| Harakahdaily |
|
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menyatakan demikian sebagai mengulas ucapan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang menuduh PAS memperdagangkan agama kerana telah melanggar fatwa dengan mencalonkan wanita menjadi calon di pilihan raya kecil Tenang. “Nampaknya fikiran menteri yang jaga urusan agama sama seperti Tun Dr Mahathir yang membangkitkan isu yang sama. “PAS tidak hairanlah dengan Tun yang sudah berada di hujung senja, jika dibandingkan dengan Datuk Jamil Khir yang masih muda dan arif berkenaan agama,” ujarnya kepada Harakahdaily. Katanya, mungkin Jamil buat-buat lupa, kerana PAS pernah melantik Khatijah Sidik di Parlimen Dungun pada tahun 1959. “Sila buka balik sejarah, baru boleh beri komen dan keluar hukum,” ujarnya. Katanya, kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dan diikuti pula oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe yang memainkan isu Cikgu Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan lelaki adalah lambang orang agama dalam Umno gagal menerapkan Islam dalam BN. PAS, ujarnya boleh memaafkan dua pemimpin daripada parti komponen BN yang tidak memahami situasi itu. “Persoalannya apa yang tokoh-tokoh agama buat sepanjang 53 tahun berkawan dengan MCA dan Gerakan untuk menerangkan masalah hukum asas. Mungkin mulut orang agama dalam Umno sudah penuh dengan sagon,” katanya. Justeru, tegasnya PAS merasa bangga isu bersalam itu dijawab oleh rakan-rakan DAP dan PKR yang bukan Islam. |
19 Safar 1432H.Persidangan khas DUN Selangor esok bukan sahaja menarik perhatian ramai untuk melihat sama ada pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri itu diluluskan, tetapi juga kedudukan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.
Bagi pengamal undang-undang Datuk Mohd Hafarizam Harun katanya walaupun Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim mempunyai kuasa mengosongkan kerusi itu, ia hanya boleh disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
"Sama ada kerusi itu kosong atau tidak, ia akan hanya ditentukan oleh SPR. Jadi tindakan menghalang Badrul Hisham menghadiri sidang DUN adalah tidak wajar.
Ini dilihat seperti mahu mengurangkan jumlah yang hadir pada sidang itu (esok) yang akan melakukan pindaan pada perlembagan negeri. Notis itu (melarang hadir) jelas Speaker ada agenda tersembunyi," katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
Mohd Hafarizam berkata demikian bagi mengulas kenyataan Teng pada Jumaat lepas bahawa Badrul Hisham tidak lagi layak menghadiri persidangan DUN esok kerana beliau bukan lagi seorang ADUN.
Rabu lepas, Teng mengisytiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang sebagai kosong berkuatkuasa 16 Jan lalu berikutan kegagalan penyandangnya Badrul Hisham, ADUN Bebas menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa alasan munasabah.
Teng menghantar notis pemberitahuan tentang kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang kepada SPR pada Jumaat lepas.
Mohd Hafarizam berkata isu kekosongan kerusi DUN Pelabuhan Klang itu sepatutnya dibahaskan dalam dewan, dengan Badrul Hisham dibenarkan hadir untuk memberi penjelasan.
“Apa yang diputuskan Speaker itu sebenarnya tidak muktamad. Memang Speaker mempunyai kuasa penuh dalam dewan, tetapi mengenai pilihan raya atau kekosongan kerusi, ia menjadi kuasa SPR,” katanya.
19 Safar 1432H.KUANTAN, 24 Jan: “Kalau tak sanggup hadir sidang Dun, jangan bertanding.” Itulah intipati mesej yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) kepada para wakil rakyat yang gagal menghadirkan diri ke sidang Dun sehingga terpaksa mengakibatkan pilihanraya kecil berlaku.
Sambil menyelar wakil rakyat sedemikian sebagai tidak bertanggungjawab dan tidak bermoral, Tuan Ibrahim berkata tindak-tanduk mereka turut menyebabkan duit rakyat dihabiskan dalam kegiatan rasuah yang berleluasa apabila pilihanraya kecil diadakan.
