Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi


9 Jamadil Awal 1431H.
azman wan adnan

SELESAI sembahyang Maghrib berjemaah di masjid Al Rahimiah Kuala Kubu Baru, Tok Guru Nik Aziz mendirikan sembahyang sunat. Semasa solat beliau dilingkungi orang ramai. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk berjabat salam bertemu mata dengannya. Wap setangi di makam Nabi dan Kaabah masih ada pada tubuhnya. Beliau baru pulang dari tanah suci.

Saya turut merontai-rontai dicelahan asakan orang ramai untuk melihat wajahnya yang agak lama terpisah dari pandangan mata. Saya nampak Tok Guru sujud agak lama.

Mungkin beliau memohon agar Allah memberi kemenangan kepada Zaid Ibrahim. Kehebatan tok Guru meskipun uzur, keletihan namun kerana tuntutan perjuangan dan jihad beliau sanggup mengeret jasadnya ke Kuala Kubu Baru.

Dan yang sedikit mengusik ilusi saya ketika menyaksikan peristiwa itu, mengenai gelagat orang ramai. Mereka menyanyangi Tok Guru, menghormati Tok Guru, tetapi tidak pula ikut sama mendirikan solat sunat dan bersujud seperti Tok Guru?

Semangat Pakatan Rakyat Bangkit Kembali

MALAM ini adalah malam paling bererti bagi saya sepanjang mengikuti ceramah PKR di pilihan raya kecil Hulu Selangor. Bagi saya kalau PKR kalah pun tidak akan merasai apa-apa rasa terkilan kerana apa yang berlaku malam ini satu hadiah atau cenderamata paling bermakna buat saya sendiri. Saya percaya mereka yang hadir malam ini juga berpuas hati dan balik rumah tanpa merasakan kesal kerana berjaga. Malam ini adalah berbaloi.

Apa yang berlaku malam ini adalah satu bingkasan yang menakjubkan.

Malam ini bertempat di Sungai Buaya, ceramah PKR yang diuruskan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencatat rekod sebagai majlis paling berjaya, berkesan dan penuh dengan semangat. Keyakinan semua orang juga bertambah bahawa PKR akan menang. Kejayaan malam ini juga sebagai membayar kelemahan dan kesuraman beberapa puluh jam lalu!

Kehadiran malam ini saya anggarkan lebih 10,000. Padang seluas pandang bola penuh sedak. Di kiri jalan, belakang dan hadapan padang berkenaan juga penuh sesak.
Di jalan besar untuk masuk ke taman itu juga bebondong-bodong dengan orang ramai, kecil besar, tua muda, lelaki dan perempuan. Kereta memenuhi kiri jalan lebih 1 km. Keadaan itu seolah-olah majlis meraikan kemenangan!
Kalau majlis berkenaan adalah majlis BN sudah tentu akhabr dan tv akan merekodkan kehadirannya melebih 20,000. Tetapi saya tidak suka menambahkan angka. Saya lebih suka memberi gambaran angka sebenarnya walaupun mungkin ada yang tidak bersetuju.

Sekiranya laporan dalam blog atau media pro pembangkang menyimpulkan orang yang hadir pada majlis malam ini 15,000 saya bersetuju dan angka itu bukan palsu. Tetapi untuk adil saya tidak mahu mencatat demikian.

Kenapa? Kerana mungkin 3/4 daripada jumlah itu adalah pemerhati luar, namun apa yang jelasnya bahawa semangat rakyat untuk melihat kerajaan BN runtuh berkobar-kobar di jiwa orang ramai. Tepukan dan sorakan bergemuruh apabila ucapan penceramah mengusik hati dan perasaan hadirin.

Mungkin tidak salah kalau saya mengatakan berdasarkan perkembangan malam ini bahawa pintu untuk Zaid Ibrahim melangkah masuk ke parlimen kini sudah mulai terbuka perlahan demi perlahan dan akan memubuka luas pada keesokkannya.

Suasana malam ini merubah sama sekali senario beberama malam lalu yang boleh dianggap sebagai redup dan kabur. Semangat orang ramai dan para petugas jentera PKR juga naik dengan tiba-tiba. Ada yang sudah bersiap membungkus tikar bantal untuk pulang esok, membatalkan semula niat kerana melihat perubahan mendadak malam ini.

