Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

9 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 18 Ogos: “Saya memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN,” kata Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar).

Amaran itu dibuat ekoran resolusi Kongres Ekonomi Cina Malaysia yang menggesa kerajaan untuk mengurangkan ekuiti bumiputera dalam sektor ekonomi baru-baru ini dilihat tidak matang dan tidak wajar.

Malah, katanya tindakan MCA yang menyokong dan memastikan resolusi tersebut diteruskan membuktikan mereka memperjuangkan politik perkauman yang sempit.

Menurutnya, apa yang diperjuangkan oleh MCA jelas menunjukkan bahawa parti-parti komponen Barisan Nasional gagal mendapat konsensus yang mantap untuk memerintah negara setelah berlaku penafian 2/3 kuasa majoriti di Dewan Rakyat pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Manakala Pakatan Rakyat pula, ujarnya telah sama-sama bersetuju untuk berpegang teguh dengan Dasar Pakatan Rakyat yang telah ditandatangani oleh PAS, PKR dan DAP pada bulan Disember 2009 yang lalu.

Berdasarkan dasar tersebut, beliau berkata Pakatan Rakyat akan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perkara 153.

“Ini membuktikan bahawa PAS, PKR dan DAP tetap akan mempertahankan perkara ini bila menerajui kerajaan nanti,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Sebaliknya, dalam konteks hari ini, beliau memberi amaran kepada MCA supaya jangan bermain dengan politik perkauman yang sempit untuk meraih semula sokongan Cina yang semakin luntur kepada BN sehingga ia telah menimbulkan rasa kegelisahan di kalangan rakyat Malaysia.

Harakahdaily/-

7 Ramadhan 1431 H
Oleh: safarizal saleh

15 Ogos 2010 (KUALA KANGSAR) - PAS Kawasan mengorak langkah dengan penubuhan penaja PAS Cawangan Taman Chandan Putri yang dirasmikan oleh Naib Presiden PAS Haji Salahuddin Haji Ayub.

Kejayaan meneembusi kawasan separa elit ini yang menjadikan cawangan PAS yang ke - 36di dalam Kawasan Parlimen Kuala Kangsar. keahlian bagi penaja cawangan ini adalah seramai 57 orang.

Manakala ketua penaja PAS Cawangan adalah Dr Raja Ahmad Al-Hiss yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Dalam ucapan perasmian oleh Haji Salahuddin mengucapkan ucapan tahniah di atas kejayaan penubuhan cawangan ini.

Ini juga membuktikan golongan cerdik pandai sememangnya bersama dengan PAS dan PAS akan terus menjadikannya sebagai parti alternatif bangsa Melayu.

7 Ramadhan 1431 H
Oleh: WFAUZDIN NS

MAKA, raja katak Pasir Mas mengetuai Perkosa memberi amaran kepada Najib. Ini adalah berlanjutan kepada resolusi Kongres Ekonomi MCA yang menuntut agar ekuiti Bumiputera dikurangkan. Kongres tersebut sebelum itu telah dirasmikan oleh Najib.

Raja katak memberi kata dua kepada Najib agar Najib berbuat apa sahaja untuk menyelamatkan Bumiputera. Jika tidak, Umno akan kehilangan sokongan orang-orang Melayu, katanya. Baca di sini. Apakah selama ini sokongan orang-orang Melayu sudah begitu kuat kepada Umno?

Sebenarnya orang-orang Melayu mahu apa hidup di dunia ini? Mereka hanya perlukan ekuiti 30 peratus itu sajakah? Jika benar, selama 50 tahun lebih Umno berkuasa adakah tercapai 30 peratus itu? Jika tidak, apa yang orang-orang Melayu perlukan di dalam hidup mereka?