“Lain kali kalau tak sanggup menjalankan tugas asasi, jangan bertanding. Menyusahkan rakyat,” kata Tuan Ibrahim sebagai respon kepada karenah Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah yang akan mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mencabar keputusan Speaker Dun Selangor, Datuk Teng Chang Kim.
Terdahulunya, Teng mengisytiharkan bahawa kerusi Dun Pelabuhan Klang kosong apabila Badrul didapati gagal menghadiri sebarang sidang Dun untuk tempoh enam bulan bermula daripada 5 Julai 2010 tanpa alasan munasabah.
Namun begitu, Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar tidak bersetuju dengan Teng bahawa kuasa untuk mengisytiharkan sesebuah kerusi tersebut kosong berada di tangan Speaker dengan alasan bahawa Perlembagaan Persekutuan memberi mandat kepada badan pengendali pilihan raya itu untuk menentukan kekosongan sesebuah kerusi.
Sementara itu, Tuan Ibrahim turut menyelar tindak-tanduk wakil-wakil rakyat yang tetiba muncul kembali untuk mempertahankan kerusi Dunnya selepas diisytihar kosong.
“Mereka tidak sepatutnya bising setelah dapat notis kekosongan kerusi, baru sibuk nak ke mahkamah, nak saman, nak batal pengisytiharan. Ini kerja tak bermaruah bagi seorang pemimpin,” bidas Tuan Ibrahim.
Menurut Tuan Ibrahim, perkara yang sama turut berlaku di Dun Kota Seputih, Kedah di mana nasib Ketua Bahagian Jerlun Umno, Abu Hassan Sarip sebagai Adun masih tidak diketahui kerana mahkamah rayuan masih berdolak-dalih untuk meneruskan kes tersebut.
Tuan Ibrahim berkata kedua-dua kes merugikan para pengundi yang mengangkat kedua-dua pemimpin itu menjadi Adun, yang terbukti gagal menghadiri sidang DUN yang hanya diadakan “tiga ke empat kali setahun”.
Ahad, 2011 Januari 23
Ustaz Abdul Qodir Audah – ( Kitab: Al-Islam Wa Audho’una Al-Qanuniyyah ) : “ sesiapa yang menolak hukum Allah atau menegakkan hukum yang lain, maka ia dikira kafir dan tidak ada walaupun sebesar zarah akan keIslaman di dalam hati mereka walaupun mereka dinamakan dengan nama-nama Islam dan mendakwa bahawa mereka adalah Muslim.”
Ibnu Kathir – ( Kitab: Tafsir Ibnu Kathir ) : “ sesiapa yang meninggalkan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w dan berhukum dengan undang-undang yang lain, maka ia telah kufur kepada Allah s.w.t. Bagaimana pula hukum mereka yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia yang terdapat di dalam kitab Ilyasa’? Mereka juga kufur kepada Allah s.w.t secara ijma’.”
As-Syahid Sayyid Quthb – ( Kitab: Tafsir Fi Zhilalil Qur’an ) : “ sesiapa pun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali Allah s.w.t . Sesiapa yang cuba melakukan perkara demikian, maka ia telah mencabar keTuhanan atau Uluhiyyah Allah s..w.t yang paling utama. Mana-mana individu, pertubuhan dan negara yang mencabar Uluhiyyah Allah s.w.t tersebut, maka ia telah terang-terangan kufur kepada Allah s.w.t dan perkara ini termasuk ke dalam al-ma’lum minad din bid dhorurah.
Dr.Muhammad Abdul Qodir Abu Faris – ( Kitab: An-Nizhom As-Siyasi fil Islami ) : “ wajib ke atas setiap Muslim menggunakan undang-undang Allah s.w.t dan haram sama sekali berhukum dengan undang-undang ciptaan manusia. Sesiapa yang menolak hukum Allah adalah kafir, manakala sesiapa yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia dengan keinginan dan redho, maka ia juga dikira kafir bahkan mereka hendaklah dikenakan hukuman bunuh sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Umar.”
