8:30 PM DRS. KHALIL IDHAM LIM
3  Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] - DAP menggesa supaya dilakukan audit penuh  terhadap kerugian akibat skandal kewangan yang didakwa berlaku sewaktu  pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pemimpin  veteran DAP, Lim Kit Siang - dalam satu kenyataan semalam - berkata  langkah itu perlu kerana pentadbiran sekarang "nampaknya seperti tidak  mengambil sebarang pengajaran daripada (skandal yang lalu)".
Katanya,  rakyat Malaysia terkejut dan marah dengan komen sinis bekas Perdana  Menteri, Mahathir Mohamad yang menjustifikasikan tindakan kerajaan  menyelamatkan MAS yang mengakibatkan kerugian dana awam, atas alasan  terdapat kes yang lebih teruk daripada itu selepas beliau (Dr Mahathir)  bersara.
Lim  (kanan) menyifatkan alasan Mahathir semalam untuk menerangkan tindakan  menyelamat MAS membabitkan RM1.8 bilion sewaktu pentadbirannya sebagao  "logik sesat".
Bekas  perdana menteri itu membidaskan pihak media yang menurutnya hanya  memberi tumpuan kepada perkara itu, sedang orang lain, contohnya  pengganti beliau, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, juga kerugian  sejumlah besar wang awam.
Lim  menganggap penyelesaian antara bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin  Ramli dan pihak pengurusan Danaharta Nasional Bhd, sebagai kesinambungan  contoh yang dibuat oleh Dr Mahathir, dan berkata sudah tiba masa untuk  menyiasatnya.
Oleh  itu, katanya, sudah tiba masanya untuk melakukan audit penuh kerugian  RM100 bilion dalam skandal-skandal kewangan selama 22 tahun Tun Dr  Mahathir menjadi perdana menteri,  "terutama apabila kerajaan Najib  nampaknya seperti tidak mengambil sebarang pengajaran daripadanya." (MK)