
15 Safar 1433H. [MOD] -
Keputusan  oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membebaskan  Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dari pertuduhan meliwat  bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan sebentar tadi memberi kesan yang  amat besar terhadap masa depan Pakatan Rakyat membabitkan kesedaran  rakyat berhubung budaya jijik musuh-musuh politik beliau.
Membebaskan  Anwar dari hukuman penjara juga memberikan persepsi bahawa segala  konspirasi untuk menfitnah dan mengaibkan beliau selama ini telah gagal.
Keputusan  tersebut sekali gus menunjukkan Anwar adalah seorang yang bersih.  Manakala pelbagai deretan konspirasi untuk mengaibkan beliau selama ini  adalah rekaan yang sengaja direkacipta oleh musuh-musuh politik Anwar.
Di  mata rakyat pula, pembebasan Anwar akan memperjelaskan lagi bahawa  Anwar tidak bersalah. Di masa yang sama rakyat akan mengutuk pelbagai  'adegan' samaada pertuduhan yang disabitkan dengan Saiful Bukhari Azlan  atau filem prono yang dikaitkan dengan 'skuad' trio Datuk 'T' sebelum  ini.
Kesimpulannya, Pembebasan bukan hanya sekadar kemenangan  besar terhadap personaliti Anwar sahaja malah kepimpinan serta parti  yang beliau wakili turut mendapat kemenangan saikologi.
Atau  dalam lain perkataan, seluruh rakyat akan percaya bahawa segala tindak  tanduk selama ini adalah perancangan yang sengaja di atur oleh  pemimpin-pemimpin Umno/BN untuk mengenakan Anwar.
Secara terus,  keputusan pembebasan Anwar mengheret pencemaran yang lebih kronik kepada  musuh-musuh politik beliau yang terdiri dari pemimpin-pemimpin Umno/BN.
Daya tahan pemimpin ulung
Pembicaraan  selama 87 hari sejak 2008 merupakan suatu tempoh yang memenatkan bukan  sahaja dari kudrat tenaganya tetapi lebih perit kepada tekanan mental  mereka yang cuba disabitkan kesalahan.
Inilah realiti yang telah  di lalui oleh Anwar. Konspirasi fitnah 1 yang ditempuh ketika era Dr  Mahathir dan disambung pula ketika era Najib telah memberi pengalaman  dan kekentalan yang bukan sedikit.
Sebagai seorang ahli politik,  ketua pembangkang dan pemimpin komponen pakatan Rakyat untuk menyongsong  diri dan membawa muka keseluruh ceruk rantau disaat beliau diaibkan  oleh musuh serta media bukan sesuatu yang mudah.
Segala penghinaan tersebut telah dibawa dan diterima oleh Anwar.
Pengorbanan Wan Azizah
Datuk  Seri Dr Wan Azizah Ismail, isteri Anwar ketika berucap malam tadi di  Kampong Baru Kuala Lumpur berkata bahawa beliau terpaksa menerima  hakikat bahawa Anwar bukan sahaja milik beliau malah milik seluruh  rakyat yang cintakan keadilan.
Katanya, beliau terpaksa menerima  hakikat bahawa samaada Anwar di penjara atau dibebaskan bukan  persoalannya. Beliau telah berpengalaman menanggung beban selama 13  tahun hidup bersama Anwar yang tidak henti-henti difitnah dengan  pelbagai konspirasi.
"Saya rela biarkan Anwar di penjara  sekiranya perjuangan beliau tersebut untuk membela keadilan untuk semua  rakyat negara ini. Biarlah saya, anak-anak dan Anwar menjadi korban  asalkan rakyat sedar dan bangun menghancurkan segala kezaliman yang  dilakukan oleh pemerintah yang zalim.
"Andai kesabaran dan pengorbanan ini yang perlu saya bayar maka inilah yang saya akan lakukan."
