Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

22 Syaaaban 1431H.

Kenyataam Media YB V.Sivakumar / 3 Ogos 2010

IPOH : Apa yang telah berlaku dalam Dewan Negeri Perak hari ini amat mengecewakan. Ahli-ahli Dewan Negeri Perak BN sanggup membunuh demokrasi semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik mereka. Kemuliaan Dewan Negeri Perak telah dicompang-camping sekali lagi dalam persidangan Dewan Negeri hari ini. Mereka ini merupakan golongan yang paling tidak bertamadun. Tindakan mereka harus dikecam untuk menghidupkan kembali demokrasi di Negeri Perak.

Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Pesidangan Polis Diraja Malaysia. Lebih ramai polis berkerumun di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat.

Nampak jelas bahawa pihak kerajaan cuba menggunakan polis yang begitu ramai untuk menggertak pihak pembangkang secara tidak langsung. Tidak ada sebab kenapa beratus-ratus anggota polis ditugaskan di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada hari ini. Kenapa masa dan tenaga polis dikerah untuk tujuan politik BN? Kehadiran polis yang begitu ramai sendiri telah mengancam amalan demokrasi yang sihat di Negeri Perak. Tambahan pula, orang awam tidak dibenarkan hadir sebagai pemerhati persidangan Dewan Negeri.

Pihak media tidak diberi ruang di dalam dewan untuk membuat liputan. Mereka ditempatkan di sebuah bilik ‘akuarium’ yang kalis bunyi. Kebebasan akhbar telah dinodai oleh kerajaan BN yang zalim. Pihak media tidak diberi penghormatan yang sewajarnya . Mereka dilayan dengan buruk dan tidak dibenarkan membuat laporan yang sebenar. Dalam kata lain, kerajaan BN mempunyai niat buruk menyekat atau mengambus berita sebenar supaya tidak sampai kepada rakyat jelata. Tindakan ini membuktikan bahawa kerajaan BN takut kepada kuasa rakyat yang bakal menjatuhkan kerajaan itu di Negeri Perak dalam PRU ke 13.

Terbukti Datuk R.Ganesan adalah kuda tunggangan BN yang sanggup mengadai maruah legislatif kerana akur seratus peratus arahan pihak eksekutif . Beliau bertindak secara kelam kabut dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak rasional apabila menerima arahan komplot daripada ketua eksekutif. Terbukti Datuk R.Ganesan tunduk kepada kemahuan dan manupulasi politik kerajaan BN. Jari telunjuk ketua eksekutif dianggap sebagai cokmar oleh Datuk R.Ganesan yang terang-terang jahil dalam Perintah-perintah Tetap dan konvensyen Dewan Negeri.

Satu Rang Undang-undang yang bertajuk Enakmen Perbekalan Tambahan 2010 telah dibentangkan di Dewan Negeri hari ini. Peruntukan tambahan yang dipohon oleh kerajaan ialah sebanyak RM80 juta. Jumlah ini adalah terlalu besar dan memerlukan pertimbangan yang sewajarnya. Tetapi, Datuk R.Ganesan telah mengumumkan bahawa persidangan hanya selama satu hari sahaja. Perkara ini amat ganjil sekali dan menimbulkan rasa kesangsian dan kecurigaan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri PR.

Kenapakah rang undang-undang itu perlu diluluskan secara ekspres? Kenapakah persidangan Dewan Negeri tidak dilanjutkan selama 4 atau 5 hari mengikut konvenyen.
Ketua pembangkang hanya diberi 15 minit untuk membahaskan rang undang-undang tersebut. Semua Ahli-ahli Dewan yang lain hanya dibenarkan untuk berucap selama 10 minit sahaja. Ini merupakan satu penghinaan kepada Dewan Negeri Perak yang mulia. Ahli-ahli Dewan Negeri BN dibawah pimpinan Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir terbukti bacul kerana tidak berani berbahas dengan Ahli-ahli dewan Negeri PR dibawah pimpinan Dato Seri Ir Nizar Jamaludin.

Kerajaan BN menggunakan Datuk R. Ganesan, seorang boneka eksekutif untuk mencari jalan pintas meluluskan wang RM 80 juta tanpa perbahasan dan prosiding yang sebenar. Walaupun Dato Seri Zambry dan kuncu-kuncunya dicabar berulangkali untuk mengadakan perdebatan selama skurang-kurangnya 4 hari, tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran itu. “Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah” Dalam keadaan dewan yang kalut, Ahli-ahli Dewan Negeri PR terpaksa meninggalkan Dewan kerana penyalah gunaan kuasa oleh Datuk R.Ganesan yang menghalau keluar Dato Seri Nizar dari Dewan.

at 8/04/2010 09:26:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

23 Syaaban 1431H.

Kenyataan Media Drs. Khalil Idham Lim.

