Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

19 Rejab 1431 H
Oleh: Rizal Tahir

KOTA BHARU, 1 Julai: Kerajaan Kelantan tidak pernah meluluskan premis atau lesen judi kepada mana-mana pihak, selain premis untuk penjualan arak.

Bagaimanapun ianya hanya diluluskan kepada beberapa buah kedai bukan Islam secara terkawal.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan (gambar) berkata, kerajaan negeri hanya meluluskan premis penjualan arak khusus untuk bukan Islam.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri tidak pernah meluluskan lesen judi walaupun untuk bukan Islam sebagaimana lesen arak,” ujarnya.Jelasnya, lesen judi dan arak adalah perkara yang berbeza.

Katanya, lesen arak mengikut majlis daerah masing-masing di seluruh jajahan di negeri ini yang hanya diluluskan di restoran bukan Islam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung dakwaan kerajaan negeri meluluskan lesen arak dan judi.

Katanya lagi, kerajaan negeri hanya memberi kelonggaran kepada golongan terbabit untuk tujuan itu, bagaimanapun hanya di restoran terpilih sahaja.

Tambahnya, namun kerajaan negeri tidak pernah meluluskan sebarang bentuk lesen judi sejak hampir 20 tahun PAS mentadbir negeri ini.

Beliau bagaimanapun berkata, sekiranya kegiatan itu masih berlaku di negeri ini, ianya beroperasi secara haram.

“Kalau didapati ada yang terlibat dengan kegiatan ini, orang ramai boleh membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI).

“Pihak MPKB-BRI secara bersepadu dengan beberapa jabatan lain lagi akan mengambil tindakan ke atas mereka yang menjalankan kegiatan terbabit,” ujarnya.

Harakahdaily/-

at 7/02/2010 08:15:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

19 Rejab 1431 H
Oleh: V. Sivakumar

Malaysia mengamalkan pemerintahan demokrasi yang bercorak federalisme yang berat sebelah. Ini merupakan satu lagi kecacatan yang amat ketara dalam Perlembagaan Pesekutuan. Autonomi yang luas diberikan kepada kerajaan persekutuan manakala kerajaan negeri pula dicekik dalam ruangan yang sempit.

Ketidak seimbangan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri ini menjadikan politik Malaysia kucar-kacir dan tidak tentu hala. Kerajaan pusat menggunakan segala kuasa yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain untuk terus menindas kerajaan negeri.

Kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat menghadapi ancaman yang hebat dan bertubi-tubi.Kerajaan Pusat menggunakan kekuasaan yang ada padanya untuk membuli kerajaan negeri yang serba kekurangan dan tidak dilindungi oleh undang-undang sepenuhnya.

Kerajaan Pusat menempatkan tiga orang Ex-Officio di dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Mereka ini terdiri daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Ketiga-tiga pegawai utama ini adalah lantikan persekutuan. Walaupun gaji mereka ini dibayar oleh kerajaan negeri, tetapi kesetian mereka adalah tertumpu kepada kerajaan pusat yang mengawal sepenuhnya jawatan dan insentif yang lain. Ketiga-tiga pegawai ini berkhidmat sebagai tali barut kerajaan pusat di setiap negeri.

Ex-Officio ini akan menyalurkan semua maklumat-maklumat kerajaan negeri kepada Kerajaan Pusat. Dalam kata lain, kerajaan negeri tidak dapat berfungsi secara bebas. Segala tindak-tanduk dan rancangan kerajaan negeri boleh disalurkan oleh ex-officio in kepada kerajaan pusat yang cuba merisik maklumat- maklumat ini untuk kepentingan politiknya.

Ini bermakna, semua rahsia-rahsia kerajaan negeri akan diketahui oleh kerajaan pusat. Maklumat-maklumat atau keputusan-keputusan yang dibuat dalam Maljis Mesyuarat Kerajaan Negeri akan sampai kepada pengetahuan kerajaan pusat dalam sekelip mata. Kerajaan negeri pula terpaksa beroperasi dalam keadaan yang cukup bahaya dan ketakutan kerana ada musuh dalam selimut.

