3:21 PM DRS. KHALIL IDHAM LIM 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR 9 April: Bapa kepada Altantuya Shaariibuu, Setev Shaariibuu berkata beliau datang ke Malaysia sejak semalam untuk menuntut keadilan terhadap kematian anaknya. Ianya antara lain mahu menuntut kerajaan mempercepatkan saman sivil RM100 juta beliau terhadap kerajaan Malaysia yang difailkan tahun 2007 lalu. "Sudah enam tahun saya mencari keadilan untuk anak saya. Ini kali kedua saya datang ke sini (parlimen). "Kerajaan Mongolia telah hantar surat rasmi kepada kerajaan Malaysia tapi tiada apa-apa respons sehingga sekarang," katanya pada sidang media di lobi parlimen hari ini yang diterjemah pembantunya Tsoggerel Och. (Gambar) Pada sidang media sama, Shaariibuu turut menafikan khabar angin kononnya beliau telah dibayar sejumlah wang oleh kerajaan Malaysia selepas apa yang menimpa anaknya itu. "Saya datang ke sini menafikannya, saya tak pernah terima walau satu sen. "Malah saya yang mengeluarkan USD20,000 untuk kos perundangan," katanya lagi. Anaknya, Altantuya dibunuh sekitar jam 10 malam 19 Okt, 2006 hingga 1 pagi hari berikutnya dalam sebuah hutan yang sedang dibersihkan di Lot 16735, Mukim Bukit Raja, Shah Alam. Ianya didakwa ada kaitan dengan urus niaga kapal selam Scorpene dengan Thales International, melibatkan Syarikat Perimekar Sdn Bhd milik Abdul Razak Baginda dan Menteri Pertahanan pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak. Mahkamah bagaimanapun membebaskan Razak, namun dua yang lain yang dituduh bersamanya iaitu Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar didapati bersalah. Bulan lepas, mahkamah Perancis memutuskan untuk memulakan inkuiri terbuka untuk menyiasat pegawai Perancis yang disyaki terlibat dalam skandal kapal selam itu, dan juga komisyen RM570 juta yang diterima Perimekar. Sebelum ini beliau memberitahu pernah untuk bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tetapi beliau mendakwa 'Najib lari' dari bertemu dengannya. Ketika ditanya wartawan, apa yang beliau akan beritahu jika berpeluang jumpa Datuk Seri Najib, beliau berkata: "Saya akan bercakap bukan sebagai dia perdana menteri tapi bercakap dari hati seorang bapa ke bapa dan kawan". Harakah Daily
3:18 PM DRS. KHALIL IDHAM LIM 17 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 9 April: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ‘melantik’ dirinya sendiri sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. ‘Pelantikan’ itu dibuat bagi menggantikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai senator, semalam. “DPPM merasakan jawatan Datuk Seri Najib sebagai pemangku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat amat sesuai dengan dirinya memandangkan tidak ada lagi pemimpin Umno dari kalangan wanita yang layak menggantikan tempat Datuk Seri Shahrizat,” kata Ketua Penerangan DPPM, Riduan Mohd Nor (gambar). Menurutnya, mungkin semua pemimpin lain yang ada dalam Umno mahupun Barisan Nasional tidak sehebat dan setanding dengan Najib, ataupun mungkin kesemua pemimpin Umno yang lain tidak boleh dipercayai untuk dijadikan menteri. Katanya, kehebatan Najib sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat membuktikan bahawa sememangnya beliau pemimpin serba boleh sehinggakan portfolio yang berkaitan dengan wanita juga beliau perlu jaga. “Pelantikan ini melengkapkan tiga portfolio kabinet yang dipegang oleh beliau iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan kini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat,” katanya kepada Harakahdaily. Malah, ujarnya DPPM juga mencadangkan supaya Najib membolot semua jawatan Menteri Kabinet yang lain. “Cadangan ini penting supaya membolehkan beliau dikenali dan menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia. “Menteri-menteri kabinet yang lain boleh dikesampingkan, kerana yang pentingnya Datuk Seri Najib popular dan diminati ramai, bukan pemimpin-pemimpin Umno yang lainnya,” kata Riduan lagi. Paling penting, kata beliau adalah untuk memastikan Najib menang dalam PRU ke-13, tidak kisah apa jadi kepada Umno atau pemimpin yang lainnya. Mungkin juga, ujarnya Datuk Seri Najib boleh mengagih-agihkan tugasan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada isterinya. “Mana-mana program yang tidak sempat dihadirinya boleh diserahkan kepada isterinya, kerana isterinya juga bukan calang-calang orang. “Dengan itu, isterinya boleh diangkat setanding dengan menteri-menteri kabinet yang lain, serta boleh menentukan dasar dan polisi negara,” katanya lagi. Selain itu, kata Riduan banyak idea dan projek negara serta peruntukan-peruntukan besar boleh ‘disalurkan’ melalui isterinya. “Ini barulah dinamakan ‘perkongsian bijak’ antara suami dan isteri yang boleh mem’faraid’ kan portfolio menteri antara keduanya,” katanya. Harakah Daily
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan yang dikaitkan dengan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kini berada dalam tangan polis Brickfields.
