Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

BUKIT MERTAJAM: Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti berlangsung dengan tenang dan lancar walaupun bilangan yang keluar mengundi dalam tempoh empat jam pertama agak 'dingin'.

Sehingga pukul 10 pagi tadi hanya 14 peratus pemilih telah keluar mengundi.

Paras itu meningkat kepada 29.86 peratus atau seramai 4,593 orang menjelang 12 tengah hari tadi.

Tinjauan mStar Online mendapati pusat-pusat mengundi terus dikunjungi pengundi tetapi bilangan mereka tidak 'memberangsangkan' berbanding ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu.

Kawasan peti undi yang kecil bilangan pengundi peratusan keluar mengundi sangat rendah, malah boleh dikatakan lengang.

Penanti terletak dalam bahagian Parlimen Permatang Pauh.

Terdahulu, pusat-pusat mengundi pada hari penentuan ini dibuka pada pukul 8 pagi tadi.

Proses pengundian akan berlangsung sehingga 5 petang manakala keputusan dijangka dikeluarkan menjelang 8.30 malam.

Suruhanjaya Pilihan Raya menyediakan sembilan buah pusat mengundi dengan 32 saluran.

Pusat-pusat mengundi itu ialah SMK Guar Perahu (empat saluran), SK Guar Perahu (lima), Dewan Orang Ramai Kampung Tun Sardon, Ara Kuda (satu), SK Mengkuang (empat), SJK (C) Perkampungan Sungai Lembu (satu), SMK Mengkuang (tiga).

SMK Penanti (tiga saluran), SK Tanah Liat (lapan) dan SRJK(C) Jit Sin (A) Jalan Berapit mempunyai tiga saluran.

Bernama melaporkan keadaan cuaca cerah di sebelah pagi membolehkan orang ramai keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat kawasan itu.

Jabatan Meteorologi meramalkan hujan curahan berlaku pada sebelah petang manakala pada malam cuaca adalah baik.

Pilihan raya kecil DUN Penanti menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 59; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah, 56; Pengurus syarikat, Nai Khan Ari, 41 dan pakar motivasi, Kamarul Ramizu Idris, 42.

Bagaimanapun Barisan Nasional tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil ini - yang keenam sejak pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Daripada kesemua calon yang bertanding, hanya Nai Khan merupakan pengundi dalam DUN Penanti.

Anak jati Penanti berketurunan Siam itu membuang undi di pusat pengundian di Dewan KAFA Kampung Tun Sardon.

Proses penjumlahan undi akan diadakan di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan pilihan raya kecil DUN Penanti akan diketahui selewat-lewatnya pukul 8.30 malam ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti 16 April lalu.

Pada pilihan raya umum Mac 2008, Fairus memenangi kerusi tersebut dengan 7,346 undi menewaskan calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid. Majoriti diperoleh beliau ialah 2,219 undi. Terdapat 15,384 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 15,360 pemilih biasa dan 24 pemilih pos.

Daripada jumlah itu, 72.68 peratus adalah pengundi Melayu, 24.22 peratus Cina, 2.39 peratus India dan 0.71 peratus lain-lain kaum.

(Sumber : Mstar)
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 1:37 PM

Sejak pilihan raya umum 2008 yang lalu yang menyaksikan prestasi terburuk yang pernah ditunjukkan parti pemerintah sejak 52 tahun kemerdekaan, sebanyak 7 pilihan raya kecil telah atau akan dijalankan SPR. Ini menyaksikan beberapa siri kempen bermula di Permatang Pauh berikutan penyandang, Datin Seri Datuk Wan Azizah melepaskan jawatan kepada suaminya untuk bertanding. Ini diikuti pula dengan siri pilihan raya di Kuala Terengganu yang menyaksikan kerusi ini dirampas Pakatan Rakyat. Ini diikuti dengan siri-siri Pilihan Raya kecil yang menyaksikan 2 kerusi pembangkang dan 1 kerusi BN kekal di tangan masing-masing. Namun dengan keadaan ekonomi yang kurang stabil, adakah Pilihan Raya ini akan merugikan kerajaan??????????????????????????????

at 5/26/2009 08:57:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

Tingkah-laku Salahuddin Al-Ayubi

Siapa yang rapat dengannya mengatakan ia adalah seorang Islam yang taat kepada
Allah, sangat peka kepada keadilan, pemurah, lembut hati, sabar dan tekun.
Bahauddin bin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan ia
telah memberikan masa untuk rakyat dua kali seminggu, iaitu pada hari Isnin
dan Selasa. Pada masa ini ia disertai oleh pembesar-pembesar negara, ulama dan
kadi. Semua orang boleh berjumpa dengannya. Ia sendiri akan membacakan
aduan yang diterimanya dan mengucapkan untuk dituliskan oleh juru tulis tindakan
yang perlu diambil dan terus ditandatanganinya pada masa itu juga. Ia tidak
pernah membenarkan orang meninggalkannya selagi ia belum menyempurnakan hajat orang itu. Dalam masa yang sama ia sentiasa bertasbih kepada Allah.

