
3 Zulkaedah 1433H. [MOD] -
KUALA
 LUMPUR: Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya 
hanya Umno yang boleh menentukan survival orang Melayu adalah ajaran 
sesat dan khurafat, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Beliau
 menyeru orang-orang Melayu supaya menolak dan menghapuskan ajaran sesat
 dan khurafat itu kerana kejayaan dan martabat bangsa Melayu bukan 
terletak di tangan Umno.
Kejayaan dan martabat bangsa Melayu, katanya, kepada kesempurnaan iman kepada Allah dan pemerkasaan ilmu pengetahuan.
Mahfuz
 juga mengecam tindakan Najib yang menyebarkan ajaran sesat dan khurafat
 itu semata-mata kerana kepentingan kuasa beliau dan partinya.
"Ia
 bukan sahaja ajaran sesat dan khurafat malah kenyataan yang sangat 
berapi-api dengan perkauman itu boleh menjejaskan keselamatan negara dan
 ketenteraman awam kerana tindakan Najib menakut-nakutkan orang-orang 
Melayu itu boleh mengakibatkan pelbagai padah dan kesan buruk," katanya.
Beliau juga menyifatkan dakwaan Najib yang juga Presiden Umno itu adalah pembohongan besar.
Hakikatnya,
 kata beliau, selama 55 tahun Umno Barisan Nasional (BN) memerintah, 
bangsa Melayu masih mundur berbanding bangsa-bangsa lain di negara ini.
“Kalau
 benar mereka memperjuangkan Melayu, bangsa Melayu sudah maju. Tetapi 
hakikatnya Melayu masih terkebelakang. Ekuiti dan pemilikan hartanah 
orang-orang Melayu masih lemah," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.
Di
 bawah cengkaman pemerintahan Umno, katanya, Melayu bukan sahaja masih 
jauh ketinggalan dari segi pemilikan ekuiti, malah RM52 bilion saham 
Bumiputera kini hanya tinggal RM2 bilion.
“Lebih malang 80 
peratus yang memiliki pendapatan RM1,000 ke bawah adalah orang 
Melayu…yang senang lenang ialah segelintir pemimpin Umno dan kroni 
mereka,” katanya.
Mahfuz juga menyifatkan dakwaan Najib itu 
sebagai percubaan penuh putus asa untuk menyuntik jarum halus dengan 
mengabui pemikiran masyarakat di saat menghadapi pilihan raya dengan 
memainkan sentimen ‘Skim Takut 1Malaysia’ (ST1M) yang berbaur perkauman 
semata-mata untuk mengekalkan kuasanya.
Najib, katanya, berkata 
demikian dengan harapan orang-orang Melayu akan mengubah pendirian dan 
kembali menyokong parti pimpinannya kononnya disebabkan survival Melayu
“Diingatkan
 yang akan terjejas PRU jika rakyat buat pilihan ialah survival politik 
Umno, bukan survival politik Melayu…ini sangat berbeza.
“Umno 
sebenarnya yang takut kehilangan kuasa, sebab itu mereka 
menakut-nakutkan Melayu. Pendekatan ini dibuat secara halus untuk 
menanam kebencian bangsa Melayu kepada bangsa lain," kata Mahfuz.
Beliau
 juga menyeru rakyat khususnya orang-orang Melayu agar menjadikan 
pilihan raya umum akan datang untuk merdeka daripada Umno.
harakahdaily/-