Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi


Pagi ini pejabat ADUN Titi Serong dikunjungi oleh seorang Lelaki yang telah berada dipenghujung usia bernama MAN BIN PUTIH (77 tahun). Beliau mengadu mengenai kehidupan sebatang kara dan memerlukan bantuan dari pihak yang berwajib.

Disamping itu beliau sudi untuk diambil gambarnya dan memberi kebenaran kepada kami untuk menyiar kan sedikit biodata yang diingatinya bagi menjejaki saudara kandung yang masih mengenalinya.

Man bin Puteh dilahirkan di Sungai Dungun Bagan Serai hasil perkogsian hidup bapanya dengan ibu kandung bernama Sairah bt. Hj. Salam. Katanya ia sudah lama berpisah dengan ibunya dan Ayah kandung bernama PUTEH BIN KAMARUDDIN yang meninggal sekitar 20 tahun lepas. Menurutnya ayahnya meninggal di Selingsing Bagan Serai yang juga imam mesjid selingsing

Menyingkap kehidupan sebatang karanya, beliau sebelum ini menumpang selama 20 tahun disebidang tanah pada alamat : No 19, Jalan Syarikat, Kuala Bagan Tiang yang terletak dalam DUN Titi Serong. Perkongsian hidup selama 20 tahun lebih yang tidak memiliki zuriat, sekitar setahun yang lepas isteri tercintanya meninggal dunia dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Bagan Tiang.

Pada masa sekarang ia telah berpindah dari alamat diatas sejak 2 bulan lepas dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Sejak seminggu ini dia tinggal sementara di Surau Parit Hj. Amin.

Menceritakan pengalaman selama dua bulan ini sempat ia mengikuti sebuah pertubuhan dakwah dan sempat mengikutinya selama tiga hari, tambahnya " saya tak tahan makan dalam satu talam". namun saya mencelah "baguslah itu macan cara sunnah ".

Beliau juga menyatakan minatnya untuk memasuki mana-mana pusat pengajian pondok bagi menghabiskan sisa usianya. sekiranya ada yang sanggup membiayainya.

Bagi sesiapa yang mengenali atau merasakan mempunyai hubungan dengan Man bin Putih dharapkan menghubungi Pejabat ADUN Titi Serong di Taman Wawasan Parit Buntar atau menalifon no 05-7165340 / 019-5759697.

at 9/09/2009 08:18:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

Zaman sudah berubah, kita semakin maju....

Rasul Melayu yang dulunya mencari ahli dan menyampaikan dakyah palsu secara sembunyi-sembunyi kini tidak melepaskan peluang dengan kemajuan yang dikecapi. Kini internet dijadikan medan untuk menyebarkan ajaran sesat dalam proses untuk meramaikan ahli neraka jahanam. Ulasan dari RASUL MELAYU yang ditinggalkan dalam posting yang lepas menggamit aku untuk belayar dan menjengah teratak blog yang ditulis oleh RASUL MELAYU (betul atau tudak dia yang tulis, tidak dapat dipastikan). Namun dari segi penulisan dan penyampaian yang dilakukan amat meragukan. Diharap kepada semua pelayar agar berhati-hati apabila membaca tulisan yang meragukan agar akidah kita tidak terpesong.

akira

Apabila tercetusnya isu mengenai perarakan kepala lembu oleh sekumpulan orang Melayu dari kalangan UMNO di Shah Alam yang dikaitkan dengan protes pepindahan kuil hindu dari seksyen 19 ke seksyen 23, akhirnya membawa kepada majlis dailog yang tidak bertamadun sehingga menyebabkan kerajaan Selangor menagguhkan sementara perpindahan ketapak yang dicadangkan lebih awal. Hari ini cadangan baru dikemukan oleh Kerajaan Selanor bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Bagi saya masalah ini adalah sangat kecil jika dilihat kepada persoalan toleransi agama yang saya kira telah mla dipupuk dengan lebih baik sejak pakatan Rakyat bangkit dengan tsunami politik sehingga dapat bertapak di negeri Kedah, Pulau Pinang , Perak dan Selangor, disamping terus bertahan di Negeri kelantan. masalahnya onar dan api dalam sekam datang dari sekelompok melayu yang masih tidak bertamadun dan cuba merenggangkan toleransi agama yang membaik sejak Mac 2008 itu.