Rakaman insiden melibatkan Nedim Mohamad, pengawal peribadinya dan pengawal keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur kini sampai kepada pegawai penyiasat, dedah sumber. Pihak berkaitan mengesahkan kepada Malaysiakini, kes itu masih disiasat walaupun ketua polis daerah Brickfields sebelum ini mendakwa ia telah selesai. Menurut sumber lagi, polis terkejut melihat rakaman itu apabila "lebih daripada dua orang", termasuk Nedim, terlibat memegang dan menyerang penyelia keselamatan berusia 50 tahun itu. Ini boleh mewujudkan komplikasi dalam klasifikasi polis yang meletakkan kes itu sebagai kesalahan kecil - 'menyebabkan pergaduhan' bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya. ****************************************** Cops get CCTV clip of Nazri's son's affray incident Brickfields police have in their possession the closed-circuit television recording of the "affray" involving the son of a cabinet minister, his bodyguard and a security guard supervisor at a posh condominium in Kuala Lumpur last month. Sources revealed that the CCTV recording involving Mohamad Nedim , a son of Minister in the Prime Minister's Department Nazri Abdul Aziz, Nedim's bodyguard and the security supervisor was now in the possession of the investigating officer. People familiar with the matter also confirmed with Malaysiakini that the case was still being investigated despite earlier claims by the Brickfields OCPD (Officer in Charge of Police District) that it had been wrapped up. Sources familiar with the incident said the police were surprised to find in the video footage that "more than two persons", including Nedim, were involved in holding and assaulting the 50-year-old security supervisor. This may create complications in the police's classification of the case as a minor offence - ‘causing affray' under section 160 of the Penal Code. Under this section, anyone found guilty faces a punishment of up to six months' jail or a fine of RM1,000, or both. Malaysiakini reported on March 23 that the security supervisor of the high-end condominium in Mont Kiara was assaulted by Nedim and his bodyguard. Nedim drove a Porsche sports car to the condominium, followed by a luxury MPV driven by his bodyguard. The bodyguard alighted from his car to have personal particulars recorded on behalf of both drivers, but the condominium guards insisted that they did so separately. An argument ensued, resulting in the supervisor being called in to mediate. Argument and fracas at condo entrance The bodyguard claimed that the person in the Porsche was a 'Tengku' (a member of the royalty), but the supervisor explained that condo management required the registration of drivers of all vehicles entering the compound. This resulted in the VIP's son alighting from his Porsche, while the bodyguard and his friends assaulted the 50-year-old security supervisor, according to sources who had viewed the video footage. It is learnt that Nazri's son also struck the supervisor. A police report was subsequently made by the supervisor, who was slightly injured during the altercation. Mohamad Nedim's bodyguard had lodged a counter police report alleging that the security supervisor was rude and started the fracas. A day after Malaysiakini reported the incident, Brickfields OCPD Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid denied that Nazri's son was involved in the fist-fight, with The Star quoting him as saying that the case involved just the bodyguard and a security guard. Wan Abdul Bari also said then that the police have already completed their probe into the matter and that the investigation papers were sent to the Attorney-General's Chambers on whether charges would be laid. PKR