Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

PUTRAJAYA, 14 Sept :- Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 3 Oktober sebagai tarikh penamaan calon dan 11 Oktober hari pengundian pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang.


Adakah Presiden MCA, Ong Tee Keat, menerima RM10 juta seperti yang didakwa Pengerusi Kuala Dimensi Tiong King Sing? Ong mengatakan Tidak dan Tiong berkata Ya. Makananya kita memerlukan orang ketiga untuk memberitahu kita siapa antara 2 watak utama ini berkata benar. Orang ketiga itu haruslah seseorang yang menguruskan wang tersebut dan bertindak sebagai penghantar.

azman1

azman2

azman3

at 9/11/2009 11:40:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

Oleh : fexal z

Hakim dan Mahkamah semakin pelik dan bercelaru-ALTANTUYA MANOHARA
Diposting oleh BRIGED MP SEGAMBUT at 13:39 . 2009/09/09

Nampaknya baru kini seorang hakim mahkamah menyedari bahawa mahkamah tidak seharusnya mencampuri hal ehwal Dewan Negeri mahupun Dewan Negara, sejajar dengan konsep pemisahan kuasa legislatif-eksekutif-kehakiman.

Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan saman bekas Speaker Perak, V Sivakumar terhadap penggantinya yang didakwa menyerang dan melakukan pemenjaraan salah semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak 7 Mei lalu.

Pemisahan kuasa legislatif-eksekutif-kehakiman

Ketika menolak permohonan itu dengan kos semalam, Hakim Datuk Azahar Mohamed memutuskan :

Mahkamah tidak ada kuasa untuk mendengar permohonan Sivakumar, justeru tidak boleh campur tangan dalam keputusan yang dibuat oleh ahli-ahli DUN.

Jika berbuat demikian katanya, ia akan melanggar Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding dalam DUN di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah.

Kalau sudah begitu jelas peruntukan undang-undang yang sedia ada, maka apa jadahnya mahkamah boleh campur tangan dalam keputusan persidangan DUN bawah pokok pada pada 3 Mac lalu yang memutuskan penggantungan keatas Datuk Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya

Tetapi Mahkamah Persekutuan Putrajaya memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Negeri berkenaan.

Semakin pelik dan bercelaru sistem perundangan negara kita hari ini.Sebelum itu mahkamah turut campur tangan seperti berikut :

11 Mei, 2009 – Hakim Abd Aziz dengan beraninya telah mengeluarkan hujah penghakiman berpandukan perlembagaan yang ada mengesahkan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah.

12 Mei, 2009 – Dalam masa 2 jam sahaja , Zambry boleh mendapat perintah oleh seorang hakim sahaja bagi mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

21 Mei , 2009 – Keputusan Mahkamah rayuan berpihak kepada Zambry dengan alasan yang lemah dan tidak menyakinkan orang ramai.Sehingga kini belum ada alasan bertulis dikeluarkan oleh panel hakim 3 orang itu.

Hakim Azhar Berkecuali?

Hakim Azhar dilihat seolah-olah tidak mahu campur tangan tetapi yang peliknya, bagaimana pula beliau boleh mengeluarkan pandangannya berhubung dengan kontraversi perlantikan Ganesan sebagai speaker ?

Beliau berkata, "Saya tidak boleh bersetuju dengan peguam plaintif yang prosiding pada 7 Mei tidak menentukan siapa yang menjadi Speaker," katanya.

Menurut Menteri Besar Pakatan Rakyat, "Dia (Ganesan) bukan Speaker yang sah. Dia tidak berhak berbuat menghalang sidang Dun Rabu depan kerana Sivakumar masih Speaker yang sah. Dalam laporan Aturan Mesyuarat (Standing Order) Dewan Undangan Negeri, selagi Speaker (merujuk pada Sivakumar) masih ada di kerusinya, tidak ada orang lain boleh mempengerusikan persidangan." [klik sini]


Oleh : Zamri kecik

Dalam kesungguhan PAS Selangor mengenengahkan dengan berani dan tanpa kompromi keperluan arak diharamkan dikalangan masyrakat Islam khasnya di kawasan majority Islam, tiba-tiba Umno yang berkuasa diperingkat pusat menelanjangkan kejahilan mereka. Kalau sebelum ini kita lihat saki baki Umno di Selangor berdemonstrasi kononnya mahu menjuarai pengharaman arak di Selangor ini (walaupun dizaman mereka tidak pula mereka pedulikan) kini kita lihat bapa dan abang-abang mereka diperingkat pusat lebih ghairah menggalakkannya.