Menyingkap masalah di Kelantan malah kalau dilihat dari skop semua tempat di Malaysia, saya rasakan hampir tidak ada kuil atau tokong yang boleh dibina oleh penganut agama buddha, hindu dan kristian. Kerana mana ada majaoriti penganut agama tersebut yang melayakkan mereka membina kuil atau tokong atau gereja dalam keadaan negara Malaysia yang majoritinya adalah orang melayu.

Perlu diingatkan juga mereka adalah warga negara Malaysia yang mempunyai taraf yang sama dengan penduduk lain dan mempunyai hak yang sama termasuk dalam pengamalan agamanya.

Kalau adapun mungkin diberapa tempat terdapat majoriti penganut agama selain Islam sehingga mereka bebas membina rumah ibadahnya tanpa ada pertikaian.

Persoalan sekarang Islam juga tidak melarang dan mahu campur dalam urusan agama lain, Islam menganjurkan tahap toleransi beragama yang cukup tinggi seperti Firman Allah SWT :

"Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku" (Al Kafirun :6 )

Kita tidak boleh memaksa orang lain masuk islam, menganggu rumah ibadahnya. Justeru itu cubaan menimbulkan onar di negeri Selangor adalah datang dari orang melayu yang jahil tentang Islam sekaligus membelakangi toleransi beragama yang dianjurkan oleh Islam. Selain itu kalau sudah diseliputi oleh agenda politik yang kotor menyebabkan suasana tegang yang tidak sepatutnya belaku.

Melihat kepada toleransi beragama di Kelantan, kita dapat menyaksi bagaimana "ketik Siam" atau kuil buddha dibina yang rata-ratanya berada ditengah-tengah perkampungan melayu. Kalau pembinaannya dikira pada majoriti penduduk siam atau cina sepatutnya satupun tidak boleh terbina kuil buddha di Kelantan.

Kuil Hindu yang terletak di hadapan KB Mall bersebelahan dengan kubur kristien di Kota Baharu dengan jelas menjawab bahawa toleransi beragama cukup tinggi di kelantan. bayangkan kedudukan kuil yang begitu besar boleh dibina dalam keadaan hanya sedikit sahaja penganut agama itu di Kota baharu malah di kelantan.

Selain itu bercakap tentang jualan daging babi di Kota Bharu ianya dijual secara terbuka sekaligus menggambarkan sikap toleransi itu.

Sikap toleransi ini sebenarnya membawa kepada kehidupan yang dikaitkan dengan percampuran budaya yang melahirkan orang cina kelantan yang seakan-akan berjiwa melayu. Dengan maksud mereka mudah untuk menerima Islam sebagai agama pilihannya.

Selama kita mengapi-apikan perkara ini dalam keadaan tiada siapapun yang bersetuju dengan agama orang lain tetapi jangan sampai ia berada ditahap kewarasan yang sebenar dan terkeluar dari ajaran Islam yang tidak menyuruh kita menghalang agama lain untuk diamalkan. Apa lagi janganlah menjadi masalah sehingga menimbulkan keresahn yang tidak sepatutnya.

Bagi saya, saya sangat yakin dengan kebijaksanaan dan kewibawaan kerajaan pakatan Rakyat Selngor untuk menyelesaikan isu ini dengan baik. Cuma onar dan kekecohan adalah unsur picisan yang ditimbulkan oleh sekelompok UMNO yang kecundang dan hilang kuasa di Selangor.

at 9/08/2009 01:17:00 PM Posted by Unknown 1 Comment

UTUSAN MALAYSIA - RUANGAN FERIZ OMAR (Edisi : Selasa, 8 September 2009, Muka 1o)

ISU demonstrasi di Seksyen 23 Shah Alam tidak patut dinilai sebagai tindakan yang berniat mencemarkan kesucian Ramadan atau perlakuan menghina agama kaum lain.

Ia sebaliknya perlu dilihat sebagai simbolik protes, manifestasi kemarahan teramat sangat oleh sebilangan besar penduduk Islam di Seksyen 23 itu dalam isu pembinaan kuil di situ.

Apa tidaknya. Memorandum, surat demi surat dan bantahan lisan secara “berbudi bahasa” telah pun dikemukakan tetapi langsung tidak diambil endah. Kalau hal ini dibincang lebih awal dan dikaji dengan teliti, ia tentu tidak sampai jadi begini.

Berdasarkan kenyataan penunjuk perasaan penduduk Seksyen 23, “insiden kepala lembu” itu bukanlah dirancang secara khusus. Ia adalah simbolik perumpamaan pemimpin seperti “lembu dicucuk hidung” dan “bodoh macam lembu”.

