Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berskala 7.2 richter melanda wilayah Sinabang, Acheh pada jam 5.15 pagi ini sehingga mencetuskan panik tsunami.

Bagaimanapun Jabatan Meteorologikal Malaysia menarik balik amaran tsunami di tiga wilayah Utara Malaysia.

Dalam perkembangan yang sama, Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta mengesahkan bahawa tiada penuntut Malaysia yang terlibat atau tercedera dalam gempa bumi itu.

Universiti di mana penuntut Malaysia berada ialah Universitas Islam Negeri Ar Raniri Acheh.

at 4/07/2010 04:31:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

Karpal Singh (DAP-Gelugor) hari ini digantung daripada Dewan Rakyat selama 10 hari berikutan tindakannya menyalahkan speaker yang didakwanya tidak mengikut keputusan yang dibuat sebelum ini.

Drama bermula apabila Tian Chua (PKR-Batu) bangun untuk meminta penjelasan daripada speaker berhubung notisnya untuk merujuk Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) ke jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau memutuskan untuk menolak notis berkenaan, yang mengundang Tian untuk bangun dan terus meminta penjelasan.

Pandikar kemudiannya mengarahkan Tian supaya duduk, namun Karpal pula menghidupkan mikrofonnya dan berkata speaker telah melanggar keputusan yang pernah dibuatnya sendiri sebelum ini.

Karpal mengulangi kata-katanya itu sebanyak enam kali dan juga menggelarkan speaker dengan sebagai 'diktator'.

Pandikar memintanya mengulangi gelaran itu yang dipatuhi Karpal.

Tindakan itu membawa padah apabila Pandikar mengarahkannya keluar dewan.

"Saya menggunakan kuasa menurut Peraturan 44(2). Bentara, tolong keluarkan Bukit Gelugor," kata speaker ketika mengarahkan bentara menolak kerusi roda Karpal keluar dari Dewan.

Pandikar juga memutuskan Karpal digantung daripada parlimen bagi tempoh 10 hari.

Tindakan itu kemudiannya menerima bantahan daripada wakil-wakil pembangkang.

Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) kemudiannya bangkit dan berkata keputusan speaker itu tidak adil.

Pandikar kemudiannya berkata, beliau akan berlaku adil dan memutuskan untuk membuka undian secara belah bahagi ke atas usul yang dibawa oleh Tian.

Malaysiakini/-

at 4/07/2010 04:27:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

Usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.

Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan.

Antaranya, hanya lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan.

“Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan laguUmno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.

Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.

Tiada tetamu ataupun pemimpin parti komponen lain yang dijemput ke pentas utama.

Menurut Song apa yang menghangatkan lagi suasana ialah ketika ucapannya, Noh Omar yang juga timbalan pengerusi perhubungan Umno Selangor berkata orang Melayu telah banyak berkorban demi rakan-rakan bukan Melayu.

Menurut Noh, rakyat bukan Melayu sepatutnya berterima-kasih kerana diberikan kerakyatan.

Noh Omar juga memetik ucapan daripada presiden keempat MCA, Tun Tan Siew Sin dan presiden kelima MIC, Tun VT Sambathan pada zaman era tahun 1960an yang memuji Umno kerana memberikan kerakyatan kepada bukan Melayu.

Song berkata bahagiannya menganggap ucapan Noh itu satu penghinaan kepada masyarakat Cina dan India di negara ini.

Di sebalik memulaukan sebahagian besar aktiviti konvensyen itu, Song dan ahli-ahlinya akan kembali petang ini untuk menghadiri pelancaran kempen 'BN Mampu Berubah, Sayangi Selangor Yakini BN dan Selangor Take Over Plan (STOP) PRU 13.

Sementara itu, setiausaha agung MIC, S Murugesan juga melahirkan rasa kurang senang kerana tiada pemimpinnya diletakkan di pentas utama.

"Nampaknya mereka seperti tidak menghormati kami,” katanya.

Bagaimanapun katanya, aduan sudah disampaikan kepada pengerusi penganjur, Mohd Zin yang berjanji memperbetulkan keadaan.

"Mereka telah meletakkan kerusi tambahan di pentas dan berjanji kepada saya bahawa lagu Umno tidak akan dinyanyikan pada sessi petang apabila Perdana Menteri, Najib Razak tiba.