Bermula dengan konsert kumpulan hip hop Amerika, Black Eyed Peas yang dijadual diadakan di Sunway Pyramid (kawasan yang kerajaan pusat isytihar sebagai bengkung pelancongan dan boleh beroperasi sehingga jam 3 pagi) pada 25 September nanti. Istimewanya konsert ini bahawa ia diadakan bersempena ulangtahun ke 250 jenama arak Guiness Stout (di Malaysia sahaja jualan syarikat arak ini mencecah RM1.2 bilion ringgit pada tahun 2008).

Berbagai pihak menuntut agar kerajaan pusat yang didominasi Umno (yang mendakwa merupakan pembela Islam) agar membatalkan konsert ini kerana tujuan dan impaknya terhadap masyarakat khasnya umat Islam. Asalnya Kementerian Penerangan menyatakan bahawa konsert ini akan diteruskan tetapi terbuka hanya untuk masyarakat “bukan Islam”. Tanpa diduga tak sampai beberapa hari larangan itu ditarik balik.

Kononnya menurut Menteri berkenaan Rais Yatim, kerajaan tidak punya kuasa untuk melarang sesiapa dari menghadiri mana-mana pihak majli hiburan. Tiba-tiba kerajaan yang boleh menahan orang tanpa bicara ini, menyeret wakil rakyat macam penjenayah, melepaskan peluru hidup ke atas rakyat yang berdemonstrasi secara aman, menjadi dayus dan lemah tak bermaya.

Terpulanglah kepada umat Islam menurut Rais untuk mempertimbangkan sendiri samada mereka boleh atau tidak menghadiri konsert seumpama ini.

Bagi saya perubahan sikap ini menunjukkan yang Umno sebenarnya tidak pedulikan kerja-kerja mencegah kemungkaran. Bagi saya perubahan sikap ini membuktikan yang Umno kini sudah dipengaruhi dengan trend bahawa amar makruf nahi mungkar kini bukan lagi tanggungjawab kerajaan tetapi masing-masing individu.

Saya mendapat maklum yang konsert ini rupanya terpaksa diteruskan kerana ianya akan ditayangkan secara ke seluruh dunia, ia bakal membawa keuntungan lumayan kepada penganjur dan hasilkepada kerajaan. Kerajaan bersedia menerima hasil walaupun ianya bakal merosakkan rakyatnya!

Saya berharap umat Islam akan keluar beramai-ramai untuk membantah konsert arak ini. Pemuda PAS mungkin boleh bertanya kepada rakan mereka Pemuda Umno, adakah kali ini mereka bersedia berdemonstrasi sekali membantan keputusan kerajaan Pusat yang didominasi oleh bapa dan abang-abang mereka itu.

Ini sesungguhnya bukan isu PAS atau Umno atau sesiapa pun, ini isu maruah, nasib dan masa depan umat Islam. Kita berikan kuasa kepada mereka mengharapkan yang mereka akan berusaha mempertahan dan memelihara aqidah dan keimanan kita. Jika mereka gagal atau tiada “political will” tak kiralah dia PAS atau Umno atau PKR maka kita selaku umat Islam berhak menuntut atau membuat perubahan.

Al Quran yang diturunkan kepada umat manusia dalam bulan Ramadhan ini bertujuan memandu kita sebagai petunjuk dan memberikan keterangan kepada kita antara yang hak dan yang batil. Jangan kekal bersama yang batil, doakan semoga Ramadhan memberikan keinsafan pada kita agar bersama yang hak dan yang benar, Islam insyallah memimpin perubahan.

at 9/10/2009 01:15:00 PM Posted by Unknown 0 Comments


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan pemberian khas kewangan RM500 untuk 860,000 penjawat awam kumpulan sokongan.

Bayaran itu akan dibuat dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada bulan Disember.

"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dalam kumpulan ini terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan juga persediaan persekolahan pada hujung tahun ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib berkata implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. BERNAMA

MalaysiaKini/-

at 9/10/2009 01:13:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

Jawatankuasa bertindak penduduk Seksyen 23 Shah Alam yang membantah pemindahan kuil Hindu - menerima tapak baru yang dicadangkan oleh kerajaan Selangor, kata seorang ahli jawatankuasa tersebut, Ramzi Ramli.

