Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

20 Jamadil Awal 1431 H
http://gemasuara.blogspot.com/

Perlembagaan Malaysia tidak membenarkan mana-mana wilayah Malaysia diserahkan pada pihak luar, maka perbuatan kabinet menyerahkan dua blok pengeluaran minyak luar pantai Malaysia-Borneo kepada Brunei Darussalam dianggap perbuatan derhaka kepada kedaulatan negara.

Kalau Perkara 2, Perlembagaan (Persekutuan) Malaysia sendiri pun tidak membenarkan mana-mana wilayah dalam kedaulatan kita (Malaysia) diserahkan kepada negara luar walaupun melalui Parlimen, inikan pula Blok M dan (Blok) L sewenang-wenangnya diserahkan pada Brunei hanya melalui kelulusan kabinet sahaja.

Ini bagi saya suatu penderhakaan kepada negara kerana Perlembagaan memperlihatkan bahawa tidak pernah ada tolak ansur dalam melepaskan kedaulatan negara.

Perkara 2 Perlembahaan Persekutuan hanya membenarkan Parlimen membuat ketetapan untuk menerima masuk mana-mana negeri dalam Persekutuan.

Perkara 2 juga,membenarnya Parlimen membuat persempadanan semula negeri-negeri di bawah Persekutuan, dengan syarat mesti terlebih dahulu mendapat persetujuan Dewan Undangan Negeri (Dun) serta Majlis Raja-raja.

Mengambil kes persempadanan semula Wilayah Persekutuan Putrajaya, beliau berkata, kerajaan Pusat akhirnya akur dengan mendapatkan persetujuan Dun Selangor dan Sultan Selangor, walaupun pada awalnya kerajaan Pusat terus masyhurkan suatu kawasan dalam negeri Selangor sebagai ‘Persekutuan’.

Disebabkan itu, dengan merujuk pada pengakuan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjelaskan bahawa penyerahan dua telaga minyak tersebut diluluskan oleh kabinet, saya menggesa kerajaan Pusat menjelaskan kaedah yang digunakan oleh Kuala Lumpur ketika memeterai perjanjian persefahaman dengan Bandar Seri Begawan.

Walaupun perjanjian dibuat pada 11 Februari 2009, iaitu era Abdullah menjadi Perdana Menteri, namun perjanjian persefahaman ditandatangani antara kedua-dua kerajaan pada 16 Mac 2009, iaitu ketika Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Sehubungan itu, Najib selaku ketua kerajaan tidak seharusnya mengambil sikap berdiam diri serta menganggap bahawa isu terbabit adalah isu terpencil yang melibatkan Abdullah semata-mata.

Dari segi yang lain, saya juga ingin turut mempersoal tindak-tanduk kerajaan membatalkan perjanjian persefahaman dengan Murphy Oil, iaitu syarikat perdagangan minyak antarabangsa demi memastikan hasrat menyerahkan kedua-dua telaga minyak tersebut kepada Brunei.

Dengan pembatalan sedemikian, sekaligus mencalar reputasi Petronas, sebagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang bergiat dalam industri petroleum di peringkat dunia.

(Dengan) pembatalan ini, bukan sahaja integriti kerajaan dilihat musnah, malah Petronas selaku GLC yang bergiat di peringkat antarabangsa pun turut dipersoal apabila mereka berurusan dengan negara-negara pengeluar minyak.

Dunia akan tanya Patronas, sekiranya perjanjian dengan Murphy Oil pun kerajaan boleh batalkan, apakah jaminan Petronas sekiranya ia (Petronas) dilantik untuk membangunkan industri minyak di negara-negara yang dia berurusan.

Saya bercadang untuk mengetengahkan perkara itu kepada Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat dalam masa terdekat sebelum membuat usul supaya suatu sidang Dewan Rakyat tergempar diadakan demi membincangkan isu penderhakaan tersebut.

Datuk Mahfuz Omar,
Naib Presiden PAS,
Ahli Parlimen Pokok Sena.


