Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Ahli parliman Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri hari ini mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas. Maka saya mengucapkan selamat tinggal kepada nya.Tambahan pula saya yakin tindakan beliau sangat mengguris hati para pengundi di bagan Serai yang rata-ratanya orang banjar atau lebih populer dengan panggilan "kulaan".

Mohsin , 65,dalam usia selanjut itu tentunya masa depannya dalam politik sudah sampai ke penghujung jatuhnya.Dia merupakan ahli parlimen ketiga dari PKR yang bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas.

Sebelum ini yang telah menjadi Bebas ialah Datuk Zahrain Mohd Hashim (Bayan Baru) dan Tan Tee Beng (Nibong Tebal).

Mohsin mengumumkan keputusannya keluar parti itu dalam sidang akhbar yang sekali lagi turut dihadiri oleh bekas setiausaha agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim di Ampang hari ini.

Salehuddin juga turut hadir di sidang akhbar Zahrain dan Tan ketika mereka mengumumkan keluar dari PKR.

Berikutan ini, jumlah ahli parlimen PKR kini tinggal 27 orang.

Turut keluar PKR ialah bekas timbalan ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin.

Kelmarin, Salehuddin meramalkan, lebih 10 lagi wakil rakyat PKR akan keluar parti itu.

Bercakap dalam sidang akhbar tersebut, Mohsin berkata beliau tidak bersetuju dengan pendirian parti itu berhubung isu Allah.

Menurutnya, beliau telah membangkitkan perkara itu melalui saluran parti tetapi mendakwa ia tidak dihiraukan.

Salehudin pula berkata, PKR tidak seharusnya membuat sebarang pendirian ketika ahli-ahlinya masih bercelaru mengenai isu tersebut.

Beliau mendakwa, keputusan dibuat oleh satu dua orang tanpa dibahaskan.

Keadaan itu, tambahnya, telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin di peringkat akar umbi.

Begitulah Mohsin dengan alasannya yang saya kira sangat jauh dari untuk melindungi hasratnya yang tersembunyi. Nasihat saya lebih baik masuk BN terus dan tidak usahlah berselindung disebalik kata-kata yang dibuat-buat untuk menghalalkan tindakannya yang "haram" itu.

15 Rabiul Awwal 1431H.

Semasa saya sampai di LCCT untuk menaiki kapalterbang ke Miri pagi semalam saya sangat terkejut dengan suasana di pagi hari yang sesak dengan penumpang yang sudah datang lebih awal untuk menuju destinasi masing-masing. Ditambah pula ada yang menghantarnya sama suasana dipagi hari di LCCT bertambah sesak dengan pengunjung.

Namun suasana yang saya Nampak sebahagian besar dari yang mundar mandir di bahagian pendaftaran penerbangan dan di ruang legar ternyata sebangian besarnya adalah dari warga asing dan yang pastinya bukan semua adalah warga Negara Malaysia.

Begitu juga bila saya masuk keruang menunggu untuk penerbangan tempatan, sewajarnya saya rasakan suasana sudah berubah dari suasana tempat ruang legar diluar. Maklum sahaja penerbangan tempatan mestinya kalaupun bukan semua rasanya wajar mereka adalah rakyat Malaysia yang menggunakan kemudahan awam yang terbaik itu.

Sayangnya dibahagian ini juga sebahgian sbesarnya adalah warga asing yang sedang mununggu untuk bergerak dari Kuala Lumpur ke Bandar-bandar lain di Malaysia.
Telahan saya terbukti apabil semasa menaiki penerbangan ke Miri, penumpang yang berada dikanan dan dikirri saya adalah warga asing dari India dan mereka sedang menuju ke Miri untuk ke Brunai.

Berdasarkan gambaran ringkas yang saya jelaskan di atas menunjukkan bahawa ramai sungguh warga asing yang sedang berada dii Negera kita, sehingga jelas kelihatan mereka juga yang sedang menggunakan kemudahan pesawat terbang untuk bergerak.

