Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

11 Syaaban 1431 H
Oleh : Nash Ar Rawy

Melayu adalah teras politik Malaysia bukannya Umno . Ini adalah kerana Melayu terpecah kepada dua kumpulan yang terbesar iatu . PAS dan Umno .Mana-mana parti ini , siapa menang pilihanraya adalah menjadi teras atau tonggak politik Malaysia.

Contohnya, di Kelantan dan Kedah tonggak yang menguasai politik negeri tersebut adalah PAS bukannya Umno . Bahkan kuasa politik Kelantan di tangan PAS selama lebih 20 tahun . Ini membuktikan bahawa Melayu lebih selamat tanpa Umno apabila Islam yang memerintah memberikan keutuhan , kesejahteraan dan keadilan untuk ummah dan semua kaum dengan sistem keadilan Islam .

Apabila PAS menjadi tonggak politik Malaysia menggantikan Umno dan Pakatan menggantikan Barisan Nasional selepas PRU 13 nanti, insyaAllah . Orang Melayu tiada perlu bimbang kerana parti pemerintah yang baru adalah PAS/PAKATAN dan Umno/BN akan menjadi Ketua Pembangkang di parlimen seperti yang berlaku kepada Umno di DUN Kelantan, Kedah , Pulau Pinang dan Selangor . Ummah lebih maju , terbela dan selamat daripada kerakusan Umno atau SAUK(selagi ada Umno Kacau).

Bukan hanya Umno sahaja yang boleh memerintah . PAS juga berwibawa dan berkemanpuan serta bersedia untuk memerintah ‘Kelantan yang lebih besar” yakni , menguasai dan menjadi tonggak Kerajaan Persekutuan , Parlimen dan Putrajaya bersama rakannya Keadilan , DAP dan SNAP dalam PAKATAN RAKYAT , insyaAllah ! PAS optimis kali ini.

PAS tiada akan menyelamatkan parti perkauman kebangsaan Melayu Umno itu ; semata-mata kerana hendak menanggung ‘ Biawak Hidup “ yang sarat dengan kezaliman ke atas rakyat, kemungkaran ekonomi, skandal, rasuah, salahguna-kuasa , salah-tadbir , perkauman dan kronisme.

Umno adalah teras kepada kemungkaran yang menguasai negara dan ummah selama ini yang terhimpit dengan permainan politik perkauman dan masih lagi tiada mahu akur bahawa politik perkauman dan penyatuan yang berasaskan kaum dan bangsa sudah di tolak oleh rakyat Malaysia . Buktinya, rakyat Malaysia daripada perlbagai kaum telah menolak calun Umno , MCA dan MIC di dalam PRU 12 .

Namun, UBN masih lagi dengan sentimen perkaumannya seperti kata Nasir Safar orang kuat satu Malaysia PM sendiri dengan retorik beliau Cina dan India adalah pendatang wahal mereka adalah warganegara Malaysia bukannya pendatang asing . Lebih kotor lagi menyatakan Cina itu ‘pelacur’ dan India’pengemis”.

Oleh kerana sentimen perkauman cetusan Umno ini sudah tiada laku , maka lagu perkauman tersebut cuba dimainkan pula oleh Perkasa ambilalih tempat Umno untuk meraih undi Melayu pada PRU13 itu nanti.

Ditokok pula dengan Perkasa MCA dan mungkin selepas ini Perkasa MIC . MIC dan MCA yang sekarang ini berkeceramuk di tolak oleh kaum India dan Cina; yang bakal karam dengan Umno dalam bahtera perkauman UBN itu sendiri pada PRU13 nanti, insyaAllah.

Hanya PAS/Pakatan yang boleh menyelamatkan ummah dan semua kaum di negara ini ; bukan sahaja orang Melayu kerna dasar PAS adalah Islam ; iaitu, “ Rahmatan lil ‘alamiin “ ( Rahmat kepada sekalian alam ) tanpa mengira ras, agama dan ideologi politik . “ Islam Just For All “

PAS sekali-kali tiada akan mengkhianati bangsa Melayu dan rakyat semua kaum kerna hak keistimewaan orang Melayu, raja-raja, Bahasa Melayu , Islam sebagai agama persekutuan dan hak kaum lain dan kebebasan berugama sudah pun sediada dan termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan .

Semua Presiden Parti dalam Pakatan ; iaitu TGHH, Lim Kit Siang dan DS Anuar Ibrahim telah menegaskan berkali-kali akan menjunjung dan mempertahankan Perlembagaan Malaysia.

