Kemajuan Untuk Semua Bangsa Tanpa Mengira Warna Kulit atau Bangsa di bawah Agama Islam

Instagram

Instagram

Suara Ketenangan

Revolution Ads

Revolusi

ASSALAMUALAIKUM
LAMA DAH TAK MENULIS DALAM RUANG MAYA NI.
RASA RINDU UNTUK BERTEMU PEMBACA SEKALIAN,
SESUDAH KITA BERADA PADA 25 RAMADAN,
KINI KITA AKAN MERAYAKAN HARI KEMENANGAN,
NAMUN BAKI RAMADAN HARUS DIAMBIL KIRA KERNA KITA HARUS MENCARI MALAM 1000 BULAN,
SESUDAH SELESAI PILIHANRAYA-13 MEI YANG LALU,
KINI RAKYAT DAH RASA KESAN DARI PENGEKALAN BN,
HARGA BARANG MELAMBUNG NAIK
YANG HAIRAN NYA RAKYAT YANG PAKAI PORSCHE,FERRARI DAN KERETA MEWAH LAIN
SEMUA NAK BARANG TURUN,
RAKYAT KAMPUNG PULA TAK NAK HARGA BARANG TURUN,
SEBAB ITU MEREKA KATA SYUKURLAH MALAYSIA AMAN MAJU JAYA,
TAPI RAMAI PULA KENA TEMBAK,
AMAN LAGI KER MALAYSIAKU INI,
LEPAS TU CERITA SYIAH PULAK MENJELMA,
SYIAH ITU SESAT,
SUDAH SESAT LAGI MENYESATKAN PULA,
MENGKAFIRKAN SAHABAT NABI ITU ADALAH KESESATAN TERBESAR SYIAH,
NABI PERNAH KATA SIAPA YANG HINA SAHABATKU IBARAT DIA MENGHINA AKU,
NAH APA LAGI YANG HEBATNYA TENTANG SYIAH,
PERNAH TOKOH SYIAH MELAKUKAN 9 KESALAHAN DALAM MEMBACA AYAT AL-QURAN,
LAWAK SUNGGUH
MEREKA MENGATAKAN MEREKA PENCINTA AHLUL BAIT,
TAPI MEREKA TURUT MENGHINA AHLUL BAIT TANPA MEREKA SEDARI,
MEREKA INI PEROSAK YANG MEROSAKKKAN IMEJ ISLAM DI MATA BARAT,
DAN BARAT SUKA DENGAN SYIAH INI
MEREKA MELAKUKAN KEROSAKAN PADA UMAT ISLAM TANPA SEGAN SILU,
ALLAH SELAMATKAN KAMI DARI KANSER UMAT INI,
SELAMATKAN PERJUANGAN ISLAM DAN JATUHKAN TAGHUT
HANYA PADA KAU KAMI MENYEMBAH DAN MEMINTA PERTOLONGAN.
AKHIRNYA, MARI KITA RENUNGKAN SEJENAK
ISU DUNIA MASA KINI DAN KEBIJAKSANAAN UMAT DALAM MEMILIH PEMIMPINNYA.


Harakahdaily, 23 Apr 2013
KUALA LUMPUR: Selepas media BN menyiarkan gambar seorang lelaki India mencium calon BN Shah Alam, Zulkifli Nordin,  Naib pengerusi MIC Shah Alam C Supayah bersama 104 pengikutnya keluar meninggalkan MIC.

(Seorang India berpakaian BN mencium Zulkifli Nordin. Kesannya, Naib Pengerusi MIC Shah Alam bersama 104 pengikutnya keluar MIC)

Ia dibuat sebagai tanda bantahan terhadap Barisan Nasional (BN) kerana meletakkan Datuk Zulkifli Noordin sebagai calon di kerusi Parlimen Shah Alam.