Dr.Yusuf Al-Qardhawi : “ diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa kerag
uan adalah pemerintah-pemerintah sekular dan pendukung-pendukung parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat Allah s.w.t dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum Allah s.w.t, mereka enggan dan engkar. Lebih dahsyat dari itu, mereka bertindak melakukan keganasan ke atas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam.”
[ Cukuplah dan insafilah akan kekerdilan serta ketidak mampuan kita dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan yang jalannya telah ditunjukkan oleh Allah s.w.t dalam keadaan Allah mengetahui bahawa ada hal-hal yang manusia tidak mampu untuk menyelesaikannya melainkan dengan penyelesaian dari Allah. Lebih 50 tahun kita dikurniakan oleh Allah s.w.t kemerdekaan, namun tidak ada satu jenayah pun di dalam negara ini yang berkurangan, bahkan bertambah-tambah dan menakutkan dari hal pembunuhan, perompakan, pencurian, pemerkosaan, penzinaan, pemurtadan dan sebagainya yang mewarnai wajah negara ]
Rujukan:
Gerakan Freemasonry – Musuh Dalam Menghancurkan Islam: Hj Nik Azran Muhamed
IPOH , Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan bahawa setiap orang hendaklah beringat bahawa segala amalan yang dilakukan di dunia akan dinilai Allah di akhirat.
Beliau mengulas maksud ayat al quran “Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat balasannya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya”
Beliau menjelaskan semakin lama kita menyertai gerakan islam PAS, semakin kita meyakini bahawa perjuangan PAS adalah untuk memberikan keadilan islam kepada semua dan perkara ini bukan khayalan . .
Beliau menjelaskan tempoh hari bekas presiden UMNO dan merangkap pengerusi FELDA, Isa Samad telah mengutuk Tuan Guru Nik Aziz sebagai gila. Katanya , “Musyidul am PAS lagi gila. Dia kata DAP sudah memahami Islam”.
Pesuruhjaya PAS Perak itu menyatakan kita sebagai orang Islam perlu menilai sejauhmana kefahaman Isa Samad terhadap Islam
Memetik kata-kata beliau “. Boleh ke kata-kata Isa Samad ini dipercaya? Rekod politiknya gelap kerana pernah terlibat dengan politik wang dalam perhimpunan agung UMNO 2004 sehingga dipecat daripada jawatan naib presiden UMNO”
“ Baru-baru ini Isa Samad menghina Mursidul Am PAS dalam program jamuan 1 Malaysia dimana peserta dijamu dengan bir percuma bersama prgoram tari-tarian. Semua ini menunjukkan kata-kata Isa Samad tidak boleh dipercayai sama sekali malah perlu ditolak dan ditegur. “ Tegas beliau.
Ini merupakan petunjuk daripada Allah kepada rakyat Malaysia bahawa UMNO perlu ditolak dan bukti PAS berada pada jalan yang benar. Inilah jalan yang dilalui Rasulullah SAW, dimana baginda juga pernah dilabel sebagai orang gila oleh orang kafir Quraisy. Tetapi Allah menyayangi baginda dan membela baginda dengan menurunkan ayat Quran: “Siapakah orangnya yang gila di antara kamu semua. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk. Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (ugama Allah)” .
Beliau menyimpulkan bahawa, cukuplah peristiwa ini dan lain-lain sebagai bukti kepada rakyat Malaysia bahawa perjuangan PAS perlu didokong manakala UMNO pula perlu ditolak
Mata pemimpin BN nampaknya terus tertumpu seputar isu sama ada calon PAS Normala Sudirman bersalam atau tidak dengan lelaki, khususnya bangsa Cina.
Pagi ini, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Tan Lian Hoe hari ini terus menyelar pendirian muslimat PAS itu."Ini perkara paling asas... Bukan hanya lelaki, tetapi bila dia (Normala) bersalam dengan wanita, dia juga pakai sarung tangan. Ini tidak mesra. Adakah dia fikir tangan kita kotor,"kata pemimpin GERAKAN itu.
"Saya harap pengundi Cina berhati-hati. Kita amat bimbang berhubung isu negara Islam. Mereka mahu mengamalkan negara Islam yang ekstrim."