Sebaliknya Umnolah pengkhianat agama , bangsa dan negara kerana menghapuskan Penggunaan Bahasa Melayu bagi mata pelajaran Matamatik dan Sains , biasiswa kepada Bumiputra dan penolakan Akta Hudud yang dibentangkan TGHH sebanyak tiga kali di dalam Parlimen .

Bahkan parlimen tiada tahu menahu tentang pengkhianatan Umno kepada negara sewaktu dua telaga minyak yang bernilai RM320 Billion diserahkan kepada Brunei demi untuk kepentingan kroni kedua-dua negara . Tanjung Pagar hilang begitu sahaja kepada Singapura sedangkan itu hak Malaysia ( KTMB ) yang bernilai tinggi dan merupakan warisan negara.

Oleh itu Umno janganlah menjadi tiada siuman bermain dengan isu ‘perpaduan Melayu ‘ dan gunapakai ‘Setan Bisu Judi’ alias Mufti Perak pula kerna orang sekarang sudah tolak dan terima perpaduan Islam yang menyatukan semua kaum di Malaysia ini; di atas teras keadilan Islam untuk semua yang diyakini rakyat berbilang kaum .

Bahkan PAS bisa menjadi teras politik negara kerna terbukti sekitar 20,000 bukan Islam sudah mempunyai dewan mereka sendiri di dalam PAS . Iaitu, DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS . Ini bererti PAS sudah mendahului politik Malaysia dengan menampilkan pendekatan sistem Islam yang adil untuk semua .

Umno masih lagi sempit dengan minda perkauman dan ketinggalan jauh kebelakang ditinggalkan PAS . PAS tiada bisa berkerjasama dengan UMNO, MIC dan MCA yang bernausakan perkauman dan menerima dan istiqamah dengan pakatan politik ( tahaluf siasi) dengan Keadilan, DAP dan SNAP/PAKATAN yang tiada berteraskan perkauman .

at 7/24/2010 01:04:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

12 Syaaban 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Sejak 2008, setelah Pakatan Rakyat mengambil alih Selangor, Dr Hasan Ali dilanda pelbagai kontroversi, antaranya berhubung isu penguatkuasaan penjualah arak, hubungannya dengan DAP dan rombakan kontroversi dalam PAS Selangor. Yang terbaru beliau dituduh bertemu dengan Mufti Perak dalam isu kerjasama antara UMNO-Pas.

Siapa yang membuat tuduhan itu? Orang Pas atau media? Kenapa dibuat tuduhan sebegitu? Kenapa tidak bertanya dahulu orang yang terlibat. Kalau betul beliau berjumpa, tanya dulu isu apa yang dibincangkan. Kalau betul pun dia berjumpa kerana isu itu, kenapa hendak marahkan beliau? Kenapa kita tidak bertindak secara profesional dalam menangani isu ini.

Sebagai perjuang kebenaran dan keadilan mereka harus pandai menggunakan strategi yang berkesan, jangan sampai musuh tahu strategi itu. Oleh sebab itu setiap yang berlaku jangan bertindak secara membabi buta atau tergesa-gesa. Jangan gelabah dalam menyelidik punca dan tindakan. Ketika itu barulah terhasil kejayaan yang cemerlang.

Sebagai orang politik, mereka harus tahu sepak terajang musuh mereka. Maka apa yang dikatakan itu bukan itu yang dimaksudkan, tetapi sebaliknya atau kesannya. Kalau kita buat tafsiran lain, yang akan rosak ialah mereka yang kelam-kabutlah.

Sebenarnya isu pertemuan dan perpaduan itu bukanlah besar sangat, tetapi sengaja dibesar oleh pihak tertentu bagi menggoncangkan fikiran ahli-ahli yang tidak faham. Jadi, sebaiknya diamlah daripada menjawab dalam media, sebaliknya membuat penjelasan kepada ahli yang masih tidak faham.

Kalau ahli PAS faham mesej Presiden parti, “Pas dan Umno tidak mungkin bekerjasama” tidak perlu fikir panjang lagi kerana kerjasama parti tidak boleh berlaku. Tetapi ahli kena ingai bahawa presiden juga ada berkata yang perbincangan dari masa ke masa dalam isu umat Islam masih boleh diteruskan. Mesej ini juga jelas.

