
2 Ramadhan 1432H. [MOD] -
Kurang  empat jam selepas Malaysiakini melaporkan seorang penduduk tetap (PR)  yang memegang kad MyPR merah telah didaftarkan sebagai pengundi baru,  dia nampaknya telahpun menjadi warganegara.
Dia  kini mempunyai MyKad biru, berdasarkan semakan pada sistem dalam talian  yang sama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di mana butiran  pendaftarannya sebagai pengundi, direkodkan.
Semakan  pada sistem pengesahan dalam talian JPN sebanyak dua kali - pada jam  5.48 petang semalam dan 11.30 pagi ini - menunjukkan nama Mismah adalah  berstatus PR yang telah mengambil kad MyPRnya (No 640704715238), kad  pengenalan bagi PR.
Apabila  nombor yang sama dimasukkan ke dalam sistem pengesahan dalam talian  SPR, Mismah yang sama adalah pengundi berdaftar yang baru.
Bagaimanapun,  satu lagi semakan dengan sistem JPN pada jam 3 petang ini menunjukkan  hasil yang mengejutkan - Mismah telah menjadi warganegara dengan Mykad  biru.
Statusnya  pada sistem pengesahan dalam talian SPR kekal sama pada jam 3 petang -  pengundi yang baru berdaftar dalam senarai daftar tambahan pemilih yang  dipamerkan oleh semakan umum.
malaysiakini/-