Federalisme seperti ini tidak menjamin demokrasi yang tulen. Pengubahssuaian kepada sistem federalisme kita harus dikaji semula dan diperbaiki. Kerajaan negeri seharusnya diberi autonomi yang cukup untuk mentadbir negeri dengan baik dan tidak dikawal dan diancam oleh kerajaan pusat.

Saya amat bersetuju dengan pandangan Profesor Aziz Bari, Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa yang menyarankan supaya kerajaan Pakatan Rakyat menggantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri dengan memilih orang-orang yang taat kepada kerajaan negeri dan bukannya tali barut kerajaan pusat.

Cadangan ini mempunyai nas kerana ketiga-tiga pegawai kerajaan tertinggi ini boleh menggunakan kuasa yang ada pada mereka untuk melumpuhkan sesebuah kerajaan negeri. Sebagai contoh, penglibatan dan komitmen yang diberikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Penasihat Undang-undang Negeri Perak kepada Barisan Nasional Perak dan kerajaan pusat merupakan punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak.

Kerajaan Pusat menggunakan ex-officio ini untuk merancang satu konspirasi politik menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Perak. Peranan Ex-Officio ini digunakan sepenuhnya oleh kerajaan pusat untuk mendapatkan maklumat dalaman dan melemahkan kestabilan kerajaan negeriPenglibatan Ex-Officio dalam menggulingkan kerajaan Perak yang diberi mandat oleh rakyat tidak dapat dinafikan.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat seharusnya menggunakan kemelut negeri Perak sebagai satu pedoman dan mengambil segala langkah berjaga-jaga dan mengantikan orang-orang yang bekerja sebagai tali barut kerajaan pusat.

Kerajaan –kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat tidak boleh khilaf sekali lagi dan perlu memberi perhatian yang serius dalam hal ini. Adalah mudah untuk mentadbir negeri dan melaksanakan polisi-polisi Pakatan Rakyat jika Ex-Officio yang dilantik ini adalah tediri daripada pihak yang neutral. Mereka ini seharusnya memahami konsep neutraliti dan berpegang kepada prinsip tersebut dan tidak mengikut telunjuk dan meringkuk kepada arahan kerajaan pusat .

18 Rejab 1431 H
wfauzdin.blogspot.com

APA yang dikecohkan oleh media pencacai pro Umno sekarang adalah berkenaan kepimpinan kerajaan Negeri Selangor di bawah PKR. Kununnya YB Azmin mahu merampas kuasa MB Selangor dari YB Khalid. Apabila YB Azmin dilantik pula menerajui PKR di Selangor menggantikan YB Khalid, maka bertambah seronok pula segala jenis pencacai di dalam Umno.

Paling melucukan juga, yang berada di luar Umno kununnya Bebas pun terikut dengan komen-komen dungu dari puak-puak Umno. Mereka beranggapan tanpa kuasa sebagai pemimpin politik di Selangor, maka YB Khalid tidak layak menduduki kerusi MB Selangor.

Oleh kerana masing-masing berebut untuk mengampu Najib, maka mereka terlupa beberapa negeri di bawah BN juga serupa. Di Terengganu contohnya, siapa jadi MB dan siapa pula mengetuai Umno Terengganu? Di Perlis pula bagaimana? Usah diceritalah negeri-negeri lain yang mereka tidak kuasai seperti di Kedah dan Selangor. Di Kedah, orang seberang laut mengetuai Umno Kedah. Dengar loghat bahasa pun sudah macam itik dengan ayam.

Di Selangor, tiba-tiba anak jati Pahang pula mengetuai Umno Selangor. Pencacai lupa semua itu, termasuklah TPM sendiri yang mengulas isu Selangor seperti ulasan budak tidak mengaji.

Sebenarnya, Umno amat takut jika YB Azmin menjadi MB Selangor. Ini adalah kerana YB Azmin mempunyai kekuatan dan strategi politik yang bijak serta mampu memperkuatkan PKR khususnya di Selangor. Umno memang takut jika YB Azmin menjadi MB Selangor, tapi mereka juga bimbang dengan kekuatan dan kebijaksanaan YB Khalid sebagai MB Selangor. Ini adalah kerana YB Khalid terkenal dengan sikap tegas, telus dan bijak selaku pentadbir.