"Jadi buat masa ini, saya tiada masalah,” katanya. Malaysiakini/-

Thursday, March 18, 2010

United Press International

Wed, 03 Mar 2010 20:51 EST

Addis Ababa, Ethiopia - Millions of dollars in Western aid meant for victims of the Ethiopian famine of the mid-1980s instead went toward purchasing weapons, a report says.

The BBC, citing interviews with former rebels and CIA documents, said militant leaders had posed as merchants in meetings with aid groups and diverted the money to weapons purchases as they attempted to overthrow the government.

At the time, the Ethiopian government was fighting rebellions in the northern provinces of Eritrea and Tigray.

Gebremedhin Araya, who had posed as a merchant, was actually a senior member of the Tigray People's Liberation Front, the BBC said.

"I was given clothes to make me look like a Muslim merchant," he said.

Beneath sacks of grain were sacks of sand.

Araya said he gave money he received to TPLF leaders, including Meles Zenawi, who became Ethiopia's prime minister in 1991.

Meles' office would not comment.

The TPLF's former commander, Aregawi Berhe, said in 1985, of $100 million in aid that went through the TPLF, 95 percent went toward purchase of weapons or to support the party within the rebel movement, the Marxist Leninist League of Tigray.

In a 1985 assessment, the CIA concluded, "Some funds that insurgent organizations are raising for relief operations, as a result of increased world publicity, are almost certainly being diverted for military purposes."


http://www.upi.com/T...65951267622659/

18 Rabiulakhir 1431H.

"Hari ini kita belajar satu ayat bahasa Uygur yang bermaksud 'menjaga perpaduan kebangsaan', sila baca ikut saya…"

Wuqikun, seorang anggota polis dari etnik Uygur sedang mengajar rakan-rakannya bahasa Uygur dengan satu demi satu ayat di Markas Komander satu pasukan dari Pasukan Polis Xinjiang di bandar Kashi, Xinjiang.

Pasukan tersebut bertugas di Kashi, Hetian, Akesu dan Zhou Autonomi Kirgiz Qizilsu dengan keluasan lebih 589 ribu kilometer persegi di bahagian selatan Xinjiang. Mereka ditugaskan untuk melindungi keselamatan negara dan memelihara kestabilan masyarakat serta mengangani keadaan ketika berlaku kecemasan demi menjamin kepentingan rakyat pelbagai etnik.

Kawasan tersebut merupakan kawasan kediaman yang didiami oleh penduduk pelbagai etnik yang berlainan. Penduduk etnik Uygur dan Kirgiz merupakan penduduk yang paling ramai bilangannya. Tugas yang melibatkan penduduk tempatan akan lebih mudah dilaksanakan sekiranya pasukan polis dapat menguasai bahasa-bahasa etnik minoriti tersebut. Aktiviti "mempelajari bahasa, lagu dan tarian etnik minoriti" telah dijalankan di kalangan semua pasukan polis tersebut sejak bulan Julai tahun 2009. Anggota polis dari pelbagai etnik bersungguh-sungguh mempelajari bahasa etnik minoriti dan mereka saling membantu untuk maju bersama-sama. Selain kuliah bahasa yang diadakan sekali seminggu, mereka sering membaca buku bahasa jika ada masa yang terluang pada setiap hari.

Ini ialah lagu selamat hari jadi dalam bahasa Uygur. Pada hari jadi seorang anggota polis dari etnik Han, iaitu Li Jie, rakan-rakannya bersama-sama menyanyikan lagu selamat hari jadi untuknya dalam bahasa Uygur. Terdapat empat etnik dalam skuad Li Jie, iaitu etnik Han, Miao, Uygur dan Uzbek yang datang dari pelbagai tempat di seluruh negara. Ini merupakan kali pertama Li Jie menyambut hari jadinya setelah beliau menjadi anggota polis. Beliau sangat terharu apabila mendengar lagu yang disampaikan oleh rakan-rakannya itu dan beliau menerima beberapa hadiah daripada rakan-rakannya itu. Li Jie berkata:

"Saya sangat gembira dan terharu kerana ramai orang yang menemani saya ketika saya menyambut hari jadi. Ini juga pertama kalinya saya mendengar lagu selamat hari jadi yang dinyanyikan dalam bahasa Uygur."

Dengan menguasai bahasa Uygur memudahkan pegawai dan anggota polis menjalankan tugas dan dapat mengeratkan hubungan dengan penduduk tempatan. Salayiding, anggota polis dari etnik Uzbek bercerita sesuatu kepada wartawan.