vice-president N Surendran and Youth chief Shamsul Iskandar Mohd Akin had urged the police to conduct an independent and impartial investigation into the case. Shamsul Iskandar went further to claim that Nedim was also allegedly involved in an incident resulting in the death of a young man, Darren Kang, in 2004. Puchong MP Gobind Singh Deo has also called on Nazri to cease issuing any statement on matters pertaining to the law, especially if it involved the attorney-general or the AG's Chambers. "It could be interpreted as a clear case of conflict," said Gobind, who is DAP legal bureau chairperson. Malaysiakini3:52 PM DRS. KHALIL IDHAM LIM
12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - KUALA LUMPUR, 4 April: Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar (gambar) mendedahkan wujudnya 'task force' yang bertanggungjawab memberi taraf kerakyatan kepada warga asing bagi membolehkan mereka mengundi dalam pilihan raya nanti. Menurut Mahfuz 'task force' tersebut diketuai oleh Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Osman Razak, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajuddin Wahab, dan Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Bukan itu sahaja, Mahfuz turut mendedahkan beberapa pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang dikatakan terlibat sama antaranya, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara Datuk Jariah, Nik Norashikin Nik Mansur, Rashid Basiron, dan Shahrul Anwar Ahmad Zahidi, Jelas Mahfuz, isu ini amat serius seolah-olah memperlihatkan kerajaan mahu menjual negara kepada rakyat asing. "Kerajaan BN tidak boleh berhadapan dengan politik terdesak dengan mengatasi, membawa warga asing untuk mengundi BN. "Apabila lonjakan kebangkitan rakyat negara ini mahu menolak BN, tidak boleh diatasi dengan membawa warga asing untuk diberikan kerakyatan bagi memastikan mengundi Umno BN. Ini sangat berbahaya!" katanya. Kebimbangan ini, katanya akan menafikan hak rakyat di mana hak itu diboloti oleh warga asing akhirnya masa depan negara akan di tentukan oleh mereka. "Saya percaya keputusan rakyat selepas ini akan dimanipulasi oleh warga asing," katanya dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen. Katanya, kerajaan boleh memanggil ketiga-tiga mereka serta pegawai JPN berkenaan bagi menjawab dakwaan itu melalui Suruhanjaya Diraja yang dibentuk. "Sebab itu kita desak kerajaan bentuk Suruhanjaya Diraja bagi menjawab segala dakwaan yang timbul dan suruhanjaya itu boleh memanggil mereka yang terlibat. "Kalau sekarang hendak panggil mereka, siapa yang berani? Perdana Menteri pun tidak," katanya. Tambahnya, Suruhanjaya Diraja amat penting dibentuk dengan segera bagi mengenalpasti tentang semua dakwaan yang dibuat berhubung pemberian taraf kerakyatan bagi membolehkan warga asing mendaftar dalam daftar pemilih. Mahfuz berkata, suruhanjaya ini harus di bentuk sebelum pilihan raya umum ke-13. "Sebelum report dikemukakan kepada awam pilihan raya ke-13 tidak boleh diadakan sama sekali," katanya. Harakah Daily4:40 PM DRS. KHALIL IDHAM LIM 12 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - ROSTOV-ON-DON (Rusia): Kementerian Dalam Negeri Rusia berkata, seramai lima pemberontak pemisah, termasuk dua individu yang dikatakan sebagai pengebom berani mati, terbunuh di wilayah bergolak di Caucasus. Jurucakap kementerian itu di selatan wilayah Ingushetia, Madinah Khadziyeva berkata pada Rabu, militan melepaskan tempakan kepada polis dari kereta mereka yang melalui bandar Nazran dan mati dalam kejadian tembak-menembak pada lewat Selasa. Beliau berkata, dua daripada mereka, termasuk seorang wanita, yang memakai tali pinggan yang mempunyai bahan letupan yang mungkin adalah serangan pengganas. Tiada polis yang cedera dalam kejadian itu. Pemberontakan Islam tersebar ke seluruh Ingushetia dan Caucasus di Rusia selepas dua pemisah berperang di wilayah jiranya, Chechnya. Pemberotakan berlaku disebabkan oleh kemiskinan, rasuah dan penyalahgunaan terhadap orang awam oleh pasukan keselamatan dan polis persekutuan. - AP