Buktinya, sudah banyak kali Selangor cuba diganggu dengan berbagai cerita, persepsi dan fitnah buruk, namun YB Khalid yang terkenal dengan sikap `cool'nya berjaya mengatasi mainan kotor puak mereka. Selaku penyokong PR, kita juga mungkin merasa `rambang mata' dengan ketokohan kedua-dua mereka ini.

Samada YB Khalid dikekalkan atau YB Azmin dilantik, Selangor tidak rugi sedikit pun. Dasar PR tetap tidak berubah dan sesiapa pun menjadi MB Selangor tetap akan mendahulukan rakyat. Dasar merakyatkan Selangor pada waktu ini amat baik dikekalkan. Mungkin jika berlaku perubahan di kerusi MB Selangor, yang berbeza cuma pendekatan untuk memantapkan lagi Selangor.

Secara peribadi, saya berharap YB Khalid terus diberi peluang untuk menunjukkan kebolehannya. YB Azmin lebih layak berada di peringkat lebih tinggi dari MB memandangkan pengalamannya di arena politik.

Penjelasan YB Azmin secara terbuka bersedia untuk mengosongkan kerusi Dun sekiranya parti membenarkannya bagi membuktikan bahawa beliau bukan gila kepada kerusi MB Selangor wajar dipuji. Manakala, pengakuan YB Khalid juga secara terbuka meminta agar YB Azmin dilantik mengetuai PKR Selangor juga patut diberi penghargaan.

Sokongan terbuka YB Azmin terhadap YB Khalid selaku MB Selangor tentunya memedihkan hati dan jiwa Umno. Hasrat mereka untuk melihat kedua-dua pemimpin ini terus bertelagah hancur jua.

Nampaknya hasrat Umno di Selangor untuk menguburkan PKR khususnya dan PR amnya tidak mungkin kesampaian. Meskipun mereka diketuai oleh PM sebagai pemimpin di Selangor ditambah pula dengan adanya Senatak Ezam sesumpah, Umno akan terus gagal kerana rakyat di Selangor tahu membezakan antara mana satu parti yang suka menghisap darah rakyat.

16 Rejab 1431 H

Dakwaan kononnya kerajaan Malaysia menjual tanah kereta api di Tanjung Pagar di Singapura kepada republik itu adalah tidak benar, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot berkata tanah KTM Berhad di Singapura itu dipajak oleh Kerajaan Negeri Selat kepada Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk tujuan perkhidmatan rel pada 25 Okt 1918.

"Tanah Singapore Railway yang dipajak adalah seluas 434.26 ekar (173.7 hektar). Daripada jumlah tersebut, 352.52 ekar (141 hektar) dipegang oleh Pesuruhjaya Tanah Persekutuan bagi tempoh 999 tahun manakala 81.74 ekar (32.7 hektar) adalah bagi tempoh pajakan selama-lamanya.

"Sekiranya tidak lagi digunakan untuk tujuan perkhidmatan rel, tanah itu akan dikembalikan kepada Kerajaan Negeri Selat (Singapura) tanpa sebarang pampasan. Jadi dakwaan kerajaan jual tanah KTM di Tanjung Pagar itu tak benar kerana ia bukan hak kita," katanya menjawab soalan tambahan Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) yang ingin tahu bagaimana Malaysia boleh kehilangan tanah tersebut walaupun negara mempunyai pelbagai pendekatan dalam menyelesaikan isu-isu tertunggak dengan negara-negara ASEAN.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka mengadakan lawatan kerja ke Singapura dalam tempoh tiga bulan lagi untuk muktamadkan keputusan pertukaran tanah itu.

Sebelum ini, isu mengenai tanah itu telah dibincangkan ketika Najib melawat Singapura dari 22 hingga 24 Mei lepas dan semasa Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong datang ke Malaysia bulan lepas.

Malaysiakini/-

at 6/29/2010 04:36:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

16 Rejab 1431 H
Oleh: Abdul Rahim Sabri

Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Julai dan menyerahkan "dokumen lengkap" dakwaan 'salah guna kuasa' dalam Lembaga Tanah Persekutuan (FELDA).

"Kita minta SPRM buat siasatan. (Kerajaan) jangan cuba memperbodoh-bodohkan rakyat," kata Mazlan Aliman (kiri sekali) dalam sidang media di ibupejabat PAS di ibu negara pagi ini.