Raja katak jangan berfikir serendah itu untuk menggambarkan orang-orang Melayu hanya menuntut ekuiti yang tidak pernah membantu mereka selama ini. Orang-orang Melayu yang masih berpegang kepada ugama Islam, mereka mahukan lebih dari itu terutamanya keadilan dan kesejahteraan. Keadilan dan kesejahteraan hanya boleh dicapai jika Islam yang memerintah.

Berilah selama mana Umno memerintah, selagi mereka menolak Islam sebagai asas perjuangannya nescaya selagi itulah orang-orang Melayu akan gagal. Sekiranya Islam yang memerintah, bukan sahaja Melayu yang selamat bahkan kaum lain juga akan merasa nikmat berada di bawah payung Islam.

Di negara kita, hanya PAS sahaja yang berjuang untuk menegakkan Islam. Justeru itu, marilah bersama PAS untuk kita buktikan bahawa Islam mampu membela semua bangsa dan kaum.

at 8/17/2010 12:50:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

7 Ramadhan 1431 H

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab, dan bekas Ketua Pegawai Operasi Pembangunan Pelancongan Malaysia Berhad (PEMPENA) Mohammad Rosly Md Selamat, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan pecah amanah melibatkan wang dana syarikat itu berjumlah RM888,000.

Mereka didakwa meluluskan pembayaran wang tersebut ke akaun LCL Interior Dubai pada 27 Februari 2007 bagi projek pembinaan Restoren Malaysia Dubai sedangkan syarat yang perlu dipatuhi bagi projek itu tidak dipatuhi.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Pembangunan Pelancongan Nasional Sdn Bhd (PEMPENA) Tingkat 3, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 41, Jalan Sultan Ismail pada 27 Februari 2007.

Mirza, pada masa itu ahli lembaga pengarah di anak syarikat kementerian pelancongan -Pempena Sdn Bhd - didakwa bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Jika sabit kesalahan dia boleh dipenjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih daripada 20 tahun serta boleh didenda.

Mirza, 53, mengaku tidak bersalah. Hakim Azizah Mahmud menetapkan jaminan sebanyak RM30,000 dan mengarahkan dia menyerahkan paspot pada 1 September apabila pulang daripada mengerjakan umrah.

Manakala Mohammad Rosly pula dibenarkan jaminan RM50,000 dengan seorang penjamin dan pasportnya diserahkan kepada mahkamah pada hari ini sehingga kes selesai.

Beliau kemudian menetapkan 6 September depan untuk sebutan semula kes.Mirza diwakili peguam Shashi Menon. Tarikh sebutan kes itu ditetapkan pada 6 September.

Tahun lalu, Mirza dibebaskan daripada tuduhan menerima imbuhan dalam bentuk penjagaan gigi bernilai RM13,860.

Pagi tadi, Mohammad Rosly turut didakwa atas tuduhan pecah amanah kerana menaja konsert tanpa pengetahuan lembaga pengarah.

Beliau didakwa bersama bekas pengawal kewangan Lim Khing Thai kerana memberikan RM160,770 "dengan niat jahat" kepada Ummi Hafilda Ali untuk penganjuran konsert pada 15Ogos 2006.

Tuduhan terhadap Pempena pertama kali muncul pada 2 Julai 2008. Malaysiakini melaporkan mengenai memorandum kakitangan Pempena kepada menteri pelancongan ketika itu, Datuk Azalina Othman, mendakwa berlaku rasuah dan pecah amanah oleh dua pegawai kanan syarikat berkenaan.

Antara lain mereka didakwa menerima komisyen apabila membiayai semula kenderaan untuk perkhidmatan teksi mewah, meluluskan beberapa kontrak kepada syarikat RM2 dan kos berlebihan untuk mewujudkan sebuah portal e-pelancongan sekitar RM5 juta.

Beberapa hari kemudian, Azalina memberitahu Dewan Rakyat bahawa satu siasatan dalaman sedang dijalankan.

Pada 3 November, beliau mendedahkan bahawa audit PriceWaterhouse Coopers (PWC) telah mengesahkan urusan Pempena yang 'meragukan'.

