Posted by Pro-M at 2:04 PM
Perbicaraan terhadap lapan aktivis pelajar Universiti Malaya (UM) yang dituduh membawa masuk dua ahli politik pembangkang - yang dijadual didengar hari ini - telah ditangguh sehingga tarikh yang belum ditetapkan.
Kesemua pelajar berkenaan diminta hadir pada jam 9 pagi tadi, tidak dipelawa masuk.
Selepas menunggu sehingga jam 11 pagi, mereka baru dimaklumkan oleh pegawai berkenaan bahawa perbicaraan kes itu ditangguhkan.
Pegawai berkenaan juga enggan memberitahu sebab-sebab perbicaraan itu ditangguhkan dan menyatakan itu adalah hak mereka (untuk menangguhkannya).
Perbicaraan tersebut melibatkan anggota dan pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM) dan Persatuan Bahasa Cina UM (PBCUM) itu akan berjalan di fakulti kejuruteraan universiti itu pada jam 10.30 pagi.
Muhammad Haafizuddin Abererah dan Abu Ubaidah Amir Abdul Malik dituduh membenarkan setiausaha kepada menteri besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad melibatkan diri dalam aktiviti pertubuhan itu.
Pada 16 Mac lalu, Nik Nazmi menyampaikan ucapan perasmian mesyuarat agung persatuan tersebut selepas diseludup masuk ke kampus dengan motosikal seorang mahasiswa setelah kenderaannya dihalang.
Manakala enam aktivis PBCUM - yang enggan nama mereka didedahkan - dituduh mengundang exco kanan Selangor, Teresa Kok dan ahli jawatankuasa pusat MCA Wong Nai Chee mengadili satu program debat, bulan lalu.
Dua lagi pemimpin politik - wakil rakyat DAP Teoh Nie Ching dan seorang pemimpin MCA Selangor, Victor Gu - pula terlibat pendebat di acara itu yang dihadiri kira-kira 1,000 orang.
Jika dibuktikan bersalah, mereka masing-masing boleh dikenakan tindakan, antaranya diberi amaran keras, denda tidak melebihi RM200, digantung atau dipecat daripada universiti berkenaan.- Malaysiakini
______________________________________
KEBAJIKAN ANDA KEUTAMAAN KAMI
WE UNITE FOR UM
http://promahasiswaum.blogspot.com