19 Jamadil Awal 1431H.
Oleh: Haris Akhlaken

Penyerahan 2 Blok carigali minyak secara sukarela oleh kerajaan Malaysia kepada kerajaan Brunei melalui Surat Pertukaran (Letter of Exchanges) bertarikh 16 Mac 2009 adalah sesuatu yang cukup mengejutkan kerana kerajaan persekutuan tidak pernah membuat sebarang pendedahan ataupun kenyataan rasmi berkenaan penyerahan wilayah negara kepada Brunei Darussalam.

Tindakan kerajaan tersebut hanya diketahui umum selepas Murphy Oil Corporation , sebuah syarikat yang berpengkalan di El Dorado, Arkansas, Amerika Syarikat mengeluarkan laporan dalam laman web syarikat berkenaan bahawa kontrak perkongsian pengeluaran ( production sharing contracts ) bersama Petronas Carigali Sdn Bhd yang melibatkan Blok L dan M yang dianugerahkan oleh Petroliam Nasional Bhd (Petronas) pada tahun 2003 telah dibatalkan. Menurut surat pembatalan bertarikh 7 April 2010, kontrak tersebut dibatalkan oleh Petronas atas sebab Blok L dan M bukan lagi terletak di bawah wilayah Malaysia.

Kenyataan tersebut juga telah disahkan oleh kerajaan Brunei melalui Timbalan Menteri Luar dan Perdagangan Brunei, Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng yang menyatakan bahawa penyerahakkan tersebut bukanlah sesuatu yang baru dan Brunei boleh memulakan kerja carigali pada bila-bila masa di Blok L dan M yang juga dikenali sebagai Blok-blok J dan K oleh Brunei.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Gopeng (DPPKG) mengecam keras tindakan kerajaan Malaysia yang dengan mudah menyerahkan kawasan negara kepada kerajaan asing seolah-olah tindakan tersebut tidak membawa sebarang kesan kepada negara. Penyerahan hak kedaulatan Blok-blok L dan M yang terletak di perairan Sabah-Sarawak merupakan satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia dan seharusnya dipandang serius oleh semua pihak. Tindakan ini juga sesungguhnya mencerminkan kegagalan pentadbiran Negara yang ditadbir oleh Barisan Nasional dalam soal mempertahankan kedaulatan Negara.

Peristiwa ini sesungguhnya telah mengulangi episod sedih kehilangan Pulau Batu Putih kepada kerajaan Singapura. DPKKG juga menyatakan bahawa Negara bukan sahaja kerugian ratusan billion ringgit melalui tindakan tersebut namun lebih utama telah kehilangan kawasan seluas lebih kurang 1.9 Juta ekar (net acre) kepada kerajaan Brunei. Ini berdasarkan kepada laporan Form-10K dalam Laporan Tahunan 2009 Murphy Oil Corporation yang sehingga kini masih merahsiakan hasil penggalian di Blok L pada tahun 2003. Namun menurut laporan kawasan Blok-blok L dan M mempunyai kandungan minyak dan gas asli benilai lebih RM230 billion.

DPPKG juga turut mengecam kenyataan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia tidak mengalami sebarang kerugian dari tindakan tersebut kerana persetujuan kerajaan Brunei untuk bekerjasama dengan Malaysia membangunkan kawasan berkenaan. DPPKG berpendirian kenyataan tersebut adalah tidak bertanggungjawab dan seolah-olah meletakkan soal keuntungan lebih utama berbanding dengan kedaulatan Negara.

DPPKG juga turut mempersoalkan rasional tindakan tersebut yang disifatkan sebagai situasi ‘menang-menang’ oleh Perdana Menteri. Apakah erti kemenangan jika kedaulatan Negara tergadai hanya kerana Petronas diberikan hak bekerjasama dengan kerajaan Brunei membangunkan kawasan tersebut selama 40 tahun tetapi kehilangan hak kepada kawasan tersebut buat selama-lamanya? Hakikat ini lebih kepada situasi “menang sorak kampung tergadai”!

DPPKG juga mahukan kerajaan persekutuan memberikan jawapan kepada rakyat berkenaan laporan bahawa persetujuan untuk menyerahkan Blok-blok L dan M sebagai timbal balas terhadap persetujuan kerajaan Brunei untuk menggugurkan tuntutan ke atas daerah Limbang. Sedangkan sehingga ke hari ini, kerajaan Brunei masih lagi mengekalkan status quo terhadap tuntutan mereka dan kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Luar dan Perdagangan Brunei melalui Brunei Times bahawa rundingan pemetaan sempadan antara Brunei dan Malaysia belum lagi bermula.

