Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

27 Ramadhan 1431 H
Oleh: Nuruddin Muhammad

Pemuda Islam Gopeng menyahut bantahan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Pusat terhadap Stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan yang bertanggungjawab menyiarkan siaran iklan Aidil Fitri yang sungguh mengelirukan .

Iklan yang berunsur pluralism (penyatuan semua agama) kelihatan menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur - unsur agama Krismas , Hindu dan Buddha .

PAS adalah parti yang cukup tegar memperjuangkan perpaduan keharmonian kaum malah berangkatan dengan kaum bukan Islam menolak kezaliman dan kemungkaran. Namun ada bezanya denga perpaduan kosmetik yang ditaja oleh BN dan TV3.

BN mempromosikan kehidupan perkauman dalam parti berasingan dan hanya bersatu atas label 1Malaysia. Hakikatnya tiada keterlibatan harmoni perjuangan antara kaum yang di bawa.

Dalam hal akidah, Islam tetap adalah akidah Islam malah kaum bukan islam tidak pernah dipaksa menganut Islam dalam mana-mana persepakatan masyarakat (tahalluf siasiy) pada zaman rasulullah.

TV3 yang terlalu ingin mendokong kalimah 1Malaysia sanggup menerbitkan iklan liberal agama sebegini.

Dewan Pemuda PAS Pusat turut mendesak agar TV3 memohon maaf kepada ummat Islam di atas penyiaran iklan yang bercanggah dengan syara' dan memberi gambaran yang salah tentang Aidil Fitri sebagai satu hari yang mulia dalam diari ibadah ummat Islam .

Desakan perlu dilakukan agar Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia [ JAKIM ] memantau iklan , filem dan drama yang bertentangan dengan nilai dan syariat Islam. FINAS masih jauh daripada menjadi badan yang mampu mengawal kefahaman akidah melainkan hanya memotong adegan lucah semata-mata.

Keselarasan erat perlu diantara FINAS dan JAKIM jika benar media Malaysia ingin dihormati diperingkat dunia.

TV3 juga perlu mengubah sikap semberono menerbitkan apa-apa bahan media. Walaupun terkenal dengan siri ala islamik seperti Jejak rasul, Al Kuliyyah dan Kalamullah, TV3juga terkenal dengan siaran berunsur politik seolah-oleh menjadi lidah rasmi pemerintah.

Perlu juga ustaz-ustaz TV3 yang menjayakan rancangan-rancangan Islamik tersebut menegur tindakan media ini.

at 9/07/2010 01:16:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

27 Ramadhan 1431 H
http://www.facebook.com/notes/tohirah-sufi-mskhzyla

KESAL dan sedih dengan iklan terbaru TV3 (Iklan Raya) yang mengelirukan. Keliru dengan 'mesej' beca terbang yang menjadi 'trademark' santa-claus atau "krismas", malah paling memeranjatkan 'hiding mesej @ objek' bunga lotus - yang berkait rapat dengan simbul utama tuhan buddha "Brahma God".. yang dipaparkan sehingga ke akhir iklan.

Ia akan mengelirukan penonton khususnya di kalangan kanak2, siapa yg perlu bertindak? Ia boleh mencetuskan perbalahan agama.

INIKAH MAKSUDNYA????

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu

2.Buku - Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur

5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran

Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism

Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira).

Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih.

Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian Scene

4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Scene 8 - Seorang budak perempuan memeluk seorang budak perempuan lain dari belakang. Kepala seorang budak lelaki hanya tersengih di tepi pasangan tersebut.

1.Pasangan Budak Perempuan Berpelukan - Lesbianism/Feminism2.Kepala Budak Lelaki Tersengih - Lelaki yang tak dipedulikan dan diperbodohkan.

Scene 9 - Beca terbang merentasi sebuah pulau.

1.Pulau - Singapore lah.

Scene 10 - Beca terbang merentasi awan dan menuju ke sebuah kawasan pergunungan. Kelihatan sebuah masjid di sebelah kiri, budak-budak Melayu tak mempedulikan kewujudan masjid malah lebih tertarik dengan pemandangan di bawah beca terbang.

