> > > Mesej: TANDA 40 HARI
 > > > Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita
 > > > akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita
 > > > akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.
 > > > Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat
 > > > persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti
 > > > kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan
 > > > memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka
 > > > yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.
 > > > Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk
 > > > mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan
 > > > dicabutnya.
 > > > TANDA 7 HARI
 > > > Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan
 > > > musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara
 > > > tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
 > > > TANDA 3 HARI
 > > > Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita
 > > > iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka
 > > > berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi
 > > > banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan
 > > > memandikan kita nanti.
 > > > Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi
 > > > orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat
 > > > dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu
 > > > dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
 > > > Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan
 > > > sukar ditegakkan.
 > > > TANDA 1 HARI
 > > > Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu
 > > > denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini
 > > > menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan
 > > > harinya.
 > > > TANDA AKHIR
 > > > Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk
 > > > di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya
 > > > akan naik ke bahagian halkum.
 > > > Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam
 > > > diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita
 > > > kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang
 > > > akan mematikan pula.
 > > > Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak
 > > > forward this buletin...may ALLAH SWT bless you.
 > > > Saling berpesan2lah sesama