Perkembangan terbaru ini memberi tamparan hebat kepada BN terutamanya dalam misi untuk merampas negeri Selangor dan pemimpin utama MIC S Vell Paari juga pernah memberikan amaran sama sebelum ini, lapor The Malaysian Insider.

"Ya, hari ini saya hantar surat keluar parti... seramai 104 pengikut saya juga mengambil tindakan sama," kata Supayah apabila dihubungi laman itu.
Supayah yang memegang jawatan sebagai Naib Pengerusi MIC Shah Alam sejak 2009 juga memberikan tiga alasan mengambil langkah keluar parti, salah satu sebab utamanya adalah kerana faktor pengumuman

Zulkifli dari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) sebagai calon BN di Shah Alam.

"Sebab pertama adalah kerana meletak calon Perkasa Zulkifli Noordin, dia sebelum ini telah menghina masyarakat India dan penganut agama Hindu.

"Bukankah itu jelas penghinaan?" kata Supayah lagi.

Faktor kedua yang menyebabkan beliau mengambil keputusan tersebut adalah kerana tindakan Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Mohd Zin memijak kepala lembu pada tahun 2009 disamping tindakan calon BN Che Johan Che Pa di Pasir Mas yang memberikan laluan kepada Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali untuk mempertahankan kerusi parlimen tersebut.

Zulkifli Nordin adalah Naib Presiden Perkasa.

Sebelum ini tersebar video beliau menghina tuhan orang India yang beragama Hindu.

Di Pasir Mas pula, Datuk Ibrahim Ali bertanding sebagai calon bebas selepas namanya tidak terpilih sebagai calon BN.

Ketika Umno memecat 61 pemimpinnya kerana bertanding calon bebas, calon BN di Pasir Mas tiba-tiba tidak memfailkan namanya di hari penamaan calon.

Ibrahim telah merayu kepada Umno supaya tidak bertindak ke atas Che Johan Che, Naib Ketua Umno Bahagian Pasir Mas kerana tidak memfailkan namanya sebagai calon BN di situ.

at 4/24/2013 02:02:00 AM Posted by Unknown 0 Comments

Tuesday, April 23, 2013


Mula-mula baca dulu bagaimana BERNAMA cuba menonjolkan imej ganas penyokong PAS dalam insiden ini..

Dengan tajuk besarnya "Media terkejut kematian jurukamera RTM dalam pergaduhan dengan penyokong parti politk."
Kelab Akhbar Kebangsaan (NPC) Malaysia hari ini melahirkan rasa terkejut dengan kematian jurukamera Radio Television Malaysia (RTM) selepas pergaduhan dengan seorang penyokong parti politik di Gua Musang, Kelantan.

Presidennya Mokhtar Hussain berkata adalah menyedihkan apabila seorang wartawan perlu membayar dengan nyawanya tatkala berlangsungnya kempen bagi pilihan raya umum ke-13.

Jurukamera itu, Mohamed Yaakub, 61, meninggal dunia akibat serangan jantung di rumahnya di Bandar Lama di Gua Musang pada kira-kira 12.45 pagi.

Beliau sebelum itu terlibat dalam pergaduhan dengan seorang penyokong parti politik yang kereta penyokong itu menghalang laluan ke rumahnya yang terletak berhampiran dengan markas PAS.

Mokhtar berkata semua pihak terlibat dalam kempen pilihan raya perlu menjaga emosi mereka dan tidak melepaskan kemarahan kepada pihak lain termasuk wartawan ~ Bernama

Itu apa yang telah dilaporkan oleh Bernama.. dan berikut pula adalah apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan Jurukamera RTM tersebut meninggal dunia..

Mohamed Yaakub, 61, yang berkhidmat dengan RTM lebih 20 tahun sebagai jurukamera sambilan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang kira-kira jam 1 pagi selepas sesak nafas.