"Pada suatu hari Ahad, kami ternampak seorang gadis yang kelihatan amat cemas ketika kami bertugas meronda di pasar. Waktu itu sudah hampir malam. Saya tanya gadis itu apakah namanya dan di mana rumahnya serta apakah yang telah terjadi dalam bahasa Uygur. Sebenarnya gadis tersebut telah tersesat jalan lalu terpisah dengan ibu bapanya. Dia kemudian memberitahu saya alamat rumahnya. Kami menghantarnya dengan kereta pulang ke rumahnya."

Kawasan di mana pasukan tersebut merupakan kawasan kediaman orang Islam. Maka terdapat banyak masjid di kawasan itu. Di bandar Kashi sebagai contoh, terdapat hampir 10 ribu buah masjid besar, kecil atau sederhana di seluruh bandarnya. Masjid Aitigaer, masjid terbesar di Asia Tengah dan Asia Barat terletak di pusat bandar itu. Seramai beribu-ribu orang jemaah berjemaah di masjid tersebut pada setiap hari. Jumlah jemaah bertambah dengan banyaknya sehingga mencapai 10 ribu orang pada hari Jumaat. Ramai pengunjung dari Pakistan dan Kyrgystan yang datang berkunjung ke masjid tersebut.

Setelah masuk musim sejuk, kakitangan hospital polis mula pergi ke kawasan yang berpenduduk padat seperti kawasan masjid untuk memberikan perkhidmatan perubatan secara percuma.

Selain itu, mereka melakukan semburan ubat menyahjangkit di dalam masjid untuk mencegah influenza A H1N1 daripada merebak.

Imam besar Masjid Aitigaer yang juga Naib Pengerusi Persatuan Islam Kebangsaan China, Juma Tayier menyatakan:

"Pegawai polis telah memberi sumbangan yang besar untuk menjamin kestabilan dan perpaduan etnik di Kashi. Kebanyakan mereka sebaya dengan cucu saya. Mereka terpaksa meninggalkan kampung halaman untuk bertugas di sini dan mereka telah banyak menghulurkan bantuan. Saya berharap cucu saya juga boleh menjadi anggota polis dan bersama-sama mereka dan menjadi orang yang disayangi dan dihormati rakyat."

Imam Tayier, berusia 70 tahun merupakan seorang tokoh agama Islam yang amat mencintai tanah airnya. Beliau membantah keras perpecahan dan kegiatan keagamaan yang tidak sah. Beliau sering menasihatkan para penduduk agar sentiasa mematuhi undang-undang negara, memelihara perpaduan kebangsaan dan perpaduan etnik dalam ceramahnya kepada para jemaah.

Aktiviti "mempelajari bahasa dan menjaga kesejahteraan bersama dengan penduduk tempatan" sudahpun mendapat sokongan padu penduduk pelbagai etnik di Xinjiang. Pesuruhjaya politik Markas Komander pasukan polis itu, Li Faping menyatakan:

"Aktiviti ini mempereratkan lagi hubungan kami dengan penduduk tempatan. Kami akan terus berusaha mempelajari bahasa etnik minoriti dan budaya mereka untuk memperkukuh lagi perpaduan pelbagai etnik." -CRI/-

at 4/03/2010 03:25:00 PM Posted by Unknown 0 Comments


18 Rabiulakhir 1431H.

Asal Usul:

Pada zaman Chunqiu, iaitu antara tahun 770 hingga tahun 476 Sebelum Masihi, di negeri Chu, ada seorang bangsawan bernama Shen Chuliang yang telah dianugerahi gelaran "Ye Gong" atau "Tuan Ye" oleh maharaja. Dia dikatakan sangat gemar akan naga, sehingga seluruh rumahnya, baik dinding, loteng, alang dan tiang mahupun pintu dan jendela, semua dihiasinya dengan ukiran atau gambar naga.

Apabila mengetahui hal tersebut, naga yang benar-benar ada di kayangan berasa sangat terharu. Maka, turunlah naga tersebut ke bumi ini untuk menziarahi Ye Gong. Bagaimanapun, kasihan sungguh! Apabila ternampak ada seekor naga yang hidup sedang menjengukkan kepalanya di tingkap sambil meninjau-ninjau, dengan ekornya yang panjang meleret di atas lantai dewan rumahnya, Ye Gong menjadi sangat takut hingga dia berteriak sekuat-kuatnya sambil berlari lintang pukang.