Kenapa malam ini saya mengatakan malam yang cukup melegakan, (saya percaya bukan saja saya tetapi pemerhati lain juga) kerana kesemua pemimpin tertinggi PKR turut sama berada di pentas dan mendampingi Zaid Ibrahim. Keempat-empat pemimpin PKR yang sebelum ini saya tandai di dalam kepala dan tercari-cari wajah mereka semuanya ada kecuali seorang, Mustapa Kamil Ayub. Bagaimana pun Mustafa tetap ada dan berceramah di Hulu Berenam.

Saifuddin Nasution Ismail, Mohd Azmin Ali dan Shamsul Iskandar Md Akin turut berada di pentas dan masing-masing menyampaikan ceramah. Barisan ini diperkuatkan dengan kedatangan Ketua Pemuda DAP, Pengerusinya Lim Kit Siang. Mengejutkan juga pada majlis itu diumumkan kemasukan bekas ahli parlimen MCA ke dalam PKR dan beberapa orang anak muda dari Negeri Sembilan.

Bukan itu saja majlis malam ini juga bertambah bererti lagi apabila anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Ghabar Baba, iaitu Tamrin Ghafar turut sama berada di pentas. Selain Tamrin beberapa rakan seangkatannya dalam Umno turut sama hadir memberi sokongan moral kepada Zaid Ibrahim.

Meskipun Tamrin tidak bercakap tetapi penampilannya sudah cukup memberi mesej kepada rakyat. Sebaik Anwar menyedari kehadiran Tamrin dan mengumumkannya, orang ramai bertepuk mengalu-alukan kedatangan Tamrin. Walaupun Tun Ghabar sudah meninggal tetapi dengan kehadiran warisnya itu menunjukkan bahawa semangat Tun Ghafar bersama PKR.

Dengan kehadiran hampir semua pemimpin tertinggi dan semangat yang ditunjukkan orang ramai malam ini seolah ceramah PKR sudah berada di kemuncak. Dan malam ini seperti malam penutup sebelum para penyokong menanti untuk merayakan kemenangan pada Ahad ini.

Pada mulanya Tok Guru Nik Aziz dijangka akan bersama dalam majlis berkenaan. Tetapi kerana beliau keletihan kehadirannya dibatalkan. Seperti mana dijanjikan MB Kelantan itu telah memasuki Hulu Selangor petang tadi. Mulanya beliau dijangka menyampaikan kuliah Maghrib di masjid al Rahimiah, Kuala Kubu Baru tetapi dibatalkan kerana ada larangan keras agar masjid tidak digunakan untuk berpolitik.

Beliau hanya bersembahyang jemaah Maghrib. Selepas menunaikan solat Maghrib beliau ke sidang akhbar bersama Zaid Ibrahim kemudian menyampaikan ceramah di Kampung Rasa.

Disebabkan keletihan beliau minta menguzurkan diri dari hadir di Sungai Buaya.Bagaimana pun petang esok Tok Guru akan ke Felda Sungai Tengi dan malamnya akan berceramah di stadium Kuala Kubu Baru. Apakah ceramah beliau bakal mengegarkan stadium? Sama-samalah saksi sendiri dan sama-samalah mengaminkan doa Tok Guru untuk kemenangan rakyat.

Dari pengamatan malam ini, semangat dan prestasi PKR juga meningkat mandadak. Saya berani mengatakan graf PKR naik mencanak malam ini. Sekiranya semangat dan momentum malam ini dapat dipertahankan dan tidak ada kejahatan-kejahatan lain dari BN sudah pasti keputusan pilihan raya Hulu Selangor yang tidak sampai 48 jam itu akan berlaku kejutan besar!

at 4/24/2010 11:43:00 PM Posted by Unknown 0 Comments


9 Jamadil Awal 1431H.
PAS Miri

Program Ziarah Jejak Fakir kali ini pasti meruntun jiwa Sukarelawan PAS dan rakan rakan komponen Pakatan Rakyat Miri apabila lebih 17 keluarga yang disantuni adalah dari warge emas yang mengalami sakit tua dan uzur,warga OKU dan ibu tunggal miskin. Destinasi kali ini adalah Kampung Pengkalan Lutong ,kira kira 15 km dari bandaraya Miri. Misi kali ini yang merupakan misi kebajikan kali ketujuh tahun ini desekitar Miri oleh PAS Kawasan diketuai sendiri YDP PAS Kawasan;Tuan Haji Jofri Jaraiee. Turut serta TYDP,Engr KhairulNizam Yob ,Ketua Pemuda PAS,Abe Wan Husni,Ketua DAPSY Miri,Saudara Michael Ding serta Pimpinan Wanita DAP dan Keadilan.

