Islam merupakan agama yang diredhai oleh Allah s.w.t. Tidak ada agama lain yang paling tinggi selain agama ini. Namun dalam memahami Islam, kita juga perlu memahami sedikit tentang sains. Islam adalah agama fitrah yang boleh diterima oleh setiap masyarakat. Namun masih ada yang tidak faham hatta kerana dimomokkan oleh masalah ekstremis Islam. Kita kena memahami bahawa Islam agama perdamaian dan semua orang tentu nak damai sama ada di hati atau lahirnya juga. Namun untuk itu, kita harus melihat ke belakang bagi memahami Islam dan sains. Jika kita lihat nabi telah mengatakan jihad itu bukan sahaja bersifat defensif tapi juga ofensif, di negara Malaysia jihad ofensif itu dilihat dari segi demokrasi. Pertarungan berasaskan pemikiran dan ideologi. namun kita harus meletakkan kalimah allah paling tinggi di muka bumi ini.
Semenanjung Korea ialah sebuah kawasan yang terbahagi kepada 2 sejak berakhirnya Perang Korea 58 tahun lalu. Akibat perbezaan Ideologi, melalui persidangan Potsdam dan Yalta dua kuasa besar dunia USA dan USSR membahagikan Korea kepada 2 iaitu Korea Utara dan Korea Selatan. Namun pemimpin di 2 Korea ini, Kim Il Sung dan Sygnman Rhee bercita-cita untuk menyatukan semananjung ini. Pada 1950, Kim Il Sung melancarkan perang bagi menyatukan Korea.

Mungkin tajuk ini agak provokatif dan mengancam. Namun ini hakikat yang sedang dihadapi oleh dunia zaman jahiliah moden ini. Adakah ramai yang menjadi perempuan atau hanya betina semata-mata. Ini memeningkan kita kaum lelaki kerana sudah ramai wanita yang menjadi betina semata. Perempuan menjaga dan melindungi maruah sebaliknya perempuan menjualnya. Adakah kamu wanita perempuan atau betina. Adakah anda menjaga maruah atau menjualnya. Hakikat ini diakui oleh seluruh dunia. Sehingga terbit satu pepatah yang menyatakan Kekuatan lelaki itu terletak pada wanitanya, jiak baik, maka baik lah dia jika sebaliknya maka teruklah lelaki itulah. Oleh itu jagalah maruah mu wahai wanita agar tidak jatuh taraf kepada betina dan jagalah perhubungan dan batasan mu juga wahai annisa'.
SAPP telah mengesahkan untuk keluar dari pakatan Barisan Nasional. Presidennya Datuk Yong Teck Lee telah mengeluarkan kenyataan itu dalam satu sidang akhbar di Kota Kinabalu semalam. Ini berikutan kenyataan yang dikeluarkan oleh SAPP bahawa parti itu telah hilang kepercayaan dalam BN dan pakatannya. SAPP keluar dari Pakatan BN setelah mendapat keputusan dari Majlis Tertingginya. Namun masih terdapat sebahagian dalam SAPP yang tidak bersetuju dengan Datuk Yong Teck Lee terutamanya Timbalan Presidennya. Ini telah menunjukkan berlaku kelemahan pada BN terutama selepas berlaku Tsunami Politik pada pilihan raya umum ke 12 Mac lalu. Adakah kelemahan ini akan menjatuhkan BN? ini dinafikan TPM Dato' Seri Najib Tun Razak yang menganggap SAPP ibarat duri yang berjaya dikeluarkan dari daging. Apakah pandangan anda tentang isu ini?
Universiti Malaya adalah
merupakan salah satu dari unversiti yang terulung di Malaysia. Namun di sebaliknya satu kebiadapan melampau sedang berlaku di sini. Pada minggu ini, Pesta Tanglung sedang berlangsung bersama dengan Bazaar Ramadan. Namun, Pesta ini didapati tidak menghormati perasaan dan sensitiviti agama Islam. Ketika waktu berbuka puasa telah tiba mereka sengaja memasang muzik secara kuat sehingga menganggu umat Islam yang ketika itu baru sahaja selesai berniaga dan mula berbuka puasa. Bukan itu sahaja apabila mereka ditegur mereka hanya mendengar dan tidak mengambil perhatian langsung terhadap teguran itu. Ini amat memalukan dan menyebabkan kemarahan di kalangan Umat Islam Di Um terutamanya Persatuan Mahasiswa Islam UM(PMIUM). Satu laporan telah diajukan kepada Bendahari Agungnya, Saudara Hasbie Muda berhubung perkara ini dan beliau akan membawa perkara ini kepada pihak HEP untuk tindakan lanjut. Ini merupakan perkara serius yang boleh membawa kepada keretakan hubungan kaum sekiranya sensitiviti umat Islam tidak dijaga. Apakah perasaan dan cadangan anda dalam menghadapi situasi sebegini? Sila Beri Komen Anda.
Walaupun begitu USSR tidak mampu menghalang sinar Islam di kawasan Kaukasus terutamanya di Chechnya, Selatan dan Kawasan wilayah Dagestan dan seluruh Kaukasus. Oleh itu, berlaku operasi untuk mengeluarkan Islam dari wilayah ini. Begitu ramai umat Islam yang dibunuh walaupun poster propaganda menunjukkan keadilan kepada semua. Namun sebaliknya yang berlaku.

Pada bulan April 1990 USSR jatuh disebabkan pengaruh ekonomi yang lemah. Ini menyebabkan pemimpinnya Mikhail Gorbachev hilang negara dan hidup seperti dalam buangan. Kita tahu begitu teruknya fahaman komunis ini. Namun kin Rusia bangkit semula melalui peperangan dengan Georgia salah satu negara bekas USSR. Apakah yang sebenarnya sedang berlaku sila beri komen tentang isu ini.


