pandang yang berbeza tentang Malaysia. Jika sebelum-sebelum ini kita disogokkan dengan ‘aim’ untuk meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara maju, ternyata setelah penulis kaji melalui pembacaan-pembacaan, ianya merupakan suatu matlamat yang ‘kecil’ & impaknya tidak ke mana jika diteliti secara lebih mendalam.
Dua buku yang sempat penulis bedah ternyata memberikan penulis suatu dimensi baru untuk masa depan Malaysia. “The Story of Western Civilization: How Civilization Began” oleh -Alan W. Riese & Herbert J. Lasalle- serta buku “Civilization and Its Enemies: The Next Stage of History” oleh -Lee Harris- telah ‘mengajar’ penulis kesan-kesan pembangunan negara yang dibina di atas nilai-nilai meterial semata-mata.
Huraian yang diberikan ternyata merupakan suatu kajian yang mendalam tentang Ketamadunan Barat yang tidak memberikan kebaikan dari sudut pembangunan manusia sehingga tamadun ini menjadi ‘fitnah’ kepada ketamadunan dunia secara keseluruhannya.
Kejatuhan tamadun-tamadun yang dibina di atas asas yang kukuh seperti Tamadun Kekhilafahan juga dikupas secara detail tentang punca-punca besar tamadun ini runtuh.
Antaranya yang paling besar ialah keintegritian pemimpin dalam memegang nilai-nilai agama (Islam) & keobsesan dengan pembawaan negara-negara luar yang dilihat ‘lebih bertamadun’ telah mengundang bencana kepada mana-mana tamadun yang dibina walaupun pada permulaannya ianya berdiri di atas tapak & asas yang kukuh.
Tamadun Rom & Yunani juga dikaji secara analitikal dengan melihat kepada punca-punca kejatuhannya yang lebih bersifat bottom-up apabila rakyatnya dibiarkan terumbang-ambing keadaannya sehingga mereka tidak kisah dengan negara yang didiami.
Kelalaian terhadap pembangunan negara, ditambah dengan serangan pemikiran, kepercayaan & paradigma dari luar, telah menyebabkan tamadun ini runtuh menyembah bumi.
Sekadar menyinggung kondisi di Malaysia, suatu identiti yang jelas dengan tidak berkiblatkan pada mana-mana blok dengan obses ketika ini, wajar diambil secara kritikal.
Sememangnya ianya merupakan suatu hal yang terbaik, tatkala Malaysia tidak hanya sekadar berpada dengan pendekatan ekonomi ala Kapitalisme & Sosialisme semata-mata, bahkan secara realitinya Malaysia harus mencipta suatu pendekatan ekonomi yang lebih menyeluruh, dengan mampu memecut keampuhan tunjangnya secara radikal & memelihara kesejahteraan rakyat secara praktikal.
Liberalisasi ekonomi merupakan sesuatu yang sihat buat Malaysia. Namun nasihat penulis, Malaysia harus menumpukan kepada liberalisasi domestik terlebih dahulu, barulah kita mempunyai ‘taring’ untuk bersaing dalam liberalisasi ekonomi di peringkat global.
Namun apa yang lebih utama, melalui penekanan dalam kedua-dua buku yang penulis baca, segalanya tentang negara & tamadun ini tetap berpaksikan kepada pemerintah. Kekuatan pemerintah pastinya menjadi kekuatan dalam mana-mana ketamadunan.
Tuntasnya, keadaan ini telah menjadi bukti bila mana Allah S.W.T menceritakan perihal pemerintah Zulqarnain di dalam Surah Al-Kahfi, pada ayat 83-98…
———–
*Penulis ialah Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) merangkap pengerusi Solidariti Mahasiswa Mahasiswa (SMM). Terlibat secara langsung dalam aktivisme mahasiswa dan bercita-cita menjadi seorang reformis mencorak Malaysia Baru.
Kuala Lumpur 18 Ogos 09:16a.m | Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) meminta Kementerian Pelajaran bertegas bagi keputusan yang telah dibuat.
Gesaan penegasan kepada kementerian berkenaan merujuk pemansuhan dasar Pembelajaran dan Penagjaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), ujar persatuan tersebut dalam kenyataan akhbar dalam laman weblog semalam.
Jelas persatuan tersebut lagi, mereka menganggap keputusan Kabinet yang diumumkan pada pada 8 Julai lepas terlalu rapuh dan boleh berubah pada bila-bila masa memandangkan terdapatnya usaha-usaha pihak tertentu yang mahu mempengaruhi pihak kerajaan secara konsisten untuk memastikan pemansuhan dasar berkenaan ditarik balik.
Dalam pada itu, persatuan yang kini diterajui oleh presiden barunya, Muhammad Faisal Abdul Aziz tersebut juga berpendapat tindakan untuk melanjutkan tempoh pemansuhan dasar berkenaan menunjukkan suatu petanda bahawa dasar berkenaan ini mungkin tidak akan dimansuhkan dan sebaliknya akan terus dikekalkan dalam sistem pendidikan negara.