Warga OKU yang disantuni,Puan Ratna berasa terharu dengan rombongan dan telah meluahkan rasa kecewa tentang kegagalan agensi kerajaan teraju BN yang tidak pernah membantu usahanya mendapatkan bantuan walaupun beberapa kali telah membuat permohonan

"Kamek udah 4 kali undi dalam Pilihanraya ;di Lambir dan Senadin;macam macam dijanji BN tapi sik pernah dipolah.Kamek benar benar kecewa. Malah rumah kamek tuk sik pernah ada orang mahu datang. Tengok sendirik kesusahan kamek. Kamek bersyukur kehadrat ALLAH atas kesudiaan pihak PAS dan Pakatan datang dan ziarah kamek tok" keluhan Puan Rathna kepada Sukarelawan PAS dan PR semasa Ziarah.







Selain itu seorang warga emas yang terlantar sakit ,dan hidup dengan anak anak yang masih memerlukan bantuan menyatakan rasa hiba dan syukur dengan kesudian rombongan hadir. malah pimpinan PAS yang hadir mendoakan agar kesihatan diberikan semula pada warga emas dan kata kata motivasi telah disampaikan YDP kepada anak anaknya agar menjadi insan yang berguna dalam membantu keluarga.

Apa yang lebih menarik program ini adalah lanjutan dari program Kebajikan bersama antara komponen PR.Minggu lalu rombongan telah berkampung di Kampung Iban,Kg Pasir diketuai oleh DAP. Untuk minggu ini giliran PAS mengetuai ziarah. Kesepakatan erat dalam membawa mesej Negeri Rakyat dan Berkebajikan oleh setiap komponen parti Pakatan adalah mesej jelas kesediaan PR kearah mengambil alih pentadbiran dari kerajaan BN yang zalim.

Dimanakah hasil bumi Sarawak selama ini dihabiskan;sedangkan Rakyat Sarawak terus menderita. Masa kezaliman BN sudah berakhir,InsyaALLAH Pakatan rakyat akan membawa kesejahteraan untuk penduduk Bumi Kenyalang ini dari kronisme dan kebejatan sosio- ekonomi kearah rakyat yang pasti mendapat pembelaan sewajarnya.Ayuh bersama PAS dan Pakatan Rakyat.

at 4/24/2010 11:43:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

9 Jamadil Awal 1431h.

Kelmarin Naib Presiden PKR Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, sekali gus mengesahkan ura-ura program tersebut yang diiklankan melalui kain rentang di pelbagai tempat.

Debat Datuk Seri Anwar dan Najib di laporkan mendapat permit polis sudah dapat. Namun menjadi persoalannya sekarang adakah debat itu jadi dan Najib atau wakilnya datang malam ini pada jam 9.00 malam ditempat seperti yang ditetapkan.

Najib dipersilakan hadir dengan membawa penyokongnya di stadium mini Kuala Kubu Bharu bagi berhujah tetang kewajaran kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding kepada kerajaan Malaysia.

Hebahan media mengenai program kempen calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pula menunjukkan Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Zaid akan juga hadir pada ceramah di situ.

Bagaimanapun, seorang pegawai pejabat perdana menteri dilaporkan menafikan Najib akan menyertai majlis debat itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR ketika ditemui pada ceramah yang sama di Sungai Buaya berkata, walaupun tiada sebarang surat rasmi dihantar bagi menyatakan cabaran itu, ia sudah cukup untuk “berkomunikasi” dengan Najib.

“Saya percaya Najib pun tidak masuk pejabat sekarang,” katanya ketika ditanya tentang cabaran yang hanya dibuat melalui pentas ceramah dan kain rentang sahaja

at 4/24/2010 11:41:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

9 Jamadil Awal 1431h.

Kelmarin Naib Presiden PKR Azmin Ali mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berdebat dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini, sekali gus mengesahkan ura-ura program tersebut yang diiklankan melalui kain rentang di pelbagai tempat.

Debat Datuk Seri Anwar dan Najib di laporkan mendapat permit polis sudah dapat. Namun menjadi persoalannya sekarang adakah debat itu jadi dan Najib atau wakilnya datang malam ini pada jam 9.00 malam ditempat seperti yang ditetapkan.