Itulah yang terjadi apabila perhatian yang diminta oleh rakyat tidak diperolehi. Jadi apa lagi pilihan sesetengah mereka? Malangnya, ada di kalangan pemimpin kita sendiri yang menempelak demonstrasi berkenaan tanpa memahami isunya.

Pembangkang seperti biasa menggunakan taktik kotor dengan membangkitkan sentimen kebencian bukan Melayu dengan dengan menuduh kerajaan pimpinan UMNO sebagai perkauman.

Yang cuba mereka sembunyikan ialah suara protes di bangunan SUK Selangor tempoh hari lahir dari akar umbi masyarakat Islam. Ia terdiri bukan hanya kalangan “orang UMNO” tetapi juga kebanyakan penyokong PKR dan Pas.

Kumpulan itu merasakan jeritan hati mereka telah tidak lagi dipedulikan!

Ia terbukti bila kerajaan negeri terpaksa menangguhkan semula keputusan pemindahan kuil tersebut. Tepuk air di dulang, terpercik ke muka sendiri !

Nilai Semula Keperluan Untuk Bersatu

Dalam komentar yang diambil daripada http://www.khalidsamad.com berhubung isu ini, ada komen yang meminta kita melihat insiden itu sebagai satu desakan murni perpaduan antara Pas-PKR-UMNO.

Ada betulnya juga. Kalau kita nak tunggu isu seperti ini datang lagi, tunggulah sampai gerhana matahari pun belum tentu akan muncul.

Ternyatalah insiden ini mesti juga dilihat sebagai simbolik perpaduan orang Islam dalam Pas-PKR-UMNO melalui Jawatankuasa Bertindak Penduduk Seksyen 23 yang menunjukkan perjuangan mereka adalah suci atas dasar suara majoriti rakyat Selangor.

Mereka ini bergabung atas dasar Melayu dan Islam tanpa menghiraukan perbezaan falsafah politik. Lantaran, keegoan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merasakan kerajaan perpaduan tidak diperlukan terbukti telah ditolak di bahagian Parlimen yang dikuasai oleh Pas sendiri.

Melalui isu ini, wakil rakyatnya, Khalid Samad telah terbukti gagal melaksanakan tanggungjawab untuk mengutamakan sensitiviti majoriti rakyat di Seksyen 23. Sekali gus, terbuktilah juga kelemahan kerajaan pimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk mengawal keadaan.

Kerajaan Persekutuan pula bagaikan sudahpun menang dalam isu kepala lembu yang diarak ke SUK Selangor.

Penyokong-penyokong Hindraf dan PKR yang anti-ISA tiba-tiba ‘terhegeh-hegeh’ meminta kerajaan Pusat mengenakan tindakan ISA ke atas penunjuk perasaan tempoh hari. Maka terbuktilah ISA masih diperlukan!

GAGAL URUS, PAKATAN SEMAKIN GOYAH!

Kemelut ini akhirnya memaksa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah campur tangan. Bila sampai ke tahap di mana Sultan sendiri menegur, maka terbuktilah kegagalan kerajaan pakatan pembangkang Selangor dalam mengurus negeri dan menangani isu membabitkan sensitiviti rakyat!

Tindakan pakatan pembangkang yang sentiasa cuba mencari populariti murahan di kalangan orang bukan Melayu dengan melaung-laungkan kebebasan tidak terbatas akhirnya terbukti membawa padah.

Rasa hormat dalam masyarakat berbilang kaum yang selama ini dibina oleh kerajaan BN menjadi celaru. Gara-gara itu, azam 1Malaysia terpaksa dirangka oleh kerajaan Persekutuan bagi ‘mengubat’ semula keharmonian tersebut.

Sehinggakan dalam satu dialog baru-baru ini, seorang India bertindak melampaui batas dan seakan-akan mempertikai hak agama rasmi negara.

Jumlah surau dan masjid yang banyak dipersoalkan malahan isu azan lima kali sehari pun berani diperkatakan!

Mungkin inilah bibit-bibit kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Selangor. Kalau di Perak, ia mengambil masa hampir satu tahun setengah untuk berakhir, Selangor lebih bernasib baik. Ia masih bertahan – sekurang-kurangnya sehingga kini.

Syukurlah, melalui isu-isu yang sudah ditentukan oleh-Nya ini, kita – umat Melayu dan umat Islam – sedar dan kembali bersatu.

