Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

27 Ramadhan 1431 H
Oleh: Abu Syamil

Berikut adalah bukti yang menunjukkan Umno sangat terdesak sehingga sanggup
berbohong kepada rakyat Malaysia dengan mendakwa 756 ahli PAS menyertai Umno :

1) Setelah disoal selidik ahli PAS cawangan yang berhampiran Bagan Baru,
didapati tiada ahli PAS yang menyertai Umno kecuali Mat Arop Saman dan isteri
sahaja. Ini menunjukkan dakwaan Dr Zambry Abdul Kadir sebahagian besar 756 yang
menyertai Umno itu ahli PAS adalah tidak benar sama sekali.

2) Cawangan PAS Bagan Baru belum didaftarkan di bawah ROS dan belum mempunyai
jawatankuasa penaja peringkat cawangan, fakta ini menolak dakwaan Mat Arop
Saman memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua PAS Cawangan Bagan Baru selama 22
tahun.

3) Mat Arop Saman telah diterima menjadi ahli PAS pada 22 jun 2009 setelah
membuat permohonan pada tahun 2008 ketika PR memerintah negeri Perak. Fakta ini
menolak dakwaan Mat Arop Saman telah menjadi ahli PAS selama 32 tahun.

Dengan ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Larut mencabar Umno Bahagian Larut supaya
mendedahkan senarai nama ahli PAS yang menyertai Umno jika benar seperti yang
didakwa. Jika tidak, Pemimpin Umno terus akan dikenang oleh generasi pemimpin akan datang
sebagai tokoh pembohongan.

at 9/06/2010 03:44:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

27 Ramadhan 1431 H
www.pas-miri.blogspot.com

AlhamduliLLAH pada Jumaat,Pesuruhjaya PAS Negeri Sarawak,Tuan Haji Adam bersama rombongan Badan Perhubungan PAS Negeri Sarawak dalam misi ziarah pimpinan ke setiap PAS Kawasan telah singgah di bandaraya Miri.

Rombongan yang tiba sebelum berbuka puasa telah disambut pimpinan PAS Kawasan Miri. Seusai solat tarawih, rombongan telah mengadakan mesyuarat bersama pimpinan PAS Kawasan Miri.

Perbincangan yang berlaku dalam suasana ukhuwah tamat kira kira jam 1230 tengah malam telah menyuntik semangat PAS Kawasan Miri dalam meneruskan gerakerja memartabatkan dakwah dan siasah di bumi Miri ini.

YDP PAS Kawasan Miri telah sudi menyampaikan kad raya PAS Kawasan Miri dan sedikit sumbangan infaq markas PAS Negeri sebanyak RM 5 Ribu kepada Pesuruhjaya. Rombongan bergerak ke Mukah selesai Solat Subuh keesokannya dan misi dakwah diteruskan bagi membawa obor ISLAM di bumi Sarawak ini.

Pada Sabtu tengahari pula,PAS Kawasan Miri diketuai YDP dan SU Kawasan,Saudara Arif telah sudi menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Pujut Padang Kerbau. Dalam ziarah tersebut, pihak PAS dimaklumkan seramai 7 sekeluarga hilang tempat tinggal dengan kerugian diaksirkan sebanyak RM 30 ribu.

seorang ibu ,Noor Asyikin,27 tahun yang melecur tangan dan bahagian muka dan badan dalam nada sebak menyatakan kesedihan akan insiden yang berlaku menjelang Hari Raya
Puasa ini,namun tetap bersyukur tiada perkara yang lebih buruk berlaku setelah beliau menyelamatkan anak -anak beliau semasa kejadian.

Untuk rekod sudah 3 kebakaran besar berlaku sekitar perumahan di Miri yang mengundang rasa kecewa PAS Miri akan tindakan pihak berkuasa dalam menyegerakan sistem pendawaian yang lebih baik kepada rumah yang sudah lama didiami di sekitar Kampung di sini.

Sedangkan kalau pilihanraya kecil;pasti mengalir projek mee segera ;tapi kalau untuk
kebajikan rakyat diluar waktu pilihanraya amatlah mendukacitakan.

at 9/06/2010 03:43:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

27 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 6 Sept: PAS yakin kedegilan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menarik balik tuduhannya adalah kerana sikap dendam mendalam sejak sekian lama terhadap parti itu.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, pemimpin Umno sebenarnya sakit hati kepada PAS kerana semua isu yang dibangkitkan mereka terkubur dan tidak mendapat sambutan rakyat.