3:40 PM DRS. KHALIL IDHAM LIM
11 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - GENTING GAZA - Seorang tahanan wanita Palestin, Hana Shalabi yang melancarkan mogok lapar selama 43 hari dihantar ke Semenanjung Gaza selepas menamatkan tindakannya itu di bawah satu perjanjian yang dikritik rakyat Palestin. Sebelum itu, Shalabi melaksanakan mogok lapar berikutan membantah penahanannya oleh tentera Israel tanpa sebarang sebab. Shalabi yang tidak mampu berjalan dibawa memasuki Gaza melalui sempadan Erez dan dihantar dengan ambulan ke hospital tempatan untuk menjalankan rawatan. Wanita berani itu, sempat bertemu saudara-maranya di Erez, kawasan Israel sebelum memasuki Gaza. “Saya sangat gembira berada dalam negara sendiri dan dikelilingi rakyat Palestin,” katanya sambil menambah agak sukar untuk bertemu dengan keluarganya yang datang dari Jenin, Tebing Barat. Ketibaan Shalabi disambut lebih 100 penyokong yang membawa gambarnya sambil melaung-laung namannya, termasuk pegawai-pegawai daripada Jihad Islam serta pergerakan Hamas. Jurucakap penjara Israel, Sivan Weizman berkata, Shalabi yang menamatkan mogok lapar pada 29 Mac lalu dibawa menggunakan sebuah kereta biasa. Pada 16 Februari lalu, Shalabi memulakan mogok lapar selepas ditangkap tanpa sebarang tuduhan oleh tentera Israel, kemudian dimasukkan ke hospital pada 19 Mac berikutan kehilangan berat badan sebanyak 14 kilogram dan denyutan nadi yang lemah selepas tidak mengambil sebarang makanan selama 33 hari. sinar harian/-12:30 PM DRS. KHALIL IDHAM LIM
11 Jamadil Awal 1433H. [MOD] - Pengundi ‘atas pagar’ (Digelar Poros Tengah di Indonesia) yang beberapa waktu lalu masih belum membuat keputusan, kini diberitakan mulai menyokong Pakatan Rakyat, suatu tanda positif ke arah kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 akan datang. Pemerhati politik melihat petunjuk ini berdasarkan beberapa tanda, antara lain: + Semakin ramainya golongan yang dikenal ‘Atas Pagar’ datang mendengar ceramah dari pemimpin Pakatan Rakyat seluruh negara, hatta ceramah jauh di pedalaman. Para petugas PR yang biasa mengawal di banyak majlis ceramah telah mengenal pasti bahawa ramai dari kalangan yang bukan penyokong komponan pembangkang itu selama ini telah hadir mendengar ceramah PR di pelbagai tempat. + Berdasarkan soal-selidik secara rambang oleh kumpulan peninjau Pakatan Rakyat yang bertugas mengikuti majlis ceramah PR. + Jentera Pakatan Rakyat membuat tinjauan di pelbagai lokasi, terutama di pasar malam, pasar tani, hentian bas dan teksi, pusat membeli belah dan sebagainya dengan mendengar perbualan orang ramai mengenai isu-isu yang berbangkit menjelang pilihan raya akan datang. + Perbualan rakyat di pelbagai majlis jamuan di pelbagai tempat yang bercakap mengenai pembaziran, pemborosan, rasuah, penyelewengan dan sebagainya. Dicakapkan secara terbuka di majlis tersebut. + Ulasan dan pesanan yang terpancar dari SMS, Twitter, Facebook, malah ulasan dari pembaca di pelbagai blog dan wabesite serta tulisan orang awam dari pelbagai media alternatif. Menurut pemerhati, perkembangan menarik ini sebenarnya bermula dari Himpuan Bersih 2.0 pada 9 Julai tahun lalu yang dilihat sangat berkesan dalam usaha menyedarkan orang ramai akan hak mereka terutama menuntut sebuah pilihan raya yang bebas dan demokratik. Kehadiran Sasterawan Negara A. Samad Said di Himpunan Bersih 2.0 itu sangat memberi kesan kepada anak muda untuk menyokong