Sedangkan rakyat Malaysia ramai lagi yang merempat dan tidak pernah meniaki kapal terbang. Seperti kata saya kepada pemadu teksi yang menghantar saya diawal pagi ke LCCT dari sebuah hotel penginapan, kerana dia menggunakan jalan pintas untuk ke LCCT yang melalui sebuah perkampung. Lalauy saya katankan kepadanya mereka masih banyak yang belum pernah naik kapal terbang walaupun hari hari tengok kapal terbang.

Teringat saya masa kecil-kecil dulu bila nampak sahaja kapal terbang wapaupun jauh diatas awan dan kecil sahaja kerana kampong saya di Bachok jauh dengan lapangan terbang, namun saya dan kawan-kawan bersorak-sorak sudan rasa seronok . apalagi yang duduk ditepi lapangan terbang tentu mereka mendengar dengan jelas deruman enjin pesawat dan jelas kelihatan , namun sekalipun mereka tidak pernah merasa naik kapal terbang.

Sehingga cerita sedih berlaku di Indonesia apabila beberapa tahun dulu bila kapal terbang Mandala yang ingin terbang terbabas dan merempuh kawasan perumahan disekitar lapangan terbang Polonia Medan, mereka yang miskin dan hari-hari tengok kapal terbang inilah yang banyak mati.

Begitulah nasib malang rakyat Malaysia yang merempat dan terus akan merempat dek kerana kesusahan hidup yang wujud setelah 50 tahun BN memerintah Malaysia.

Bayangkan semasa di KLIA saya sempat melihat seorang warga asing semacam dari China yang kudung kedua belah tangannya, sebelah dipergelangan tangan dan sebelah atas paras siku. Dia membimbit beberapa kotak ubat menggunkan tangan kudungnya dan semacam baru sampai dari China. Orang yang cacat begitu boleh sampai ke Malaysia dan mengambil peluang untuk berniaga, namun kita semua tidak dapat menafikan banyak rakyat Malaysia yang malas dan telah dimalaskan sekian lama.

Mereka banyak yang menjadi masalah kepada negara dan tempat yang sepatut diambil peluang oleh warga tempatan telah diganti oleh warga asing walaupun kudung tangannya.
Realitinyanya itulah Malaysia yang senang bukannya orang tempatan namun orang asing yang keluar masuk ke Negara kita setiap hari.

Dalam masa yang sama rakyat malaysia terus berada dalam keadaan kemisinan dan menggunakan kemudahan awam kelas rendah malah ada yang masih jauh ketinggalan. Kemudahan kelas pertama dan canggih terus dinikmati hanya oleh golongan tertentu termasuklah orang asing yang mencurah-curah datang ke negara kita.


at 3/02/2010 09:45:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

16 Rabiulawal 1431H
http://limguaneng.com

1. Bersyukur kita kepada rahmat yang diberikan yang membolehkan kita berkumpul di pagi yang berbahagia ini bagi upacara Pengakuan Penerimaan Jawatan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada Cik Hjh Patahiyah bt. Ismail yang dilantik untuk memegang jawatan Yang DiPertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Saya percaya beliau telah mencatatkan sejarah sebagai wanita pertama yang dilantik memegang jawatan Yang Dipertua bukan sahaja di dalam sejarah Kerajaan Tempatan di Pulau Pinang tetapi juga di Semenanjung Malaysia.

Setiap lantikan adalah berdasarkan kebolehan dan kelayakan dan bukannya atas dasar warna kulit, agama, fahaman politik ataupun jantina. Cik Hjh. Patahiyah pernah menjawat jawatan Pengarah Bangunan dan Setiausaha Perbandaran dan saya percaya beliau akan menggunakan pengalaman beliau untuk terus mempertingkatkan lagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang ke arah bandaraya yang moden, bersih, hijau, selamat dan bertaraf antarabangsa di Malaysia.

Perlu ditegaskan Pulau Pinang ingin memberikan peluang kepada semua wanita yang berkebolehan untuk menunjukkan bakat. Oleh itu, Kerajaan Negeri menolak pandangan CUEPACS yang tidak bersetuju untuk meletakkan wanita dalam jawatan penting.