DPPKG berpendirian tindakan kerajaan pusat menyerahkan Blok-blok L dan M yang terletak di wilayah Sabah dan Sarawak sebagai satu pengkhianatan kepada rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak. Jumlah royalti yang bernilai puluhan billion yang sepatutnya diterima oleh rakyat Sabah dan Sarawak melalui Petronas punah dengan sendirinya dengan pembatalan kontrak perkongsian tersebut. DPPKG dengan ini menuntut agar kerajaan persekutuan membayar balik kerugian yang ditanggung oleh rakyat Sabah dan Sarawak hasil tindakan kerajaan menyerahkan kawasan berkenaan kepada Negara Brunei.

DPPKG menggesa agar rakyat Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak bangkit menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan pusat dan berharap pengundi di Parlimen Sibu memberikan isyarat jelas kepada kerajaan BN pada pilihanraya kecil yang akan datang.

DPPKG juga menyeru agar semua pihak, tanpa mengira latar politik, badan-badan bukan kerajaan, dan individu-individu menyatakan bantahan terhadap tindakan kerajaan BN yang menggadaikan kedaulatan Negara hanya atas dasar kepentingan ekonomi. Marilah sama-sama kita berdoa, agar kecurangan dan pengkhianatan kerajaan BN kepada Negara yang tercinta ini akan segera berakhir.

HARIS BIN ALIMUDIN
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS
Kawasan Gopeng.

at 5/04/2010 11:53:00 PM Posted by Unknown 0 Comments


17 Jamadil Awal 1431H.


Dewan Pemuda PAS hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan ugutan bunuh yang dipaparkan dalam sebuah laman web sosial milik seorang lelaki terhadap Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur selepas membaca mengenai ugutan bunuh itu di laman Facebook lelaki berkenaan, Khamis lepas.

"Saya menyedari mengenai ugutan terbabit, selepas membaca komen seorang lelaki menggunakan nama Mohd Safuan Mohd Hilmi, yang ditulis pada malam Khamis lepas.

"Dalam laman webnya lelaki itu dikatakan sanggup dihukum gantung jika dapat membunuh Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan balai polis itu.

Beliau berkata PAS menganggap ancaman bunuh dalam laman sosial itu sebagai perkara yang sangat serius kerana ia membabitkan soal keselamatan dan secara tidak langsung memberi ancaman terhadap Nik Abdul Aziz.

"Sehubungan itu, kami menggesa pihak polis mengambil tindakan segera bagi menyiasat perkara ini agar dapat mengekang budaya mengugut dan mengancam keselamatan orang lain daripada berleluasa di negara ini.

"Semalam, saya juga ada memeriksa akaun terbabit namun ia tidak lagi aktif," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Zulkarnain Abdul Rahman ketika ditemui Bernama mengesahkan menerima laporan itu.

"Kita akan siasat dan akan menggunakan pelbagai kaedah dan cara bagi mengesan individu yang menyiarkan ugutan bunuh terbabit," katanya.

Zulkarnain berkata kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

-- Bernama

at 5/04/2010 11:53:00 PM Posted by Unknown 0 Comments


19 Jamadil Awal 1431H.

Malaysia naik dua tangga untuk berada di kedudukan ke-141 dalam kebebasan akhbar yang dibuat oleh Freedom House di kalangan 196 negara.

Bagaimanapun kedudukan terbaru itu masih menyaksikan negara berada di takuk terbawah di kategori 32 peratus negara yang tidak mempunyai media yang bebas.

Menurut kajian yang berpangkalan di Washington DC itu, Malaysia berkongsi tempat dengan Algeria dan Zambia.

Antara sepuluh negara paling bebas ialah Finland, Iceland, Norway, Sweden, Denmark, Belgium, Luxembourg, Andorra, Switzerland dan Liechtenstein.

Manakala lima negara yang berada di tangga paling bawah ialah Eritrea (pada kedudukan 192), Libya (192), Burma (194), Turkmenistan (194) dan Korea Utara (196).