Laporan siasatan PWC, yang didedahkan oleh ahli parlimen Ipoh Timur Lim Kit Siang MP pada bulan November tahun tersebut, menyatakan bahawa sehingga Jun 2008, Pempena telah melabur RM54.5 juta dalam 24 syarikat, tetapi hanya empat yang memberi keuntungan.

PWC juga menyatakan, sehingga November 2008, projek perkhidmatan teksi mewah (Pets) yang menelan belanja RM18.3 juta, mengalami kerugian sehingga RM7.8 juta.

Malaysiakini/-

5 Ramahdhan 1431H.
Oleh : Said Abdul Aziz al-Jandul

Barangkali di antara perkara yang penting di dalam kehidupan suami-istri (berkeluarga), kalau pun bukan yang terpenting, adalah memilih calon istri dengan melihat kepada sisi fisik dan moral (akhlak), sekali pun sisi kecantikan wajah, banyak harta dan nasab yang jelas, kalau saja semua kriteria ini terpenuhi atau sebagiannya saja yang disertai dengan akhlak mulia, tentu merupakan kebaikan di atas kebaikan. Adapun jika kriteria-kriteria itu tidak semuanya terdapat pada sang calon atau hanya terdapat sebagiannya, maka sesungguhnya budi pekerti yang luhur dan akhlak mulia harus dijadikan prioritas utama, karena perempuan yang mempunyai budi pekerti yang luhur dan akhlak yang mulia akan selalu dapat dipercaya untuk menjaga diri, harta suami dan pendidikan anak-anaknya. Maka dari itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bersabda, sebagaimana disebutkan di dalam hadits Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu :-

تُنْكَحُ الْمَرْأَةُ لأَرْبَعٍ: لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِيْنِهَا، فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّيْنِ تَرِبَتْ يَدَاكَ.

“Perempuan itu dinikahi karena empat perkara, yaitu: karena hartanya, nasabnya (keturunannya), kecantikannya dan karena agamanya. Maka pilihlah perempuan yang komitmen kepada agamanya niscaya kamu beruntung.”

Oleh karena suatu hal yang sangat penting diketahui, yaitu mengenal calon istri dari sisi intilijensi, karena sifat-sifat fisikis dan moral itu biasanya berpindah dari kedua ibu bapak kepada anak-anaknya secara keturunan, maka dari itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

تَخَيَّرُوْا لِنُطْفِكُمْ فَإِنَّ الْعَرَقَ دَسَّاسٌ.

“Pilihlah (istri) untuk anak keturunan kamu, karena masalah keturunan itu sangat peka.”

Dan hak lelaki yang akan meminang adalah mencari tahu semua sifat yang terpuji dan lainnya yang ada apada seorang perempuan (calon), begitu pula hak perempuan adalah meneliti segala sesuatu yang berkaitan dengan seluk beluk kehidupan lelaki yang melamarnya.

Satu perkara penting yang diingatkan Islam kepada kita, yaitu menikah dengan perempuan remaja yang tumbuh di dalam keluarga yang secara moral menyimpang (broken home), karena hal itu berpengaruh besar di masa yang akan datang terhadap kehidupan suami istri, bahkan tehadap keluarga secara keseluruhan. Oleh karena itu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,

إِيَّاكُمْ وَخَضْرَاءَ الدِّمَنِ. قَالُوْا: وَمَا خَضْرَاءُ الدِّمَنِ يَا رَسُوْلَ اللهِ؟ قَالَ: الْبِنْتُ الْحَسْنَاءُ فِي الْمَنْبِتِ السُّوْءِ.