"Malahan pemimpin PAS menjawab dengan matang dan tenang, berdasarkan nas syarak, ini yang menyebabkan Zainudin Maidin sakit hati," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau mengulas pendirian Zainuddin yang tetap mempertahankan tudahan bahawa PAS pernah berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman dan menyuruh Tunku merampas harta orang Cina sewaktu peristiwa 13 Mei 1969.

Menurutnya, adalah satu perkara yang mustahil perkara yang sebesar itu, tidak diambil serius oleh Tunku.

Sehubungan itu, beliau mencabar Zainuddin mendedahkan siapakah nama pemimpin PAS yang didakwa berjumpa dengan Tunku tersebut.

"PAS adalah parti yang mempunyai dasar dan organisasi yang teratur.

"Sebarang keputusan dasar yang dibuat oleh mana-mana individu, daripada Mursyidul Am hinggalah ahli biasa tidak dianggap mewakili pandangan parti melainkan setelah diluluskan oleh Jawatankuasa Pas Pusat, Syura dan Muktamar.

Contohnya ketika Pas hendak menyertai Kerajaan Campuran dengan Perikatan, kemudian Barisan Nasional," jelasnya.

Hujah Zainuddin itu jelasnya bukan sahaja dangkal, malah menjelaskan lagi bahawa beliau iadalah seorang yang istiqamah menentang perjuangan yang di bawa oleh PAS daripada muda sampai tua.

Beliau juga yakin, tujuan utama Zainuddin adalah untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina di negara ini terhadap PAS seperti beberapa serangan api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno.

"Kalaulah PAS hendak rampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan Tunku Abdul Rahman.

"PAS boleh buat sendiri terhadap Cina di Kelantan yang minoriti. Hakikat yang berlaku ialah tidak ada seorang pun Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan," katanya.

Ekoran kenyataan itu juga, beberapa laporan polis sudah dibuat oleh PAS meminta Zainuddin disiasat

Harakahdaily/-

at 9/06/2010 03:42:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

27 Ramadhan 1431 H
Oleh: Mohd Sabri Said

KEPALA BATAS, 6 Sept: "Saya masih waras dan tahu menilai majlis apa yang dibolehkan ketika bersama masyarakat Islam"kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ketika membidas dakyah terbaru Umno kononya beliau menyembelih lembu korban.

Menurutnya, perbuatan itu sengaja dibuat dengan menukar gambarnya dengan wajah Mantan Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaludin dengan tujuan mencetuskan kemarahan Umat Islam terhadapnya.

Beliau yakin, rakyat tidak tunduk dengan fitnah yang tidak berasas tersebut yang mempunyai maksud untuk merosakkan perpaduan kaum yang sedia ada.

Menurutnya lagi, punca utama kemarahan kepimpinan Umno dan BN terhadap kepimpinanya ialah ketika beliau mengharamkan judi bola Piala Dunia baru-baru ini. Disebabkan pengharaman tersebut kerajaan kehilangan sumber pendapatan yang besar.

(Gambar: Guan Eng menyerahkan wang pengurusan jenazah RM 1000 kepada waris si mati)

"Bila Kerajaan Pakatan rakyat mengeluarkan kenyataan haramkan judi bola, ramai yang marah malah ada yang anggap ianya tindakan jahat kerana menghalang sumber pendapatan negara, " jelasnya.

Pulau Pinang merupakan negeri pertama yang berbuat demikian baru diikuti oleh beberapa negeri lain sehingga membuatkan Kerajaan Pusat terpaksa mengubah keputusan mengharamkan kononya mendapat bantahan banyak pihak.

Sementara itu, masyarakat berbilang bangsa di Pulau Pinang terus memuji langkah Kerajaan Negeri memberikan wang pengurusan jenazah RM1,000 kepada waris warga emas yang telah meninggal dunia serta baki pemberian RM100 kepada 80 orang warga emas di Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Dua.

Pemberian itu merupakan ehsan yang dianggap cukup mengembirakan waris yang menerima kerana sebelum ini tiada kerajaan sehebat Pakatan Rakyat yang sanggup memberikan saguhati tanda simpati kepada waris yang menerima kematian keluarga tercinta.

Program sumbangan pengurusan jenazah yang diadakan di Dewan Orang Pajak Song baru-baru ini adalah program kedua setelah berjaya dadakan di Seberang Perai Selatan penghujng bulan lepas.