Kerajaan Negeri tidak akan menafikan peluang kepada seseorang hanya kerana beliau adalah wanita. Bukan sahaja Arkitek Patahiyah diberikan peluang malah Kerajaan Pakatan Rakyat telah melantik Pegawai Daerah wanita pertama di Pulau Pinang, Puan Hajah Rohani Hassan, Puan Wan Zailena sebagai Pengurus Besar Invest Penang dan Cik Ooi Geok Ling sebagai Pengurus Besar Penang Global Tourism.

Kami menjemput mana-mana wanita yang berkebolehan yang ditolak oleh pandangan sempit macam CEUPACS untuk mencari rezeki di Pulau Pinang kerana Kerajaan Pakatan Rakayat akan memberi peluang kepada mereka.

2. Sebagai Yang Dipertua yang baru, beliau akan menghadapi banyak cabaran dan di antara aspek-aspek yang perlu diberi penekanan termasuk pembangunan perbandaran yang mapan, penyediaan perkhidmatan perbandaran dan infrastruktur yang berkualiti, pengwujudan persekitaran hidup yang bersih, indah dan sejahtera serta mengamalkan urus tadbir yang baik.

3. Saya difahamkan bahawa Majlis Perbandaran Pulau Pinang telahpun mula mengambil tindakan untuk mengatasi masalah 3C iaitu (Cleanliness, Congestion dan Crime) di kawasan pentadbiran MPPP.

Dari segi kewangan MPPP, dianggarkan mengalami defisit sebanyak RM40 juta pada tahun 2010 kerana pelancaran beberapa projek infrastruktur yang dapat membantu Pulau Pinang menuju ke arah sebuah negeri bertaraf antarabangsa.
Projek ini diharap akan dapat mengatasi masalah 3C. Satu perkara yang mesti diperhatikan adalah kos emolumen sebanyak RM91 juta pada Bajet 2010 dengan per kapita gaji hampir RM40,000 setahun. Kos emolumen boleh diterima sekiranya warga Pulau Pinang menikmati perkhidmatan bertaraf antarabangsa. Itulah sebabnya Kerajaan Negeri memberi peluang kepada semua pegawai yang berintegriti untuk naik pangkat.

4. Bagi mencapai kualiti hidup yang tinggi dari segi kebersihan dan kesihatan, MPPP sedang dalam proses pengambilan 250 Pekerja Awam bagi memperkukuhkan lagi tenaga kerja di Bahagian Perkhidmatan Perbandaran.

Di samping itu, prosedur kawal selia telahpun dimantapkan untuk memantau perjalanan kontraktor dengan kaedah kawal selia yang tersusun dan sistem demerit yang lebih efektif.

Kontraktor pembersihan laut dan pantai telahpun diarahkan untuk membina papan maklumat yang mengandungi maklumat nama syarikat dan nombor telefon kontraktor di sepanjang pantai bagi membolehkan orang ramai membuat aduan tentang perkhidmatan yang diberi.

Oleh itu sesiapa yang masih merasakan ketidakpuasan hati tentang kebersihan pantai sila hubungi no hotline MPPP di talian 04-2637637. MPPP telahpun diarahkan untuk membeli alat jentera dan mesin baru yang bernilai hampir RM10 juta bagi memantapkan lagi perkhidmatan agar adalah lebih baik.

5. Sejumlah RM4.7 juta telahpun disediakan bagi menaiktaraf dan kerja-kerja penyelenggaraan beberapa pasar lama iaitu Pasar Pulau Tikus, Pasar Jelutong, Pasar Air Itam, Pasar Lebuh Cecil dan TPS Batu Maung.

Kerja-kerja menaiktaraf dan penyelenggaraan akan memberi fokus kepada aspek kebersihan dan keselesaan kepada rakyat seperti menaiktaraf sistem perparitan, pembekalan air dan elektrik serta penambahbaikan tandas awam. MPPP akan melancarkan satu kempen kebersihan kompleks makanan.

Di bawah program kebersihan kompleks makanan satu kempen pemakaian apron dan topi yang bertemakan ”Kebersihan Amalan Kita” akan dilancarkan pada bulan Mac ini. Kempen tersebut adalah untuk menggalakkan pengendali makanan ke arah pemakaian apron dan topi serta amalan penyediaan makanan secara bersih.