1.Kawasan Pergunungan (Bukit-bukau) - tempat tinggal Jin2.Masjid Kecil - Agama Islam yang lemah

Scene 11 - Budak-budak Melayu sudah mendarat dan terus berlari sambil menunjuk-nunjuk ke arah Masjid yang terletak jauh disebalik jurang yang dalam sambil ketawa berdekah-dekah. Terdapat dua tangan misteri yang juga sedang menunjuk-nunjuk ke aras masjid. Sebuah bangunan misteri berada di antara masjid dan budak-budak Melayu.

1.Bangunan Misteri - Sebagai cover up (Yang sebenarnya ditunjuk-tunjuk adalah Masjid)

2.Perbuatan Menunjuk Menggunakan Jari Telunjuk - Perlakuan Biadab.

27 Ramadhan 1431 H
Oleh: Abu Syamil

Berikut adalah bukti yang menunjukkan Umno sangat terdesak sehingga sanggup
berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mendakwa 756 ahli PAS menyertai Umno :

1) Setelah disoal selidik ahli PAS cawangan yang berhampiran Bagan Baru,
didapati tiada ahli PAS yang menyertai Umno kecuali Mat Arop Saman dan isteri
sahaja. Ini menunjukkan dakwaan Dr Zambry Abdul Kadir sebahagian besar 756 yang
menyertai Umno itu ahli PAS adalah tidak benar sama sekali.

2) Cawangan PAS Bagan Baru belum didaftarkan di bawah ROS dan belum mempunyai
jawatankuasa penaja peringkat cawangan, fakta ini menolak dakwaan Mat Arop
Saman memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua PAS Cawangan Bagan Baru selama 22
tahun.

3) Mat Arop Saman telah diterima menjadi ahli PAS pada 22 jun 2009 setelah
membuat permohonan pada tahun 2008 ketika PR memerintah negeri Perak. Fakta ini
menolak dakwaan Mat Arop Saman telah menjadi ahli PAS selama 32 tahun.

Dengan ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut mencabar Umno Bahagian Larut supaya
mendedahkan senarai nama ahli PAS yang menyertai Umno jika benar seperti yang
didakwa. Jika tidak, Pemimpin Umno terus akan dikenang oleh generasi pemimpin akan datang
sebagai tokoh pembohongan.

at 9/06/2010 03:44:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

27 Ramadhan 1431 H
www.pas-miri.blogspot.com

AlhamduliLLAH pada Jumaat,Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak,Tuan Haji Adam bersama rombongan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak dalam misi ziarah pimpinan ke setiap PAS Kawasan telah singgah di bandaraya Miri.

Rombongan yang tiba sebelum berbuka puasa telah disambut pimpinan PAS Kawasan Miri. Seusai solat tarawih, rombongan telah mengadakan mesyuarat bersama pimpinan PAS Kawasan Miri.

Perbincangan yang berlaku dalam suasana ukhuwah tamat kira kira jam 1230 tengah malam telah menyuntik semangat PAS Kawasan Miri dalam meneruskan gerakerja memartabatkan dakwah dan siasah di bumi Miri ini.

YDP PAS Kawasan Miri telah sudi menyampaikan kad raya PAS Kawasan Miri dan sedikit sumbangan infaq markas PAS Negeri sebanyak RM 5 Ribu kepada Pesuruhjaya. Rombongan bergerak ke Mukah selesai Solat Subuh keesokannya dan misi dakwah diteruskan bagi membawa obor ISLAM di bumi Sarawak ini.

Pada Sabtu tengahari pula,PAS Kawasan Miri diketuai YDP dan SU Kawasan,Saudara Arif telah sudi menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Pujut Padang Kerbau. Dalam ziarah tersebut, pihak PAS dimaklumkan seramai 7 sekeluarga hilang tempat tinggal dengan kerugian diaksirkan sebanyak RM 30 ribu.

seorang ibu ,Noor Asyikin,27 tahun yang melecur tangan dan bahagian muka dan badan dalam nada sebak menyatakan kesedihan akan insiden yang berlaku menjelang Hari Raya
Puasa ini,namun tetap bersyukur tiada perkara yang lebih buruk berlaku setelah beliau menyelamatkan anak -anak beliau semasa kejadian.

