3 Jamadil Akhir 1434 H. [MOD] -

KUALA LUMPUR: Hasrat
Datuk Husam Musa untuk bertembung dengan Setiausaha Agung Umno, Datuk
Tengku Adnan Mansor di Putrajaya dalam pilihan raya umum kali ini
mungkin tidak akan kesampaian.
Ini kerana, angin semakin kencang bertiup kononnya Tengku Adnan tidak akan diletakkan sebagai calon di Putrajaya kali ini.
Ini ekoran satu laporan polis dibuat ke atas beliau kerana menampar seorang pemimpin Umno tempatan yang datang berjumpa beliau.
Laporan
polis yang dibuat di Balai Polis Presint 7, 5 April lepas itu
dipercayai menjadi pukulan terakhir untuk mengenepikan beliau sebagai
calon Putrajaya.
Sebelum ini, media mula memainkan berita kononnya Tun Dr Mahathir sendiri akan bertanding di Putrajaya.

Nama rakan Khairy Jamaludin, Zaki Zahid (gambar kanan)juga disebut-sebut bakal bertanding di Putrajaya.
Namun hubungan beliau dengan Khairy dipercayai menjadi penghalang utama kepada pemilihan beliau sebagai calon.
Zaki Zahid sebelum ini adalah Ketua Unit Dasar Pejabat Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi.
Di
sebalik itu, sebuah akhbar melaporkan Dr Mahathir yang sibuk berkempen
seluruh negara sekarang berminat untuk bertanding di sana.
"Sumber
Sinar Harian yang mendapat maklumat daripada Pejabat Perdana Menteri
juga mengesahkan tentang pertemuan antara Najib dan bekas perdana
menteri itu baru-baru ini," lapor akhbar itu.
Ekoran itu, NGO yang berpusat di Kelantan, 'R' menyatakan kesediaan mereka untuk bertemu dengan jentera Mahathir di Putrajaya.
"Nampaknya
Tun Mahathir risau bandar kebanggaannya iaitu Putrajaya tumbang ke
tangan "Sultan Muhammad Al Fateh Melenium" aka Dato Husam Musa," tulis
Presiden R5, Nazri Deraman kepada Harakahdaily.

Bagi
beliau, kerisauan Tun Mahathir ada sebabnya, kerana Tengku Adnan Mansor
dilihat tidak berupaya langsung untuk melawan tokoh besar itu.
Bagi
beliau, pengunduran Tengku Adnan akan dilihat memberi kemenangkan moral
yang besar kepada seluruh jentera Pakatan Rakyat untuk memenangi PRU13
nanti.
Dilihat
juga kenyataan arwah Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS yang
mendoakan Mahathir lanjut usia bagi Tun melihat kemusnahan yang pernah
dilakukan sewaktu memegang jawatan PM dulu menjadi REALITI dgn Kekalahan
Tun Mahathir di tangan Husam Musa dalam bandar rekaannya, tulis Nazri
lagi.
"InsyaAllah
kami yakin dan percaya, rakyat Putrajaya dan Malaysia tidak sabar untuk
melihat pertempuran paling sengit di Malaysia dalam PRU13 nanti di
Putrajaya dan tumbangnya BN di Malaysia," kata Nazri.
Bagi beliau, kerusi Putrajaya akan dinilai oleh masyarakat dunia, kerana ia merupakan pusat pentadbiran Malaysia.
"R
menyokong penuh kesediaan Dato Husam Musa untuk bertanding di Parlimen
PUTRAJAYA, dan akan mengerahkan seluruh jentera dan aktivis R seluruh
negara bagi membantu jentera kempen di Putrajaya.
"Ayuh
jadilah Sukarelawan R untuk menumbangkan Tun Mahathir dan mana-mana
calon BN di Putrajaya, untuk Malaysia BARU," ajak Nazri kepada semua
penyokong Pakatan Rakyat.
Harakahdaily/-