tuntutan Berrsih 2.0 hingga beliau menjadi ikon yang sangat berpengaruh kepada anak muda. Sejak Himpunan Bersih 2.0 itu hingga kini, anak-anak muda itu – yang selama ini bersikap tidak peduli politik dan perkembangan semasa – mulai memberi perhatian kepada isu kebebasan dan demokrasi, isu rasuah, penyelewengan, pembaziran, pemborosan dan sebagainya yang berlaku secara besar-besaran di tanah air. Himpunan Bersih 2.0 itu dilihat sebagai turning-point yang penting kepada pemikiran masyarakat bahawa himpunan itu telah meruntuhkan tembok perasaan ‘takut’ rakyat untuk menuntut hak mereka. Walaupun ini hanya berlaku di Kuala Lumpur, tetapi kesannya meluas. Ini bermakna rakyat sudah tidak takut lagi bersuara, anak-anak muda yang menyertai himpunan tersebut menyalurkan maklumat mengenai tuntutan Bersih 2.0 kepada masyarakat di luar Ibu Kota. Di samping itu, kebangkitan mahasiswa di sana sini yang menuntut AUKU dimansuhkan turut memberi kesan kepada golongan ‘atas pagar’ dan golongan muda untuk menyokong pembangkang yang berjanji untuk memberikan kebebasan kepada golongan pelajar dalam melaksanakan hak mereka jika menang dalam PRU Ke-13. Sementara itu, kenaikan harga barang keperluan yang menyebabkan kos sara hidup begitu tinggi dan ‘mencengkam’ golongan berpendapatan rendah dan sederhana menyebabkan sesetengah mereka, yang selama ini tidak peduli politik dan apapun yang berlaku, mulai kritikal terhadap parti yang memerintah. Memanglah pemberian RM500 oleh kerajaan kepada takyat yang berpendapatan RM3,000 ke bawah sebanyak sedikit memberi kesan, terutama kepada penduduk luar bandar. Namun pemberian tersebut tidak mempunyai erti berbanding dengan kenaikan harga barang keperluan, khususnya harga ikan, minyak, beras, gula dan tol. Golongan ‘atas pagar’ muncul kerana rakyat menyaksikan pelbagai kemungkaran berlaku – politik, ekonomi, sosial – disebabkan penyelewengan, rasuah, manipulasi, pemborosan dan pelbagai lagi. Rakyat bosan dengan kepincangan yang berlaku ini. Sementara itu, semakin dekat dengan PRU Ke-13, semakin menjadi-jadi keganasan berlaku – gangguan kepada majlis ceramah pembangkang, merosakkan kereta, ancaman, pembakaran bendera pembangkang, semburan cat pejabat pembangkang dan pelbagai lagi. Semua kejadian yang menakutkan ini menunjukkan trend yang tidak baik menjelang PRU Ke-13 dan ini menjengkelkan hati golongan yang cintakan keamanan dan keharmonian yang selama ini tidak memihak ke mana-mana parti politik telah memihak kepada pembangkang. Sementara itu pada pendapat saya, Pakatan Rakyat perlu secara intensif mewar-warkan ‘Buku Jingga’ yang memuatkan 10 tawaran atas Pakatan Rakyat kepada rakyat jika memenangi PRU Ke-13. Di samping itu buku ‘Negara Berkebajikan’ yang disusun oleh PAS juga perlu disebarluaskan dalam kempen Pakatan Rakyat, bersekali dengan ‘Buku Jingga’. Menurut tinjauan, kedua-dua buku tawaran Pakatan Rakyat ini belum disebarluaskan secara menyeluruh, di mana hingga kini masih banyak kawasan pilihan raya seluruh negara yang masih belum didedahkan kepada dua buku tersebut. Apabila golongan ‘Poros Tiga’ ini didedahkan secara terperinci akan isi dua buku penting ini, saya fikir golongan ini, dengan izin Allah, akan kekal menyokong Pakatan Rakyat dalam PRU Ke-13 nanti. Oleh itu, jika pengundi golongan muda dan golongan ‘atas pagar’ ini terus menerus menyokong Pakatan Rakyat, maka saya percaya, Insya-Allah, jalan ‘menuju ke Putrajaya’ akan lebih mudah. Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu fokas kepada dua golongan ini, di samping tidak melupakan pengundi biasa dan luar bandar. Jika pilihan raya berlansung pada 3 Jun ini, seperti yang dihebohkan, Pakatan Rakyat perlu memanfaatkan masa yang singkat ini sebaik-baiknya. harakahdaily/-