Jika ada orang membuat aduan, ia akan mendegarkan dengan teliti dan kemudian
memberikan keputusannya. Suatu hari seorang lelaki telah membuat aduan
berkenaan Taqiuddin, anak saudaranya sendiri. Dengan segera ia memanggil anak
saudaranya itu dan meminta penjelasan. Dalam ketika yang lain ada orang yang
membuat tuduhan kepada Salahuddin sendiri. Yang memerlukan penyiasatan. Walaupun tuduhan orang itu didapati tidak berasas, ia telah menghadiahkan orang
itu sehelai jubah dan beberapa pemberian yang lain.

Ia adalah seorang yang mulia dan baik hati, lemah lembut, penyabar dan sangat
benci kepada ketidakadilan. Ia sentiasa mengabaikan kesilapan-kesilapan
pembantu-pembantu dan khadam-khadamnya. Jika mereka melakukan kesilapan yang memanaskan hatinya, ia tidak pernah menyebabkan kemarahannya menjatuhkan air muka mereka. Pada suatu ketika ia pernah meminta air minum, tetapi entah apa sebabnya air itu tidak diberikan kepadanya. Ia meminta sehingga lima kali lalu berkata, "Aku hampir mati kehausan". Ia kemudian meminum air yang dibawakan kepadanya tanpa menunjukkan kemarahan.

Dalam ketika yang lain ia hendak mandi selepas mengalami sakit yang agak lama.
Didapatinya air yang disediakan agak panas, lalu ia meminta air sejuk. Sebanyak
dua kali khadamnya menyebabkan air sejuk terpercik kepadanya. Disebabkan ia
belum benar-benar sihat, ia merasa kesejukan tetapi ia hanya berkata kepada
khadamnya, "Katakan sajalah kalau kau tak suka kepadaku". Lalu khadam itu
cepat-cepat minta maaf dan Salahuddin terus memaafkannya.

Bahauddin juga telah mencatatkan beberapa peristiwa yang menunjukkan sifat
pemurah dan baik hati Salahuddin. Kadang-kadang kawasan yang baru ditawannya
pun diberikannya kepada pengikutnya. Satu ketika ia telah berjaya menawan bandar 'Amad. Lalu seorang perwira tentera, Qurrah Arslan, menyatakan
keinginannya untuk memerintah bandar itu. Dengan senang hati ia memberikannya.
Bahkan dalam beberapa ketika ia menjualkan hartanya semata-mata untuk
membeli hadiah. Melihat betapa pemurahnya Salahuddin, bendaharinya selalu
merahsiakan baki wang simpanan untuk digunakan semasa kecemasan.

Jika ia tahu, ia akan menyedekahkan khazanah negara sehingga habis. Salahuddin
pernah mengatakan ada orang baginya wang dan debu sama sahaja. "Aku tahu", kata Bahauddin, "Ia mengatakan dirinya". Salahuddin tidak pernah membiarkan tetamunya meninggalkannya tanpa hadiah atau sebarang bentuk pemberian tanda
penghargaan, walaupun tamunya itu seorang kafir. Raja Saida pernah melawat
Salahuddin dan ia menyambutnya dengan tangat terbuka, melayannya dengan hormat dan mengambil kesempatan menerangkan Islam. Bahkan Salahuddin sentiasa
mengirimkan ais dan buah-buahan kepada Richard the Lion, musuh ketatnya, ketika Raja inggeris itu sakit.

Hatinya memang sangat lembut hingga ia sangat mudah terkesan apabila melihat
orang dalam kesusahan dan kesedihan. Suatu hari seorang perempuan Kristian
datang mengadu kehilangan bayinya. Perempuan itu menangis dan meraung di depan Salahuddin sambil menceritakan bayinya dicuri dari khemahnya. Perempuan
itu seterusnya mengatakan ia telah dimaklumkan hanya Salahuddin sahaja yang
boleh mendapatkan bayi itu kembali. Hatinya tersentuh mendengar cerita
perempuan itu lalu iapun turut menangis. Ia segera memerintahkan pegawai-pegawainya mencari bayi itu di pasar hamba-sahaya. Tidak lama kemudian bayi itu telah dapat dibawa kembali lalu dengan rasa gembira mendoakan kesejahteraan Salahuddin.