Maklumat kementerian juga menyatakan terdapat juga ura-ura yang menyatakan bahawa tempoh pemansuhan dasar berkenaan berkenaan akan berlanjutan dari 2012 sehingga ke tahun 2016.
Sambil membaca kembali keputusan pemansuhkan dasar berkenaan secara berperingkat menjelang tahun 2012 seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, persatuan itu juga menggesa agar pihak kerajaan tidak tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang dianggap ‘mewakili suara individu dan minoriti’ yang mahukan dasar berkenaan dikembalikan.
Selain itu, persatuan tersebut juga menggesa pihak kerajaan untuk menyediakan “pelan penyelamatan” kepada pelajar-pelajar yang terkorban ekoran dari dasar berkenaan khususnya mereka yang tinggal di luar bandar dengan memberikan suatu bentuk alternatif yang terbaik untuk mereka melanjutkan pelajaran.
Dalam perkembangan berkaitan, persatuan tersebut juga dilaporkan mengkritik hujah Tun Dr Mahathir dalam temu bual bersama Mingguan Malaysia Ahad lalu apabila negarawan berkenaan menyatakan bahawa jika dasar berkenaan dimansuhkan, hubungan kaum akan renggang memandangkan mereka belajar di sekolah pelbagai aliran.-mahasiswakini
Sabda Rasulullah s.a.w. " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun . Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif...(itu salah...)"Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka ". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...
DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.
BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."
HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan
ibu dahulu.. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa." Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depanmereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."
USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? "Saya tahu, ada
menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri...... Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. "Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan
ayahnya. "Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail. Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di
rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa NabiIbrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.
Ada sebanyak 501 tips yang diberikan oleh penulis iaitu Robert D. Ramsey untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini menurut penulis jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak. Kita sebagai winners. Penulis berpendapat apa yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
Winners percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.Tips;
1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan
yang baik adalah digalakkan).
2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh . Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban......
8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya ..
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg
dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
12...... Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali .
13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda . Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..
15....Hargailah permainan kesayangan anak anda . Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna . Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja . Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..
20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda .
oleh:Mohd Aizat Mohd Salleh*
1. Alhamdulillah, FESKUM berjaya dirasmikan Khamis lalu. Acara gilang-gemilang ini
2. Paling membanggakan, Yang Mulia, Tuanku Raja Dr Nazrin memuji penganjuran FESKUM kali ini dan menganggap ia adalah terbaik sepanjang beliau mengikuti FESKUM sebelumnya. Saya dikhabarkan bahawa Tuanku berkenan berbual bersama-sama pengarah FESKUM, saudara Syazwan ketika santapan. Ini suatu yang belum pernah berlaku sebelum ini.
3. Saya jua turut tidak terlepas ingin mengucapkan tahniah kepada Syazwan dan barisan anak-anak buahnya yang begitu bertungkus-lumus semenjak tiga bulan dahulu.
4. Sepanjang pengendalian FESKUM, beberapa transformasi yang begitu luar biasa dilakukan Syazwan. Salah satunya memperbanyakkan program intelek iaitu Forum Rejunevasi Minda dan Wacana Perdana yang membawakan tokoh-tokoh akademik tanah air.
5. Pembukaan tender gerai bunga kali ini dilakukan secara tender terbuka, yang membolehkan siapa sahaja peniaga barangan tersebut menawarkan harga tertinggi untuk menjadi pembekal kepada festival konvo nanti.
6. Pembabitan penggerai yang bermutu dan berkualiti sahaja dipilih mengisi festival jualan. Kadar penyewaan gerai dipastikan berpatutan dan sesuai dengan kemudahan air dan letrik yang dibekalkan melalui kontraktor yang berautoriti.
7. Festival kebudayaan yang dilangsungkan juga, membawa seluruh mahasiswa berbagai latar belakang bangsa dan agama menyertainya dengan disiplin intelektual dan nilai-nilai murni. Konsert yang membawa elemen hedonisme keterlaluan ditangguhkan pada sesi ini bagi memberi laluan program bercorak ilmiah.
8. Kawalan keselamatan dan disiplin penggerai serta pengunjung melalui pantauan etika pemakaian, muzik dan gerak kerja sentiasa berlaku sepanjang festival.
9. Justeru itu, tidak hairanlah festival yang berlaku saban tahun yang mencecah puluhan kali diadakan ini mendapat pujian peribadi daripada individu nombor satu Universiti Malaya.
10. Ia bukanlah kejayaan penggerak Feskum semata-mata, bahkan seluruh pentadbiran UM dan sokongan mahasiswa seluruhnya. Ia adalah sebuah menifestasi dan terjemahan keadilan dan perubahan yang dilaungkan oleh kerajaan MPMUM Pro-M selama ini.
————–
*Penulis ialah Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.
Sumber http://um-today.com/
Lapan lagi dilaporkan meninggal dunia akibat influenza A (H1N1), menjadikan jumlahnya meningkatkan kepada 26 orang.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata kematian tersebut dilaporkan antara 3 Ogos hingga hari ini.
Menurutnya, ada kematian tersebut yang hanya dikesan selepas dilakukan bedah siasat.