Daripada mesej itu dapat difahami bahawa pertemuan bukan atas nama parti tidak masalah. Jadi, pertemuan atas nama kerajaan pusat dan negeri tidak masalah. Pertemuan membincang isu rakyat dan kemiskinan tidak boleh dihalan. Apatah lagi berbincang pasal kenduri kendara dan sebagainya, tentu tidak masalah.

Berdasarkan itu kalau pemimpin Pas bertemu dengan pemimpin Umno untuk bincang soal perpaduan ummah apa salahnya, bukankah itu ajaran Islam. Dan ini tentu tidak bercanggah dengan mesej presiden. Tapi kalau pemimpin Pas bertemu dengan pemimpin Umno untuk berbincang soal kerjasama antara Pas dan Umno, awal-awal bismillah lagu sudah salah bahkan bercanggah dengan mesej presiden. Kedua-dua isu ini adalah berbeza.

Saya berharap perjuang-pejuang Islam boleh faham apa yang hendak saya sampaikan. Dan sekali lagi ditegaskan seperti yang pernah disebut sebelum ini (dalam blog ini), perpaduan Melayu tidak mungkin akan terjadi pada saat ini selagi orang yang hendak berbincang itu berdiri atas tiket parti masing-masing. Jika mereka mahu, bukalah baju Pas dan Umno dan buang asabiah parti, barulah boleh berbincang. Kalau tidak, tentu akan berlaku salah faham dan pemikian yang berat sebelah.

Catatan : Tulisan diatas bukan semestinya pandangan kami dan kami tidak bertanggungjawab keatasnya.

July 19, 2010
by 1n2dfansubs

By Jung Sung-ki, Shim Hyun-chul
Staff reporters

[2010-06-24]

A vestige of the fratricidal 1950-53 Korean War, the Demilitarized Zone (DMZ) is a strip of land dividing the Korean Peninsula and serves as a buffer zone between South and North Korea.

The DMZ cuts the peninsula roughly in half, crossing the 38th parallel on an angle, with the west of the zone lying south of the parallel and the east end lying north of it. The 250-kilometer-long, 4-kilometer-wide zone is the world’s most heavily fortified border.

The Armistice Agreement signed by the U.S.-led United Nations Command, China and North Korea on July 27, 1953, established the DMZ along the approximate line of ground contact between the opposing forces at the time the truce ended the Korean War.

The Military Demarcation Line (MDL) runs down the center of the DMZ and indicates where the front was when the agreement was signed. Since the armistice accord has never been followed by a peace treaty, the two Koreas are still technically at war.

The DMZ has seen numerous incursions by the North Koreans, although the reclusive state never acknowledges direct responsibility for any of their provocations.

The heavily militarized border, however, is a ready-made nature reserve containing the last remnants of untouched Korean geography.

During the past half century, the DMZ is and continues to be a deadly place for civilians, making habitation impossible. This isolation along the DMZ has created an involuntary park and is now recognized as one of the most well-preserved areas of temperate habitat in the world.

The DMZ also owes its varied biodiversity to its geography which crosses mountains, prairies, swamps, lakes and tidal marshes. Environmentalists hope that by the time reunification takes place, the former DMZ will be conserved as a wildlife refuge.

Source: Korea Times

at 7/21/2010 01:34:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

9 Syaaban 1431 H
Oleh: annuar kamaruddin

Menurut tatabahasa Melayu, awalan Pe digunakan untuk menunjukkan pelaku, pembuat atau orang profesional contoh orang yang menipu; penipu. Orang yang meragut; peragut. Petinju; cari makan dengan bertinju, Pegusti, ahli gusti professional, Pesilat, kerja bersilat dibayar elaun MSN untuk bersilat.

Tak pernah berhenti memberi rasuah; Perasuah. Manakala awalan Pe juga merujuk kepada orang yang kena . Contoh Pesakit, orang kena sakit. Pelatih, orang kena latih. Orang yang kena rasuah, Perasuah.

Sebut pasal rasuah, perkara yang dah lama berlaku dari dulu sampai sekarang. Bak kata slogan yang dicedok dari iklan oren fn, dulu, kini dan selamanya. Sebabnya perasuah tu tak takut kena dakwa.

YB Abang Mat Sabu dah naik letih ceramah pasal rasuah ni. Dah dekat dua puluh tahun. Tahun 2008 baru rakyat ada sedikit kesedaran. Yang saya ingat sikit-sikit kata Abang Mat, “UMNO dan BN tadak duit nak bagi pengundi.

