Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

Rombongan ADUN Perak yang diketuai oleh Speaker YB. V. Sivakumar hadir di bangunan Parlimen untuk menyerahkan laporan Jawatankuasa Ad Hock Trajedi Kuala Dipang.

Kuala Lumpur :- Laporan siasatan trajedi jambatan runtuh di Kuala Dipang menyerahkan laporannya kepada YB. Lim Kit Siang dan beberapa orang Ahli Parlimen lain untuk diambil tindakan selanjutnya.

Mereka yang hadir ialah Pengerusinya YB. V.Sivakumar dan hadir sama ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim dan ADUN Pasir Pinji, YB. Thomas Su.



Oleh: Nash Ar-Rawy

“ PAS bersikap anjal atau fleksibel dalam menangani kerjasama di atas prinsip Islam dengan PAS tidak menjual prinsip dan PAS tidak memaksa parti-parti lain dalam pakatan menjual prinsip tetapi kita (PAS) boleh bekerjasama dalam perkara yang sama atau titik persamaan yang satu di antara kita bagi membuat perubahan ke arah yang adil, menentang kezaliman. Di mana menegakkan yang adil dan menentang yang zalim merupakan perkara sejagat yang kita tidak berbeza antara satu sama lain. “
( Petikan wawancara Sdr. Khairul Azlam Mohamad dengan TGHA – Harakah )

01 Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalam State Assembly" ( Dewan Undangan Negeri ) maupun di dalam Parliment ( Dewan Rakyat ) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.

02 KERAJAAN RAKYAT bermakna Satu Malayisa Milik Rakyat bukan Milik PR maupun BN . Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun mereka
dibayar oleh kerajaan ( RAKYAT SATU MALAYSIA) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti parti-parti kekal seperti sediada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing.
Pada praktis dan hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT SATU MALAYSIA kerna semua wakil rakyat adalah kuli rakyat belaka.

03. Tiada lagi wakil PR atau BN . Semuanya adalah wakil rakyat Satu Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind -set " parliamentarians kena berubah kerna
tatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan
Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja ; yakni, ANGGOTA KERAJAAN ( PILIHAN RAKYAT ) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI
Justeru kerna, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah KERAJAAN RAKYAT ;bukannya kerajaan Parti PR atau BN Semua parliamentarians terikat 'uphold democracy and eliminate authocracy of any kind as sworn in' ' This is the BASIC PRINCIPLES OF ' THE PEOPLE’S GOVERNMENT” YANG WAJIB DIFAHAMI DAN DIPERJUANGKAN OLEH PAKATAN DAN BN. sesuai dengan “ISLAM 4 ALL “ and “ JUSTICE FOR ALL “ regardles of race and religion ( Borderless, Raceless, Universal and Global; Unlimited )

04 Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia( WANG RAKYAT ) . Justeru itu, di dalam parlimen; semua wakil rakyat (bukan lagi wakil parti; baik PR atau BN) bisa membangkang atau menyokong mana-mana Menteri ; hatta PM.

Kerna semua adalah Bukan Anti –Kerajaan Rakyat tetapi adalah KERAJAAN Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarangikatan dan kongkongan parti( parti hanya digunapakai sewaktu pilihanraya sahaja; untuk menentukan siapa PM dan siapa Menteri Kabinet Malaysia ). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parlimen Malaysia;
automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parlimen justeru kerna semua sudah menjadi angota KERAJAAN RAKYAT belaka , satu negara , satu warga.satu Obligasi satu komitmen yang sama belaka ; bukannya anti – nasional atau anti kerajaan atau subversif ; kerna semua MP adalah KERAJAAN. Semua MP sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parlimen bukan lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasan parti masing-masing. Tenyata di dalam Parlimen; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah ANGGOTA KERAJAAN RAKYAT bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.

05 Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara , Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajar
sokong pembangkang ( Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep gunapakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang ) Kesuma
akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep 'Kerajaan RAKYAT" sudah tiada lagi wujud parti; tetapi kesemua ahli parlimen pada hakikatnya datang dari rakyat , kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat Malaysia , mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku WAKIL RAKYAT yang bertanggungjwab kepada PARLIMEN ( pastinya bukan wakil PR atau BN lagi ) Namun dasar perjuangan parti-parti dalam sistem dua parti ( PR dan BN) berjalan seperti biasa dalam berhujah dan perdebatan dalam Parlimen ; identiti tiada hilang ; prinsip tiada tergadai .