Seorang penerima, Osman Saad berkata, pemberian RM1,000 itu membuktikan apa yang dijanjikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyatt di Pulau Pinang bukan janji kosong sepertimana yang didakwa oleh pembangkang.

Ooi Ah Nga pula berkata, pemberian itu terbukti slogan 'Kerajaan Berjiwa Rakyat' betul-betul menjadi kenyataan tidak mempermainkan rakyat dengan berbagai slogan.

Manakala bagi Encik Gunaseelan dari Butterworth, pemberian itu merupakan simbol Kerajaan Pakatan Rakyat berbanding Kerajaan BN yang hanya tahu menabur janji tetapi sukar untuk merealisasikanya.

"Walaupun pemberian itu tidak seberapa namun bagi rakyat yang baru menerima kematian keluarga ia merupakan hadiah berharga yang tiada ternilai terutamanya keluarga miskin, " ujarnya yang menerima sumbangan pengurusan jenazah ayahnya mendiang Kuppusamy yang meninggal pada bulan Mac lepas.

Harakahdaily/-

at 9/06/2010 03:41:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

27 Ramadhan 1431 H

KUALA LUMPUR, 6 Sept: PAS akan menghantar surat kepada bekas Menteri Penerangan, Datuk Zainudin Maidin (Zam) bagi meminta bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu itu memohon maaf dan menarik balik kenyataan fitnahnya terhadap parti Islam itu.

Pengerusi Lajnah Guaman PAS, peguam Mohamed Hanipa Maiden (gambar) berkata, jika Zam tidak berbuat demikian, beliau akan memfailkan saman terhadap Zam selepas hari raya ini.

"Saman ini akan difailkan atas nama Setiausaha Agung PAS," kata Hanipa kepada Harakahdaily. Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi mengesahkan perkara ini.

Selain Zam, beberapa akhbar yang menyiarkan kenyataan Zam ini akan dinamakan sebagai defendan dalam kes ini, kata Hanipa.

Zainuddin sebelum ini mendakwa kononnya PAS meminta Tunku Abd Rahman Putra Al-Haj merampas harta orang cina ketika tragedi 13 Mei 1969 serta dakwaan kononya PAS menyebelahi Indonesia ketika konfrontasi antara Malaysia dengan negara tersebut.

Ia telah disiarkan dalam Utusan Online dan beberapa akhbar lain termasuk akhbar Cina.

Ekoran itu beberapa laporan polis telah dibuat oleh PAS di seluruh negara bagi membantah kenyataan itu.

Semalam, Zam dengan angkuhnya mempertahankan kenyataan beliau itu.

Menurut Hanipa, kenyataan Zam itu adalah fitnah yang sangat jahat dan tidak bertanggungjawab terhadap PAS tambahan pula ia dibuat di bulan Ramadhan.

Beliau juga mendapati kenyataan itu memutar belitkan fakta sejarah.

Sebelum ini, Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad menyelar kenyataan Zam itu.

Hujah Zam itu, jelasnya, bukan sahaja dangkal malah menjelaskan lagi bahawa beliau iadalah seorang yang istiqamah menentang perjuangan yang di bawa oleh PAS daripada muda sampai tua.

Beliau juga yakin, tujuan utama Zainuddin adalah untuk menimbulkan keresahan di kalangan orang Cina di negara ini terhadap PAS seperti beberapa serangan api perkauman telah ditiup dengan kencang di dalam negara ini hasil daripada provokasi Umno.

"Kalaulah PAS hendak rampas harta orang Cina, maka PAS tidak perlu minta bantuan Tunku Abdul Rahman.

"PAS boleh buat sendiri terhadap Cina di Kelantan yang minoriti. Hakikat yang berlaku ialah tidak ada seorang pun Cina yang dibunuh dan sebuah kedai pun yang dibakar oleh orang PAS di Kelantan," katanya.

Harakahdaily/-

25 Ramadhan 1431H.

Orang ramai dinasihatkan tidak terpengaruh dengan khabar angin mengatakan Aidilfitri akan disambut pada hari Khamis, sebaliknya menunggu sehingga pengumuman dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, lapor Berita Harian Online.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, berkata ia sekadar khabar angin dan tidak semestinya betul.

“Saya mendengar khabar angin itu sejak minggu lalu. Orang ramai tidak perlu keliru sebaliknya menunggu pengumuman pada malam 8 September ini,” katanya ketika dihubungi tetapi enggan memberi komen lanjut sebaliknya meminta merujuk ke laman web Jakim.