6. Bagi menjayakan initiatif Kerajaan Negeri untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri hijau, MPPP juga terlibat dalam program kitar semula komputer peribadi (P.C Recycling) dengan Dell Global Business, IRM Industries, Sunshine Wholesale Mart dan Penang Environment Working Group (PEWOG).

Program ini telah diusahakan mengikut konsep Local Agenda 21 telah berjaya mengutip 17,331 kg komputer peribadi dan aksesori komputer terpakai pada tahun 2009. Sebagai menyokong usaha Kerajaan Negeri untuk mengurangkan penggunaan bag plastik, MPPP juga turut menjayakan kempen ”Say No To Plastics”.

Ke arah ini, MPPP pada tahun 2009 telah menganjurkan 18 program bersama sekolah, penjaja, persatuan penduduk, kilang dan hypermarket dan program-program ini akan berterusan bagi tahun 2010.

7. Untuk mengatasi masalah kesesakan lalulintas atau ’congestion’, MPPP secara berterusan mengambil tindakan untuk memantapkan sistem pengangkutan dan lalulintas dengan membina dan menaiktaraf jalan, melaksana sistem jalan sehala, menambahbaik sistem kawalan lampu isyarat serta menaiktaraf laluan pejalan kaki dengan kemudahan OKU.

Satu projek penyeleraian trafik akan dimulakan daripada Bulatan Bukit Gelugor ke Jalan Masjid Negeri pada tahun ini sebagai uji kaji. Sehubungan dengan ini juga, kajian “Decongesting George Town” telah ditauliahkan untuk menggariskan tindakan-tindakan bagi menambahbaik aliran lalulintas dan pengangkutan awam di kawasan-kawasan yang mengalami kesesakan yang serius seperti Jalan Masjid Negeri, Air Itam dan pusat bandar George Town.

Dalam usaha menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan kesesakan dalam kawasan pusat bandar serta bagi membolehkan rakyat menikmati sistem pengangkutan awam yang lebih efisen, cepat dan berkualiti, Kerajaan Negeri melalui MPPP telahpun menyambung semula pengangkutan Bas CAT (Central Area Transit) yang disediakan setiap hari dari pukul 6.00 pagi hingga 12.00 malam yang melibatkan kos sebanyak RM600,000 setahun. Pada masa sekarang perkhidmatan Bas CAT mendapat sambutan yang baik dengan lebih daripada 50,000 penumpang menggunakan perkhidmatan ini setiap bulan.

8. Bagi tujuan mencegah jenayah di kawasan pentadbirannya, MPPP telah menggunapakai Program Bandar Selamat yang melibatkan 23 langkah pencegahan jenayah di mana langkah-langkah tersebut dilaksanakan secara berterusan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Sehingga kini, MPPP telah melaksanakan langkah-langkah berkaitan dengan bidang tugasnya seperti berikut:-

(a) pengasingan laluan pejalan kaki dari jalan bermotor
(b) pemasangan rel penghadang
(c) penyediaan bollard
(d) pemasangan cermin keselamatan
(e) pemasangan CCTV
(f) laluan awam yang tidak terlindung

Baru-baru ini, konsep Bandar Selamat juga telah dilengkapkan dengan ciri-ciri mesra OKU seperti laluan yang lebar tanpa halangan, pembinaan ramp dan pemasangan “guiding block”.

Di bawah Program Bandar Selamat, MPPP telah bekerjasama dengan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) untuk mengenalpasti kawasan-kawasan kerap berlaku jenayah. PBT dipertanggungjawabkan untuk memasang dan menyelenggara sistem CCTV tersebut yang hendak disambung ke Ibu Pejabat Polis Daerah yang berkenaan manakala PDRM akan bertanggungjawab terhadap operasi dan pemantauan sistem CCTV tersebut.

Setiap tahun MPPP membelanjakan lebih kurang RM1.16 juta untuk penyediaan sistem CCTV dengan 31 buah kamera yang dikendalikan oleh Polis. Pada tahun ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan akan menambahkan 24 kamera CCTV lagi.

9. Saya percaya bahawa Cik Patahiyah bt Ismail sebagai seorang yang berpengalaman dan telah lama berkecimpung di dalam pentadbiran Majlis, dapat membawa MPPP ke tahap kecemerlangan dengan kerjasama yang erat di antara semua Ahli Majlis dan pegawai MPPP.

Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada Sr. Ir. En Ang Aing Thye, selepas berkhidmat selama 31 tahun telah dilantik sebagai Setiausaha MPPP yang baru. Sebagai seorang jurutera bertauliah, beliau adalah jurutera pertama dilantik sebagai Setiausaha MPPP. Bersama-sama dengan Arkitek Patahiyah, gandingan professional sains teknikal yang pertama dalam sejarah PBT di Malaysia berpeluang mempamerkan prestasi perkhidmatan ala CAT.

10. Adalah menjadi harapan saya agar semua Ahli Majlis, Ketua Jabatan dan pegawai Majlis memberi sokongan padu kepada Yang Di Pertua yang baru dan bekerja sebagai satu pasukan untuk meningkatkan lagi perkhidmatan kepada orang ramai. Sekian, terima kasih.

(UCAPAN YAB TUAN LIM GUAN ENG, KETUA MENTERI PULAU PINANG
DI UPACARA PENGAKUAN MENERIMA JAWATAN PUAN HJH PATAHIYAH BT ISMAIL SEBAGAI YANG DIPERTUA, MAJLIS PERBANDARAN PULAU PINANG PADA 1 MAC 2010)

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

Harakahdaily.net/-

at 3/02/2010 09:42:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

16 Rabiulawal 1431H
Abdul Aziz Mustafa

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Pengkianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Mengulas aksi lompat beberapa beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau berkata, kemasukan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin ke dalam Umno dan pengisytiharan beberapa orang wakil rakyat keluar dari PKR dan menjadi bebas adalah untuk menyempurnakan agenda Umno dan BN.

Apa yang berlaku itu, katanya, membuktikan Umno dan BN adalah ‘parti tong sampah dan tong najis’ yang layak menghimpunkan bungkusan sampah dan najis di dalamnya.

"Keluarnya mereka akan mewujudkan suasana persekitaran PKR dan Pakatan Rakyat (PR) yang lebih baik.

"Ini akan menjadi PKR dan PR sebagai parti yang bersih dari kekotoran dan najis yang membusukkan dan menjadikan PKR dan PR bebas dari menjadi sarang pengkhianat perjuangan rakyat. Pengkhianat perjuangan rakyat hanya layak bersama Umno dan BN," tegas Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Sebelum ini, kata Mahfuz, ‘parti tong sampah dan tong najis’ itu berkerjasama dengan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang didedahkan oleh Umno dan BN sendiri sebagai perasuah.

Kes kedua-dua mereka begitu menggemparkan kerana turut melibatkan rasuah seks.

"Mereka ini keluar dari PKR bersama seorang Adun dari DAP untuk menyokong 'parti tong sampah dan tong najis' merampas kerajaan PR Perak.

"Umno dan BN sanggup bersekongkol dengan orang-orang yang dilihat rendah moral oleh rakyat untuk kepentingan politik singkat mereka," katanya.

Beliau bagaimanapun melihat apa yang berlaku itu sebagai satu proses pembersihan dalaman PKR dan PR.

"PAS telah melalui proses ini satu waktu dulu, bukan sekadar wakil rakyat tetapi Presiden PAS, pimpinan tertinggi dan mereka yang digelar ulama meninggalkan PAS.

"Namun PAS terus mantap dan maju dengan didukung oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas," katanya.

Proses tersebut juga, katanya, membuktikan parti-parti kompnen PR hanya layak didukung oleh pimpinan dan ahli yang ikhlas dan jujur kepada perjuangan memartabatkan kuasa rakyat.

"Ini adalah proses yang natural dan tak mampu dilakukan oleh proses organisasi.

"Dari sudut proses organisasi kita tak upaya nak tapis sedalam-dalamnya niat dan agenda sebenar seseorang.

"Tetapi proses alam semulajadi (sunnatullah) yang pasti akan menentu dan melakukan pembersihan parti dari pengkhianat perjuangan rakyat," katanya.

Beliau menggesa mana-mana wakil rakyat yang keluar dari PKR dan PR agar melepaskan jawatan mereka.