Saya sangat tertarik dengan ucapan berulang kali oleh MB Kudeta Perak di dalam Sidang DUN Perak kelmarin mengenai kesediaan dan minat nya untuk berdebat secara terbuka dengan pimpinan Pakatan Rakyat.

Saya kira ucapan tersebut didengari oleh semua yang berada di dalam dewan dan tercatat dalam hand set sidang yang dipengerusikan oleh seorang yang mengaku sebagai speaker iaitu Ganesen. Kerana itu saya berminat untuk mengeluartkan beberapa kenyataan :-

1. Sebagai Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak dan Ketua Penerangan PAS Perak, saya dengan ini menegaskan kesedian untuk menyahut cabaran Zambry untuk berdebat dengan mana-mana pimpinan Pakatan Rakyat.

2. Saya boleh mengatur satu debat yang dimaksudkan sebagai medan untuk memberi peluang kepada Zambry menjawab kononnya fitnah dan pembohongan yang dilakukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat dalam ceramah kami. Yakinnya Zambry dengan tohmahan itu dengan katanya kami kena bertanggung jawab di hadapan Tuhan. Sekiranya itulah dakwaan Zambry, saya mengulagi cabaran DS. Nizar di dalam dewan kelmarin, sekiranya dia "anak jantan" sila sahut cabaran ini dan nyatakan dimanakah pembohongan Pakatan Rakyat dalam debat itu.

3. Ataupun pihak Zambry boleh mengatur di mana dan tempat pilihannya sendiri dan kami akan datang untuk berdebat. Saya kira Stadium Perak cukup luas untuk menampung kehadiran semua rakyat Perak dalam debat tersebut, dan bolehlah disiarkan secara langsung dalam media BN.

4. Namun begitu saya ingin tegaskan sikap bacul dan penakut BN sebenarnya terserlah dan perlu diketahui oleh rakyat Perak, bermula dengan merampas kuasa dan menafikan demokrasi sehinggalah pada sidang kelmarin di mana walaupun Zambry berkata suka berdebat namun dia telah menghadkan dewan bersidang untuk waktu sehari sahaja. Tindakan menghadkan ketua pembangkang untuk bercakap dalam tempoh yang panjang sebagai mana amalan biasa dalam sidang DUN sebelum dari ini, atau dimana-mana sidang Parlimen dan DUN di setiap negeri di Malaysia, adalah menefistasi dari ketakutan BN untuk mendengar segala hujah dan fakta dari ADUN Pakatan Rakyat.

5. Sebaliknya mengambarkan juga ADUN BN tidak punya modal untuk berbahas melainkan memuji dan memuja langkah menambah bajet sebanyak RM 80 juta . Semuanya ADUN BN yang berbahas kelmarin nampaknya dalam nada yang sama dan tidak punya modal.

6.Dakwaan Zambry dan ADUN BN bahawa DS. Nizar berceramah dalam dewan adalah disangkal. Andaian tersebut bagi saya hanya keluar dari mulut orang yang terdesak dan takut untuk mendengar.

7. Saya akan menunggu jawapan dari Zambry dan bersedia untuk berbincang lebih lanjut mengenainya dengan sesiapa sahaja yang mewakilinya bagi menjayakan debat yang saya namakan " Debat Rakyat, Siapa pembohong ?"

4 Ogos 2010

DRS. KHALIL IDHAM LIM
Ketua Penerangan PAS Perak/
Ketua Sekretariat PR Perak.

