Pilihanraya Kampus (PRK) yang baru sahaja melabuhkan tirainya pada minggu lepas telah meninggalkan kesan yang mendalam terhadap masa depan demokrasi di Malaysia.
Tindakan bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) yang diterajui oleh Timb. Naib Canselor (TNC) HEP universiti yang bertempur secara terang-terangan dengan gerombolan anak muda yang merasakan diri mereka berhak untuk dipilih sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar/Mahasiswa (MPP/MPM), telah merobek-robek nilai sebenar yang harus dimainkan oleh HEP selama ini.
HEP yang seharusnya memainkan peranan secara adil selaku jawatankuasa PRK ternyata telah mengecewakan kebanyakan mahasiswa yang mencintai perjalanan demokrasi ini yang seharusnya pada mereka berlaku secara telus & adil.
Tidak hairanlah di kebanyakan universiti-uninersiti utama di Lembah Klang, mahasiswa bangkit meluahkan ketidakpuasan hati mereka kerana benar-benar sedar bahawa mereka telah ditipu & dibodohkan.
Tidak cukup sekadar penyelewengan amanah yang dilakukan oleh pihak HEP, mahasiswa juga telah dibuli dengan satu sistem pengundian yang sangat tidak masuk akal iaitu sistem e-undi. Mekanisme perjalanan yang kabur & tidak dipercayai secara 100%, diburukkan lagi dengan penipuan jelas seperti apa yang berlaku di UPM.
Di UPM, keputusan yang terpapar sebaik sahaja pengundian ditutup, jauh berlainan dengan keputusan yang diumumkan secara rasmi selepas itu. Bahkan HEP sanggup pula untuk membatalkan kemenangan 7 mahasiswa yang didakwa bertanding atas entiti kumpulan.
Hal yang lebih kurang sama berlaku di UKM apabila keputusan akhir yang diumumkan berlainan daripada keputusan yang terzahir di peringkat awal.
Segala elemen-elemen ini ternyata telah mengundang kemarahan berganda di peringkat mahasiswa. Demonstrasi, rapat umum, bantahan terbuka, pendudukan pusat pentadbiran & perfailan kes di mahkamah selama seminggu ini dilihat merupakan menifestasi sebenar kepada kemarahan mahasiswa.
Mungkin banyak lagi tindakan-tindakan mencabar yang bakal dilakukan oleh mahasiswa dalam seminggu dua ini. Pastinya di peringkat seluruh rakyat Malaysia tertunggu-tunggu aksi hebat yang bakal dijelmakan oleh gerombolan mahasiswa ini.
Semua itu pastinya sukar. Namun dengan keyakinan yang utuh terhadap nilai-nilai keadilan dalam perjuangan yang dilagangkan, kita cukup yakin bahawa mahasiswa pada generasi ini akan terus melakar sejarah & landskap baru dalam perjuangan gerakan mahasiswa!
Hidup mahasiswa & anak muda Malaysia!
Shazni Munir
PERJALANAN YANG JAUH ITU BERMULANYA DI SINI
-
(Gambar hiasan)
:قال البخاري
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ
عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ ...
4 years ago