Pada hari ni aku mendengar khatib membacakan khutbah mengenai kejumudan yang sering disalahertikan oleh golongan politikus dalam Malaysia ketika ini. Sudah menjadi lumrah dalam dunia ketika ni apabila ada umat Islam yang cuba membagunkan Islam secara keseluruhan maka dia digelar anti-pembangunan, jumud dan sebagainya. Ini menyebabkan Islam mula diperlecehkan oleh orang Islam sendiri. Bukan mereka tak tahu bahawa Islam mereka hanya di Keteper(Kartu Tanda Pengenalan). Ini menyebabkan Islam mula hancur disebabkan oleh golongan jin Afrit ini. Sepatutnya kita menyokong Islam tanpa berkompromi dalam soal mengenai Islam itu sendiri. Apa yang Al-Quran dan Hadith suruh kita buat, kita kena buat. Maka kita harus ingat hanya Islam yang tulen sahaja dapat membawa kita ke arah kecemerlangan yang hakiki baik duniawi mahupun ukhrawi. Sabda RAsulullah s.a.w: "Bekerjalah kamu seolah kamu hidup seribu tahun lagi dan beribadatlah seolah kamu mati esok hari."
semalam aku tengok cerita tamil sivaji. Memang best dan ada nilai kenegaraan yang harus dijadikan contoh. memang betul apa yang dikatakan oleh sivaji. Kemiskinan bukan disebabkan negara tak ada duit. Tapi duit yang ada disimpan dan tak bayar cukai. Macam mana sebuah kerajaan nak hidup sekiranya rasuah dan wang haram terus berleluasa dalam negara. Ini juga turut berlaku dalam Malaysia terutama parti pemerintah kita. Terlalu banyak wang haram yang disembunyi dan tidak ditakrif. Oleh itu, kerajaan kekurangan duit untuk pembangunan dan terpaksa menaikkan harga minyak dan sebagainya. Kalau duit haram ini dapat dibanteras maka kita akan ada duit untuk pembangunan. Maka dalam Islam adanya zakat bagi membantu golongan yang memerlukan atau asnaf zakat. Kita harus sedar Bahawa duit yang kita ada harus disucikan melalui zakat. maka kita akan mendapat keberkatan dari Allah.
Malam semalam aku pergi mengikuti tazkirah di Surau An-Nur. Aku seronok kerana dapat berjumpa seorang guru yang boleh berkongsi dengan kami yang muda ni. Dari sini baru aku tahu bahawa siapa yang aku patut gelarkan sebagai Kekasih. Katanya, menurut Hadis Rasulullah telah menggambarkan 4 ciri kenapa wanita disunting menjadi isteri. Pertama, kecantikannya. Kedua, keturunannya. Ketiga, Hartanya dan keempat, agamanya. Maka pilihlah agama sesungguhnya itu yang baik untuk kamu. Kini aku tahu bagaimana ciri seorang wanita untuk menjadi isteri. Agama merupakan ciri utama dalam mencari pasangan. Sunnah untuk kita berkahwin kerana perkara ini baik dan menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan. Selain itu kita akan mendapat rezeki yang lebih dan keredhaan Allah hanya Allah yang memberi Bahagia pada kita. Berkahwin mampu mengelakkan diri dari perkara yang terkutuk yang terkutuk dan memudaratkan diri.
Malam ni kat tempat aku ada jamuan hari Raya. Namun aku macam tak nak gi jer. Sebab aku rasa nanti aku masuk ke dalam maksiat yang nyata jer. Adakah patut Hari Raya ditambah dengan unsur yang melalaikan seperti hedonism dan maksiat berterusan. Sudahlah tu dijemput pula artis yang tiada nilai nasihat langsung. Sepatutnya dipanggil lah artis nasyid yang memberi lagu nasihat dan bermanfaat pada jiwa kita dalam menyelami maksud Aidilfitri itu. Ini tidak hai pening2. Sudahlah begitu, majlis akan diadakan pada jam 7.45 malam. Adakah patut sahabat seagama rasa. Ini kerana sudah terlalu dekat dengan waktu Isyak kan tak patut. Ni lah yang saya geram sangat kerana terlalu nakkan hiburan yang tiada henti dan melampau serta tiada unsur nasihat ini waktusoalat berjemaah diketepikan. Tak guna betullah. Apa pandangan anda?
Pada bulan ini ada dua perayaan besar, Hari Raya Aidilfitiri dan Deepavali. Dua perayaan besar yang disambut oleh penganut agama Islam dan Hindu masing-masing. Kita hidup pelbagai agama dan kaum lalu memang menjadi tradisi kita dalam meraikan antara satu sama lain. Namun apa yang patut kita lakukan apabila kita mahu meraikan rakan kita orang Hindu. Mengikut pendapat Datuk Hasan Din, kita boleh mengucapkan dan mengunjungi rumah sahabat Hindu tersebut namun tidak sampai mengikut segala upacara keagamaan mereka. Ini bertepatan dengan prinsip" Untuk kamu agamamu dan untuk Aku agama ku." Oleh itu jangan kita pula yang berlebih dalam meraikan hari kebesaran agama lain. Jangan kita yang lebih meneguk arak sampai merah muka dalam meraikan mereka. Jangan pula kita berkompromi dalam sola akidah dan prinsip kita. Seorang tokoh Islam yang hebat bernama Salahuddin Al-Ayyubi telah meraikan seorang tenteranya yang beragama Kristian ketika malam Krismas. Ini menunjukkan Islam itu agama damai dan bersatu. Oleh itu marilah kita bersama menjaga agama Islam yang indah ini dan meraikan sahabat berlainan agama tanpa meruntuhkan sedikit pun akidah kita pada Allah.
Allah sebenar Illah.
Takbir, Allahuakbar.

Di dalam hidup manusia, yang penting
ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan
selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi
sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat,
masyarakat jadi muafakat, negara kita
menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila
pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan
meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-
tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat
tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam
kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah
mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat,
sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang
baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat,
orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat,
orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak
dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai
seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti
tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan
lagi dahsyat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-
sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat,
maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu
kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA
MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia umat Muhammad dah masuk
jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para
sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita
buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu
buat...?
Harta benda anta, dari mana anta
dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?
Semoga ianya dapat mengingatkan kita
supaya segera
meninggalkan maksiat dan
memperbanyakkan ibadat.
(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy
Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga,
saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat
yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-
Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar!