FERIZ OMAR ialah Presiden Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris)

IPOH, 7 Sept:- Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak telah selamat ditubuhkan dalam satu pertemuan rasmi yang diadakan di Pejabat PAS Perak di sini. Sekretariat yang mengabungkan wakil Pemuda dari parti PAS, PKR dan DAP itu mencapai kata sepakat dalam pertemuan yang dipengerusikan oleh Ketua Penerangan PAS Negeri Perak, Drs. Khalil Idham Lim.

Dalam kenyataan bersama sekretariat itu adalah gabungan dari wakil 5 orang bagi setiap parti. Mereka ialah Ketua Pemuda, Timbalan Ketua Pemuda, Setiausaha, Ketua penerangan dan Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda.

Hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Ketua Pemuda PAS, Ust Zainuri Amin, Ketua Angkatan Muda Keadilan , YB. Abd.Yunus Jamhari, Ketua Pemuda DAP, YB. Wong Kar Wok serta wakil-wakl lain mewakili parti masing-masing.

“Saya dengan ini mewakili Pakatan Rakyat Negeri Perak mengucapkan tahniah dengan penubuhan Sekretariat Pemuda pakatan Rakyat dan ini membawa arti yang sangat besar kearah memantapkan lagi gerak kerja Pakatan Rakyat di negeri Perak” Kata Drs. Khalil dalam kenyataan ringkas selepas mesyuarat tersebut..

Email oleh : Zamri keciks
Oleh : SALMIYYAH HARUN


KUALA LUMPUR:Perdebatan berhubung hukuman sebatan terhadap model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno timbul apabila peruntukan di dalam Kanun Acara Jenayah yang dikuatkuasakan di Mahkamah Sivil dijadikan kayu pengukur dalam menilai pelaksanaan undang-undang janayah Islam.

Sedangkan adalah jelas dengan berdasarkan semangat dari Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan, apa jua keputusan dan perjalanan prosiding di Mahkamah Syariah adalah tidak tertakluk kepada mahkamah sivil.


Pengamal Undang-undang Abdullah Abdul Karim berkata, hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan, Yang Arif Dato’ Haji Abd Rahman Yunos pada 20hb Julai 2009 yang lalu adalah satu hukuman yang sah yang berdasarkan kepada peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa.

Iaitu Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dibaca bersama Seksyen 4 Enakmen Pantadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (pindaan 1987) yang memperuntukkan bahawa bagi sesiapa yang didapati bersalah meminum minuman yang memabukkan boleh dijatuhkan hukuman denda tidak lebih RM5,000.00 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam kali sebatan.

Katanya, mana-mana pihak yang menyatakan hukuman itu kejam, tidak berperikemanusiaan atau mendikskriminasikan wanita seperti yang dibayangkan oleh Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil agar mencadangkan Kerajaan Pahang yang dikuasai Barisan Nasional meminda atau memansuhkan peruntukan tersebut di Dewan Undangan Negeri Pahang.

"Selagi peruntukan berkaitan dengan kesalahan meminum arak tersebut dan hukumannya tidak dipinda atau dimansuhkan oleh Dewan Undangan Negeri Pahang, maka peruntukan di dalam enakmen tersebut adalah kekal menjadi undang-undang yang sah yang boleh dikuatkuasakan, " tegas Abdullah yang juga Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang.

Abdullah berkata, berdasarkan kepada peruntukan terperinci di dalam Seksyen 125 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Pahang 2002, jelas menunjukkan hukuman sebat yang dilaksanakan di Mahkamah Syariah adalah berbeza dengan hukuman sebat di Mahkamah Sivil.

Kebimbangan pihak-pihak tertentu kononnya hukuman sebat itu adalah zalim serta tidak berperikemanusiaan, katanya tuduhan itu tidak berasas sama sekali.

Cara perlaksanaan (mode of execution) hukuman tersebut telah diperincikan dengan jelas sekali di dalam Seksyen 125 (2) dan (3) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Negeri Pahang 2002 yang antara lain memperuntukkan bahawa:

1. Alat sebatan yang digunakan hendaklah diperbuat dari rotan atau ranting kecil pokok yang tiada ruas atau buku dan panjangnya tidak melebihi 1.22 meter dan tebalnya tidak melebihi 1.25 sentimeter.
2. Kalau pesalah itu hamil, hukuman itu hendaklah dilaksanakan selepas 2 bulan dia melahirkan anaknya.
3. Pesalah hendaklah diperiksa tahap kesihatannya oleh Pegawai Kesihatan Kerajaan sebelum hukuman tersebut boleh dijalankan.
4. Hukuman sebat itu hendaklah dengan kehadiran Pegawai Perubatan Kerajaan.
5. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
6. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk
7. Sebatan hendaklah dijalankan dengan kekuatan sederhana iaitu tukang sebat itu tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala supaya tidak melukakan kulit pesalah.
8. Jika semasa perlaksanaan hukuman sebab itu Pegawai Perubatan Kerajaan memperakui bahawa pesalah itu tidak lagi dapat menerima sebatan, sebatan itu hendaklah ditangguhkan sehingga Pegawai Perubatan Kerajaan itu memperakukan bahawa pesalah itu sihat tubuh badannya untuk menjalani baki sebatan yang tinggal.
9. Selepas mengenakan satu sebatan, tukang sebat hendaklah mengangkat alat sebatan itu ke atas dan tidak menariknya.10. Semasa disebat, pesalah hendaklah memakai pakaian menurut Hukum Syarak.

Bahkan, jelasnya, peruntukan Seksyen 125 jauh lebih mendalam dan terperinci berbanding dengan peruntukan berkaitan dengan cara perlaksanaan hukuman sebat yang terdapat di dalam Kanun Acara Jenayah.

Justeru, beliau berpendapat, segala kritikan dan kecaman yang dihamburkan kepada Mahkamah Syariah Kuantan dan juga Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersabit dengan isu Kartika ini adalah lahir daripada sikap prejudis dan buruk sangka terhadap apa jua perkara yang berkait dengan perlaksanaan hukum Islam.

Sedangkan katanya, hukuman yang dijatuhkan ke atas Kartika bukanlah hukuman yang menurut hukum Islam sebenar yang berkait dengan minum arak sebagaimana yang diperuntukkan di dalam hukum hudud.

"Sikap prejudis dan buruk sangka ini telah lama tertanam di dalam minda mereka yang anti kepada perlaksanaan hukum Islam ke atas umat Islam di negara ini dan pelbagai alasan dikemukakan bagi menggambarkan betapa zalim dan buruknya hukuman yang dibuat atas nama Islam," katanya.

Saranan Perdana Menteri supaya Kartika membuat rayuan, katanya ianya saranan yang melucukan dan 'ill advised'.

"Bagaimana Perdana Menteri boleh memberikan saranan sedemikian sedangkan Kartika sendiri memilih untuk tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah di atas hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Jika beliau sendiri memutuskan untuk tidak merayu, maka kenapa Perdana Menteri pula yang sibuk-sibuk? " tambah Abdullah.

Oleh itu, Abdullah menggesa Mahkamah Syariah dan Hakim-Hakim Syarie supaya menjalankan tugas dengan adil dan amanah serta tidak tunduk kepada ‘serangan psikologi’ oleh pihak-pihak yang memang sentiasa bersikap prejudis terhadap hukum Islam dengan memberikan pelbagai gambaran negatif.

Katanya, dalam masa yang sama, usaha dakwah bagi memberi penerangan berkaitan dengan hukum Islam terus dijalankan bagi mendidik masyarakat dan menghapuskan sebarang kesangsian serta pandangan buruk mereka terhadap undang-undang Islam.

Usai 52 tahun dahulu, Almarhum Dr Burhanuddin al-Helmy pernah menyatakan bahawa tanah air ini merdekanya separuh masak. Jika dipaut kalimah itu dengan realiti negara masa kini,ianya boleh ditelusuri dengan mendalam.

Tahun ini sambutan kemerdekaan berslogankan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Obsesi ini tidak akan padam, itu hakikat dan boleh diterima pakai meskipun kosong rohnya.

Pelbagai mantera diseru, termasuklah memecahkan tembok perkauman, membaikpulih jambatan kepercayaan dan mendahulukan kepentingan rakyat.

Tetapi yang dihadiahkan kepada rakyat kini ialah kepala lembu dan kenaikan harga minyak menjelang jam 12 tengah malam ini.

Di sebalik kemurungan ekonomi mengasak rakyat tanpa henti, tekanan demi tekanan seumpama ini terus dilaksanakan oleh Umno-BN tanpa mengambil kira keadaan rakyat yang rencam. Apakah di mata mereka rakyat akan terus angguk-angguk dan geleng-geleng tanpa pertimbangan?

Merdeka ini bukan lagi separuh masak, tetapi kian basi dek penangan percaturan politik sempit dan menindas.

ANWAR IBRAHIM

    Followers