Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi



6 Syaaban 1433H. [MOD] -

KAHERAH - Presiden baru Mesir, Mohammed Mursi bersumpah menjadi seorang pemimpin untuk semua rakyat dengan membawa transformasi berpaksikan ajaran Islam selepas memenangi pemilihan kerusi presiden di negara Arab yang paling ramai penduduknya susulan penggulingan Hosni Mubarak awal tahun lalu.

Mursi, pemimpin pertama Mesir yang dilantik sejak pemberontakan berdarah terhadap penyingkiran Mubarak, memenangi 51.73 peratus undi (13 juta undi) berbanding lawannya juga pernah menjadi perdana menteri semasa pemerintahan Mubarak iaitu Ahmed Shafiq, hanya mengaut 48.27 peratus undi.

"Saya berjanji menjadi seorang presiden untuk semua rakyat Mesir. Apa yang saya harapkan, kita semua dapat mengukuhkan perpaduan negara yang tercinta ini kerana perpaduanlah satu-satunya jalan keluar pergolakan yang sedang berlaku," katanya sejurus diisytiharkan memenangi pemilihan presiden kelmarin.

Mursi yang melepaskan jawatannya dari Ikhwanul Muslimin demi menggalas tugas sebagai presiden turut menyuarakan rasa terima kasih kepada pejuang atau rakyat yang terbunuh demi agama sehingga membuahkan hasil yang lumayan.

"Kita akan terus melaksanakan revolusi," katanya.

Jurutera berumur 60 tahun itu, turut berjanji akan menghormati perjanjian-perjanjian antarabangsa kerana Mesir adalah negara Arab pertama yang menandatangani perjanjian damai dengan Israel pada 1979.

Keputusan pemilihan pusingan kedua ini diumumkan kira-kira dua minggu selepas Mubarak dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan hampir seminggu selepas pihak pemerintah tentera mengumumkan akan menyerahkan kuasa kepada presiden baru, tetapi mengekalkan beberapa kuasa penting di pihak mereka.

Sinar Harian

at 6/26/2012 01:05:00 PM Posted by Unknown 0 Comments


By Mok Yong Jae
[2012-06-25 18:39 ]  
  
Senior Sejong Institute researcher Cheong Seong Chang today joined the chorus of experts believing that change is happening in North Korea, saying, “Since the death of Kim Jong Il, Kim Jong Eun has revised six laws relating to foreign investment. This indicates Kim Jong Eun’s positive disposition towards economic reform and opening”.

Cheong, who was speaking at an event hosted by North Korea Policy Forum, pointed to the ‘Foreign Invested Bank Act’, ‘Foreign Invested Enterprise Bankruptcy Act’, ‘Foreign Invested Enterprise Registration Act’, ‘Foreign Invested Accounts Management Act’, ‘Foreign Invested Enterprise Accountancy Act’ and ‘Foreign Invested Enterprise Labor Act’, all of which were supplemented and modified on December 21st last year, just days after the death of Kim Jong Il.

He went on, “According to Fujimoto Kenji (Kim Jong Il’s private chef)’s testimony, Kim Jong Eun has had a lot of interest in reform and opening since he was young. Especially, Vice-Chairman Yang Hyung Seob’s remarks immediately after the Kim Jong Eun system was launched hint that the possibility of reform and opening is big.”

Utilizing statistics to defend his point, Cheong explained that over the past three years, 2009 to 2011, North Korea’s symbolic joint New Year’s editorial has contained the words ‘military-first’ 33, 15 and 14 times respectively, while the words ‘light industry’ have appeared increasingly steadily, from 1 to 9 to 21. ‘Consumer goods’ also rose in frequency, from 1 to 2 to 8.

Analyzing his keyword statistics, Cheong explained, “This is because, following the confirmation that he would be the successor in 2008, in 2009 during the Kim Jong Il-Kim Jong Eun ‘joint reign period’ the state unfurled the North Korean economic policy, and since then has been gradually moving toward reform and opening.” 

“In 2009, there were reports that Kim Jong Eun made a ‘reform and opening strategy team’ and this was adjudged to be highly reliable,” he even added, “Through this Kim Jong Eun has carefully prepared for reform, and the number of trucks coming in and out of customs between China and North Korea has actually increased”.

He also said, “Kim Jong Eun visited Dandong in March or April of 2011 to see the progress going on in that area. Dandong residents and ethnic Korean businessmen testified that transportation and personnel around the Crown Plaza Hotel, the best hotel in Dandong, was completely restricted.”

All of which, Cheong concluded, suggests North Korea is opening up. However, he cautioned, “Kim Jong Eun will use capitalism but find the way to control it."

at 6/26/2012 01:04:00 PM Posted by Unknown 0 Comments


Harakahdaily,26 Jun 2012

KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS WP (DPPWP) mengucapkan tahniah kepada Datuk Ahmad Phesal Talib (gambar) kerana dilantik sebagai Datuk Bandar Kuala Lumpur yang baharu.