Harakahdaily.net/-

15 Rabiul Awwal 1431H.
M Faqih

KOTA BHARU, 1 Mac: Usul agar Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan bagi pihak Negeri Kelantan memikirkan tindakan-tindakan yang sesuai termasuklah tindakan mahkamah bagi memastikan Akta Pembangunan Petroleum 1974 dipatuhi disokong sebulat suara termasuk oleh pihak pembangkang Dun Kelantan.

Usul itu yang dikemukakan oleh Adun Air Lanas, Abdullah Yaakub dibahas dan diluluskan sebulat suara.

Adun BN, Aziz Derasid (BN-Kuala Balah) antara yang bangkit dan berkata "sokong" ketika speaker minta ahli-ahli dewan lain memberi sokongan terhadap usul itu.

Speaker, Nasaruddin Daud berkata, selepas meneliti cadangan tersebut beliau mendapati ia memenuhi tiga syarat iaitu perkara yang tertentu dan mustahak, kedua, bagi kepentingan orang ramai dan perlu disegerakan.

Sebelum itu beliau menanyakan sokongan terhadap usul tersebut.

Ekoran itu kesemua Adun bangun sebagai menyatakan sokongan kepadal usul terbabit termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad, Mat Yusof Abdul Ghani (BN–Nenggiri) dan Datuk Abdul Rashid Aziz (BN–Kuala Balah).

Adun Barisan Nasional yang tidak berdiri iaitu Datuk Nozula Mat Diah (BN–Paloh) dan Adhan Kechik (BN–Bukit Bunga), manakala Datuk Noorzahidi Omar (BN–Pengkalan Kubur) tiada dalam dewan ketika itu.

Usul tersebut dikemukakan selepas selesai sesi soal jawab secara lisan.

Usul berkenaan berdasar kepada peruntukan Peraturan Tetap Dewan Negeri Kelantan Perkara 30 (1) bagi cadangan menangguh persidangan kerana merundingkan perkara-perkara mustahak bagi orang ramai.

Usul terbabit berbunyi, “bahawa Dun memberi mandat kepada MMK bagi pihak kerajaan negeri mengambil apa-apa tindakan mahkamah yang bersesuaian bagi mendapatkan bayaran tunai yang terhak kepada rakyat dan kerajaan Kelantan mengikut perjanjian dan penyerah hakkan kuasa-kuasa petroleum sama ada di daratan atau di lautan negeri Kelantan yang ditandatangani pada 1975.

“Seperti mana kehendak undang-undang tunggal yang berkaitan dengan pengeluaran petroleum iaitu Akta Pembangunan Petroleum 1974, pada bila-bila masa yang difikirkan oleh kerajaan negeri.”

Abdullah berkata, sebanyak 13 negeri di negara ini telah menandatangani penyerahan hak pada 1975 dan 1976 kepada Petronas bagi membolehkan carigali minyak dijalankan tanpa mengambil kira jarak kedudukan lokasi minyak.

Oleh itu katanya, mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroleum 1974 sebagai balasan terhadap penyerahan kepunyaan dan hak-hak kuasa dan keistimewaan itu, Petronas hendaklah membuat bayaran tunai kepada negeri.

Cadangan tersebut disokong Datuk Omar Mohamad (PAS – Perupuk).

Ekoran sokongan padu itu Speaker menerima dan meluluskan cadangan tersebut dan kemudian dibuka kepada perbahasan.

Zulkifli Mamat (PAS–Pulai Chondong) ketika mengambil bahagian dalam perbahasan tersebut berkata, biar pun beliau menyokong penuh usul tersebut namun cukup sedih apabila ada pihak gagal memahami perjanjian yang dibuat pada 1975.

“Saya cukup sedih apabila Peguam Negara, menteri-menteri dan timbalan menteri gagal untuk memahami perjanjian yang telah ditandatangani.

“Sedangkan semangat atau moral perjanjian itu Petronas perlu membayar wang tunai kepada negeri berdasar kepada petroleum yang dijumpai di negeri terbabit,” ujarnnya.

Menurutnya, suatu kezaliman telah berlaku di mana kerajaan pusat lebih mengutamakan politik apabila cuba menafikan hak yang sepatutnya diperolehi kerajaan Kelantan.