Isu itu mulai timbul apabila Presiden MCA Chua Soi Lek sebelum ini dilaporkan berkata, tindakan Normala enggan bersalam dengan lelaki tidak diterima oleh masyarakat Cina.
Dalam perkembangan berkaitan, Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia (PPMM) pula menyatakan kegusarannya terhadap permainan politik yang didakwa tidak mengira sensitiviti agama dan adab tatasusila masyarakat.
"Isu tidak bersalam antara lelaki dan wanita bukan mahram tidak patut dijadikan bahan politik oleh mana-mana pihak," katanya sambil menambah perkara itu adalah tuntutan agama."Saya sendiri tidak akan menghulurkan tangan bersalam dengan wanita bukan mahram. Malah saya juga akan menggunakan lapik untuk bersalam dengan isteri saya ketika berwuduk."
Dalam kenyataannya hari ini, Zainul Rijal (kiri) menasihat semua pihak agar menghormati pegangan agama seseorang kerana ia bukanlah "kecacatan" malah menggambarkan prinsip utuh yang dipegangnya.
Katanya, dalam Islam sendiri perkara itu sudah maklum dan "hanya orang yang mengambil Islam secara terpilih sahaja yang tidak mengamalkannya."
Zainul Rijal juga menggesa Chua memohon memohon maaf kerana "memperlekehkan ajaran Islam" ini dengan "cuba menggambarkan pengamal ajaran Islam adalah anti sosial dan tidak boleh berkhidmat kepada masyarakat".- Malaysiakini.com
Siapa beri amaran kepada siapa? Tan Sri Muhyiddin memberi amaran terhadap mereka yang mempermainkan agama Islam. Najib juga mengarahkan supaya disiasat dan diambil tindakan. Siapa nak siasat siapa. Adakah Muhyiddin nak menghina Najib? Apakah tindakan yang akan diambil. Bagaimana pula dengan Tun Dr Mahathir. Yang ini lebih berat.Tegas Timbalan Perdana Menteri, kerajaan tidak pernah bertolak ansur terhadap perbuatan tidak bertanggungjawab itu yang boleh membangkitkan kemarahan rakyat, mengeruhkan hubungan antara kaum dan sekali gus menjejaskan keselamatan negara.
Sehubungan itu katanya, kerajaan telah mengarahkan polis serta agensi penguat kuasa lain supaya bertindak segera dan tegas terhadap mereka yang terbukti melakukan perbuatan itu mengikut peruntukan undang-undang negara. "Dalam apa jua keadaan sekalipun kita tidak boleh membiarkan sesiapa sahaja baik orang Islam atau bukan Islam mempermainkan-mainkan soal agama kerana ia boleh memberi padah kepada negara.
Siasat pihak hina IslamKUALA LUMPUR 10 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan pihak berkuasa menyiasat segera kenyataan berbentuk penghinaan terhadap agama Islam seperti yang disiarkan di sebuah laman blog baru-baru ini.
Perdana Menteri berkata, jika didapati ada asas, pihak terlibat boleh didakwa kerana melakukan kesalahan hasutan memandangkan kenyataan sedemikian nyata membangkitkan ketegangan di antara kaum.
“Apa-apa pun kita ada undang-undang dan salah satu undang-undang itu adalah (Akta) Hasutan, dan hasutan ini bukan saja menghala kepada Islam tapi untuk semua agama dan kaum dalam negara kita. “Kalau kita menghina sesiapa dan penghinaan itu boleh menyebabkan ketegangan maka tindakan boleh diambil di sisi undang-undang hasutan. “Ini saya minta pihak berkuasa menyiasat dan sekiranya didapati ada kesalahan yang boleh disabitkan di bawah undang-undang ini maka tindakan perlu diambil terhadap sesiapapun yang menyebabkan perkara yang boleh dikaitkan sebagai perbuatan hasutan,” katanya.
- (Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim): Hukum rejam kepada penzina adalah primitive
- Menghina dan memperleceh sunnah Nabi s.a.w."Siapa pernah tengok janggut Nabi. Masa zaman dia tak ada Gillette, itu sebab dia tak cukur janggut." Diucapkan ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi ketika membincangkan isu perlucutan jawatan Mufti Selangor dan bahaya fahaman Syiah.