“Jauhilah perempuan khadhra’ud diman.” Para shahabat bertanya, “Hai Rasulullah, apa yang dimaksud perempuan khadhra’ud diman?” Beliau menjawab, “Gadis cantik jelita yang dibesarkan di keluarga yang buruk.”

at 8/15/2010 11:21:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

4 Ramadhan 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Isu bersatu atau perpaduan sudah lama dilagukan oleh pemimpin negara. Baru-baru ini ditimbulkan lagi oleh pihak tertentu dengan nada yang sama. Tegasnya, isu ini timbul bermusim. Bila berlalu musim itu berlalulah isu itu, bak kata orang sekarang macam biskut, sekejap ada dan sekejap tiada. Mengapa?

Susahkah orang Melayu hendak disatukan? Adakah isu ini sengaja dibesarkan sedangkan realitinya orang Melayu sudah bersatu. Atau adakah bersatu atau perpaduan yang dimaksudkan itu lain daripada yang difahami oleh orang Melayu?

Sebenarnya orang Melayu tidak susah untuk bersatu, buktinya apabila berlaku kematian orang jauh mahupun dekat akan datang berziarah mengucap takziah kepada keluarga itu walaupun mereka tidak pernah kenal. Selepas itu mereka boleh bergaul mesra dengan tetamu yang datang. Di sini sudah wujud kerjasama tanpa terancang.

Begitu juga apabila berlaku kenduri kahwin, semua sanak saudara, rakan taulan dan mereka yang menerima jemputan boleh datang dengan hati yang tenang. Antara tetamu itu dapat berbual mesra tanpa ada sebarang sangka buruk. Malah ada yang boleh bergurau senda yang mencuit hati.

Selain itu orang Melayu juga boleh bersatu dan bekerjasama ketika bergotong-royong untuk membersihkan kampung, taman, masjid dan surau. Berdasarkan itu apakah halangan untuk orang Melayu bersatu dan berpadu pada waktu-waktu lain?

Jawapan mudahnya ialah faham politik sempit dan amalan berpolitik yang tidak secara profesional dalam kalangan orang Melayu menjadi puncanya. Mereka menganggap golongan dalam parti lawan sebagai musuh lalu tidak boleh bertegur sapa kerana benci.

Kita bukan nak salahkan politik, malah politik itu perlu dalam membina negara yang cemerlang. Kita juga tidak salahkan orang yang menyertai parti politik tertentu, tetapi yang salahnya ialah matlamat orang yang menyertai politik itu tidak benar-benar jelas. Matlamat perjuangan parti tidak difahami oleh mereka. Hal ini kerana mereka tidak diberi ilmu tentang kepentingan politik dalam Islam.

Perlu difahami di sini bahawa bersatu dan berpadu adalah tuntutan agama disebut oleh Allah dan Rasul dalam banyak tempat. Bersatu dalam soal bertuhan, bersatu dalam matlamat hidup dan bersatu dalam perjuangan. Namun bersatu dalam konteks ini perlu diasaskan oleh hati yang tulus dan mulus.

Sungguhpun begitu tuntutan bersatu di atas asas itu tidak menghalang daripada umat Islam berfikir dan berhujah dalam sesuatu perkara. Malah Islam mahu umatnya kreatif dalam memberi pandangan dalam memajukan hidup di dunia ini.

Menyedari halangan di atas, usaha menyatukan umat Islam dan mengukuhkan perpaduan orang Melayu dua perkara berikut perlu diberi perhatian:

1. Parti politik berasaskan orang Melayu perlu diberi penjenamaan baru. Parti yang bukan mencipta musuh tetapi mendekatkan dan menjinakkan musuh. Selain itu, politik bukan untuk kepentingan kelompok tertentu tetapi untuk kepentingan rakyat.

2. Penyatuan ummah ini perlu ditaja oleh pihak berkecuali dan tiada berkepentingan dengan mana-mana parti politik.

Sesuai dengan bulan Ramadan, bulan yang boleh menghimpunkan orang Melayu dan Islam di masjid dan surau, sebaiknya perpaduan ini diterjemahkan kepada semua jemaah. Guru-guru yang memberi tazkirah Ramadan harus menyedarkan umat Islam agar mengelak permusuhan. Begitu juga mimbar-mimbar masjid harus memberi ilmu tentang perpaduan ummah.