Najib dipersilakan hadir dengan membawa penyokongnya di stadium mini Kuala Kubu Bharu bagi berhujah tetang kewajaran kerajaan melantik Apco Worldwide sebagai firma perunding kepada kerajaan Malaysia.

Hebahan media mengenai program kempen calon PKR Datuk Zaid Ibrahim pula menunjukkan Anwar, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Zaid akan juga hadir pada ceramah di situ.

Bagaimanapun, seorang pegawai pejabat perdana menteri dilaporkan menafikan Najib akan menyertai majlis debat itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung PKR ketika ditemui pada ceramah yang sama di Sungai Buaya berkata, walaupun tiada sebarang surat rasmi dihantar bagi menyatakan cabaran itu, ia sudah cukup untuk “berkomunikasi” dengan Najib.

“Saya percaya Najib pun tidak masuk pejabat sekarang,” katanya ketika ditanya tentang cabaran yang hanya dibuat melalui pentas ceramah dan kain rentang sahaja

at 4/24/2010 12:13:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

8 Jamadil Awal 1431H.

Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini membebaskan dua bekas anggota exco kerajaan negeri Perak (gambar) dan tiga individu lain berhubung dakwaan rasuah tanpa dipanggil bagi membela diri. Keputusan ini membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat yang mempertahankan mereka berdua sebelum mereka menjadi pengkhianat dan penyebab kepada jatuhnya kerajaan PR Perak dalam rampasan kuasa satu masa dulu adalah benar.

Hakim Azhaniz Azman berkata pendakwaan telah gagal membuktikan kes prima facie dan mengarahkan mereka dibebaskan serta merta hari ini.

Mohd Osman Mohd Jailu, 58 (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi, 53 (Behrang) didakwa bersama tiga yang lain - bekas adun Bota Usaili Alias, 56, bekas ahli majlis daerah Perak Tengah Zul Hassan, 46, dan kontraktor, Fairul Azrim Ismail, 31.

Osman dan Jamaluddin adalah bekas Adun PKR yang kini menjadi wakil Bebas.

Semua mereka menghadapi 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar .

Mereka didakwa melakukan kesalahan rasuah itu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan di restoran Kluang Station Cafe di Medan Istana, Ipoh dan di Aquarias Restaurant & Bar di Bukit Mertajam antara 14 hingga 19 Ogos 2008.

Zul juga didakwa menerima rasuah seorang perempuan bagi tujuan mengadakan hubungan seks pada 8.10 malam 14 Ogos lepas di Sri Sayang Apartment, Pulau Pinang.

Ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail, 30, yang dituduh menerima habuan rasuah seks di Sri Sayang Apartment pada 14 Ogos lalu untuk membantu seorang bernama Mohamad Imran Abdullah memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah dibicarakan secara bersama dengan lima tertuduh berkenaan.

Berikutan dengan keputusan yang diputuskan oleh mahkamah pada hari ini , saya menjangkakan mereka berdua akan menerima hadiah yang dijanjikan iaitu dilantik menjadi Exco kerajaan negeri. Kemungkinan untuk mereka dilantik kejawatan itu adalah sangat wajar memandangkan jasa mereka berdua kepada BN sangatlah besar sedangkan hadiah yang diterima mereka adalah tidak setimpal jasanya setakat ini.

Bagi saya katak dari jelapang, Hee Yit Fong yang telah menerima semua yang diimpikan selama dia berada dalam pakatan Rakyat. Hadiah -hadiah kepada Katak ini telah diterima semuanya menurut maklumat yang saya dapat termasuklah anugerah pangkat Datuk dari DYMM Sultan adalah hasratnya yang sering diucapkan satu masa dulu.

Namun kenapakah hadiah kepada jamaluddin dan osman tidak nampak sangat, sedangkan masa dan hayat katak ini dalam politik semakin hampir untuk tamat. Sudah pasti mereka berdua tidak akan dicalonkan lagi untuk mewakili BN bila berlaku pilihanraya pada masa akan datang, sedangkan habuan dari persaraan nampak kurang jelas.

Katak jelapang sudah sangat kenyang, dan dia sebenarnya kalaupun masih berkokok bukan untuk memanggil hujan tapi sekadar untuk seronok-seronok sahaja sebab semua yang diimpikan sudah dicapainya.