Gelombang kebangkitan Rakyat
Mungkin  hari ini, esok dan beberapa hari ini pemimpin-pemimpin Umno/BN akan  mengeluarkan kenyataan bahawa pembebasan Anwar membuktikan kerajaan  tidak campurtangan atau mempengaruhi institusi kehakiman negara  sebagimana sangkaan pembangkang.
Mungkin Perdana Menteri, Datuk  Seri Najib Razak pula akan berkata pembebasan Anwar juga membuktikan  tranformasi yang sedang beliau lakukan dalam negara termasuk dalam  bidang kehakiman telah terbukti dan tidak memilih bulu.
Skrip-skrip  inilah yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno/BN sejak 54 tahun  menguasai negara apabila sesuatu isu yang tidak memihak kepada mereka.
Timbalan  Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu ketika berucap dipentas yang sama  bersama wan Azizah malam tadi berkata sejak kebelakangan ini media  kerajaan memainkan isu berhubung siapa pemimpin pembangkang yang layak  menjadi perdana menteri.
"Ini bukti jelas bahawa pemimpin serta  media milik Umno/BN sendiri tidak yakin lagi untuk menang dalam  pilihanraya akan datang. Sedangkan dalam pilihanraya sebelum ini isu ini  tidak pernah timbul.
"Ini juga bukti bahawa kita penuh yakin  pilihanraya akan datang pakatan Rakyat akan tawan Putrajaya kerana  kebangkitan rakyat sudah tidak boleh dihalang lagi," katanya dihadapan  lebih 5,000 penyokong.
Kenyataan beliau sememangnya ada  kebenarannya. Ini memandangkan ramai pengundi senyap yang terdiri dari  pegawai-pegawai kerajaan sudah berani menyokong PR. Pendedahan pelbagai  transaksi dan lapuran-lapuran kewangan yang diserahkan kepada pemimpin  PR supaya didedahkan kepada pengetahuan rakyat membuktikan rakyat sudah  benci kepada pemimpin-pemimpin korap.
persoalannya apakah dengan  pelbagai pendedahan berhubung isu NFC, PKFZ dan sebaginya oleh  kakitangan kerajaan membuktikan kejayaan tranformasi Najib.
Apakah  dengan tertawannya lima negeri kepada PR membuktikan Umno/BN berjaya  membela nasib rakyat sehingga akhirnya rakyat menolak mereka.
Seharusnya sikap 'syok sendiri' dikalangan pemimpin Umno/BN ini dibiarkan berterusan.
Kita  tidak boleh menolak bahawa keputusan yang diputuskan oleh Hakim Datuk  Mohamad Zabidin Mohd Diah juga kesan dari kesedaran oleh para hakim  sendiri untuk memastikan integriti kehakiman negara dihancurkan oleh  pemimpin-pemimpin Umno.
Sekiranya rakyat berani berarak dijalanan  dan tidak takut dengan ugutan maka mustahil para hakim yang pintar,  bijak dan mampu menilai kebaikan disebalik melaksanakan proses keadilan  itu tidak sanggup untuk berubah.
Keberanian para hakim ini  didorong oleh kebangkitan rakyat yang mahu memastikan negara ini  berdaulat melalui perlaksanaan sistem pengadilan yang berteraskan  keadilan dan kebenaran.
Ramai yang percaya sekiranya hakim Datuk  Mohamad Zabidin dipecat atau diperlakukan sesuatu oleh pemimpin-pemimpin  Umno ekoran keputusan membebaskan Anwar, rakyat akan membela mereka.
Kebangkitan  rakyat diseluruh dunia akan meletakkan paksi kebenaran, keberanian dan  keadilan sebagai simbol yang akan diberi dokongan dan idola kepimpinan.
Selain  Anwar telah wujud nama-nama seperti Adam Adli yang dilihat sebagai  simbol perjuangan mahasiawa membebaskan diri dari cengkaman AUKU.