Depa pinjam kat tauke-tauke. Bila BN menang, dia terhutang budi. Nak balas budi, dia kena bagi tanah ke, projek ke, lesen ke apa saja yang mendatangkan duit. Kebanyakan tauke-tauke ni terlibat perniagaan. Apa lagi kalau nak cepat dapat duit, minta nak naik harga. Last-last rakyat yang kena tanggung. Puncanya, rasuah.

Ada satu kes benar. Kalau nak jadi calon YB, mesti jadi ketua bahagian. Dato yang ada Ph.D dari London ni memang bijak dia punya PR dan seranta. Maklumlah pernah jadi SU PM. Tinggal satu cawangan lagi jadi penentu pencalonannya. Cawangan ni pulak ada dua kampong. Satu Kg. (Baru) satu lagi Kg. (Lama).

Jauhpun tak jauh mana pun. Kayuh basikal sepuluh minit sampai. Maka diapun sewa bas bawa orang Kg. (Lama ) mesyuarat di Kg. (Baru). Hasil usahanya dan duit poket sikit, dia menang. Jadi YB, jadi pulak Exco. Rupanya dia pinjam duit tauke nak rasuah ahli dari Kg. Lama.

Di Kg. Lama ni adalah tanah kosong lebih kurang sepuluh ekar. Ada padang bola. Tau-tau tanah tu dah jadi milik tauke popular tu. Padang bola habis, dah jadi perumahan. Dah hampir siap sekarang ni. Apalagi, anak KC UMNO Kg. Lama tu marah sangatlah. Tubuh cawangan PAS. Naik bendera PAS. Saya kata, nasik dah jadi bubur. Tanah dah hilang. Padang dah lenyap. Itulah padah terima rasuah. Tak lama selepas itu, anak KC tu patah balik ke UMNO. Rupanya kena rasuah juga. Katanya sebab nak sewa kuaters kerajaan. Kuaters tu untuk pegawai je. Dia PRA. Syarat mesti masuk UMNO.

Ini perihal rasuah yang saya paste dari Wikipedia.

Rasuah (Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.)
Rasuah merupakan suatu jenayah atau kesalahan undang-undang dimana seseorang mendapat kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) dari pihak berkuasa atau sesebuah syarikat selepas memberi wang, hadiah, keraian kepada pihak-pihak tersebut. Menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terdapat empat kesalahan rasuah yang utama:

Meminta/Menerima Rasuah
Menawar/Memberi Rasuah
Membuat Tuntutan Palsu
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan

Pemberian rasuah jika tidak dibendung akan mengakibatkan banyak masalah sosial kerana undang-undang tidak akan dipatuhi dengan sepenuhnya. Maka kegiatan jenayah dan ketidakadilan akan berleluasa. Rasuah di kalangan penguatkuasa adalah perkara biasa di kebanyakan negara pengeluar petroleum dan negara miskin terutamanya di Amerika Latin.

Indeks Persepsi Rasuah Indeks ini ialah Indeks Persepsi Rasuah yang dikumpul dari ahli perniagaan atau bisnes yang memberi mata dengan skala 0 hingga 10 dengan 10 (bersih dari rasuah) dan 0 (kadar rasuah yang amat tinggi).

Indeks ini telah dirangka oleh Transparency International satu badan antarabangsa yang menganalisa ketelusan serta kadar rasuah di peringkat sejagat.

Antara negara-negara yang mempunyai kadar rasuah yang amat tinggi dan mendapat mata di antara 1.5 dan 2.0 dalam TI Corruption Perceptions Index 2004 termasuklah:

Haiti
Bangladesh
Nigeria
Myanmar
Chad
Paraguay
Azerbaijan

Di kalangan negara ASEAN (selain Myanmar), Indonesia mempunyai mata yang sangat rendah iaitu pada 2.0. Manakala Malaysia terletak di bahagian yang lebih tinggi iaitu dengan mata 5.0. Namun negara ASEAN yang mendapat keyakinan paling tinggi ialah Singapura dengan 9.3.

Politik wang ialah istilah rasuah bagi perlakuan mengunakan wang ringgit dalam pertandingan atau dalam mempengaruhi seseorang ahli atau perwakilan bagi meraih sokongan terhadap seseorang calon yang bertanding merebut jawatan yang dipertandingkan.

Secara mudah adalah wang tunai diberikan kepada pengundi bagi mendorong mereka mengundi calon berkenaan. Selain wang, pemberian berbentuk hadiah, barangan seperti kain pelikat / kain batik, dan pemberian tender atau kontrak tertentu jika bertujuan mempengaruhi pengundi, juga digolongkan sebagai politik wang.

