27  Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -
(Laporan dari Bloomberg)
KUALA LUMPUR: Bukan
 sahaja Pakatan Rakyat yang mendakwa Datuk Seri Najib menciplak 
manifesto mereka, media antarabangsa Bloomberg juga membuat laporan yang
 sama.
Laporan
 bertajuk "Malaysia’s Najib Unveils Poll Manifesto Similar to Anwar’s" 
itu, Bloomberg melaporkan, Perdana Menteri Najib Razak berjanji akan 
melawan rasuah, menurunkan kos sara hidup dan membina lebuhraya 
pan-Borneo jika kekal sebagai kerajaan selepas pilihan raya umum nanti.
"Semua
 janji ini dibuat oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar ketika 
membentangkan manifesto Pakatan Rakyat enam minggu sebelum Barisan 
Nasional membentangkannya dalam perhimpunan hujung minggu lalu," lapor 
Bloomberg.
Semalam,
 Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menunjukkan sembilan perkara 
yang diciplak oleh Barisan Nasional dari manifesto Pakatan.
Ia
 termasuklah menaikkan royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar 
minyak dari 5 ke 20 peratus, penurunan harga kereta dan juga lebuhraya 
di Sabah dan Sarawak.
Dalam
 laporannya, Bloomberg juga menyatakan, menjelang pilihan raya kali, 
Najib telah memperbanyakan perbelanjaan kerajaan, pusingan kedua 
pemberian tunai (BR1M), menaikkan gaji pegawai kerajaan, polis dan 
tentera.
Najib juga telah memohon maaf kepada pengundi atas segala kesilapan yang BN buat sebelum ini.
"Saya mohon maaf dengan ikhlas jika kami membuat silap sebelum ini," kata Najib sebagaimana dilaporkan media antarabangsa itu.
Harakahdaily/-
