Sudah 21 tahun ana hidup di bumi Malaysia ini. Memang negara kita mengalami pertumbuhan memberangsangkan namun akibat dari sikap rasuah dan korupsi yang melampau serta tiada niat dari pemerintah untuk membantu rakyat telah menjatuhkan Malaysia dari dalam. Ini diakui oleh Dr Mahathir yang menganggap Pak Lah sebagai lemah dan korup. Pak Lah sendiri mengakui bahawa beliau ada memberikan tender kepada Scomi di bawah anaknya. Ini yang mengakibatkan kejatuhan Malaysia. Pihak pemerintah juga tidak mahu mendengar suara rakyat terutama Mahasiswa kerana merasakan rakyat bodoh dan boleh dikawal macam kerbau. Adakah ini yang anda mahukan? Satu negara yang menjadikan rakyat sebagai mangsa dan dicucuk hidungnyer. Pembaca sekalian, sejarah telah menunjukkan bahawa hanya orang muda yang bersemangat rakyat mampu membantu rakyat itu sendiri. Ketika Fidel Castro menentang Rejim Fulgencio Batista di Cuba, beliau adalah seoarang mahasiswa di Cuba dalam bidang undang-undang. Beliau telah membawa rakyat Cuba menjatuhkan Presiden Batista. Oelh itu kita sebagai orang muda jangan leka dan bangun menentang pihak pemerintah yang korup dan memberikan sokongan pada pihak yang melancarkan keadilan pada semua pihak.
PERJALANAN YANG JAUH ITU BERMULANYA DI SINI
-
(Gambar hiasan)
:قال البخاري
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ
عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ ...
4 years ago