Pro Student (Pro-S) yang sebelum ini mengatakan mereka kelompok mahasiswa yang 'berkecuali' menampakkan taring apabila jelas mereka sebenarnya Penggerak Mahasiswa(GERAK).
Mereka yang hanya dikenali melalui blog sebelum ini memaparkan berita-berita umum di blog mereka tanpa menunjukkan menyebelahi mana-mana pihak. Walaubagaimanapun, blog tersebut kelihatan hilang arah apabila secara jelas berkempen untuk calon GERAK belakangan ini.
Beberapa berita yang berbau fitnah juga mula dipaparkan di blog tersebut yang jelas memberikan imej buruk kepada Pro-Mahasiswa. Akuan "Pro-Student adalah satu kumpulan mahasiswa dari Universiti Malaya yang cuba meluaskan minda dan pemikiran mahasiswa tentang isu-isu di kampus. Pro-Student tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi cuba membawa kepada kebebasan mahasiswa untuk berfikir,tidak dikongkong mana-mana pihak atau badan" yang boleh dilihat di ruangan About Author di blog mereka dilihat sudah tidak relevan lagi.
Terdahulu Pro-S hanya memaparkan berita-berita yang neutral walaupun tidak dapat dipastikan kesahihannya.-ProMkini
______________________________________