Di rantau Asia Pasifik, kedudukan Malaysia masih ketinggalan di belakang jiran-jirannya seperti Filipina (kedudukan 97), Indonesia (107), Thailand (124) dan Kemboja (134).

Freedom House meletakkan media di Filipina, Indonesia dan Thailand di bawah kategori “sebahagian bebas”.

Freedom House adalah kumpulan pejuang kebebasan demokrasi antarabangsa dan senarai kedudukan yang dikeluarkannya adalah sempena Hari Kebebasan Media Antarabangsa yang disambut setiap 3 Mei.

Malaysiakini/-

at 5/04/2010 12:59:00 AM Posted by Unknown 0 Comments



18 Jamadil Awal 431H.

Asal Usul:

Dalam sejarah China, terdapat empat orang jelitawan yang sangat terkenal. Mereka ialah Xi Shi, Wang Zhaojun, Diao Chan dan Yang Yuhuan.

Xi Shi hidup di negeri Yue pada zaman Chunqiu, iaitu antara tahun 770 hingga tahun 476 Sebelum Masihi. Kononnya, pada suatu hari, beliau bersama-sama dengan beberapa orang kawannya, pergi mencuci sapu tangan di tebing sebatang anak sungai. Ikan dalam sungai itu terlihat wajah Xi Shi. Kesemuanya terpesona dengan kecantikannya, sehingga lupa untuk berenang, lalu tenggelam ke dasar sungai.

Wang Zhaojun pula hidup pada zaman Dinasti Han, iaitu antara tahun 202 sebelum Masihi hingga tahun 220 Masihi. Pada suatu hari, maharaja pada ketika itu mendapat berita bahawa sebuah negeri di bahagian utara sedang merancang untuk menyerang negerinya. Untuk mengelak daripada berlakunya perang, baginda terfikir satu cara yang bijak, iaitu mengahwinkan Wang Zhaojun, salah seorang gundiknya, dengan raja negeri tersebut. Maka, dengan perintah baginda, Wang Zhaojun, bersama beberapa orang pengiringnya, pun berangkat, menuju ke negeri itu. Menurut ceritanya, dalam perjalanannya itu, seekor angsa liar terbang lalu di atas kepalanya. Burung itu amat terkejut melihat kecantikannya, hingga terlupa untuk terbang, lalu jatuh ke tanah.

Selepas itu, jika mahu memuji kecantikan seseorang gadis, orang ramai pun mengatakan bahawa gadis itu memiliki wajah yang membuatkan ikan tenggelam ke dasar sungai, dan angsa yang terbang jatuh ke tanah.

Catatan Keterangan:

Peribahasa "Chen Yu Luo Yan" ini membawa erti, ikan yang berenang dalam sungai dan angsa yang terbang di angkasa pun terpesona dengan kecantikan seseorang itu. Peribahasa ini digunakan untuk menggambarkan kecantikan wanita yang amat luar biasa.CRI/-

at 5/04/2010 12:57:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

18 Jamadil Awal 1431H.
Oleh Mohd Syamil Azhar.

LENGGONG:Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lenggong kali ke-7 baru-baru ini menyaksikan sebanyak 190 ahli baru menerima sijil keahlian masing-masing yang disampaikan Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Ustaz Misbahul Munir Masduki. Sijil keahlian diterima oleh ketua PAS cawangan masing-masing yang disampaikan sebelum mesyuarat dimulakan.

Mesyuarat yang diadakan di Dewan Sekolah Agama Hidayatul Quran, Kota Tampan Air dekat sini yang juga adalah mesyuarat agung pertama bagi Haji Razman Zakaria selaku Yang DiPertua baru PAS Kawasan Lenggong, turut menyaksikan kehadiran kira-kira 400 perwakilan dan pemerhati.

Kehadiran yang paling menggalakkan dalam sejarah tujuh tahun PAS Kawasan Lenggong itu membuktikan sokongan padu terhadap saf kepimpinan baru diterajui Haji Razman yang sejak awal terpilih tidak menoleh ke belakang lagi untuk membawa PAS Lenggong berada di depan. Hasilnya, PAS Kawasan Lenggong kini tidak lagi ketinggalan di belakang, sebaliknya telah jauh berada di depan setanding kawasan-kawasan yang telah sedia aktif di Perak khususnya.