Sejak itu, orang ramai pun tahu bahawa Ye Gong hanya suka kepada naga yang berupa hiasan, gambar atau ukiran sahaja, bukanlah naga yang sebenarnya.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Ye Gong Hao Long" atau "Ye Gong Gemar Akan Naga" ini, membawa erti gemar akan sesuatu yang sebenarnya ditakuti. Ia digunakan untuk mempersenda orang atau golongan yang pada zahirnya sangat berminat kepada sesuatu benda, tetapi hakikatnya bukanlah benar-benar suka kepada benda tersebut, malah takut kepadanya.

Ia boleh digunakan untuk menyindir orang atau golongan yang suka menggembar-gembur tentang kegemarannya, tetapi ketika benda atau objek yang selalu digembar-gemburkannya itu benar-benar muncul di hadapannya, wajahnya segera menjadi pucat ketakutan. CRI/-

at 4/03/2010 03:20:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

18 Rabiulakhir 1431H.
Muhammad Yusri Amin

KOTA BHARU, 3 April: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata perjalanan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak tidak akan menjadi kecoh sekiranya anggota dewan khususnya mematuhi perlembagaan negeri yang sedia ada, namun yang paling utama ialah mematuhi perlembagaan diselaraskan dengan Al-Quran.

Serentak dengan itu, beliau yang juga Menteri Besar mempertikaikan ahli Dewan Negeri yang ‘dibawa masuk’ (menjadi anggota Dewan) melalui mahkamah, namun beliau akur bahawa perjalanan Dewan Negeri termasuk di Perak perlu berdasarkan peraturan.

“Dalam dewan ada peraturan, dan menjadi peraturan dewan (bahawa) mereka yang menganggotai dewan itu mesti wakil rakyat.

“Dan kalau nak jadi wakil rakyat mesti melalui undi (malalui proses demokrasi), itulah peraturannya. Tetapi sekiranya (ahli yang menjadi anggota Dewan itu) sebahagiannya melalui undi, dan sebahagiannya pula melalui tok hakim (mahkamah), mana boleh demikian,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ceramah mingguannya di Medan Ilmu di sini pagi semalam.

Beliau diminta mengulas mengenai persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang disifatkan sesetengah pihak sebagai dalam ‘zoo’ sedangkan padanya termasuk di negeri Perak, ada peraturannya.

Beliau mendakwa kekecohan yang berlaku dalam dewan itu di mana golongan yang cerdik yang tidak boleh tunduk kepada perbuatan zalim, manakala mereka yang satu pihak lagi merasakan dizalimi, mereka melawan.

“Itu tanda mereka cerdik, tetapi kalau dikhianati namun mereka buat senyap saja itu tanda tak cerdik. Bagaimana pun, perbalahan itu mesti ada punca, takkan sebelah A lawan B dengan tidak ada sebab, tidak begitu. Mesti B buat masalah pada A dan A kena lawan atau pun A buat masalah pada B dan B kena lawan.

“Islam pun mengajar demikian. Demokrasi pun ajar, jadi jangan nampak benda kekecohan dalam Dewan lalu diburukkan lagi keadaan. Mesti ada sebab, kita kena tengok kepada sebab, kekecohan itu kerana apa termasuk dalam Dewan Undangan Negeri Perak,” katanya.

Beliau mendakwa, kekecohan itu disebabkan rakyat yang mengundi memilih calon A ke dalam dewan, namun orang lain pula membawa masuk orang lain melalui mahkamah.

“Mana boleh, sepatutnya memberi peluang kepada rakyat. Ini kerana membawa masuk wakil dalam dewan pun rakyat, hendak membawa masuk calon lain pun terlebih dahulu mesti tanya rakyat.

“Itu yang kita sebut beri peluang kepada pilihanraya semula, ini bendanya. Orang bawa masuk wakil rakyat melalui dewan, kita (pihak tertentu) mengubahnya,” katanya.

Mursyiyul Am menasihatkan bahawa semua perkara hendaklah bertindak dengan betul mengikut peraturan.

“Dari segi agama mestilah mengikut Islam. Kalau tak mahu agama, ikutlah perlembagaan, tetapi perlembagaan itu setakat di dunia sahaja. Apabila masuk kubur (mati) tidak berguna lagi.

“Oleh sebab itu kita di Kelantan mempastikan bahawa proses perlaksanaan perlembgaan selaras dengan Quran, dengan itu dalam kubur nanti (di akhirat) kita selamat , dan atas dunia pun kita jadi selamat, insya Allah,” katanya.

Harakahdailyy/-


    Followers