Wabak ini adalah bala dari Allah akibat perbuatan keji yang dilakukan secara terang-terangan oleh manusia.
Hadis Nabi Muhammad S.A.W bermaksud " Sekiranya berlaku suatu perbuatan keji (faahshah) di suatu tempat atau negeri, yang dilakukan secara terang-terangan, maka Allah akan mencampakkan penyakit itu secara meluas yang kaum-kaum sebelum mereka tidak pernah mengenali penyakit itu" hadis riwayah Ibnu Majah dan Al Bazzaz.
Firman Allah dalam Surah al-Ahqaaf ayat 27 yang bermaksud ".....dan sesungguhnya kami balakan negeri-negeri sekitar kamu dan kami tinggalkan kesan-kesannya sebagai bukti yang jelas kebesaran kami supaya kamu segera kembali bertaubat kepada kami".
Firman Allah dalam surah al-An'am ayat 42-45 , "seandainya apabila turunnya bala kami ke atas mereka lalu segera mereka melutut kepada kami, bergunalah kami. Akan tetapi, malangnya hati mereka sangat keras kerana sentiasa ditipu oleh syaitan dengan menggambarkan seolah-olah mereka sudah begitu baik. Maka apabila mereka lupa apa yang diperingatkan itu, Allah beri kesempatan kepada mereka untuk bergembira seketika dengan nikmat yang melimpah ruah lalu tiba-tiba kami turunkan secara mengejut bencana kami, maka mereka menerima kesengseraan yang berpanjangan. Demikian balasan Allah kepada orang-orang zalim dan segala puji bagi Allah Tuhan sekelian Alam.
Hadis Rasulullah S.A.W, Ummu Salamah R.A berkata "Aku mendengar Rasulullah bersabda apabila kemaksiatan dilakukan berterang-terangan di kalangan umat manusia maka Allah akan menurunkan bala besar ke atas mereka secara menyeluruh" Kemudian aku bertanya lagi "Ya Rasulullah, apakah ketika itu tiada umatmu yang baik?" Rasulullah menjawab; "Ya memang ada". "Aku bertanya lagi "Apa terjadi dengan mereka?" Rasulullah menjawab " mereka juga akan terkena apa yang manusia kena. Kalau mereka mati ketika itu Allah akan meredhai mereka" Hadis riwayat Ah-mad bin Hambal (Hadis Sahih).

oleh : http://amkj.blogspot.com
Catatan Zabidie Abas
" Anwar Penghianat " kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
Lantas dari itu hiruk-pikuk terutama anak-anak muda yang bergelar Pemuda Umno seluruh Malaysia menyokong laungan itu. Hingga hari ini akhbar dan media prima pro-Umno begitu berbangga dengan laungan ' Anwar Penghianat'. Di Johor dan merata negara terpampang sepanduk dibeberapa laluan ditepi jalanraya utama dengan 'Anwar Penghianat'.
Tan Sri Muhyiddin Yassin berbangga dengan celaannya diraikan.
Jahaman anak-anak kita dibangku sekolah mempunyai menteri yang berideologi hina-dina. Dihasut-disematkan sekelian pelajar , anak bangsa , kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat dengan budaya primitif. Apabila diberi ruang untuk meminta maaf dengan sifat kesyaitanan enggan bertolak ansur. Tercela sungguh pemimpin yang mengaku beragama Islam ini.
Jika berlarutan dan tidak diperbaiki, maka anak-anak kita dibawah kawal-selianya lebih dasyat diajar budaya tidak bertamadun dari seorang menteri bermoral tidak senonok .
Beliau sebagai Menteri Pendidikan Malaysia yang saban hari meminta guru-guru dan dan pelajar sekolah bertatsusila dan bersopan-santun memberi tauladan sebaliknya. Malunya kita mempunyai menteri yang dianggap idola berperangai hodoh sedemikian.
Kalah di Manek Urai, itu adat pertandingan. Usahlah digadai anak-bangsa apabila keringat disudahi dengan kekalahan. Terimalah kekalahan itu kerana strategi dan penampilan belum diterima pengundi sepenuhnya. Adalah memalukan sebagai anak Johor menampilkan budi perkerti sedemikian. Bangsa jawa dibekalkan peradapan yang tinggi, bukankah begitu Tan Sri ?.
Berpolitik biar dengan peradapannya tanpa serangan peribadi dan mencarca keterlaluan. Mencerca dan menghasut sedemikan rupa ibarat 'Syaitan mengajar anaknya bersholat'.
Tan Sri, maaf dari saya atas melebelkan Tan Sri dengan peribahasa ini . Tetapi jika keegoan Tan Sri berterusan. Kalungan ini amat bersesuaian sebagai mentari-pemimpin berperangai dipenuhi sifat hasad-dengki.
Jika benar Anwar Ibrahim penghianat, saluran mahkamah adalah jalan terbaik untuk 'bersemuka'. Tan Sri amat memalukan anak-bangsa Johor.
* ungkapan ini dipinjam dari artikel Johor Daily.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 12:53 P