Mesyuarat agung kawasan kali ini turut menyaksikan penyampaian derma kepada seorang wanita mangsa kebakaran rumah di Kampung Padang, Gerik baru-baru ini selain kutipan derma untuk membantu dua Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Lenggong.

Sementara itu, mesyuarat agung kali ini terpaksa dipindah tempat apabila permohonan mendapatkan Dewan Merdeka Lenggong ditolak pihak berkenaan dengan alasan bangunan akan dibaik pulih dalam masa segera. Mesyuarat bermula jam 10 pagi yang dirasmikan oleh Setiausaha Perhubungan PAS negeri, Ustaz Misbahul Munir Masduki itu berakhir jam 2 petang.Tamat.

Seorang perwakilan sedang bahaskan usul.

Ustaz Misbahul Munir Masduki sedang berucap merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Lenggong.

Sebahagian perwakilan muslimat.

Misbahul Munir sampaikan sijil ahli baru kepada salah seorang ketua PAS cawangan.

Haji Razman sampai sumbangan kepada mangsa rumah terbakar - sumbangan dikutip semasa Mesyuarat Agung PAS Lenggong baru-baru ini.

18 JamadilAwal 1431 H
Email : Xian nasa

Saya seorang guru bertugas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan (Tel: 06-4889726 di pejabat dan 019-6078917). Saya mendapat maklumat dan sempat mengenali seorang yang mendakwa dirinya pendakwah bebas. Dia dikenali sebagai Hashim (gambarnya saya sertakan jika diminta). Dia mendakwa dia pernah belajar di beberapa pengajian pondok di utara Semenanjung (saya tidak sebutkan nama pondok-pondok itu untuk kebaikan), kelahiran darah campur Melayu, Cina dan Siam, mempunyai pertalian dengan kerabat di Raja, pernah bertugas dengan Jakim dan beberapa orang pemimpin politik peringkat persekutuan dan negeri dan pemimpin-pemimpin agama peringkat negeri.

Saya menjemputnya datang dan menyampaikan sumbangan wang ringgit rakan-rakan kepadanya untuk menyokong usaha dakwahnya. Madrasah tempat saya mengaji juga memberi peluang kepadanya menyampaikan cerita pengalaman dan cabaran yang dihadapi dalam kerja dakwah di tempat kami. Saya turut membawanya ke sebuah perkampungan Orang Asli untuk meninjau peluang berdakwah di sana. Selain daripada itu, sahabat-sahabat saya sudah mula merangka kerja untuk mendapat kerjasama beliau berdakwah kepada masyarakat Cina kerana beliau boleh berbahasa Cina (ada rakan-rakan Cina saya mendakwa Encik Hashim mengguna bahasa Cina ala Taiwan. Saya tidak pasti kerana saya tidak boleh berbahasa Cina).

Beberapa lama kemudian, kami hilang kepercayaan terhadapnya dan saya tidak berhasrat untuk membuka aibnya. Memadai saya beri satu contoh: dia keluar dari rumah saya ketika saya keluar bekerja tanpa pengetahuan saya dan membawa bersama sebuah komputer riba dan tidak dipulangkan sehingga hari ini, 27 April 2010. Saya sudah menghubungi pondok pengajian dan beberapa orang yang pernah dikunjungi beliau. Ternyata, saya patut mencurigai beliau.

Berdasarkan pengamatan dan maklumat yang saya peroleh, beliau suka "membuat aktiviti" seperti ini di tempat-tempat pengajian agama.

Tujuan saya menghantar email ini ialah saya merayu agar pihak yang menemui beliau agar memulangkan komputer riba kami kerana di dalamnya terdapat banyak maklumat penting seperti buku penulisan saya mengenai iman dan pendidikan. Isteri saya, seorang guru memerlukannya untuk mengajar di sekolah.

Tujuan kedua saya ialah untuk mengingatkan agar kita lebih berhati-hati.

Email ini tidak berhasrat untuk memburukkan imej beliau. Saya percaya Allah adalah sebaik-baik Maha Pengadil, Maha Penyayang lagi Maha Pengampun.

    Followers