Kejadian itu berlaku di hadapannya isterinya, Wan Thahirah Wan Ibrahim, 52, yang menyedari selepas mangsa menekan hon kereta beberapa kali sebaik tiba di hadapan rumah kira-kira jam 12.45 pagi sebelum berlaku pergaduhan berkenaan.

Wan Thahirah berkata, beliau yang terkejut bunyi hon kereta suaminya itu bergegas membuka tingkap untuk melihat apa yang sebenarnya berlaku sebelum ternampak halangan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik calon Pas Dun Galas itu berada di hadapan rumah.

“Hon yang dibunyikan arwah suami supaya pemilik kenderaan terbabit mengalihkan kenderaan itu ke tempat lain kerana dia hendak meletakan kenderaannya itu berhadapan pintu rumah.

“Sebaik didatangi seorang pemandu itu mengalih kenderaannya terus memarahi arwah kerana tekan hon kereta kuat sangat dan tidak datang memberitahunya untuk mengalih kenderaan,” katanya yang mempunyai tujuh anak.

Beliau berkata, sebaik kenderaan itu dialihkan dan arwah dapat meletakan kenderaan di situ sambil membalas luahan tidak puas hati itu terhadap pemandu berkenaan.

Wan Thahirah berkata, lelaki itu terus menghampiri arwah berhampiran kereta hadapan rumah dan berlaku pergaduhan sebelum beliau menjerit.

Katanya, lelaki terbabit berhenti berbuat demikian sebelum didatangi tiga lelaki dari markas Pas untuk memberi pertolongan dengan menggosok dada arwah dan minta bersabar.

“Saya yang melihat keadaan arwah lain macam bergegas membuka pintu sebelum tiga lelaki itu memimpinnya ke dalam rumah sebelum saya mengurut tempat dia sakit,” katanya.

Beliau berkata, arwah sempat juga menelan ubat jantung, tetapi keadaan bertambah tenat sebelum menghantarnya ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk mendapat rawatan.

“Arwah disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital itu dan saya cukup sedih dengan apa yang berlaku itu walaupun arwah ada mengidap penyakit jantung,” katanya.

Mayat arwah dihantar ke bilik mayat hospital berkenaan untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu Papan, petang tadi.

Dalam pada itu, polis mengesahkan kematian Mohamed adalah disebabkan serangan jantung dan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, doktor Hospital Gua Musang yang melakukan bedah siasat ke atas jenazah Mohamed mengesahkan kematiannya berpunca daripada saluran darah ke jantung yang tersumbat.

"Siasatan awal pihak doktor dan polis mendapati tiada kesan lebam atau luka di luar fizikal (tubuh) Allahyarham," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Ketua Polis Kelantan bersama calon atau wakil Pilihan Raya Umum ke-13 Negeri Kelantan, di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu di sini, hari ini.

Jalaluddin berkata Mohamed meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Gua Musang dipercayai antara pukul 2 dan 3 pagi, selepas mengadu sesak nafas di rumahnya di Bandar Lama, Gua Musang.

Katanya sebelum itu mangsa dikatakan telah bertengkar dengan seseorang yang telah meletak kenderaan di hadapan rumahnya sebaik pulang melakukan tugasan berkaitan PRU13.

"Isteri Allahyarham dalam aduannya mengatakan mangsa telah membunyikan hon agar kenderaan jenis Hilux itu yang diletakkan di hadapan rumahnya itu dialihkan.

"Pemandu kenderaan itu kemudiannya telah mengalihkan kenderaan berkenaan dan selepas itu telah tercetus pertengkaran mulut namun telah dapat dileraikan oleh orang ramai yang berada di tempat kejadian," katanya.

Jalaluddin juga berkata Allahyarham kemudiannya telah mengalami sesak nafas ketika masuk ke dalam rumah dan memaklumkan mengalami sakit di bahagian dada tetapi telah dibawa ke Hospital Gua Musang apabila keadaannya semakin serius.