Melihat kepada definisi SPRM, sepatutnya UMNO dah lama masuk lokap kerana perbuatan rasuahnya. Pengundi pun akan ikut sama. Tapi apasal tadak apa-apa tindakan pun. Kerana UMNO masih berkuasa. UMNO sepatutnya ikut contoh polis tampal stiker “JANGAN RASUAH” Apa polis saja kah yang berpotensi rasuah. JPJ, Puspakom, Pejabat Tanah, JPP kenapa tak tampal.

Selagi pengundi jadi Perasuah, selama itulah UMNO akan selamat. Yang menghairankan, kenapalah Tok Nek, Tok Wan, Atuk, Pak Cik Makcik kat kampong-kampong masih dok undi UMNO-BN. Padahal anak cucu dia dok kena bayar macam-macam. Yuran sekolah mencecah ratus ringgit. Yuran universiti kena hutang PTPN.

Barang dok naik harga. Saman sana sini. Sebab makan rasuah. Masa tak pilihanraya, UMNO Perasuah, ahli Perasuah. Masa pilihanraya UMNO Perasuah, Pengundi Perasuah. BN Merasuah.

at 7/21/2010 01:33:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

9 Syaaban 1431 H
Oleh: Dr Asri Zainal Abidin

kalian rampas subsidi kami, entah ke mana dibawa lari
kalian beritahu, wang mesti dicatu, kita menuju maju..
kalian kata: jika tidak, semua menderita, habis harta negara..
kalian berbahasa: bukan barang naik harga,
cuma subsidi turun sahaja..

kami orang desa, mungkin tidak pandai kira berjuta-juta..
kami orang kecil kota, mungkin tiada sedemikian harta..
jika kalian tipu sebegitu, biasanya kami diam selalu..
tapi dapatkah kami dibohongi, tentang suapan saban hari?

apalah yang dapat diberitahu anak ke sekolah..?
papa semakin parah..? wang semakin lelah..?
jika semalam berlauk, hari cuma berkuah..
kerana kerajaan kita sedang susah..?

maka subsidi kita terpaksa diserah..
jika semalam kau makan sepinggan, hari ini saparuh
kerana barang makin angkuh, wang papa makin rapuh..
apa yang dapat dibisik pada anak berkopiah ke madrasah..?

makananmu sayang, sebahagiannya sudah hilang..
jika mereka bertanya siapa yang bawa lari
kepada siapa patut kami tuding jari?
janganlah nanti mereka membenci pertiwi..

akibat pencuri harta bumi rakyat marhaen ini..
atau kami jadi insan curang..
kami beritahu; cuma subsidi sahaja yang kurang?
tiada apa yang hilang, nanti akan datang wang melayang..

dengar sini wahai yang tidak memijak bumi!
pernahkah kalian mengintipi kehidupan kami..
pernahkah kalian ngerti makna derita dan susah hati..

kami yang semput bagai melukut di kota kedekut
kami yang bekerja hingga senja di desa yang makin terseksa
bertarung nyawa dan masa, menghitung setiap belanja

pernahkah kau merasa?
rumah bocor yang lanjut usia..
baju dan kasut anak yang koyak
tinggal dalam rumah yang berasak-asak
siang kami sebak, malam kami sesak..

sedangkan kalian manusia angkasa..
istana permata dibina, kereta berjuta dirasa..
elaun di serata, dari isteri sehingga seluruh keluarga..
hidangan istimewa, konon meraya kemakmuran negara..

tapi kami masih di sini..di teratak ini..
dengan lauk semalam..
dengan hidangan yang tidak bertalam..
dengan rumah yang suram..
dengan wang yang hampir padam..

tiada istana lawa..tiada kereta berharga..
tiada layanan diraja..tiada baju bergaya
tiada kediaman menteri..tiada hidangan v.i.p..
tiada persen di sana-sini..tiada bahagian anak dan bini..

tiba-tiba kalian kata: kamilah beban negara..
aduhai celaka bahasa yang kalian guna..
kalian yang belasah, kami yang bersalah..

kalian buat untung, hutang kami tanggung..
kalian mewah melimpah, kami susah parah
kalian hilangkan wang, poket kami yang terbang..
kalian bina istana, rumah kami jadi mangsa..
kalian makan isi, kami dijadikan abdi..

lantas, kalian rampas lagi subsidi..
ke mana wang itu pergi nanti?
jika kalian berhati suci, wajib mengganti buat kami..
jika tidak pun buat gula konon merbahaya

mengapa tidak beras diturun harga?
jika tidak untuk minyak kereta..
mengapa tambang tidak potong sahaja..
tapi entah berapa kali janji..

konon: nanti kami ganti, kami ganti, kami ganti..
hari demi hari, ceritanya pun tidak berbunyi lagi..
kami terus termanggu di sini..

kalian juga yang nikmati..
kami hanya menggigit jari..
kembalikanlah kepada kami harta negara..
jangan hanya kalian sahaja yang merasa..