Beliau yang sebelum ini memegang jawatan Ketua Setiausaha di Kementerian WP pada tahun 2007 yang lalu dilantik menggantikan Tan Sri Ahmad Fuad yang akan tamat tempoh perkhidmatannya pada 15 Julai ini.

Ketua DPPWP, Kamaruzaman Mohamad berkata pihaknya berharap agar perlantikan Ahmad Phesal akan dapat memperkuatkan organisasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) nanti apatah lagi setelah menerima tekanan hebat berikutan Himpunan Bersih 3.0.

“Semoga dengan perlantikan beliau ini, beberapa krisis dan isu yang melanda Kuala Lumpur seperti isu Kg. Baru, isu penjaja haram, isu banjir dan banyak lagi isu setempat dapat ditangani dengan berhemah,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Tambahnya, DPPWP juga berharap agar beliau dapat bekerjasama dengan semua pihak termasuklah DPPWP bagi menangani masalah-masalah di Kuala Lumpur ini.

Katanya, pelbagai pertemuan dan dialog di antara pihak DBKL bersama DPPWP amatlah dialu-alukan.

“DPPWP akan terus berusaha bagi membantu pihak DBKL untuk bersama-sama membangunkan kemajuan di bumi Kuala Lumpur ini. Tahniah Datuk Ahmad Phesal Talib,” ujarnya.

at 6/26/2012 12:59:00 PM Posted by Unknown 0 Comments


Muhammad Faizal,25 Jun 2012

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat memberi amaran agar tidak menggunakan nama beliau untuk mempertahankan projek Lynas atau berhadapan dengan tindakan undang-undang.

Beliau yang berkata pada sidang media di Parlimen hari ini, tidak pernah ada mana-mana pihak meminta keizinan darinya untuk terus menggunakan nama beliau serta kenyataannya di Parlimen bagi menyatakan loji Lynas selamat didirikan di Kuantan.

"Secara jelas saya nyatakan bahawa kenyataan saya sebelum ini hanya merangkumi satu bahagian sahaja tetapi jika melibatkan keseluruhan operasi Lynas secara terus terang ia tidak selamat untuk beroperasi.

"Selain itu juga, saya tidak membenarkan mana-mana pihak cuba menggunakan nama saya bagi menunjukkan saya menyokong pembinaan loji tersebut," katanya.

Tambahnya lagi, jika perkara ini berterusan beliau tidak akan teragak-agak mengambil tindakan dari sudut undang-undang kerana menggunakan nama tanpa izin.

"Sebelum ini Perdana Menteri dalam kenyataannya  telah membabitkan nama saya yang turut menyatakan bahawa Lynas itu selamat dibangunkan.

"Saya tidak pernah mengizinkan nama serta kenyataan saya digunakan untuk menyokong pembinaan loji tersebut, Lynas bagi saya tetap merbahaya dan Najib perlu peka dalam soal ini kerana membabitkan saya tanpa sebarang kebenaran," tegasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dalam kenyataannya memberitahu PAS mendengar pandangan yang dikemukakan oleh pakar-pakar namun dalam masa yang sama faktor dari sudut lain juga turut diambil kira.

"PAS mengambil kira setiap pandangan pakar tentang isu Lynas seperti mana yang dinyatakan oleh Dr Che Rosli sebelum ini tetapi dari faktor lain kita juga turut mengambil perhatian.

"Secara jelas beliau menyatakan Lynas ini tetap merbahaya dan kepada mana-mana pihak tolong hentikan menggunakan nama beliau dalam mencari sokongan pembinaan loji tersebut jika tidak mahu tindakan undang-undang diambil," katanya.


Anis Nazri,22 Jun 2012


KUALA LUMPUR: Insiden bangunan runtuh berulang-kali di Terengganu diharap dapat membuka mata rakyat negeri itu untuk me'runtuh'kan BN Terengganu pada pilihan raya umum akan datang.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut, berkata kes terbaru membabitkan bangunan astaka di Jertih, yang masih dalam pembinaan itu amat dikesali dan memerlukan tindakan lanjut dari kerajaan negeri.

"Sudah sampai masanya BN diruntuhkan di Terengganu ini.  Banyak projek-projek yang dijalankan menghadapi masalah seumpama ini.  Kita harapkan rakyat sedar keadaan ini," tegas beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau bagaimanapun mengatakan insiden ini mungkin sebagai satu petunjuk daripada Allah terhadap kepimpinan BN Terengganu yang sebelum ini bertindak meruntuhkan beberapa bangunan rakyat.

"Sebelum ini, pada tahun 1991, Menteri Besar Terengganu ketika itu, Tan Sri Wan Mokhtar bertindak merobohkan sekolah swasta, Institut Berakan, pada zaman Datuk Seri Idris Jusoh, Masjid Bujal, Kemaman dirobohkan, dan beberapa siri perobohan membabitkan rumah rakyat.  Mungkin insiden kali ini petunjuk dari Allah," tegas beliau lagi.