Bahauddin juga mencatatkan Salahuddin sangat kasihan belas kepada anak-anak
yatim. Bila ia terjumpa anak-anak yatim ia akan menguruskan supaya ada orang
menjadi penjaga anak itu. Kadang-kadang ia sendiri yang akan menjaga dan
membesarkan anak yatim yang ditemuinya. Ia juga sangat kasihan melihat orang
tua atau yang kurang upaya dan akan memberikan penjagaan yang khas kepada mereka apabila ia bertemu dengan orang sedemikian.

at 5/25/2009 11:40:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

Salahuddin yang Wara'

Bahauddin bin Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah mencatatkan berkenaan
kewarakan Salahuddin. Satu hari ia berkata bahawa ia telah lama tidak pergi
sembahyang berjemaah. Ia memang suka sembahyang berjemaah, bahkan ketika
sakitnya ia akan memaksa dirinya berdiri di belakang imam. Disebabkan
sembahyang adalah ibadah utama yang diasaskan oleh Rasulullah SAW, ia sentiasa
mengerjakan sembahyang sunnat malam. Jika disebabkan hal tertentu ia tidak
dapat sembahyang mala, ia akan menunaikannya ketika hampir subuh. Bahauddin
melihatnya sentiasa sembahyang di belakang imam ketika sakitnya, kecuali tiga
terakhir di mana ia telah tersangat lemah dan selalu pengsan.

Tetapi ia tidak pernah tinggal sembahyang fardhu. Ia tidak pernah membayar zakat kerana ia tidak mempunyai harta yang cukup nisab. Ia sangat murah hati dan akan
menyedekahkah apa yang ada padanya kepada fakir miskin dan kepada yang
memerlukan hinggakan ketika wafatnya ia hanya memiliki 47 dirham wang perak dan satu dinar wang emas. Ia tidak meninggalkan harta.

Bahauddin juga mencatatkan bahawa Salahuddin tidak pernah meninggalkan puasa
Ramadhan kecuali hanya sekali apabila dinasihatkan oleh Kadi Fadhil. Ketika
sakitnya pun ia berpuasa sehinggalah doktor menasihat kannya dengan keras supaya berbuka. Lalu ia berbuka dengan hati yang berat sambil berkata, "Aku tak tahu bila ajal akan menemuiku". Maka segera ia membayar fidyah.

Dalam catatan Bahauddin juga menunjukkan Salahuddin teringin sangat menunaikan haji ke Mekah tetapi ia tidak pernah berkesempatan. Pada tahun kewatannya,
keinginannya menunaikan haji telah menjadi-jadi tetapi ditakdirkan. Ia sangat
gemar mendengar bacaan Al-Qur'an. Dalam medan peperangan ia acap kali duduk
mendegar bacaan Qur'an para pengawal yang dilawatnya sehingga 3 atau 4 juzu'
semalam. Ia mendengar dengan sepenuh hati dan perhatian sehingga air matanya
membasahi dagunya. Ia juga gemar mendengar bacaan hadis Rasulullah saw.
Ia akan memerintahkan orang-orang yang bersamanya duduk apabila hadis dibacakan.

Apabila ulama hadis datang ke bandar, ia akan pergi mendengar kuliahnya. Kadang
kadang ia sendiri membacakan hadis dengan mata yang berlinang. Dalam peperangan kadang-kadang ia berhenti di antara musuh-musuh yang datang untuk mendengarkan hadis-hadis dibacakan kepadanya.

Salahuddin sangat yakin dan percaya kepada pertolongan Allah. Ia biasa
meletakkan segala harapan nya kepada Allah terutama ketika dalam kesusahan.
Pada satu ketika ia berada di Jerusalem yang pada masa itu seolah-olah tidak
dapat bertahan lagi daripada kepungan tentera bersekutu Kristian. Walaupun
keadaan sangat terdesak ia enggan untuk meninggalkan kota suci itu. Malam itu
adalah malam Jumaat musim sejuk. Bahaauddin mencatatkan, "Hanya aku dan
Salahuddin sahaja pada masa itu. Ia menghabis kan masa malam itu dengan
bersembahyang dan munajat.