06 SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YANG DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN; THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE PR OR BN ; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat , Satu Warga ) yang SAMA ( RAKYAT MALAYSIA ).

07 'Wakil Rakyat yang menang pilihanraya atas tiket PR atau BN boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dalam berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru , nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan PR atau Dewan BN

08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element
kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT, AGAMA DAN BANGSA : MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA;
Nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu ; Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur( " Negara yang makmur , aman damai dan mendapat kerehaan Allah Hu Ta'ala.

09. PSRM, SPR, PDRM, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua Tulus Tentera, dalam 'KERAJAAN RAKYAT : bebas lepas daripada 'Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratus dibawah kuasa Parlimen ( DYMM Agong ) Justeru itu, , ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam Kerajaan Rakyat ; Insya Alla Hu Ta'ala,dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan ' Bias" dan berkepentingan Kroni bisa bertapak kerna PM ,Peguam Negara, Hakim Negara , SPR , SPRM PDRM , I.G.P. serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan ( Mahkamah ) jika berlaku korupsi, salah guna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imuniti atau perlindungan politik ; hatta PM, Hakim , IGP bisa dihakimi oleh parlimen secara telus . Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yang dipaksakan untuk menyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma. Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannya di cekup bawah ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.; Hukum tanpa bicara.

10. Kerajaan Rakyat juga bererti ; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman( Judisciary ), atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif
( Speaker ). tetapi berlakumnya ' Separation of Powers " secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu : i]Judiciary (badan Kehakiman )

ii) Badan Eksekutif dan iii) Legislative ( Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni ; KITABULLAH dan ASUNNAH.

THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parlimen membolehkan Akta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksa kerana ' la ikro hafideen "
(Tidak ada paksaan dalam agama /" There's No Compulsion In Religion) Hudud is just meant for the muslims only and non-muslims could opt to the present civil Law. Parlimen juga menerima pakai SISTEM KEWANGAN DINAR sebagai penyelesaian 'Global Economic Recession' bebas-lepas daripada sistem kewangan riba, laba dan cengkaman kapitalisme dan monopolisme

Oleh : Amk Johor

Tun mahathir Mohamad mempertikaikan kewibawaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pengurusan ekonomi negara.

Mahathir mengatakan Anwar tidak mengetahui dalam pengurusan ekonomi. Mantan Perdana Menteri itu sekali lagi mendabik dada beliau adalah ahli ekonomi yang berjaya.

Ia sebenarnya serangnya politik dan bimbang ketokohan Anwar yang kian memuncak ketika ini. Sejak Anwar dipecat, Anwar telah dilantik oleh pelbagai organisasi sebagai penal ekonomi, perunding politik tempatan dan antarabangsa.

Sedangkan Mahathir hanya dilantik sebagai penasihat tempatan sahaja. Kelmarin Anwar sekali lagi dilantik sebagai Penasihat Kerajaan Selangor, ia memberi tamparan hebat kerana tiada perlantikkan baru untuk Mahathir.

Jika ada hanya organsasi terpinggir dan tidak popualar.

Kenyatan terbaru Mahathir memperlihat sikap hasad-dengki masih terpatri selagi Anwar bernyawa. Kita melihat Mahathir tidak boleh melihat umat melayu lebih cemerlang daripadanya.

Oleh yang demikian pencatat menasihatkan Kerajaan Perak, N.Sembilan, Melaka dan lainnya lantiklah Mahathir sebagai Penasihat Ekonomi.

Pencatat mengerti Mahathir masih ketagih popuariti melalui setiap kenyataan media dan penulisan blog. Baginya mencemuh umat melayu adalah tabiat semulajadi.

Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya kecil seharusnya dipanggil untuk mengisi kekosongan tersebut.

Keputusan tersebut dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini setelah mendengar permohonan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail untuk semakan kehakiman terhadap keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekalkan Datuk Abu Hassan Sarif sebagai wakil rakyat di situ.