Tarikh aduan itu dibuat akan dimaklukam kemudian kepada pihak media, tambah Mazlan lagi.Turut hadir dalam anggota majlis pimpinan pusat PKR Datuk Dr Tan Kee Kwong yang juga bekas timbalan menteri pembangunan usahawan dan koperasi.

Mazlan berkata, dokumen tersebut sebagai dokumen sokongan mengandungi jumlah pendapatan FELDA dan aktiviti yang dijalankan oleh 43 anak syarikatnya.

Mazlan yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, tindakan itu susulan tiga laporan polis pada 23 Jun, 25 Jun dan hari ini - masing-masing di Temerloh, Kota Tinggi dan Segamat - berhubung dakwaan kepincangan dan salah urus agensi kerajaan itu.

Sebelum ini, ahli parlimen Klang Charles Santiago turut membuat laporan kepada SPRM atas dakwaan yang sama - kemerosotan rizab kewangan tunai FELDA yang menjunam RM2.73 bilion dalam tempoh lima tahun - seperti dijelaskan Ahmad di Parlimen.

Bercakap dalam sidang media itu juga, Mazlan berkata, beliau telah melihat aduan yang dikemukakan oleh Charles itu dan mendakwa dokumen yang akan diserahkannya "lebih terperinci".

"Ia satu laporan yang lebih terperinci (berbanding laporan Charles)," katanya sambil menunjukkan buku laporan rasmi FELDA.

Sementara Dr Tan pula berkata sebelum Perdana Menteri Najib Razak menerajui FELDA pada 2005 semuanya "baik, OK dan berimej sederhana"."Sebaliknya selepas beliau ambil alih, semuanya habis," katanya.

Malaysiakini/-

at 6/29/2010 04:35:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

16 Rejab 1431 H
Oleh: Hazlan Zakaria

Menteri Kerja Raya Shaziman Abu Mansor hari ini mengumumkan di Dewan Rakyat bahawa kerajaan tidak berniat untuk memindahkan Parlimen ke bangunan baru di Putrajaya.

Sebaliknya, kata beliau, kerajaan akan menaik taraf bangunan sekarang, dan dalam tempoh berkenaan, Parlimen akan bersidang di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

"Kerajaan mahupun kabinet tidak pernah mengatakan bahawa kita akan memindahkan Parlimen ke Putrajaya. Kita tidak pernah menyatakannya," kata beliau menjawab soalan tambahan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) dalam ucapan penggulungan kementeriannya.

Jawapan Shaziman itu jelas bercanggah dengan jawatan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz pada 9 Jun lalu, yang menyatakan kabinet telah memutuskan untuk membina bangunan baru Parlimen dengan kos RM800 juta.

Kenyataan Mohd Nazri itu telah mencetuskan bantahan orang ramai ekoran nilai sentimental bangunan sedia ada dan juga kerana menggunakan wang pembayar cukai ketika kerajaan sedang cuba meyakinkan mereka supaya menerima pemotongan subsidi.

Shaziman berkata setakat ini, Jabatan Pekerjaan Umum (JKR) telah mencadangkan kepada kabinet supaya kerja pembaikan dijalankan ke atas bangunan sekarang dengan kos RM100 juta.

Katanya, JKR hanya memberitahu kabinet bahawa bangunan Parlimen, 'yang hampir seusia beliau dan mungkin sedikit lebih muda daripada Pokok Sena Mahfuz Omar', perlu diperbaharui, kerana ada beberapa kecacatan struktur.

Menurutnya, kerja menaik taraf yang dicadangkan itu akan memanjangkan usia bangunan Parlimen itu.

"Sama seperti kita, ketika menunjukkan wajah keriput, kita pergi dan melakukan facial (rawatan muka)," kata Shaziman.

Menurutnya, pemindahan sementara Parlimen adalah perlu kerana kerja menaik taraf yang membabitkan penggunaan jentera berat, serta bunyi bising.

Malaysiakini/-

at 6/29/2010 04:35:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

16 Rejab 1431 H
Oleh: mohd hafez sabri

IPOH 29 JUN, Pesuruhjaya PAS Perak hari ini menegaskan sekali lagi
bahawa, Negara pada hari ini panas membincangkan isu sebuah perunding
komunikasi yang dikaitkan dengan syarikat yang dimiliki oleh rejim
zoinis Israel.