- Menghina amalan memakai purdah/bertudung. Kata mereka zaman nabi orang Arab punya nafsu kuat, suka culik dan rogol wanita, sebab itu mereka pakai tudung. Orang tua tak perlu lagi pakai, kerana orang tengok pun dah tak ada nafsu.
- Mempersoalkan pejuang Islam yang mati syahid dalam ucapannya di Kuala Ketil suatu ketika dulu; "Sayyidina Hamzah yang gugur di Uhud tidak dimandikan kerana tidak ada air, kerana terkorban di tengah-tengah padang pasir".
2. Penghinaan Najib terhadap Islam
- (Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan): "Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan"
- Kenyataan berani beliau ketika cakap dalam satu ceramah di Sg Siput (Detik 15 Okt)., "Apa Quran boleh bikin lebuhraya ka?"
4. Islam Punca Rasuah dan Mundur...Presiden MCA
"Kita perhatikan Umno telah menjadi lebih konservatif untuk bersaing dengan PAS bagi mendapatkan sokongan Melayu. Kita timbulkan isu ini bagi memembolehkan masyarakat Cina berfikir mengenainya,” katanya pada Konvensyen Tahunan ke-33 MCA Kedah di Alor Star, hari ini.
"Jangan optimistik bahawa jika PAS memerintah, negara ini akan bebas daripada rasuah dan segala masalah lain akan lenyap. Perlu diingat ada antara negara yang mengamalkan rasuah terdiri daripada negara yang mempunyai majoriti masyarakat Islam,” katanya.
5. Zainuddin Maidin (Zam) samakan Islam dengan najis candu
Zainuddin Maidin atau Zam telah menghina Islam apabila beliau menyamakan Islam dengan najis candu. Innaa lillaahi wa-innaa ilaihi raaji’uun. Zam telah dengan biadapnya berkata kalau mulanya agama telah menjadi candu khususnya kepada orang-orang di Kelantan dan Terengganu, kini filem Bollywood turut juga menjadi candu kepada mereka. Kenyataan Zam yang menghina Islam ini dibuat ketika beliau mengulas fatwa Majlis Mufti-Mufti berhubung dengan pengaruh buruk filem Bollywood.
Kenyataan Zam yang menghina Islam ini dilaporkan oleh Straits Times, Singapura keluaran 23 Februari, 2001 dalam artikel oleh Wan Hamidi Hamid bertajuk “Two fears behind Bollywwood film row”. Zam telah dilaporkan memberitahu Straits Times, Singapura: ‘In Kelantan and Terengganu especially, men are glued to the TV set at the coffeshops for at least three hours, that’s the normal length of a feature Hindi movie. First, religion has become an opium to the people in the east coast of the peninsula, now Bollywood movies are also becoming opium for them.’
Diharapkan Mahyuddin dapat ambil tindakan kepada pemimpin UMNO dan Barisan Nasional dahulu yang menghina Islam. Jangan berkokok berderai-derai tetapi ekor bergelumang dengan tahik. Tetapi berani ke diambil tindakan terhadap pemimpin sekutu mereka. Yang pasti kalau selain UMNO nescaya cepatlah Kementrian Dalam Negeri dan Jabatan Agama mengambil tindakan tetapi jika pemimpin UMNO mereka hanya sekadar memekakkan badak sahaja.
Rakyat Malaysia yang berugama Islam sepatutnya prihatin dan peka dengan arahan Allah SWT supaya jangan memilih mereka daripada menjadi pemimpin.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا الَّذِينَ اتَّخَذُوا دِينَكُمْ هُزُوًا وَلَعِبًا مِنَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِنْ قَبْلِكُمْ وَالْكُفَّارَ أَوْلِيَاءَ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
Habis buat apa lagi pilih pemimpin ini dalam pilihanraya akan datang. Jadikanlah Pas sebagai penganti UMNO-BN dalam PRU-13 akan datang. InsyaAllah Islam akan dimartabatkan dengan lebih baik.
