
26 Ramadhan 1432H. [MOD] -
TOKYO 26 OGOS : Perdana  Menteri Jepun, Naoto Kan mengesahkan peletakan jawatannya hari ini, bagi  memberi peluang kepada Perdana Menteri keenam negara memulihkan negara  matahari terbit itu daripada kesan bencana Mac lalu. 
Peletakan jawatan Kan  selepas enam bulan ditimpa gempa bumi dahsyat 11 Mac lalu dan masalah  kebocoran reaktor nuklear menguji kepimpinan beliau. Kejadian itu  menyebabkan kecekapan pentadbiran beliau diuji dan kegagalannya mengawal  krisis yang melanda Jepun dikecam.
Selepas terselamat daripada  undi tidak percaya pada Jun lalu, Kan berkata, beliau akan melepaskan  jawatannya dengan syarat tiga rang undang-undang diluluskan iaitu bajet  kedua, rang undang-undang bajet pembiayaan dan undang-undang  menggalakkan penggunaan tenaga boleh diperbaharui. 
Hari ini, dua rang undang-undang terakhir diluluskan. - AFP 
 