Malaysia dikatakan telah menandatangani perjanjian dengan syariakt APCO worldwide sebagai perunding komunikasi bagi membersihkan imej Negara diperingkat antarabangsa.Dalam satu sudut pandang, ianya nampak positif iaitu untuk menarik pelabur asing masuk kedalam Negara kita.

Namun pada hakikatnya, kita tidak bersetuju dengan syaikat perunding berkenaan disebabkan secara jelasnya ia dimiliki oleh golongan yahudi yang sememangnya menjadi
musuh ummat Islam, jelas beliau.

Pada mulanya, pendedahan yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Dato’Seri Anuar Ibrahim menimbulkan polemik yang tersendiri dikalangan rakyat.

Namun selepas beberapa hari daripada itu, maka pengakuan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hisyamuddin sendiri mengesahkan bahawa jumlah yang dibayar kepada syarikat perunding berkenaan ialah
sebanyak RM76.5 juta.

Kami diperingkat PAS merasa sungguh kecewa dengan berita tersebut kerana ia melibatkan maruah negara dan agama Islam.

Mana tidaknya,kita mengisytihar Negara ini sebagai Negara Islam, namun sebaliknya
kita berkompromi dan menggunakan khidmat musuh Islam yang nyata telah menyembelih adik-beradik Islam kita yang berada di Palestin, tegas beliau

Beliau menjelaskan lagi bahawa, perkara ini secara tuntasnya akan menimbulkan kemarahan masyarakat khususnya ummat Islam kerana kita pada awal lagi tidak mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara, namun apa yang berlaku sebaliknya kita bersetuju dan menggunakan syarikat yang datangnya daripada Israel sendiri.

Mana prinsip dan maruah kita?
Buktinya jelas bahawa syarkat ini adalah antara penyumbang kepada kewangan Israel : ” Its CEO in Israel, Gad Ben-Ari, was a personal adviser of the late PM Yishak RabinAlso, the relationship between Israel and APCO is more than merely having an office in Tel Aviv. APCO’s activities in the Zionist state go beyond the civilian sectors”

Jumlah bayaran RM76.82juta juga menjadi persoalannya. Perbelanjaan
yang banyak ini tidak dinyatakan dan dimaklumkan kepada rakyat khususnya dan hanya dimaklumkan selepas ditanya didalam dewan rakyat selepas isu ini timbul.

Rakyat membayar cukai bukan kepada kerajaan bukan untuk dibelanjakan kepada sebuah syarikat zionis, tetapi rakyat mengharapkan ianya(hasil cukai) digunakan untuk manfaat rakyat yang lain. Namun akhirnya duit itu menjadi pembiaya utama kepada Israel yang semakin bengis dan rakus membunuh ummat Islam di Palestin.

Semetara itu dalam sidang yang lain Setiusaha Badan Perhubungan PAS Perak, Ustaz Misbahul Munir menyatakan dengan jumlah hampir RM77 juta itu, kerajaan mampu memberikan biasiswa kepada lebih 4000 mahasiswa sekiranya duit itu dibelanjakan untuk membina modal insan yang boleh mencorakkan imej Negara dengan lebih baik berbanding syarikat perunding.

Mana keutamaan kita untuk membangunkan modal insan yang boleh berbakti kepada Negara atau hanya membersihkan imej untuk kepentingan politik dalam masa yang singkat sahaja? Soal beliau

Ternyata dengan timbulnya isu ini, PAS tidak akan berdiam diri sehinggalah kerajaan membatalkan perjanjian dengan syarikat berkenaan demi menjaga maruah dan nama kita kerana ia jelas melanggar prinsip dan teras dalam perhubungan kita dengan pihak luar.

Persoalan yang saya timbulkan ialah, kenapa perlu melantik sebuah syarikat perunding komunikasi sedangkan kita telah berbelanja besar untuk membayar duta-duta kita keseluruh negara yang mempunyai hubungan dengan kita?

Apa fungsi duta kita? Bukan sekadar itu, kita pula melantik syarikat yang datangnya dari negara yang lansung tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia. Tegas beliau lagi

Malaysiakini/-

    Followers