Untuk rekod sudah 3 kebakaran besar berlaku sekitar perumahan di Miri yang mengundang rasa kecewa PAS Miri akan tindakan pihak berkuasa dalam menyegerakan sistem pendawaian yang lebih baik kepada rumah yang sudah lama didiami di sekitar Kampung di sini.

Sedangkan kalau pilihanraya kecil;pasti mengalir projek mee segera ;tapi kalau untuk
kebajikan rakyat diluar waktu pilihanraya amatlah mendukacitakan.

at 9/06/2010 03:43:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

27 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 6 Sept: PAS yakin kedegilan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menarik balik tuduhannya adalah kerana sikap dendam mendalam sejak sekian lama terhadap parti itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, pemimpin Umno sebenarnya sakit hati kepada PAS kerana semua isu yang dibangkitkan mereka terkubur dan tidak mendapat sambutan rakyat.

"Malahan pemimpin PAS menjawab dengan matang dan tenang, berdasarkan nas syarak, ini yang menyebabkan Zainudin Maidin sakit hati," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas pendirian Zainuddin yang tetap mempertahankan tudahan bahawa PAS pernah berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman dan menyuruh Tunku merampas harta orang Cina sewaktu peristiwa 13 Mei 1969.

Menurutnya, adalah satu perkara yang mustahil perkara yang sebesar itu, tidak diambil serius oleh Tunku.

Sehubungan itu, beliau mencabar Zainuddin mendedahkan siapakah nama pemimpin PAS yang didakwa berjumpa dengan Tunku tersebut.

"PAS adalah parti yang mempunyai dasar dan organisasi yang teratur.

"Sebarang keputusan dasar yang dibuat oleh mana-mana individu, daripada Mursyidul Am hinggalah ahli biasa tidak dianggap mewakili pandangan parti melainkan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Pas Pusat, Syura dan Muktamar.

Contohnya ketika Pas hendak menyertai Kerajaan Campuran dengan Perikatan, kemudian Barisan Nasional," jelasnya.

Hujah Zainuddin itu jelasnya bukan sahaja dangkal, malah menjelaskan lagi bahawa beliau iadalah seorang yang istiqamah menentang perjuangan yang di bawa oleh PAS daripada muda sampai tua.

Beliau juga yakin, tujuan utama Zainuddin adalah untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina di negara ini terhadap PAS seperti beberapa serangan api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno.

"Kalaulah PAS hendak rampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan Tunku Abdul Rahman.

"PAS boleh buat sendiri terhadap Cina di Kelantan yang minoriti. Hakikat yang berlaku ialah tidak ada seorang pun Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan," katanya.

Ekoran kenyataan itu juga, beberapa laporan polis sudah dibuat oleh PAS meminta Zainuddin disiasat

Harakahdaily/-

at 9/06/2010 03:42:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

27 Ramadhan 1431 H
Oleh: Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 6 Sept: "Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam"kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membidas dakyah terbaru Umno kononya beliau menyembelih lembu korban.

Menurutnya, perbuatan itu sengaja dibuat dengan menukar gambarnya dengan wajah Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin dengan tujuan mencetuskan kemarahan Umat Islam terhadapnya.

Beliau yakin, rakyat tidak tunduk dengan fitnah yang tidak berasas tersebut yang mempunyai maksud untuk merosakkan perpaduan kaum yang sedia ada.

Menurutnya lagi, punca utama kemarahan kepimpinan Umno dan BN terhadap kepimpinanya ialah ketika beliau mengharamkan judi bola Piala Dunia baru-baru ini. Disebabkan pengharaman tersebut kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang besar.

(Gambar: Guan Eng menyerahkan wang pengurusan jenazah RM 1000 kepada waris si mati)

"Bila Kerajaan Pakatan rakyat mengeluarkan kenyataan haramkan judi bola, ramai yang marah malah ada yang anggap ianya tindakan jahat kerana menghalang sumber pendapatan negara, " jelasnya.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berbuat demikian baru diikuti oleh beberapa negeri lain sehingga membuatkan Kerajaan Pusat terpaksa mengubah keputusan mengharamkan kononya mendapat bantahan banyak pihak.