Sedangkan katak Behrang dan Changkat Jering terus berkokok kalau-kalau benar jangkaan saya dia akan dilantik menjadi Exco dalam masa terdekat.

Kalau tidak eloklah ugut BN untuk melompat sekali lagi dan pasti saudara-saudara akan dilantik kejawatan tersebut.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG.

at 4/24/2010 12:10:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

8 jamadil Awal 1431H.
http://misabah.blogspot.com/

BN terus menggunakan isu peribadi bagi memburukkan calon lawan mereka. BN sudah kehabisan modal untuk menangkis serangan PR di Hulu Selangor.

2 tahun PR memerintah negeri Selangor, sudah membuktikan keupayaannya memerintah dengan baik berbanding 50 tahun BN perintah Selangor.

Pencapaian terbaik kerajaan PR Selangor selama 2 tahun memerintah Selangor dapat dilihat berdasarkan program-program kebajikan kepada rakyat. Antaranya :-

1. Pemberian 20 meter padu pertama air secara percuma
2. Tabung Warisan Anak Selangor
3. Skim Mesra Usia Emas
4. Hadiah dermasiswa kepada anak-anak Selangor yang masuk IPT
5. Tabung Pendidikan Anak Pekerja Ladang
6. Berjaya membawa pelaburan sebanyak RM 6.76 billion pada tahun 2009 (pelaburan kedua tertinggi di Malaysia)
7. Menaikkan elaun guru-guru KAFA RM 1000 sebulan.
8. Berjaya menyiapkan dan menyerahkan 5,655 unit rumah yang terbengkalai semasa BN memerintah.
9. Tiada lagi kontrak runding terus untuk projek-projek kerajaan negeri.
10. Tidak membenarkan Adun & EXCO menganggotai jawatankuasa tender untuk kontrak majlis tempatan.
11. Balai raya dan dewan dibenarkan digunakan oleh semua pihak tanpa mengira fahaman parti, bangsa dan agama.
12. Memberi hak milik tanah kepada 100,00 penduduk di Kuala Selangor dan melanjutkan pajakan 99 tahun kepada 183 keluarga di Sekinchan dengan bayaran hanya RM 1 sekaki persegi.
13. Memperuntukkan dana RM 50 juta untuk skim micro-kredit (al Qardhu Hasan) bagi mengatasi masalah Along.
14. Memperuntukkan RM 20 billion untuk tempoh 10 tahun bagi menaik tarafkan sungai-sungai di Selangor.
15, Mengazetkan 321.7 hektar hutan Kota Damansara sebagai Hutan Simpan Kekal.
16. Melantik Ahli-ahli Majlis tempatan dari kalangan mereka yang ada berkelayakan dan profesional.
17. Mewujudkan pendengaran Awam SELCAT bagi membuat siasatan terhadap tingkahlaku pentadbiran terdahulu yang menyalahgunakan harta rakyat untuk kepentingan tertentu.

dan banyak lagi.

Tinjauan petugas PR di kampung dan felda-felda Hulu Selangor, petugas UMNO BN telah membohongi rakyat apabila nikmat yang rakyat kecapi melalui program-program seperti pemberian 20 meter padu air percuma, Tabung Warisan Anak Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Hadiah dermasiswa kepada pelajar IPT dan sebagainya, para petugas UMNO BN mendakwa itu semua datangnya dari kerajaan UMNO BN.

Inilah pembohongan yang dilakukan dalam kempen-kempen UMNO BN. UMNO BN semakin terdesak, tidak ada cara lain untuk mengelabui mata rakyat, mereka menyerang peribadi Datuk Zaid Ibrahim yang dituduh sebagai kaki arak, kaki judi, tidak ada pegangan agama, berfahaman liberal, mencabar hukum hudud dan sebagainya.

Apapun masalah peribadi Zaid, itu semua sejarah zaman silamnya sewaktu dalam UMNO. Beliau sendiri secara jujur mengakui sejarah zaman silamnya sewaktu masih bergelumang dalam UMNO BN. UMNO BNlah yang menjadikan ia berakhlak begitu. Kini beliau telah meninggalkan tabiat tersebut, beliau sudah berubah 100%, pemikiran dan aqidah sudah berubah 100%, akhlaknya juga sudah jauh berbeza berbanding dengan akhlak dan amalan pemimpin UMNO BN yang lain. Beliau sudah bertaubat sejak meninggalkan UMNO BN.