Harakahdaily/-

8 Syaaban 1431 H

KUALA LUMPUR, 19 Julai: Nama Malaysia sekali lagi tercetak dalam media Perancis baru-baru ini apabila seorang ahli perniagaan Malaysia yang rapat dengan pihak berkuasa dikatakan bersama artis barat Paris Hilton ketika beliau ditahan kerana memiliki dadah marijuana.

Menurut AFP, akhbar Perancis, Corse Matin melaporkan Paris Hilton ditahan di lapangan terbang Corsica selepas marijuana yang dibawa dalam bagnya dihidu oleh anjing pengesan.

Dalam laporannya, akhbar itu berkata, Hilton sedang mengembara bersama dengan seorang personaliti yang rapat dengan pihak berkuasa di Malaysia ketika beliau ditahan oleh pihak berkuasa. Bagaimanapun beliau dikatakan dilepaskan selepas setengah jam disoalsiasat.

(Gambar: Jho Low (kiri sekali) di atas bot mewah bersama Paris Hilton (tiga dari kiri)

Ekoran itu, pelbagai pihak tertanya-tanya siapakah lelaki itu.Hari ini, media melaporkan, lelaki itu adalah Taek Jho Low, seorang ahli perniagaan dari Malaysia yang berjaya mendapat hak untuk membangunkan tapak lapangan terbang TUDM di Sungai Besi.

Sebelum ini, Ketua Angkatan Muda PKR, Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan siapakah orang misteri yang dikatakan rapat dengan anak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah mansor.

Shamsul mencabar perkara itu di Kota Bharu semasa Kongres PKR yang diadakan di sana bulan lalu.

Menurut Shamsul, Jho Low telah berjaya mendapatkan kontrak untuk membangunkan semula TUDM dengan nilai RM500 juta.

Bagi Shamsul, dakwaan ini sangat serius kerana cara hidup Jho Low di luar negara sangat meragukan.

Harakahdaily/-

at 7/20/2010 04:39:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

8 Syaaban 1431 H
Oleh: safarizal saleh

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) tidak yakin akan personaliti Mufti Kerajaan Negeri Perak Tan Sri Dr Haji Harussani Zakaria mampu dijadikan seorang yang bersikap profesional atau adil di dalam memastikan isu perpaduan masyarakat Melayu / Islam kerana beliau jelas telah di lihat berpihak dengan pendirian politiknya.

Kenyataan isu perpaduan dan penyatuan ini sebenarnya adalah agenda Umno bagi memastikan mereka akan terus berkuasa setelah mana rakyat sudah mula menolaknya.

Malah DPPN Pk menolak Tan Sri Harussani kerana sikap perkauman yang terlalu tinggi dalam memperkatakan tanggungjawabnya dalam bidang tugasnya sebagai seorang Mufti. Semasa berada di luar negara terutamanya (Australia, Jun 2010), Tan Sri Harussani menanamkan sikap pembenciannya terhadap bangsa-bangsa lain dalam ceramahnya kepada pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia di sana.

Islam yang dibawa oleh Rasullullah SAW tidak mengajar umatnya untuk bersikap membenci agama atau bangsa lain tetapi perlu memahami dan mempelajari serta menguruskan perbezaan tersebut.

Sepatutnya Tan Sri Harussani masti bersikap neutral dengan ilmunya yang menampilkan ciri-ciri tokoh yang dihormati dan bukannya sebagai juru cakap pihak-pihak tertentu. DPPN Pk yang pernah mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Harussani pada setahun yang lalu (3 Julai 2009) dan telah menegaskan perkara tersebut.

DPPN Pk akan terus membantah usaha penyatuan ini yang jelas tidak berteraskan Islam dan menafikan tuntutan Perlembagaan Malaysia yang telah diterima oleh semua kaum di dalam negara kita.

    Followers