“Apabila kami dapati tapak (baru) yang diumumkan itu bersebelahan kilang (elektronik) Nitto Denko, setelah berbincang, kami bersetuju dengan cadangan itu.

“Jadi, kami berharap, persatuan kuil (Hindu) Seksyen 19 menerima tapak baru yang dicadangkan menteri besar Selangor ini,” kata Ramzi.

Bagaimanapun, katanya, jawatankuasa bertindak itu hanya akan dibubarkan selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membuat pengumum rasmi mengenainya.

“Buat masa ini, kami meneruskan perjuangan rakan-rakan (yang didakwa di mahkamah), selagi tapak (baru) itu belum disahkan. Ini hanya cadangan menteri besar, sehingga diluluskan kerajaan negeri, barulah kami bubarkan jawatankuasa bertindak ini,” tambahnya.

Ketika ditemui Malaysiakini di komplek Mahkamah Shah Alam, Zamri berkata, pihaknya mendapati tapak baru itu sesuai kerana jauh dari kawasan perumahan.

Sehubungan itu, tambahnya, mereka menerima cadangan menteri besar itu dan berharap masyarakat India turut sama menerima cadangan tersebut.

Ramzi berkata beliau dan kira-kira 50 penduduk Seksyen 23 hadir mengikuti perbicaraan di mahkamah sebut.

Dua belas orang ke mahkamah hari ini berhubung perarakan kepala lembu ketika mengadakan protes di sekretariat kerajan negeri (SUK) Selangor pada 28 Ogos lalu.

Enam daripada mereka menghadapi dua tuduhan - menghasut dan menyertai perhimpunan haram. Manakala enam lagi didakwa menyertai perhimpunan haram.

Dtanya sama ada pendakwaan terhadap 12 pendemo yang membantah cadangan kerajaan negeri itu menyebabkan semangat mereka sejuk, Ramzi menjawab:

“Setelah sesi dialog bersama kepimpinan kerajaan negeri, baru kami melihat pendekatan kerajaan negeri hendak bersama-sama penduduk.”

Mengakui terdapat perbalahan dalam perbincangan Sabtu lalu, beliau berkata hubungan masyarakat Melayu-India di kawasan itu tidak terjejas.

“Saya tidak salahkan 48 orang India yang menyokong (pembinaan kuil). Kalau tanya saya pasal masjid pun, takkan kami bantah,” katanya.

Ramzi juga berkata, pihaknya bersyukur dengan cadangan tapak baru itu dan menyifatkannya sebagai “berkat bulan Ramadan”.

Sementara itu, seorang lagi ahli jawatankuasa bertindak tersebut, Shahril Mohd Nor pula berharap, masyarakat India menerima cadangan baru kerajaan negeri bagi menyelesaikan kes kontroversi itu segera.

Apabila perkara ini selesai, beliau berharap laporan polis yang dibuat terhadap pendemo Sabtu lalu, akan ditarik balik.

MalaysiaKini/-


Oleh : mohd hafez sabri

Ajk Dewan Pemuda PAS kawasan Tambun Saudara Mohd Hafez Sabri hari ini mengulangi desakannya supaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dibubarkan segera dan pilihanraya diadakan di negeri itu bagi membolehkan rakyat memilih kerajaan mereka.

Desakan ini adalah susulan daripada kekecohan yang berlaku di negeri Perak sejak krisis 12 Mac dan yang terbaru pada 2 September lalu apabila Speaker DUN Perak V. Sivakumar bersama 24 ADUN Pakatan Rakyat telah mengadakan Sidang DUN di Hotel Herittage selepas polis menghalang mereka masuk ke bangunan Sekretariat Kerajaan Negeri (SUK).

Beliau berkata, hanya dengan mengembalikan kuasa kepada rakyat, demokrasi dan ketertinggian perlembagaan dapat dikembalikan di Perak dan Malaysia.
Ia untuk membolehkan pemilihan semula, agar pengundi negeri Perak mengundi memilih kerajaan mereka.

Mohd Hafez Sabri turut berpendapat, kemelut politik negeri Perak itu telah membawa kesan dan risiko terhadap undang-undang Perlembagaan yang amat serius.