Atau  dalam kata lain. sesiapa sahaja yang menjadi musuh kepada Umno/BN akan  dianggap wira oleh rakyat. Inilah gerakan yang sedang bertiup di negara  ini. Hinggakan segala kepincangan kerajaan terbocor satu demi satu  kepada rakyat.
Siapa Perdana Menteri terjawab
Polimik  berhubung siapa perdana Menteri sekiranya Anwar di penjara bermula  dengan mainan politik murahan pemimpin-pemimpin serta media milik mereka  yang cuba memecahbelah parti-parti komponen pakatan Rakyat.
Mereka  sedar Anwar adalah 'pengikat' kepada PAS-DAP dalam PR. Tanpa Anwar  kewujudan PR tidak akan menjadi realiti. Dalam kebanyakan mesyuarat  pimpinan tertingi PR, Anwarlah yang menjadi pengerusinya.
Andai  Anwar dipenjara maka hilanglah meteri pengikatnya. Lalu isu siapa  perdana menteri apabila ketiadaan Anwar sengaja dimainkan dengan harapan  ia sebagai cubaan melaga-lagakan antara PAS dan DAP.
DAP telah  mengistiharkan semasa konvensyen parti itu semalam bahawa DAP akan tetap  meletakkan Anwar sebagai perdana menteri walaupun beliau dipenjara.
Manakala PAS pula bersetuju untuk meletakkan perdana menteri sementara bagi membolehkan Anwar dibebaskan.
Akhirnya  dengan pembebasan Anwar maka secara tidak langsung isu yang cuba  diketangahkan itu mematikan harapan strategi pecah perintah yang  dilakukan kepada kepada pembangkang selama ini.
Himpunan Aman
Berdasarkan  kepada laporan beberapa wartawan TVSelangor yang berada disekitar  kawasan mahkamah jalan Duta hari ini ada memaklumkan berlaku satu  letupan yang mencederakan dua orang.
Letupan itu didakwa berlaku berhampiran sebuah kereta sejurus selepas hakim memutuskan pembebasan Anwar.
Manakala  sebelum keputusan tersebut diputuskan berlaku suasan tegang antara  orang yang memberi sokongan kepada Anwar dengan kumpulan Saiful yang  terdiri dari anggota Perkasa dan Pekida.
Sementara itu sejak  semalam Perkasa dan Pekida pula mengadakan majlis Qiamulai di Masjid  Wilayah persekutuan berdekatan dengan bangunan mahkamah Jalan Duta.
Namun dengan kerjasana pihak polis dan Skuad marshal AMK keadaan tersebut terkawal.
Masej  dari perhimpunan aman tersebut amat besar ertinya. Sebagaimana berlaku  dalam himpunan aman yang dianjurkan tidak berlaku sebarang kejadian  tidak diingini sekiranya tanpa sabotaj dari mana-mana pihak.
Bimbang  dan takut untuk menyaksikan himpunan yang besar adalah dari  pemimpin-pemimpin Umno/BN kerana himpunan yang besar akan memberikan  sokongan yang besar terhadap penganjurnya.
Masej ini yang cuba  dihindarkan oleh pemimpin-pemimpin tersebut dengan memperkuda institusi  polis. Sedangkan sekiranya Umno/BN pula dibenarkan menganjurkan pelbagai  perhimpunan seperti himpunan sejuta belia, himpunan sejuta umat dan  perayaan hari kemerdekaan atau perarakan maulidurrasul.
Begitu  juga malam sambutan tahun baru yang dibanjiri oleh ribuan rakyat ke  bandar-bandar yang tidak menimbulkan sebarang ancaman walaupun tidak  diberi permit.
Perhimpunan aman yang berlangsung membuktikan tanpa provokasi dari mana-mana pihak akan menghasilkan himpunan yang aman.
Apa  pun pembebasan Anwar hari ini akan membuka ruang yang lebih luas bagi  PR menghadapi PRU13 akan datang dalam usaha menyelusuri laluan menuju ke  Putrajaya.
tv selangor/-