UMNO BN sebenarnya terkejut dengan perubahan 100% Datuk Zaid. Terpaksalah mereka mencari gambar-gambar lama yang diubah suai dengan teknologi yang tinggi sehingga digambarkan Zaid peminum arak yang tegar, dicari semua kenyataan-kenyataan zaman silamnya terhadap Islam dan sebagainya. UMNO BN tidak berupaya berbuat demikian, rakyat menolak kempen terburuk UMNO BN ini, mereka mencari isu lain pula. UMNO mengakui Zaid sudah bertaubat dan berubah, persoalan yang UMNO bangkitkan sekarang adakah taubat Zaid diterima Allah.

Itu kita tidak tahu, kita menghukum dan menilai pada yang zahir sahaja. Soal taubatnya diterima atau tidak oleh Allah, bukan kerja kita sebagai manusia untuk menilainya. Tidak akan ada di kalangan malaikat mahu memberitahu kita bahawa taubat Zaid telah diterima oleh Allah swt.

Sekurang-kurangnya Zaid seorang yang jujur, mengakui sejarah silamnya. Dia bukan malaikat atau manusia yang sempurna sebagaimana para nabi dan rasul. Para sahabat Rasulullah saw. sekalipun ada zaman silamnya. Saidina Umar Al Khattab r.an, semua orang tahu kehidupan zaman jahiliyahnya bagaimana, setelah beliau menerima Islam, beliau menjadi salah seorang sahabat yang terbaik taqwanya yang akhirnya dipilih menjadi Khalifah yang kedua selepas Abu Bakar Assiddiq r.an.

Begitulah Zaid Ibrahim. Semua orang tahu sejarah silamnya. UMNO lagi tahu dari orang lain sejarah silam Zaid. UMNO jugalah yang mendokong Zaid ketika itu. Sekarang Zaid tidak lagi Zaid sebagaimana dalam UMNO. Dia menentang hudud ketika dalam UMNO, beliau mengakui UMNOlah yang menjadi penyebab mengapa beliau menentang hudud. Beliau telahpun menarik balik sikapnya dulu sebagai penentang hudud. UMNO menerima Zaid di ketika Zaid berakhkak buruk sebagaimana yang UMNO sendiri dedahkan, kini PAS, PKR dan DAP menerima Zaid setelah Zaid meninggalkan semua amalan buruknya dulu sewaktu dalam UMNO. PAS turut bangga mempunyai pemimpin dalam PR yang sudah bertaubat.

UMNO BN kata Zaid tidak layak menjadi Ahli Parlimen untuk rakyat Hulu Selangor kerana Zaid telah ditolak oleh rakyat Kelantan, bodohnya mentaliti pemimpin UMNO BN yang bercakap demikian. Rakyat Kelantan tolak Zaid dalam pilihanraya 2008 kerana Zaid ketika itu UMNO. Sekarang kalau Zaid bertanding atas tiket PR sudah pasti rakyat Kelantan akan terima beliau. Zaid bertanding di Hulu Selangor bukan sebagai ahli UMNO, tetapi sebagai ahli PKR. Tidak ada sebab pengundi Hulu Selangor tolak Zaid hanya kerana Zaid ditolak oleh rakyat Kelantan. Zaid banyak kelebihan berbanding dengan calon BN, beliau ada pengalaman sebagai Menteri dan juga peguam. Suara beliau sangat diperlukan di Parlimen bagi menyuarakan masalah rakyat, kemampuan sebagai ahli undang-undang juga melayakkan beliau menjadi Ahli Parlimen yang baik bagi membahaskan isu-isu yang berkaitan dengan undang-undang dan hak asasi.

Rakyat Hulu Selangor diseru menggunakan akal dan hati budi yang waras bagi menentukan masa depan yang lebih baik menerusi undi mereka dengan memilih Datuk Zaid sebagai Ahli Parlimen Hulu Selangor.

7 Jamadil Awal 1431H.

BN sedang membentangkan usul untuk mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke jawatankuasa hak dan kebebasan. Sila tekan 'Refresh' atau 'Reload' di browser anda untuk perkembangan terbaru.

10.37am: Pandikar memperuntukkan 15 minit kepada setiap pendebat.

"Jika kita benarkan Padang Serai (PKR MP N Gobalakrishnan), lima hari pun tak cukup," katanya berseloroh.