Pemuda PAS Tambun melihat krisis perlembagaan Perak telah menyebabkan sistem perundangan negara ini semakin hilang kehormatannya manakala doctrin separation of power (doktrin pengasingan kuasa) sudah berkecamuk yang mana badan kehakiman boleh mencampuri urusan badan perundangan”, ujarnya merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan 16 April lalu yang membatalkan penggantungan dilakukan oleh Speaker V. Sivakumar terhadap, Zambry Abdul Kadir.

Ia adalah satu perbuatan yang bercanggah dengan Perkara 72(1) Perlembagan Persekutuan dan keputusan mahkamah ini boleh menyebabkan persidangan Dewan Rakyat mahupun DUN boleh dicabar di mahkamah selepas ini. Sebab itulah menurut beliau, DUN perlu dibubarkan segera..

Sebelum ini dilaporkan bahawa sebanyak 97 peratus rakyat Perak mahukan DUN dibubarkan dan ia merupakan hasil kajian yang dilakukan oleh Penganalis Politik dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah terhadap penduduk di negeri itu yang bermula di Pasir Salak sehingga ke Kuala Gula.

“Bubarkan DUN adalah langkah paling bijaksana dan bertamadun kerana ia cara terbaik mengatasi kemelut politik di negeri itu serta memberi peluang mereka meraikan demokrasi selari dengan Artikel 21, Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 yang mengatakan bahawa rakyat harus menjadi teras kepada pembentukan sesebuah kerajaan”, tegasnya.

Katanya lagi bahawa Barisan Nasional Perak yang ada pada hari ini perlu malu untuk memerintah Perak secara tidak sah kerana walaupun ketiga-tiga ADUN Bebas menyokong Kerajaan Dr Zambry, tetapi undi popular masih tetap berpihak kepada Pakatan Rakyat iaitu kira-kira 442,660 undi manakala BN mendapat 399,565 undi, majoriti sebanyak 43,095 undi.

“Adakah BN Perak tidak malu memerintah Perak dengan cara gestapo (haram) walaupun seramai 400 ribu lebih rakyat Perak telah menolak mereka dan dalam konteks pemikiran masyarakat intelektual, sepatutnya kerajaan Perak perlu malu alah dan bubarkan DUN untuk menguji penerimaan rakyat terhadap mereka ini”, ujarnya.

“Kita tentu masih ingat keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mei lalu yang pernah mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah bagi negeri Perak dan ini mewujudkan persepsi bahawa menteri besar yang ada pada hari ini adalah haram walaupun disucikan oleh Mahkamah Rayuan”, katanya lagi merujuk kepada pengiktirafan Mahkamah terhadap Dr Zambry sebagai menteri besar Perak.

Mengulas mengenai sidang DUN rabu lalu sama ada sah dari segi Perlembagaan atau tidak, Ajk Dewan Pemuda PAS Tambun itu, berkata bahawa ia sah.

“Apa yang saya belajar serta menurut Pakar Perlembagaan, Prof Dr Aziz Bari serta undang-undang tubuh Negeri Perak itu sendiri, sejak dari mula lagi bahawa Speaker yang sah adalah V Sivakumar dan sudah menjadi bidang kuasanya untuk memanggil sidang DUN dan menggantung keahlian ADUN itu sendiri”

“Jadi tindakan melantik A Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas bahkan beliau jelas melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa,” ujarnya merujuk kepada jawatan Ganesan yang masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan secara haram pada 7 Mei lalu. Jelas beliau.

Justeru katanya Dewan Pemuda PAS kawasan Tambun berharap agar Sultan yang juga bekas Ketua Hakim Negara menggunakan peruntukkan undang-undang untuk perkenankan pembubaran DUN demi kebajikan rakyat Perak dan juga memulihkan integriti badan kehakiman itu sendiri.

“Bubar DUN sebenarnya dapat mengelakkan rakyat Perak daripada terus ditindas kerana percakaran politik PR dan BN ibarat gajah sama gajah bergaduh, pelanduk mati tersepit”

“Dan kepada BN Perak, mereka sepatutnya menyahut seruan Perdana Menteri yang baru untuk mendahulukan rakyat dan dalam isu ini, jelas rakyat telah diterkebelakangkan dan kepentingan politik lebih diutamakan”, ujarnya lagi.

    Followers