|
Exco kolej kediaman Majlis Perwakilan Mahasiwsa (MPMUM), Fadzil Jamal (kanan) bersama tiga orang lagi sedang berada di dalam pejabat pengetua kolej tersebut berhubung perkara itu.
Mereka dilihat masuk ke pejabat pada jam 11.50 pagi dan keluar 15 kemudiannya.
Surat temujanji dengan dengan Dr Zulqarnian telah dihantar Fadzil telah dihantar petang ini.
Kira-kira 50 pelajar menyertai perhimpunan itu dengan membawa tiga kain rentang yang bertulis Kenaikan yuran membebankan mahasiswa,Jangan naik yuran kolej dan MPMUM bersama pelajar kolej 8.
Fadzil berkata, setakat pihaknya dimaklum oleh pelajar dua kolej kediaman berkenaan berhubung kenaikan bayaran yuran tersebut.
Bagaimanapun, beliau tidak pasti sama ada yuran kediaman bagi kolej-kolej kediaman yang lain, juga dinaikkan.
Sementara itu, bendahari MPMUM, Ahmad Syazwan Mohd Hasan pula berkata, beliau dapat bercakap dengan pengetua kolej kediaman ke-8 melalui telefon.
"Pengetua itu memberitahu saya berlaku kesilapan teknikal dalam pengiraan yuran kerana ia sepatutnya dikira berdasarkan jumlah tujuh minggu belajar, tetapi ia dikira berdasarkan 10 minggu dalam satu semester," katanya.
Bagaimanapun, katanya, pengetua tersebut tidak pasti bila wang lebihan itu akan dikembalikan.
"Sebab itulah kami mahu bertemu beliau Isnin untuk mengetahui bila wang tersebut akan dikembalikan," katanya.