Kata beliau, amat mudah untuk memahami semangat perjanjian tersebut, di mana Pak Mat dan Pak Leh di kampung pun diyakini boleh faham.
Beliau berkata, tuntutan royalti sebenarnya tidak perlu dibawa ke mahkamah sekiranya kerajaan pusat menunaikan tanggungjawab mereka seperti terkandung dalam perjanjian.

Beliau juga mencadanngkan supaya kerajaan negeri mengkaji semula setiap perjanjian dengan mana-mana pihak dalam tempoh 10 tahun sekali.

Zulkifli juga berhujah sekiranya kuasa carigali diberi kepada syarikat asing Kelantan mampu menikmati royalti sehingga 25 peratus.

“Perkara itu pernah berlaku di mana Sarawak sebelum ada PDA telah menandatangani perjanjian dengan Shell, di mana syarikat tersebut memberi royalti antara 8 hingga 12peratus kepada negeri berkenaan,” tambahnya

Harakahdaily/-

at 3/01/2010 02:42:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

Pelajar sekolah diangkut demi untuk meramaikan program anjuran UMNO.



14 Rabiul Awwal 1431H.

Hari ini tanggal 28 Februari 2010, Sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Bukit gantang telah diadakan di Changkat Jering Taiping. Surat-surat telah diedarkan ke seluruh sekolah-sekolah kawasan parlimen ini mengerah pelajar-pelajar, staf-staf, guru-guru untuk hadir. Seawal jam 7 pagi telah mula orang ramai berhimpun untuk berarak sebagai agenda sambutan tersebut. Namun begitu, bagi kakitangan kerajaan dan para pelajar seakan ditipu oleh penganjur program tersebut. Rupa-rupanya ia anjuran UMNO PARLIMEN BUKIT GANTANG yang mana YB Rosli selaku adun Trong penganjurnya.

Lihatlah 1 Malaysia, Umno memperkudakan sekolah-sekolah bagi menjalankan program-program mereka. Pada sambutan tersebut, murid-murid sekolah dikerah berarak bersama-sama guru-guru mereka. YB Rosli kata beliau nak bagi jem di Changkat Jering. Saya jika tahu perkara ini dianjurkan oleh Umno dan selaku ibu bapa tidak akan membenarkan anak-anak saya terlibat dengan program ini kerana jelas Umno memperbodohkan sekolah untuk program mereka. Menurut seorang guru yang hadir didalam mesyuarat sebelum penganjuran program tersebut, guru-guru telah terpaksa mendengar maki hamun Umno di dalam mesyuarat itu antaranya mengutuk Tok Guru Nik Aziz. Lihatlah 1 Malaysia Umnoni memang BONGOK...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

at 3/01/2010 02:40:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun menyepi daripada arena politik, bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin, malam ini mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menyertai Umno.

“Atas dasar mempertahankan pegangan serta perjuangan agama, bangsa dan negara, saya mengumumkan penyertaan dalam Umno dan keluar PKR kerana hilang kepercayaan ke atas pucuk pimpinan parti yang tidak konsisten dalam mempertahankan Islam,” katanya.

Beliau mengumumkan demikian pada majlis perjumpaan kepemimpinan tertinggi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia bersama Perdana Menteri di sini.

Sementara itu, Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya pada majlis itu berkata, sebagai Presiden Umno, beliau menerima Fairus dengan senang hati kerana tahu bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang itu mengambil keputusan atas dasar prinsip dan dasar, bukan kerana jawatan atau ganjaran.

Perdana Menteri berkata, beliau percaya Fairus sudah hilang kepercayaan kepada PKR yang gagal mempertahankan prinsip asas, iaitu memperjuangkan dan menaikkan martabat serta kesucian agama Islam.

“Saya percaya Fairus mempunyai keyakinan yang besar kepada perjuangan Umno dalam membela agama, bangsa dan negara.

“Malah, penyertaan Fairus adalah sesuatu yang bersejarah kerana beliau pemimpin kanan PKR yang pernah menjawat jawatan Timbalan Ketua Menteri,” katanya. BH/-

    Followers