
12 Syaaban 1433H. [MOD] -
KAJANG,
 2 JUL: Gara-gara dengki dengan kejayaan Pakatan Rakyat  Selangor 
menyelesaikan masalah Projek Perumahan Bukit Botak, pemimpin Umno 
Selangor sekali cuba merampas kejayaan tersebut dengan menawarkan harga 
yang tidak munasabah kepada peserta skim itu.
Menurut
 Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad, ADUN
 dari Umno Selangor sekarang berlumba-lumba untuk menonjolkan diri 
sebagai wira bagi menyelesaikan apa yang mereka sendiri gagal selesaikan
 selama lebih 20 tahun,
“Apa
 yang saya tahu, ada ADUN Umno tawarkan harga antara RM60 ribu hingga 
RM70 ribu. Lepas tu ada lagi seorang lagi ADUN Umno menawarkan RM42 
ribu.
“Saya bimbang nanti ada pula YB Umno yang tawarkan harga RM10 ribu pula, jadi macam sarkis.
“Ini
 bukannya jual beli ikan, tetapi melibatkan berjuta-juta ringgit, 
lagipun harga yang kita tawarkan jauh lebih rendah dari harga sebenar,” 
kata Iskandar ketika ditemui selepas Majlis Dialog Bersama Penduduk 
Pangsapuri Anggerik di sini baru-baru ini.
Masalah
 Projek Perumahan Bukit Botak yang lebih 20 tahun terbengkalai dan gagal
 diselesaikan oleh pentadbiran Umno-BN yang lama akhirnya berjaya 
diselesaikan dalam tempoh kurang lima tahun setelah Pakatan Rakyat 
menerajui Selangor.
Kerajaan
 Selangor menawarkan harga RM99,000 kepada peneroka asal kawasan ini dan
 jauh lebih rendah berbanding harga sebenar yang mencecah lebih 
RM160,000.
Pengurangan harga dibayar subsidi sebanyak RM 79.6 juta oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).
Iskandar turut mengingatkan pembeli unit kediaman Projek Perumahan Bukit Botak agar tidak termakan dengan tawaran palsu Umno.
“Saya harap penduduk tak percaya sebab dah lebih 20 puluh tahun, mereka tak buat apa, tak diselesaikan.
“Bila
 kita berjaya selesaikan dalam masa tak sampai lima tahun pentadbiran 
Pakatan Rakyat, mereka tawarkan macam-macam pula,” ujarnya lagi.
selangorku/-