Perpaduan tersebut seharusnya atas tujuan membina kekuatan ummah, meningkatkan ekonomi dan memantapkan kedudukan bangsa dan memelihara maruah Islam dan umatnya. Kalau semua orang Melayu sedar akan kepentingan itu, tidak mungkin mereka menolak untuk bersatu. Dan percayalah jika dengan bersatu atas dasar ini tidak mustahil orang Melayu yang berada dalam parti yang berlain juga boleh bersatu.

Mereka boleh bersatu dan berpadu dalam memperakui pandangan lawannya jika hujahnya munasabah dan relevan. Tetapi jika pandangan itu berlainan dan tidak elok, dibantu bagi mencantikkannya. Inilah kesan perpaduan yang dikehendaki Islam.

Dalam keadaan sekarang kita seharusnya berhati-hati dengan orang yang berjuang ke arah bersatu atau perpaduan tetapi mempunyai kepentingan politik tertentu. Sebagai contoh, mereka inginkan orang Melayu bersatu supaya menyokongnya dalam pilihan raya akan datang. Maka dengan cara ini kedudukan parti yang satu lagi akan lenyap.

Sudah sampai masanya kesatuan orang Melayu berani menaiktarafkan Islam di negara ini. Orang Melayu perlu bergerak atas semangat Islam, jiwa Islam dan akhlak Islam supaya dengan itu orang bukan Islam akan hormat dan tidak menghina Islam dan umatnya.

Pada masa yang sama orang Melayu seharus tidak menjadi batu penghalang kepada orang lain untuk mengenali Islam dengan sikap kita. Jangan sampai orang lain takut kepada Islam kerana sikap kita yang suka bermusuhan. Jangan juga sampai orang lain membenci Islam kerana sikap buruk yang kita miliki kini. Malah lebih malang lagi kalau ada orang lain yang hendak mengenali Islam, kita gambarkan yang negatif tentang Islam.

at 8/15/2010 11:21:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

5 Ramadhan 1431H.

Oleh: WFAUZDIN NS

SAYA tertarik dengan tulisan MSO di sini, yang mendedahkan SMS raja sesumpah Ezam kepadanya berkaitan dakwaan Ezam terhadap DS Wan Azizah. Di antara lain di dalam SMS raja sesumpah Ezam kepada MSO beliau menyebut bahawa beliau melakukan semuanya terhadap DS Anwar dan DS Wan Azizah adalah kerana agama bukannya kerana politik. Anda jangan tertawa.

Anggaplah kita percaya kepada mamat sesumpah ini bahawa;

- Ezam masuk Umno kerana agama bukan politik.
- Ezam menentang PAS dan pemimpin PAS juga kerana agama bukan politik.
- Ezam sokong Najib dan Rosmah adalah kerana agama bukan politik.
- Ezam berceramah di atas pentas politik Umno juga kerana agama bukan politik.
- Ezam menerima lantikan Senator tanpa bertanding apa-apa pun kerana agama bukan politik.
- Ezam bersubahat dengan Umno yang bersekutu dengan APCO, Umno yang menghalalkan
Akta ISA juga kerana agama bukan politik.
- Bersekutu dengan Khir Toyo dan Noh Omar untuk meruntuhkan Kerajaan PR Selangor juga
demi agama.
- Mempercayai Saiful Bukhari juga kerana agama.
- Melibatkan bondanya di dalam tuduhan ke atas DS Wan Azizah juga kerana agama.
- Menuduh YB Azmin dayus juga kerana agama.
- Dan....dan....bersumpah dan langgar sumpah juga kerana agama.

Itulah dia wajah Ezam, Mujtahid Umno. /wfauzdin.blogspot.com

    Followers