Pada tengah malam saya minta supaya ia berehat tetapi jawabnya, "Ku fikir kau
mengantuk. Pergilah tidur sejenak". Bila hampir subuh akupun bangun dan pergi
mendapatkannya. Aku dapati ia sedang membasuh tangannya. "Aku tidak tidur
semalam" katanya. Selepas sembahyang subuh aku berkata kepadanya, "Kau kena
munajat kepada Allah memohon pertolongan-Nya". Lalu ia bertanya, "Apa yang perlu ku lakukan?"

Aku menjawab, Hari ini hari Jumaat. Engkau mandilah sebelum pergi ke masjid
Aqsa. Keluarkanlah infaq dengan senyap-senyap. Apabila kau tiba di masjid,
sembahyanglah dua rakaat selepas azan di tempat Rasulullah SAW pernah sembahyang sebelum mi'raj dahulu. Aku pernah membaca hadis doa yang dibuat di
tempat itu adalah mustajab. Oleh itu kau bermunajadlah kepada Allah dengan
ucapan "Ya Tuhanku, aku telah kehabisan segala bekalanku. Kini aku mohon
pertolongan-Mu. Aku menyerahkan diriku kepada-Mu. Aku yakin hanya Engkau sahaja yang boleh menolongku dalam keadaan yang genting ini"

Aku mengatakan kepadanya, "Aku sangat berharap Allah akan mengkabulkan doamu".

Lalu Salahuddin melakukan apa yang ku usulkan. Aku berada di sebelahnya ketika
dahinya mencecah bumi sambil menangis hingga air matanya mambasahi janggutnya dan menitik ke tempat sembahyang. Aku tidak tahu apa yang didoakannya tetapi
aku melihat tanda-tanda doanya dikabulkan sebelum hari itu berakhir. Perbalahan
berlaku di antara musuh-musuh yang menatijahkan berita baik bagi kami beberapa
hari kemudian. Akhirnya mereka membuka khemah-khemah mereka dan berangkat ke Ramla pada hari Isnin pagi"

at 5/25/2009 11:39:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kebahagiaan yang abadi untuk seseorang insan, kerana ia tidak kekal. Cintakan manusia seringkali membuatkan seorang itu gagal, kecewa, menderita dan terseksa. Oleh itu tidak ada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagiaan dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada Pencipta manusia sendiri."

~ Rabia`tul Adawiyah~

Kematian Salahuddin Al-Ayubi

Pada hari Rabu, 27 Safar, 589H, pulanglah Salahuddin ke rahmatullah selepas
berhempas pulas mengembalikan tanah air Islam pada usia 57 tahun. Bahauddin bin
Shaddad, penasihat utama Salahuddin telah menulis mengenai hari-hari terakhir
Salahuddin. Pada malam 27 Safar, 12 hari selepas ia jatuh sakit, ia telah
menjadi sangat lemah. Syeikh Abu Ja'afar seorang yang wara' telah diminta
menemani Salahuddin di Istana supaya jika ia nazak, bacaan Qur'an dan syahadah
boleh diperdengarkan kepadanya.

Memang pada malam itu telah nampak tanda-tanda berakhirnya hayat Salahuddin.
Syeikh Abu Jaafar telah duduk di tepi katilnya semenjak 3 hari yang lepas
membacakan Qur'an. Dalam masa ini Salahuddin selalu pingsan dan sedar sebentar.
Apabila Syeikh Au Jaafar membacakan ayat, "Dialah Allah, tiada tuhan melainkan
Dia, Yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata" (Al-Hasyr: 22), Salahuddin
membuka matanya sambil senyum, mukanya berseri dan denga nada yang gembira ia
berkata, "Memang benar". Selepas ia mengucapkan kata-kata itu rohnya pun kembali ke rahmatullah. Masa ini ialah sebelum subuh, 27 Safar.

Seterusnya Bahauddin menceritakan Salahuddin tidak meninggalkan harta kecuali
satu dinar dan 47 dirham ketika ia wafat. Tiada rumah-rumah, barang-barang,
tanah, kebun dan harta-harta lain yang ditinggalkannya. Bahkan harta yang
ditinggalkannya tidak cukup untuk upah pengkebumiannya. Keluarganya terpaksa
meminjam wang untuk menanggung upah pengkebumian ini. Bahkan kain kafan pun
diberikan oleh seorang menterinya.

    Followers