
10 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -
SHAH
 ALAM, 2 MEI : Umno begitu terdesak apabila dua akhbar yang dinaunginya 
iaitu Utusan Malaysia dan Kosmo, bertindak menyiarkan gambar lucah di 
muka hadapan hari ini.
Mursyidul
 Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tindakan ini akan 
menjerumus generasi muda kepada keruntuhan akhlak dan  Umno sudah sangat
 terdesak.
“Saya mengutuk sekeras-kerasnya budaya pemberitaan seperti yang tersiar di muka hadapan Utusan Malaysia pada hari ini.
“Apa
 yang mereka lakukan ini menjerumuskan generasi muda kepada keruntuhan 
akhlak dan budaya seks songsang.. Kenapa isu-isu seperti ini yang 
diangkat untuk mendapat keuntungan politik? soal Nik Aziz dalam 
kenyataan di Facebooknya.
Bagi
 pendakwah bebas, Dr Zaharuddin Abd Rahman berkata, tindakan penyiaran 
gambar berkenaan satu petanda kotor minda dan hati si pembuat keputusan 
menyiarkan gambar berkenaan.
“Saya
 sangat membantah siaran gambar-gambar lucah (tidak kiralah samada ia 
bermotif politik atau tidak, melibatkan wajah mirip pemimpin parti BN 
atau PR) yang disiarkan oleh mana-mana akhbar awam tempatan seperti yang
 dilakukan oleh Utusan Malaysia dan Kosmo 2 Mei.
“Ingatlah
 siaran media awam ibarat iklan, sekali ia memberi idea & gambaran, 
sekiranya ada yang menurutinya, keseluruhan individu yang meluluskan 
keputusan siaran itu bakal mendapat saham dosa sehingga hari kiamat,” 
tulis  Dr Zaharuddin dalam Facebook.
Sementara
 itu, penyiaran gambar berkenaan turut mengundang pemegang akaun 
Facebook di negara ini, antaranya Murni Salleh tulisnya “Anak-anak saya 
yang masih kecil pernah komen; “Issyy..!! tak bagus la suratkhabar 
tunjuk gambar-gambar tak elok!”
“Saya
 tak minat berpolitik..tapi saya seorang ibu dan seorang pendidik..rasa 
sangat malu dan geram..budak-budak kecil pun boleh bezakan yang elok dan
 tak elok..akibatnya..saya terpaksa tapis dulu berita-berita dalam 
suratkhabar sebelum benarkan anak-anaknya membacanya,” katanya yang juga
 seorang pendidik.
“Hari ini saya disajikan paparan majalah lucah terbitan berlesen untuk hiburan masyarakat Malaysia
“Saya juga pengamal media, tetapi saya tahu batas-batas dan etika yang perlu dihormati.
“Bangga
 sangatkah kalian dapat merosakkan pemikiran masyarakat dengan 
menyajikan perkara mungkar,” kata pengamal Media, Ahmad Nadi Karusan.
selangorku/-