Darurat bahagian 1

Parti Komunis Malaya atau PKM telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1930. Namun pertubuhan ini mula bergiat aktif dalam politik negara ketika era Perang Dunia Ke 2 pada 1939-1945. Parti ini kebanyakannya terdiri dari orang Cina yang telah didoktrinasikan oleh fahaman komunis Maoisme yang menyatakan bahawa petani adalah kuasa sebenar revolusi. Pada zaman itu, Jepun telah menawan Tanah Melayu dan banyak membawa kesengsaraan terutama kepada orang Cina yang ketika masih berperang dengan Jepun di Tanah Besar China ketika itu. Oleh itu, PKM mula menubuhkan MPAJA(Malayan People Anti Japanese Army) atau lebih dikenali sebagai Bintang Tiga. Ini kerana simbol mereka adalah Bintang berbucu tiga yang melambangkan tiga kaum utama Tanah Melayu. Namun keahlian untuk PKM sendiri dikuasai oleh kaum Cina dengan hampir 90 peratus kadernya adalah golongan muda Cina. MPAJA juga turut dibantu oleh British yang membekalkan senjata, latihan ketenteraan dan turut sama membantu usaha penentangan dengan penubuhan Sekolah 101. Namun prinsip utama PKM adalah untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya dan menghalau British keluar. Bagi meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya telah menguasai Parti Kebangsaan Melayu Malaya melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), Rashid Maidin, Abdullah C.D. Parti Kebangsaan Melayu Malaya lebih cenderung bagi Tanah Melayu menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.Pihak komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah digerakkan termasuk Senoi Praaq bagi menentang komunis.Akibat kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan pada tahun 1955. Rundingan Baling ini yang diadakan pada 28-29 Disember 1955 tidak membawa apa-apa keputusan drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. Pihak kerajaan yang telahpun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan British.

at 8/03/2010 04:44:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

ADUN Titi Serong, Drs. Khalil idham Lim meminta Pengerusi Dewan Perak untuk meletakkan jawatan kerana dia sekali lagi membuktikan sebagai seorang yang tidak tahu peraturan dalam pengendalian sidang pada hari ini. Sebelum ini menurutnya Ganesan juga telah menolak lebih 200 soalan dalam sidang yang lepas. Demikian kenyataan ringkas Drs. Khalil dalam sidang media tadi.

at 8/03/2010 04:43:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

Selepas menerima ucapan penghargaan dan tahniah dari DS. Nizar dalam taklimat ringkas sebentar tadi, semua ADUN PR bersurai dan kembali ke DUN Masing-masing.

Semuga kami terus bersemangat untuk memperjuangkan demokrasi yang dihancurkan oleh BN di Perak termasuk pada hari ini. Rampasan kuasa yang berlaku di Perak ternyata mengheret kepada kemelut politik yang berpanjangan dan sidang dewan yang tidak berfungsi dan mati.

21 Syaaban 1431H.
Cina Islam.

PASIR SALAK, 1 Ogos: Seramai 18 orang kebanyakannya anggota Unit Amal telah ditahan polis sehingga lewat petang ini yang dimulai kira-kira jam 4.00 petang ini sementara seluruh kawasan Himpunan Warga Felda Kebangsaan di Changkat Lada, di sini dikepung.

Semua yang ditangkap dibawa ke Balai Polis Kampung Gajah. Semuanya masih berada di Balai Polis berkenaan dimana 15 orang daripadanya sedang diambil keterangan dan 3 daripadanya ditahan kerana dituduh membawa senjataa tajam,, demikian saya menerima pengesahan dari Hj. Azidin, Pengarah MTD Kampung Gajah sebentar tadi.

Menurut maklumat yang diberi, senjata tajam yang dimaksudkan ialah pisau kecil untuk memoton buah-buahan yang dibawa oleh 3 orang yang ditangkap itu.

Tangkapan rambang di luar kawasan itu dibuat sewaktu peguam Wan Rohaimi Wan Daud membentangkan kertasnya sebagaimana yang dijadualkan.Wan Rohaimi adalah peguam yang memenangkan kes saman Felda oleh para peneroka Kemahang 3.

Sementara itu wseorang anggota Unit Amal Perak, sdr. Azuan Ismail dalam sms nya sebentar tadi mengesahkan peguan Hj. Asmuni Awi yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya PAS Perak sudah tiba di Balai Polis berkenaan untuk memberi bantuan guaman.

Pihak penganjur juga terpaksa membatalkan ceramah penutup seperti yang dijadualkan berlangsung pada malam ini. Mengikut rencananya Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Hj. Abdul Hadi Awang bersama Dato' Seri Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin akan menyampaikan ucapannya.

Lebih 1000 orang tetap bergerak dan berkumpul dikawasan program walaupun dianggarkan lebih dari 200 orang pasukan keselamatan termasuk FRU mengepung kawasan berkenaan.