Dalam kejadian semalam, sekitar jam 2.15 petang, bangunan astaka (gambar atas) yang masih dalam pembinaan, yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar Jertih itu tiba-tiba runtuh.

Kejadian itu menyebabkan enam pekerja warga asing terperangkap dan cedera.

Mangsa pertama hanya berjaya dikeluarkan tiga jam selepas binaan tersebut runtuh memandangkan sebahagian tubuh mereka iaitu dari paras pinggang ke bawah tertimbus dalam timbunan simen yang semakin mengeras.

Kesemua mereka kemudiannya dibawa ke Hospital Besut untuk rawatan lanjut.

at 6/23/2012 05:38:00 PM Posted by Unknown 0 Comments



2 Syaaban 1433H. [MOD] -

Besut: PAS Kawasan Besut menggesa pihak berkuasa menangguh serta menghentikan segera pembinaan sebuah bangunan baru Astaka Jertih yang sedang dalam pembinaan yang runtuh petang tadi.

Gambar Seorang mangsa kejadian bangunan Astaka dalam pembinaan yang runtuh diselamatkan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat daerah Besut.

Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2.15 petang, apabila tiba-tiba bangunan astaka dalam pembinaan yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar Jertih itu runtuh.

Yang Dipertua PAS Besut, Ustaz Wan Azhar Wan Ahmad menggesa agar kerja-kerja pembinaan bangunan tersebut dihentikan segera bagi tujuan siasatan.

Katanya, kejadian bangunan runtuh itu perlu disiasat oleh pihak berkuasa bagi mempastikan selamat serta tidak membahayakan nyawa para pekerja lain jika diteruskan.

“Saya diberitahu oleh orang ramai yang mengetahui kejadian bangunan Astaka yang masih dalam pembinaan sebelum bergegas ke lokasi kejadian itu.

“Kita (PAS) melahirkan rasa dukacita kerana terlalu banyak kejadian bangunan runtuh berlaku di Terengganu di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita baru sahaja mengadakan program Himpun & Ingat Stadium Runtuh pada 8 Jun lalu, bagi mengingatkan rakyat tentang kelemahan Umno BN,” jelasnya ketika dihubungi Harakahdaily, petang tadi.

Menurutnya, kejadian malang tersebut sehingga jam 3.30 petang tadi seramai enam orang berjaya diselamatkan di bawah runtuhan berkenaan oleh pasukan anggota Bomba dan Penyelamat Besut.

Harakahdaily dimaklumkan kesemua mangsa runtuhan bangunan tersebut dihantar ke Hospital Daerah Besut yang sebahagiannya cedera parah.

Ustaz Wan Azhar mendakwa banyak kejadian runtuh berlaku di negeri ini termasuk Dewan Sekolah Menengah Ajil, makmal Komputer, bumbung Masjid Batu Putih, bumbung stesen bas Kuala Berang, bangunan tambahan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. -HD

at 6/23/2012 05:37:00 PM Posted by Unknown 0 Comments



2 Syaaban 1433H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Bekas calon PAS Dun Tenang, Normala Sudirman hari ini menafikan fitnah penulis blog kononnya beliau menyertai Umno.

Fitnah melalui blog Penaksj.wordpress.com yang itu bertajuk "PAS Johor punca Cikgu Normala berniat serah keahlian masuk Umno" disebarkan bermula kelmarin.

Tulisan tersebut mendakwa Cikgu Mala mempunyai masalah kewangan selepas tewas pada pilihan raya kecil Dun Tenang pada 2010.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut tengahari tadi, Normala atau lebih dikenali sebagai Cikgu Mala berkata, beliau tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya fitnah itu diteruskan.

"Saya akan teruskan saman sekiranya perkara ini (fitnah) terus dipanjangkan dan menuntut penulis tersebut membuat permohonan maaf," kata beliau yang juga ahli jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat.

Cikgu Mala juga menegaskan, beliau akan terus berjuang dalam PAS dan mendapat sokongan padu daripada suami, keluarga dan parti sendiri.

"Saya mendapat sokongan padu dari suami, keluarga dan jemaah sendiri dan InsyaAllah saya tak akan bertindak keluar parti," tegasnya.

Sementara itu, Ketua Muslimat, Siti Zailah Mohd Yusof menyifatkan fitnah tersebut sebagai tindakan terdesak pihak tertentu untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu-isu utama negara.

"Umno BN masih lagi guna fitnah dan dakyah kotor untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu rasuah dan sebagainya.

Turut bersama pada sidang media tersebut ialah Timbalan Ketua DMPP, Dr Siti Mariah Mahmud, Naib Ketua, Senator Mumtaz Md Nawi dan Ketua Penerangan, Aiman Athirah Al Jundi.

Harakah Daily

    Followers