Mempersiapkan generasi pendokong kebenaran menurut Izzudin memerlukan
a) Mengadakan hubungan baik dengan setiap orang,
baik yang mempunyai komitmen pada agama mahupun tidak. Jika orang ini
berubah, maka ia akan menjadi pejuang yag hebat dan dapat menjalankan
tugas-tugasnya untuk memelihara hubungan yang luas.
b)Menanamkan rasa cinta di antara sesama manusia kerana penjajah dan yahudi telah banyak menyebarkan bibit-bibit perpecahan di kalangan masyarakat.
c) Mengajak orang yang dianggap baik dengan berkunjung ke rumahnya.
Sheikh Izzudin saling membina suasana keakraban dan persaudaraan
sehingga mencapai tahap berterus-terang untuk menyatakan tujuan
perjuangan iaitu menyelamatkan Palestin.
d) Izzudin berkeyakinan bahawa Palestin tidak akan dapat diselamatkan kecuali jika rakyatnya dibangkitkan rasa tanggung-jawabnya, lelaki, perempuan, orang awam ataupun ulama meyakini dan bangun berjuang.
- Pada tahun 1931, pasukan yang beliau bentuk telah menyerang perkampungan
Yahudi di Yagur. Dalam penyerangan tersebut tiga orang tentera Yahudi
telah terbunuh. Pasukan Izzuddin Al-Qassam meneruskan penyerangannya dan
menyebarkannya ke seluruh wilayah pergunungan. Setelah pasukan Inggeris
yang bekerjasama erat dengan Zionis bertindak mempersempitkan ruang
geraknya di Haifa, maka Sheikh Al Qassam bersama enam sahabat rapatnya
berpindah ke daerah pergunungan pada tahun 1935.
- Pasukan ketenteraan yang beliau bentuk mencapai jumlah seramai 200
orang. Dari jumlah tersebut dia membahagikannya kepada beberapa
kelompok. Setiap kelompok terdiri daripada lima orang dan salah seorang
daripada mereka akan diangkat sebagai pemimpin dan pemberi arahan. Dalam
tempoh yang agak singkat, pasukannya bertambah banyak dan mencapai
keanggotaan seramai 800 pejuang. Setiap unit yang asalnya terdiri
daripada lima orang membesar menjadi sembilan orang.
Rancangan berjalan sebagaimana yang

diharapkan. Di tahun 1935, Izzudin Al Qassam dalam usianya yang telah
mencapai enam puluh tahun keluar pada satu malam dengan mengenakan
pakaian pejuang setelah meninggalkan pakaian tokoh agama. Dia
mengumpulkan aggota keluarganya untuk memberitahukan niatnya dan
menjanjikan untuk berjumpa di syurga. Pasukan Inggeris dengan senjata
yang lengkap dan dibantu dengan pesawat bertempur menyerang pasukan
Izzuddin Al-Qassam di Ya’bad. Dalam pertempuran tersebut Izzuddin
Al-Qassam
gugur sebagai syahid bersama dua orang pejuang lainnya pada 20hb November 1935.
Orang-orang Palestin di seluruh negara
melakukan solat jenazah ghaib untuk beliau. Jenazah as Syahid Izzudin al
Qassam dengan bajunya yang berlumuran darah dibawa oleh ribuan orang ke
makam yang ada di kampungnya. Kesyahidan tiga pejuang tersebut telah
mencetuskan lebih banyak penentangan, pergolakan dan permogokan terhadap
penjajahan Inggeris dan Zionis terhadap bumi palestin. Jasa Sheikh
Izzuddin Al Qassam sentiasa dikenangi oleh orang-orang Islam terutamanya
di Palestin malahan sebuah sayap ketenteraan HAMAS (Harakah Muqawamah Islamiyah), menabadikan namanya dalam unit dan bendera mereka.

Berbicara
mengenai tradisi pergerakan Islam moden dan sejarahnya, nama Izzuddin
Al Qassam tidak dapat dipisahkan; beliau memiliki cara yang tersendiri
dalam pembinaan generasi Islam dengan menggunakan pendekatan pendidikan, kesiap-sagaan, organisasi dan jihad.
Jika diamati lagi, dalam aliran pergerakan Islam terdapat seorang tokoh
besar yang mempunyai kaedah pergerakan yang pelbagai dan dia adalah
salah seorang tokohnya.