16 Rabi'ul Akhir  1434 H. [MOD] -
GOMBAK:
 Selepas kejayaan lagu PAS Untuk Semua dan Semarak Hijau, Dewan Pemuda 
PAS Gombak (DPPG) melalui Lajnah Perpaduan Nasional mengorak langkah 
merakam kembali lagu berbahasa Cina yang bertajuk Bulan Mewakili Hatiku 
atau dalam bahasa Cina berjudul Yue Liang Dai Biao Wo De Xin.
Lagu yang pernah dipopularkan oleh Teresa Teng, dirakam oleh 
dinyanyikan semula oleh Ustaz Muhammad Ibrahim yang dikenali Ustaz Mad 
Cina.
Menurut Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional DPPG, Ahmad Abdullah 
Sanek, yang juga, lagu itu dirakam untuk mendekatkan orang berbangsa 
Tionghua dengan PAS sebagai parti Islam yang ditakut-takutkan oleh pihak
 pemerintah.
Lagu itu dirakam dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Gombak yang dipengerusikan oleh Ustaz Mad sendiri.
Ketua Pemuda PAS Gombak, Ustaz Syarhan Humaizi Abd Halim pula 
berkata, pihaknya berbangga kerana mempunyai pemimpin yang boleh 
menyanyikan lagu Cina.
"Kita berbangga di Gombak kerana kita ada seorang yang berbangsa 
Melayu dan beragama Islam, malah dia seorang Ustaz Mad yang dikenali dan
 berparti PAS boleh menyanyikan lagu Cina yang begitu popular di 
kalangan masyarakat Cina khususnya.
“Lagu ini juga begitu sinonim dengan PAS kerana ia mempunyai makna 
Bulan Mewakili Hatiku yang begitu dengan dengan ahli-ahli PAS,” katanya.
harakah/- 