"Allahyarham bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia sebaik tiba di hospital. Allahyarham juga mempunyai rekod kesihatan mengenai penyakit jantung yang dihidapinya," katanya.

Sehubungan itu Jalaluddin meminta orang ramai tidak menyebarkan khabar angin mengenai kematian Mohamed itu yang heboh mendakwa disebabkan kerana bergaduh dengan penyokong sebuah parti politik.

"Allahyarham mungkin sebelum itu mengalami stress (tekanan)," katanya ~ Sinar Harian


  • Recep Tayyip Erdogan (Templat:IPA-tr; dilahirkan pada 26 Februari 1954) adalah Perdana Menteri Turki sejak 14 Mac 2003. Beliau adalah pengerusi Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) telah memenangi pilihan raya umum Turki 2007 dan 2011. Beliau sebelum itu merupakan Datuk Bandar Istanbul dari 1994 hingga 1998.
  • Erdogan dilahirkan di di Kasimpasa, Istanbul. Keluarganya dikatakan berketurunan pendatang dari Georgia yang menetap di Batum dan Rize. Semasa lawatan beliau ke Georgia pada 2004, Erdogan telah melawat tempat asal-usul nenek moyangnya di sana. Kehidupan kanak-kanaknya dihabiskan di Rize sehingga berumur 13 tahun. Bersekolah di Sekolah Imam Hatip dan Universiti Marmara dalam jurusan ekonomi dan sains pentadbiran. Erdogan dikatakan seorang pemain bola sepak profesional sejak berumur 16 tahun.
  • Awalan 1970-an, Erdogan bekerja di Istanbul dengan syarikat pengangkutan perbandaran iaitu IETT. Aktif politik dengan menyertai Parti Penyelamat Negara yang telah diasaskan oleh Necmettin Erbakan. Negara Turki berhadapan dengan situasi tegang kerana parti Necmettin yang condong kepada Islam telah ditentang dan dibubarkan oleh tentera Turki yang sekular dan kononnya mahu menyelamatkan negara. Sebenarnya ketika itu, tentera Turki bimbang pengaruh mereka akan berkurang dan tidak dapat menyertai Kesatuan Eropah.
    • 1980 berlaku Rampasan kuasa di Turki oleh tentera Turki dan beberapa parti telah diharamkan /dibubarkan termasuklah Parti Penyelamat Negara ( National Salvation Parti). Necmettin telah dihadapkan ke mahkamah Tentera Turki kerana cuba memecah-belah negara itu dan meninggalkan sistem sekular yang diamalkan selama ini.
      Erdogan telah meninggalkan IETT dan bekerja di sektor swasta. Beliau kemudian menyertai perkhidmatan tentera yang diwajibkan bagi semua warga Turki .
      Pada 1985 dalam pilihan raya tempatan, Erdogan terpilih sebagai wakil parlimen dari wilayah Istanbul dan menjadi calon untuk jawatan Datuk Bandar di daerah Beyoglu. Tetapi gagal memenangi pilihan raya daerah.
      Erdogan menjadi calon buat beberapa kali bagi wilayah Istanbul lewat 1980-an. Erdogan tidak mendapat cukup undi pada pilihan raya 1991.
      Erdogan terpilih sebagai ahli Parlimen dari wilayah Istanbul tetapi dibatalkan kerana sistem undi yang baru.
      • Istanbul merupakan bandar pelancongan yang menarik jutaan pelancong dari negara-negara Islam dan Eropah sendiri.
        Pada 27 Mac 2004 , ketika pilihan raya tempatan diadakan, Erdogan ditunjuk oleh Erbakan sebagai Datuk Bandar Istanbul atas tiket partinya. Parti Kebajikan menjadi sebuah parti yang kuat dan buat pertama kali Erdogan menjadi Datuk Bandar kepada Greater Istanbul atau Presiden Majlis Metropolitan Istanbul.
        Sebagai Datuk Bandar, Erdogan menonjolkan ciri-ciri popular dan pentadbiran yang berkesan dan paling layak untuk jawatan Perdana Menteri suatu ketika nanti. Semua warga Turki mahu Turki dirombak oleh Erdogan. Banyak dasar-dasar yang silap diamalkan oleh pentadbiran sebelum ini terutamanya campurtangan tentera.