" Kita terpaksa membatalkan ceramah pada malam ini kerana mengikut maklumat pasukan keselamatan akan menggempur ceramah kita pada malam ini dan demi untuk keselamatan untuk pemimpin kita,ceramah kita batalkan" jelas seorang petugas semasa dihubungi sebentar tadi.

at 8/02/2010 09:28:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

Kerja keras, 1 Ogos Pasukan FRU menggempur Himpunan Warga Felcra di Perak dan Himpunan Mansuhkan Isa di seluruh negara, tahniah kepada BN yang tidak henti-henti menyalahgunakan kuasa polis untuk menghalang program Pakatan Rakyat .

21 Syaaban 1431H.

Polis telah bertindak menyurai serta menghalang para aktivis daripada mengadakan upacara memasang lilin di beberapa tempat di seluruh negara bagi membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang kini berusia 50 tahun.

Menurut laporan yang diperolehi, beberapa anggota polis diletakkan di beberapa tempat bagi menghalang upacara memasang lilin itu diadakan.

Di Dataran MBPJ, Padang Timur di Petaling Jaya - di mana upacara memasang lilin bermulajam 8 malam - anggota polis bertindak menyuraikan kira-kira 300 yang hadir sambil menyanyikan lagu Negaraku.

Anggota polis kelihatan mengejar beberapa peserta upacara tersebut dari kawasan Dataran, di tengah-tengah laungan "Hidup, hidup! Hidup rakyat!” manakala anggota polis yang lain, membentuk barisan bagi menghalang orang ramai masuk ke kawasan dataran tersebut

Di Ipoh, anggota polis bertindak menutup Dataran Majlis Bandaraya Ipoh dan melarang orang ramai memasuki kawasan tersebut. Upacara memasang lilin di situ dijadual bermula jam 9 malam.

Di Pulau Pinang pula, anggota polis sebelum ini telah menampak notis - yang ditandatangani oleh OCPD George Town, Penolong Pesuruhjaya Gan Kong Meng - di sekitar Sudut Pidato di Georgetown, melarang sebarang perhimpunan haram diadakan di kawasan itu.

Upacara memasang lilin di situ dijadual bermula jam 9 malam.

Sekurang-kurangnya lima orang telahpun ditangkap temasuk pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA, Syed Ibrahim Syed Noh, setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR Badrul Hisham Shaharin.

Selain Ibrahim dan Badrul Hisham, turut ditahan dan dibawa ke balai polis daerah Petaling Jaya ialah Suresh Kumar, Mohd Fiqtriey, Naqiuddin Sahar, Albert Ang Yik Chuan, Yew Hun Ng, Ng Yap Hwa dan Wei Lee.

Siti Kasim dari Majlis Peguam berkata ini adalah kali pertama beliau melihat polis bertindak ganas, sehingga bertindak menangkap orang ramai walaupun mereka masuk ke sebuah pusat membelibelah.

Pada sekitar jam 9:15 malam, polis menghentikan tindakan menyurai dan menangkap.

Dalam sidang akhbar sejurus selepas itu, ketua polis Petaling Jaya Arjunaidi Mohamed berkata pihak penganjur tidak mendapat permit polis dalam mengadakan perhimpunan malam ini.

"Tidak ada permit polis yang dipohon," katanya.

Beliau juga berkata pihak penganjur mendakwa telah mendapat permit daripada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

"Tetapi MBPJ bukan pihak berkuasa yang mempunyai kuasa untuk mengeluarkan permit tersebut," katanya sambil menambah MBPJ seharusnya tahu perkara itu.

Beliau juga mempertahankan tindakan polis kerana peserta perhimpunan itu enggan mematuhi arahan polis supaya bersurai.

"Kita telah meminta mereka bersurai, tetapi mereka enggan dan masuk ke dalam Amcorp Mall," katanya.

Arjunaidi berkata apabila keluar, mereka mengkritik dan mencabar polis yang kemudiannya menangkap mereka.

Menuutnya, seramai 25 orang dewsa - enam wanita dan 19 lelaki - ditahan kerana menyertai perhimpunan haram.

Katanya, walaupun terdapat kanak-kanak dalam perhimpunan tersebut, tetapi tidak ada yang ditahan.

Di Pulau Pinang, empat orang ditangkap termasuk Choo Choon Kai dan Kris Khaira dari PSM.

Seorang lagi - Darshan Singh - ditangkap kemudiannya. Manakala yang keempat ditangkap ialah Ong Jing Cheng dari Suaram.

Malaysiakini/-

    Followers