MPpembangkang terus menimbulkan isu teknikal berhubung usul tetapi Pandikar bertegas mengatakan ia teratur.

Sementara itu, Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) akan menggantikan Anthony Loke (DAP-Rasah) sebagai seorang daripada pendebat Pakatan.

10.28am: Gobind (DAP-Puchong), yang agak emosional bertegas mahu mendebatkan peraturan dewan. Speaker Pandikar mengarahkannya supaya diam.

Beberapa MP yang lain cuba bercakap. Pandikar mengarahkan semua supaya duduk dan dengar arahannya.

Pandikar kemudiannya membacakan Peraturan 43. Katanya, adalah keputusannya bahawa usul yang dibentangkan itu adalah teratur dan keputusannya itu adalah muktamad. Sesiapa yang mempertikaikannya akan diperintah keluar dewan.

10.23am: Berlaku sedikit kekecohan apabila MP daripada kedua-dua pihak cuba berucap. Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) bangkit beberapa kali untuk meminta point of order.

speaker Pandikar memberi amaran kepada Gobind supaya jangan melenggah-lenggahkan sidang dan mengingatkannya bahawa "Saya berkuasa mengeluarkan anda dari dewan".

10.18am: Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) bangkit dan berkata usul yang dibentangkan oleh BN itu menghina Dewan Rakyat.

Ini kerana, kata beliau usul mengheret Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan itu adalah memohon jawatankuasa itu untuk menentukan bentuk hukuman dan bukannya untuk menyiasat sama ada Ketua Pembangkang itu bersalah atau tidak.

Kamaruddin juga mendakwa ia mencabuli hak jawatankuasa berkenaan.

10.16am: Kit Siang hampir bertikam lidah dengan dengan Pandikar Amin berhubung perkara yang ditimbulkan oleh rakan-rakannya. Tetapi selepas penjelasan oleh Pandikar, Kit Siang mengalah.

10.11am: Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata bahawa beliau dan timbalannya akan menentukan sama ada perkataan dalam usul itu adalah tepat. Hujahnya, jika ia dalam peraturan mesyuarat, maka ia adalah tepat.

10.09am: Lim Kit Siang (DAP- Ipoh Timur) bangkit dan meminta penjelasan. Beliau bertanya sam ada kata-kata usul itu adalah tepat.

10.08am: Whip BN Datuk Seri Nazri Aziz memulakan usul itu dengan membacakan:

“Bahawa pada 17 Mac 2010, Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketika mengambil bahagian dalam Perbahasan Usul Menjunjung Kasih Atas Titah Ucapan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, telah mengeluarkan kenyataan, “1999 Satu Israel. 2009 Apco menasihat Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib 1Malaysia”.

Bahawa Yang Berhormat Ahli Parlimen Permatang Pauh telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan serta membuat dakwaan yang sangat serius dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai Ahli Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan ini.

Maka inilah dipersetujui bahawa Ahli Yang Berhormat Permatang Pauh hendaklah dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. Jawatankuasa ini hendaklah membuat syor jenis hukuman yang setimpal yang patut Dewan.

10.06am: Nazri Aziz (Umno-Padang Rengas) berkata sessi Dewan Rakyat hari ini tidak akan ditangguhkan selagi usul ke atas Anwar Ibrahim ((PKR-Permatang Pauh) dan beberapa rang undang-undang lagi belum diluluskan.

10am: Empat pendebat daripada Barisan Nasional:

1. Nur Jazlan (Umno-Pulai)
2. Abdul Rahman Dahlan (Umno-Kota Belud)
3. Khairy Jamaluddin (Umno-Rembau)
4. Nazri Aziz (Umno-Padang Rengas)

Pakatan rakyat pula diwakili oleh:

1. Azmin Ali (PKR- Gombak)
2. Anthony loke (DAP-Rasah)
3. Marfuz Omar (PAS-Pokok Sena)
4. Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh)

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz Nazri memberitahu Malaysiakini bahawa BN akan membentangkan usul merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen berhubung dakwaannya yang mengaitkan '1Malaysia' dengan 'One Israel'.

Usul itu akan dibentangkannya dan akan disokong oleh ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

9.46am: Usul mengheret Anwar Ibrahim adalah agenda pertama dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat, mahupun galeri awamnya dipenuhi oleh ahli-ahli parlimen yang menjangkakan perdebatan hangat. malaysiakini/-

    Followers