Sementara itu, masyarakat berbilang bangsa di Pulau Pinang terus memuji langkah Kerajaan Negeri memberikan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia serta baki pemberian RM100 kepada 80 orang warga emas di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua.

Pemberian itu merupakan ehsan yang dianggap cukup mengembirakan waris yang menerima kerana sebelum ini tiada kerajaan sehebat Pakatan Rakyat yang sanggup memberikan saguhati tanda simpati kepada waris yang menerima kematian keluarga tercinta.

Program sumbangan pengurusan jenazah yang diadakan di Dewan Orang Pajak Song baru-baru ini adalah program kedua setelah berjaya dadakan di Seberang Perai Selatan penghujng bulan lepas.

Seorang penerima, Osman Saad berkata, pemberian RM1,000 itu membuktikan apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyatt di Pulau Pinang bukan janji kosong sepertimana yang didakwa oleh pembangkang.

Ooi Ah Nga pula berkata, pemberian itu terbukti slogan 'Kerajaan Berjiwa Rakyat' betul-betul menjadi kenyataan tidak mempermainkan rakyat dengan berbagai slogan.

Manakala bagi Encik Gunaseelan dari Butterworth, pemberian itu merupakan simbol Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan BN yang hanya tahu menabur janji tetapi sukar untuk merealisasikanya.

"Walaupun pemberian itu tidak seberapa namun bagi rakyat yang baru menerima kematian keluarga ia merupakan hadiah berharga yang tiada ternilai terutamanya keluarga miskin, " ujarnya yang menerima sumbangan pengurusan jenazah ayahnya mendiang Kuppusamy yang meninggal pada bulan Mac lepas.

Harakahdaily/-

at 9/06/2010 03:41:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

27 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 6 Sept: PAS akan menghantar surat kepada bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin (Zam) bagi meminta bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnahnya terhadap parti Islam itu.

Pengerusi Lajnah Guaman PAS, peguam Mohamed Hanipa Maiden (gambar) berkata, jika Zam tidak berbuat demikian, beliau akan memfailkan saman terhadap Zam selepas hari raya ini.

"Saman ini akan difailkan atas nama Setiausaha Agung PAS," kata Hanipa kepada Harakahdaily. Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara ini.

Selain Zam, beberapa akhbar yang menyiarkan kenyataan Zam ini akan dinamakan sebagai defendan dalam kes ini, kata Hanipa.

Zainuddin sebelum ini mendakwa kononnya PAS meminta Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj merampas harta orang cina ketika tragedi 13 Mei 1969 serta dakwaan kononya PAS menyebelahi Indonesia ketika konfrontasi antara Malaysia dengan negara tersebut.

Ia telah disiarkan dalam Utusan Online dan beberapa akhbar lain termasuk akhbar Cina.

Ekoran itu beberapa laporan polis telah dibuat oleh PAS di seluruh negara bagi membantah kenyataan itu.

Semalam, Zam dengan angkuhnya mempertahankan kenyataan beliau itu.

Menurut Hanipa, kenyataan Zam itu adalah fitnah yang sangat jahat dan tidak bertanggungjawab terhadap PAS tambahan pula ia dibuat di bulan Ramadhan.

Beliau juga mendapati kenyataan itu memutar belitkan fakta sejarah.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menyelar kenyataan Zam itu.

Hujah Zam itu, jelasnya, bukan sahaja dangkal malah menjelaskan lagi bahawa beliau iadalah seorang yang istiqamah menentang perjuangan yang di bawa oleh PAS daripada muda sampai tua.

Beliau juga yakin, tujuan utama Zainuddin adalah untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina di negara ini terhadap PAS seperti beberapa serangan api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno.

"Kalaulah PAS hendak rampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan Tunku Abdul Rahman.

"PAS boleh buat sendiri terhadap Cina di Kelantan yang minoriti. Hakikat yang berlaku ialah tidak ada seorang pun Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan," katanya.

Harakahdaily/-

    Followers