skip to main |
skip to sidebar

- Almarhum Haji Abdul Malik Bin Haji
Abdul Karim Amarullah atau dikenali sebagai Prof. Dr Hamka adalah ulama
besar Nusantara yang sangat terkenal.
- Hamka dari singkatan nama Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim.
- Almarhum dilahirkan di Kampung Tanah
Sirah ( ada riwayat lain mengatakan di Kampung Molek), Negeri Sungai
Batang Maninjau, Minangkabau pada 14 Muharram 1326H bersamaan 17 Febuari
1908.
- Bapanya Haji Abdul Karim Amrullah
adalah ulama terkenal Minangkabau yang tersohor dan dianggap pula
pembawa reformasi Islam ( kaum muda).
- Menurut sejarahnya, bapa beliau pernah
dibuang daerah oleh penjajah Belanda ke Sukabumi dalam tahun 1941
lantaran fatwa beliau yang dianggap membahayakan penjajah dan
keselamatan umum.
- Hamka mendapat pendidikan awal agama dari Madrasah Tawalib yang didirikan oleh bapanya.
- Masa kecilnya, seperti kanak-kanak lain
beliau juga dikatakan lasak dan nakal. Ini diceritakan sendiri oleh
Sheikh Haji Ahmad Jelebu bahawa Hamka pernah menyimbah air kepada
penuntut lain semasa mengambil wuduk.
- Selepas itu beliau berguru pula kepada Sheikh Ibrahim Musa di Bukit Tinggi.
- Dalam tahun 1924, Hamka berhijrah ke
Jawa sempat menuntut pula kepada pemimpin gerakan Islam Indonesia
seperti Haji Omar Said Chakraminoto. Lain-lain gurunya ialah Haji
Fakharudin, Ki Bagus, Hadi Kesumo dan iparnya sendiri Rashid Sultan
Mansur.
- Hamka telah menyertai Gerakan Muhamadiah dan menerajui kepimpinan pertubuhan itu di Padang Panjang tahun 1928.
- Hamka bergiat aktif bagi menentang
gejala khurafat, bidaah dan kebatinan sesat di sana. Beliau menubuhkan
Madrasah Mubalighin pada 1929 dan dua berikutnya, Pak Hamka berpindah
pula ke Kota Makasar, Sulawesi untuk menjadi pimpinan Muhamadiah.
- Keilmuan dan ketokohan yang ada pada
beliau mendorong beberapa buah universiti mengambilnya sebagai pensyarah
dalam bidang agama dan falsafah. Antara universiti itu ialah Universiti
Islam Jakarta, Universiti Mohamadiah Sumatera Barat, Universiti Islam
Pemerintah di Jogjakarta dan Universiti Islam Makasar.
- Bagi mengiktiraf keilmuannya,
Universiti Al Azhar, Mesir telah menganugerahkan Doktor Kehormat dalam
tahun 1958 dan beliau turut menerima ijazah Doktor Persuratan UKM pada 7
Jun 1974.
- Keistimewaan Pak Hamka ialah kebolehannya menulis novel dan menghasilkan kitab-kitab agama yang terkenal.
- Berikut ialah beberapa buah buku karangan tersebut:
a. Novel
Tenggelamnya Kapal Vanderwick
Dalam Lembah kehidupan
Di Bawah Lindungan Kaabah
Kenangan Hidup
Merantau Ke Deli
Ayahku
Laila Majnun
Siti Sabariah
b. Kitab Agama dan Falsafah
Tafsir Al Azhar ( 30 Juz)
Khatib Ul Ummah ( 1925)
Tarikh Abu Bakar As Sidiq
Ringkasan Tarikh Umat Islam
Islam dan Adat Minangkabau
Tasawuf Moden
Falsafah Hidup
Lembaga Hidup
Lembaga Budi
c. Majalah
Kemahuan Zaman ( 1929)
Al Mahdi ( 1933)
Pendoman Masyarakat ( 1936 - 1942)
Semangat Islam ( 1944- 1948)
Menara ( 1946-1948)
Panji Masyarakat ( 1959)
- Hasil tulisan beliau ini banyak memberi petunjuk dan ilham kepada para pembacanya.
- Pak Hamka pernah dipenjarakan awal
tahun 1960an. Zaman pemerintahan Sukarno dan ketika kominis
bermaharajalela, selain ditangkap buku-buku Almarhum ada yang dibakar.
Di dalam penjara inilah, beliau melahirkan kitab Tafsir Al Azhar yang
menjadi bacaan ummah sekarang. Penahanan batang tubuhnya dalam sangkar
besi itu tidak dapat membunuh semangatnya untuk beribadah kepada
Tuhannya.
- Kekuatan minda dan kefasihan lidahnya
untuk berdakwah dengan susun kata yang memukau jarang dimiliki oleh
kebanyakan pendakwah. Kalau ada kisah tentang burung boleh berhenti
terbang di udara apabila mendengar kemerduan bacaan Kitab Zabur oleh
Nabi Daud A.S, maka Buya Hamka juga mempunyai magnet yang boleh meruntun
jiwa pendengarnya untuk melabuhkan punggung mendengar sebentar ceramah
dakwahnya. Hati yang keras bisa terlunak dan terpegun. Memang Allah
memberi keistimewaan besar kepadanya iaitu senjata sulit berdakwah
dengan lidahnya.
- Di Negara kita, Pak Hamka sering juga
berkunjung dan memenuhi undangan untuk berceramah termasuk di kaca TV
hingga awal tahun 1980an. Beliau sering diundang menyertai muktamar
Islam peringkat antarabangsa dan pernah berdakwah hingga ke Benua Eropah
dan Amerika Syarikat. Kata Dr H. Ibnu Sutowo, hampir kesemua perjalanan
hidupnya di dunia ini dimaksudkan untuk agama.
- Ulama istimewa ini kembali menemui Al
Khaliqnya sewaktu berusia 72 tahun pada 24 Julai 1981 jam 11.10 pagi
waktu Malaysia. Almarhum dipercayai mengalami serangan penyakit jantung.
- Rasulullah sendiri pernah bersabda yang bermaksud
“
Sesungguhnya perbandingan ulama di bumi sepertilah bintang- bintang di
langit yang boleh dijadikan panduan di dalam kegelapan di bumi dan di
laut..”
Golongan yang cuba mengelak diri dari mendampingi ulama atau
memusuhi mereka yang ikhlas untuk memandu kita di dunia ini perlulah
berwaspada. Ingatlah, peringatan Allah SWT dalam Hadith Qudsi :
“ Barang siapa memusuhi waliKu ( ulama), maka Aku akan mengisytiharkan perang terhadapnya” ( Riwayat Al Bukhari).
0 Responses so far.