Abdul Isa memfailkan saman pada 1 Oktober lalu, menamakan Abu Hassan daripada BN dan SPR sebagai responden.

Beliau memohon diisytiharkan Abu Hassan bukan lagi ADUN bagi kerusi tersebut berikutan kegagalannya menghadiri dua persidangan DUN secara berturut-turut dan injunksi menghalang beliau daripada menjalankan tugas sebagai wakil rakyat.

Beliau juga memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi itu kosong dan memerintahkan SPR mengadakan pilihan raya kecil di samping memohon ganti rugi, kos dan faedah lain.

Pada 1 September lalu, SPR memutuskan tidak berlaku kekosongan di kerusi Kota Siputeh dan Abu Hassan masih menjadi wakil rakyatnya.

Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan bertindak bagi pihak SPR. Malaysiakini/-

Harakahdaily

SHAH ALAM, Nov 13 - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilantik sebagai penasihat ekonomi kerajaan Selangor dan untuk tugasnya itu beliau akan dibayar gaji RM1 sebulan.

Demikian umum Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim ketika menggulung perbahasan belanjawan Selangor 2010 doi Dewan Negeri Selangor hari ini.

Katanya, perlantikan Anwar akan merangsang dan menjana pertumbuhan ekonomi negeri.

Anwar merupakan Menteri Kewangan sehingga beliau dipecat pada tahun 1998.

Semasa negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997, Anwar dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan merumuskan pakej mendisplinkan kewangan negara dengan memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18 peratus, memotong gaji para menteri dan menghentikan pembinaan projek mega.

Anwar menyerang terus gejala rasuah yang berleluasa dalam struktur kerajaan dengan melaksanakan audit telus terhadap konglomerat dan empayar perniagaan yang beliau dapati mengelak dari membayar cukai dan mengenakan bayaran tinggi untuk projek-projek kerajaan.

Majalah Times menobatkan Anwar antara 10 manusia paling berpengaruh di dunia ini, dan sejak Mac 2006, Anwar adalah Presiden Kehormat di Institut Account Ability Sosial dan Etika yang berpangkalan di London.

Perlantikan ini penting bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dan juga mempromosikan Selangor sebagai pusat perbankan Islam di rantau ini.

“Oleh sebab itu kita telah bersetuju, Pakatan Rakyat sendiri telah bersetuju supaya kerajaan negeri selain daripada melantik penasihat-penasihat tersebut, melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi maksud menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar Ibrahim merupakan calon yang sesuai kerana beliau berpengalaman dalam bidang ekonomi dan pelaburan antarabangsa.

Selain itu, Anwar juga merupakan penasihat kepada bank-bank Islam yang terbesar di dunia.

“Saudara Anwar telah bersetuju dan menerima perlantikan ini dengan elaun tetap sebanyak RM1.00 sebulan kalau lebih dari itu dia tak akan kerja kita dah bersetuju dan berterima kasih kerana ada orang nak datang sokong kerajaan negeri Selangor dalam usaha ini, jadi kalau ada trip promosi pelaburan, kita akan bawa dia untuk dapat memperkukuhkan hubungan kita,” kata Khalid.

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Nov: Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) menggesa agar Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) lebih matang dalam tindakan agar ianya selari dengan misi jabatan itu "Menguruskan hal ehwal Islam secara Hikmah, Amanah dan Berkesan".

Menurut Presiden Gamis, Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, pendirian ini dibuat agar Jais bertindak lebih matang dalam tindakan.

Bagi Gamis, Jais perlu lebih bijak dalam menguruskan isu tauliah yang dibangkitkan ramai pihak baru-baru ini demi maslahah dakwah dan perkembangan Islam di Malaysia amnya.

Isu tauliah ini hangat dibincangkan selepas negara telah dikejutkan dengan penangkapan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin oleh Jais semasa menyampaikan kuliah agama di sebuah kediaman peribadi di Taman Sri Ukay Hulu Klang. Beliau ditahan atas alasan mengajar agama tanpa tauliah di hadapan kira-kira 100 hadirin.