        Bagi Erdogan, bersalam dengan wanita diperlukan bagi merapatkan hubungan silaturrahim. Tetapi selepas itu beliau akan memohon keampunan kepada Tuhan.
        Erdogan dilihat pro Islam pada 1998. Erdogan menjadi salah seorang dari 200 datuk bandar yang wujud di Turki. Beliau menjadi idola dan hero kepada jutaan pengundi yang pro Islam.
        1997 -Parti Kebajikan dituduh tidak mengikut Perlembagaan Turki . 1998 Erdogan bersama lain-lain pemimpin Parti Kebajikan melancarkan kempen di seluruh negara. Puak sekular yang mendokong Reformasi Ataturk melihat Parti Kebajikan telah belot terhadap Perlembagaan Turki yang menjadi peraturan paling tinggi. Perlembagaan Turki telah memansuhkan sistem khalifah sejak Empayar Ottoman . Puak fundamentalis Islam mestilah disekat. Tetapi Erdogan mendakwa dirinya seorang konsevatif agama.
        Erdogan dituduh menanamkan kebencian dalam beragama pada 1998 berikutan mengubahsuai sajak nukilan Ziya Gokalp 1913. Oleh itu Erdogan telah dipenjarakan selama 10 bulan .
        Setelah Parti Kebajikan dibubarkan, parti lain ditubuhkan iaitu Parti Kebaikan ( Virtue Party) pada 1999.
        Erdogan menjadi pemimpin kepada puak konservatif moderat ini atau reformis ini. Kemudian Parti Pembangunan dan Keadilan ditubuhkan pada 14 Ogos 2001.
        Pada Sabtu, 31 Januari 2009, Recep Tayyip Erdogan menghadiri Forum Ekonomi Dunia (WEF 2009) berhubung konflik di Gaza di Davos, Switzerland.Ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, Recep Tayyip Erdogan dan Presiden Israel , Shimon Peres . Pengerusi majlis ialah David Ignatius, penulis Washington Post. Erdogan hanya diberi 12 minit untuk berucap sementara Peres diberi 25 minit.
        Ucapan Perez mendapat tepukan gemuruh dari hadirin yang hadir. Antara ucapan Prerez ialah “Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza.”
        Kesal dengan tepukan gemuruh para hadirin dan masa singkat itu menyebabkan Erdogan menempelak ; “Kamu bunuh mereka.Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah.Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri Israel berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus.” Erdogan meninggalkan majlis itu. [1]
        Kepulangan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Ataturk Istanbul disambut oleh rakyat Turki sebagai wira .Tindakan Erdogan itu menyamai tindakan Nikita Khrushchev yang membaling kasut di PBB pada 1960. [2][3]
        Pilihan raya umum Turki pada 3 November 2002 merupakan kali pertama Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) diterajui Erdogan. AKP menyuarakan rasa tidak puas hati rakyat terhadap kelemahan ekonomi tradisional, gempa bumi 1999 dan isu-isu besar lain.
        AKP ternyata menguasai 34.3 % undi tetapi Erdogan dihalang menjadi Perdana Menteri kerana pelbagai 'kesalahan' sebelum ini termasuk ubahsuai sajak Ziyad Gokalp 1913. Sebaliknya Abdullah Gül menjadi PM sehingga Erdogan layak bertanding pilihan raya kecil pada 2003 dan menjadi ahli parlimen. Abdullah Gul kemudian memberi 'lorong' kepada Erdogan, dan dilantik menjadi Perdana Menteri oleh Presiden Turki, Ahmet Necdet Sezer.
        Pada pilihan raya umum Turki 2007, Erdogan dan AKP mengekalkan kuasa dengan memenangi 46.7% undi popular, cuma kali kedua parti memerintah menang dengan undi lebih besar. Pada [i;lihan raya Jun 2011 pula, mereka mendapat 49.8% undi.[4]




         
       





3 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Hasrat Datuk Husam Musa untuk bertembung dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Mansor di Putrajaya dalam pilihan raya umum kali ini mungkin tidak akan kesampaian.