Laman web Jakim menyatakan tarikh Aidilfitri pada tahun ini ialah 10 September 2010 iaitu pada hari Jumaat.

Sementara itu, Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (Ilim), Zamihan Mat Zin, menganggap khabar angin itu diada-adakan oleh pihak yang enggan menyambut Aidilfitri pada hari Jumaat kerana perlu melakukan dua solat dan mendengar dua khutbah.

Katanya, pemerintah mempunyai kuasa membuat pengumuman mengenai tarikh sambutan Aidilfitri dan orang ramai tidak perlu keliru dengan khabar angin itu.

“Bagi saya, khabar angin ini disebarkan oleh orang yang keberatan melakukan dua solat iaitu solat sunat Aidilfitri dan solat Jumaat. Jarak waktu kedua-dua solat ini membuatkan mereka berasa seolah-olah tidak ada masa untuk berhari raya,” katanya ketika dihubungi.

Beliau juga menyatakan Malaysia tidak perlu mengikut ketetapan Arab Saudi kerana negara mempunyai kaedah tersendiri menentukan tarikh hari raya iaitu rukyah dan hisab yang sudah diakui ulama.

Katanya, tidak mustahil anak bulan akan kelihatan pada petang 29 Ramadan tetapi keadaan cuaca di Malaysia yang selalu berawan menyebabkan ia sukar dilihat.

“Keadaan itu menyebabkan kita kembali kepada kaedah pengiraan ahli falak,” katanya.

Ketua Bahagian Falak, Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr Kassim Bahali, berkata khabar angin seumpama itu selalu muncul pada tahun Malaysia berpuasa genap 30 hari.

“Tahun ini kita berpuasa genap 30 hari yang bermakna Aidilfitri akan disambut pada hari Jumaat, 10 September 2010. Selalunya itu yang terjadi. Bila puasa genap 30 hari, akan muncul khabar angin menyatakan puasa cuma 29 hari. Saya tak percaya dengan khabar angin itu dan meminta orang ramai tidak menghiraukannya.

“Saya bertegas dengan pengiraan yang dibuat kita akan menyambut hari raya pada hari Jumaat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kassim yang turut menjadi sasaran pertanyaan orang ramai mengenai perkara itu, berkata beliau akan muncul dalam satu program dengan radio Melaka untuk bercakap mengenai khabar angin berkenaan dan dirakamkan dalam bentuk video yang boleh ditonton menerusi laman web www.khawarizmiobs.com selewat-lewatnya petang semalam atau pagi ini.

at 9/04/2010 06:52:00 PM Posted by Unknown 0 Comments

25 Ramadhan 1431H.

Ketika suasana kegembiraan menyambut menjelangnya hari lebaran, nasib berbeza dialami exco kerajaan negeri Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib apabila kehilangan seorang daripada dua anak lelakinya yang koma setelah terbabit dalam kemalangan jalan raya di Batu 34, Jalan Jeniang-Bukit Selambau, dekat Sungai Petani, malam semalam.

Anak keduanya itu, Mohd Syazmin, 16, pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sik menghembuskan nafas terakhir di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, kira-kira jam 10.30 malam setelah koma selama lebih 24 jam selepas kemalangan, petang Khamis.

Mohd Syazmin bersama abangnya, Mohd Syazwan, 18, tidak sedarkan diri selepas kereta Perodua Kelisa yang dipandu anak sulung exco itu terbabas dipercayai cuba mengelak daripada bertembung sebuah lori dari arah yang bertentangan.

Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan teruk di kepala dan badan manakala dua rakan yang bersama mereka ketika itu sekadar mengalami kecederaan ringan dan diberi rawatan pesakit luar di HSAH.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Taman Ria Indah, Sungai Petani dari asrama SMKA Sik setelah dijemput oleh Mohd Syazwan kerana hari akhir persekolahan sempena cuti hari raya Aidilfitri.

"Saya reda dengan pemergian Syazmin," kata Dr Hamdan, ADUN Tanjung Dawai yang juga pengerusi jawatankuasa tetap belia dan sukan negeri, dengan sebak sebaik mengetahui anak lelakinya itu menghembuskan nafas terakhir.

Bagaimanapun, Mohd Syazwan yang masih tidak sedarkan diri di wad sama, dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Jenazah Mohd Syazmin dibawa pulang ke rumahnya pada kira-kira 12.45 malam semalam dan selamat dikebumikan pada jam 11.30 pagi ini di tanah perkuburan Islam Masjid Lama, Merbok.

    Followers