Lebih mengecewakan, apabila media hari ini melaporkan, Pegawai Penguat kuasa Jais, Ahmad Tarnuzi Nokin, berkata pentauliahan itu perlu walaupun hanya untuk mengajar seseorang bakal saudara baru mengucapkan dua kalimah syahadah, selain mengaji mukaddam.

Tarnuzi berkata demikian ketika menjawab soalan peguam syarie, Kamar Ainiah Kamaruzzaman yang mewakili penceramah agama bebas, Dr Abdullah Yasin, dalam perbicaraan di hadapan Hakim Syarie Ghazali Ahmad.

"Kenyataan dalam akhbar hari ini seolah-olah menunjukkan Jais menolak pengembangan dakwah di Selangor sedangkan kita sepatutnya menyahut seruan Rasulullah s.a.w. yang menyeru umatnya "menyampaikan walaupun hanya satu ayat".

"Berapa ramai pendakwah yang mempunyai tauliah Jais hari ini? Saya berpandangan, kalaulah begini, gerakan dan usaha dakwah serta islah di Selangor akan semakin lembab," ujar Mohd Idris.

Beliau tidak menolak pandangan bahawa tauliah ini perlu demi kemaslahatan tertentu.

Namun, persoalannya berapa banyak maslahah yang akan terhalang hanya beralasankan beberapa mafsadah yang berlaku?

Kenyataan ini juga seolah-olah satu penghinaan kepada para pendakwah yang pernah mengajar syahadah dan mengajar al-Quran termasuk di kampung-kampung tetapi tidak memiliki tauliah Jais.

Isu tauliah Jais ini mendapat kritikan pelbagai pihak termasuk NGO, parti-parti politik dan tokoh tanah air yang memandang seolah-seolah tindakan Jais akan menyebabkan ruang lingkup dakwah semakin sempit.

Gamis menyeru agar isu ini bukan sahaja dipandang dari sudut pembelaan terhadap individu-individu tertentu semata-mata, namun ianya haruslah melihat kepada kesannya kepada masyarakat pada masa akan datang.


SHAH ALAM, 15 Nov: Ahli Parlimen Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali mendakwa beberapa pihak daripada Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB:), syarikat diamanahkan Kerajaan Negeri menguruskan aktiviti melombong pasir dipercayai terlibat menjadi dalang kes curi pasir di negeri itu.


Mohamed Azmin sepeti dilapor akhbar Sinar Harian berkata berkata, laporan polis telah dilakukan berhubung perkara berkenaan dan kini beliau sedang mengumpul bukti bagi memastikan pihak yang terlibat dikenakan tindakan sewajarnya.

“Saya menerima aduan mengenai kecurian pasir yang menggunakan lori KSSB. Jadi saya nak tahu siapa yang terlibat dan apa tindakan yang akan dikenakan.

“Saya akan dapatkan salinan dan serahkan Kerajaan Negeri untuk teruskan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas Sidang Dewan Negeri ditangguhkan, semalam.

Beliau berkata, perkara ini harus ditangani berikutan kegiatan curi pasir semakin berleluasa dan hanya menjejaskan pendapatan dan hak rakyat negeri ini.

“Sama ada orang dalam atau orang luar curi tetap curi dan tindakan mesti diambil,” katanya.

Sementara itu, Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata, beberapa wakil daripada KSSB telah dipanggil membuat penjelasan.

“Kita telah putuskan dan mengeluarkan notis bahawa mana-mana tanah persendirian yang didapati terlibat dalam kegiatan curi pasir akan dirampas.

“Notis 7A akan dikeluarkan supaya mereka menghentikan kegiatan berkenaan. Jika tiada sebarang tindakan, kita akan rampas tanah mereka,” katanya.

Yaakob berkata, setakat ini terdapat beberapa kes kecil kegiatan curi pasir telah dikenal pasti manakala terdapat empat tanah persendirian di kawasan Dengkil dirampas Kerajaan Negeri.

“Terdapat kes-kes kecil yang sudah dikawal tetapi tidak banyak.

“Setakat ini empat kawasan di Dengkil telah dirampas semula. Saya akan terus jalankan siasatan dan berharap supaya Azmin dapat bantu saya,” katanya.

HarakahDaily.Net/-

    Followers