Ini kerana, angin semakin kencang bertiup kononnya Tengku Adnan tidak akan diletakkan sebagai calon di Putrajaya kali ini.

Ini ekoran satu laporan polis dibuat ke atas beliau kerana menampar seorang pemimpin Umno tempatan yang datang berjumpa beliau.

Laporan polis yang dibuat di Balai Polis Presint 7, 5 April lepas itu dipercayai menjadi pukulan terakhir untuk mengenepikan beliau sebagai calon Putrajaya.

Sebelum ini, media mula memainkan berita kononnya Tun Dr Mahathir sendiri akan bertanding di Putrajaya.

Nama rakan Khairy Jamaludin, Zaki Zahid (gambar kanan)juga disebut-sebut bakal bertanding di Putrajaya.

Namun hubungan beliau dengan Khairy dipercayai menjadi penghalang utama kepada pemilihan beliau sebagai calon.

Zaki Zahid sebelum ini adalah Ketua Unit Dasar Pejabat Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.

Di sebalik itu, sebuah akhbar melaporkan Dr Mahathir yang sibuk berkempen seluruh negara sekarang berminat untuk bertanding di sana.

"Sumber Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib dan bekas perdana menteri itu baru-baru ini," lapor akhbar itu.

Ekoran itu, NGO yang berpusat di Kelantan, 'R' menyatakan kesediaan mereka untuk bertemu dengan jentera Mahathir di Putrajaya.

"Nampaknya Tun Mahathir risau bandar kebanggaannya iaitu Putrajaya tumbang ke tangan "Sultan Muhammad Al Fateh Melenium" aka  Dato Husam Musa," tulis Presiden R5, Nazri Deraman kepada Harakahdaily.

Bagi beliau, kerisauan Tun Mahathir ada sebabnya, kerana Tengku Adnan Mansor dilihat tidak berupaya langsung untuk melawan tokoh besar itu. 

Bagi beliau, pengunduran Tengku Adnan akan dilihat memberi kemenangkan moral yang besar kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU13 nanti.

Dilihat juga kenyataan arwah Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS yang mendoakan Mahathir lanjut usia bagi Tun melihat kemusnahan yang pernah dilakukan sewaktu memegang jawatan PM dulu menjadi REALITI dgn Kekalahan Tun Mahathir di tangan Husam Musa dalam bandar rekaannya, tulis Nazri lagi.

"InsyaAllah kami yakin dan percaya, rakyat Putrajaya dan Malaysia tidak sabar untuk melihat pertempuran paling sengit di Malaysia dalam PRU13 nanti di Putrajaya dan tumbangnya BN di Malaysia," kata Nazri.

Bagi beliau, kerusi Putrajaya akan dinilai oleh masyarakat dunia, kerana ia merupakan pusat pentadbiran Malaysia.

"R menyokong penuh kesediaan Dato Husam Musa untuk bertanding di Parlimen PUTRAJAYA, dan akan mengerahkan seluruh jentera dan aktivis R seluruh negara bagi membantu jentera kempen di Putrajaya.

"Ayuh jadilah Sukarelawan R untuk menumbangkan Tun Mahathir dan mana-mana calon BN di Putrajaya, untuk Malaysia BARU," ajak Nazri kepada semua penyokong Pakatan Rakyat.

Harakahdaily/-

at 4/14/2013 01:12:00 PM Posted by Unknown 0 Comments




3 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -


Pemilik blog yang menyiarkan video aksi seks seorang lelaki mirip Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali digesa menampilkan empat orang saksi bagi membuktikan  identiti lelaki dalam video tersebut.

NONEPresiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Amidi Abdul Manan (kiri) berkata empat saksi itu adalah tuntutan hukum qazaf 
yang perlu dipenuhi oleh mereka yang membuat tuduhan zina terhadap orang lain.

"Hanya yang jahil dan kurang menghayati ajaran Islam akan ada rasa berbelah bahagi (tentang video itu).

"Keperluan membawa empat saksi ini telah diputuskan oleh ulama-ulama terkemuka seperti Sheikh Wahbah Zuhaili dan Dr Yusof Qaradhawi," katanya kepada Malaysiakini ketika diminta mengulas dakwaan tersebut.

Menurutnya, Muslim yang berpegang kepada ajaran Al-Quran juga digesa agar tidak menyebar atau menyuburkan video sebegitu. 

"Jadi kalau (video itu) ada di Facebook juga kita digesa jangan 'Like' atau 'Share'," katanya lagi.

Beberapa blog pro-Umno semalam menyiarkan video lucah aksi seks seorang lelaki mirip Mustafa dengan seorang wanita yang tidak dikenali.

NONEMustafa dalam reaksinya dilaporkan berkata video itu adalah fitnah Umno semata-mata dan beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan yang sesuai berhubung dakwaan itu.

Pengarah Pusat Kajian Demokrasi Dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMCEDEL), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman (kiri) pula berkata penyiaran video itu akan mengukuhkan tanggapan masyarakat yang ia merupakan "kerja Umno".

"Video ini dan video-video lucah sebelum ini semuanya mula diterbitkan blog-blog yang pendirian mereka adalah pro-Umno.

"Begitu juga dengan video terbaru ini yang turut mula ditayangkan oleh pengendali blog-blog politik pro-Umno," katanya.

Menurutnya lagi, Umno perlu mengeluarkan kenyataan mengutuk penyiaran video sebegitu untuk menjauhkan diri mereka daripada mereka yang menyiarkannya. 

Berdasarkan kajian beliau sebelum ini juga, hanya sekitar 18 hingga 21 peratus pengundi mempercayai ketulenan video seks lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim dan satu lagi gambar lucah lelaki mirip timbakan presiden PKR, Azmin Ali.

Justeru, beliau menjangkakan kesan yang sama akan turut berlaku kepada penyiaran video lucah mirip Mustafa Ali itu.
Malaysiakini/-

at 4/14/2013 01:11:00 PM Posted by Unknown 0 Comments




3 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

MISSOURI - Sekumpulan penyelidik berpendapat, mereka yang kerap melayari laman Facebook adalah tergolong dalam kumpulan yang  mempunyai masalah emosi.

Ketua penyelidik dari Universiti Missouri, Russell Clayton berkata, golongan itu terdiri daripada mereka yang dibelenggu dengan masalah kemurungan, pemabuk dan penagih dadah serta masalah mental yang lain.
Kajian yang diterbitkan dalam Jurnal Pengkomputeran dan Kelakuan Manusia turut mendapati, hasil dari soal selidik dilakukan terhadap 500 pelajar, 225 daripadanya mengakui mengalami masalah emosi.

“Mereka menjadikan laman itu sebagai tempat meluahkan masalah dan perasaan. Pelajar yang mempunyai tahap kebimbangan melampau dan kesepian pula lebih cenderung menggunakan Facebook sebagai platform untuk berhubung dengan orang lain,” katanya pada laporan DailyMail.
Clayton berkata, golongan ini terlalu terdesak untuk bertemu dan berhubung dengan orang dalam talian, berbanding bertemu di tempat awam.

Bagi yang ketagih alkohol, mereka lebih berminat memuat naik gambar dalam keadaan mabuk dan perkara itu adalah satu kepuasan buat golongan tersebut.

Sinar/-

    Followers