26  Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -
DATUK
 Seri Mohd Najib Razak sudah pasti akan berdepan dengan masalah 
ahli-ahli partinya 'chah keting' sesama sendiri apabila nama calon-calon
 dari Umno yang akan bertanding di dalam pilihanraya umum ke-13 
diumumkan tidak lama lagi.
Tanda-tandanya
 memang cukup nyata. Di sana sini, ahli-ahli peringkat akar umbi sibuk 
bercerita siapa yang digugurkan dan siapa yang terpilih sedangkan 
senarai calon yang akan mewakili Umno dan bertanding atas tiket Barisan 
Nasional masih belum dimuktamadkan lagi.
Najib
 sendiri telah meminta ahli jemaah menterinya ketika mensyuarat Kabinet 
terakhir Rabu lalu supaya jangan mendengar khabar angin mengenai siapa 
yang telah digugurkan atau siapakah yang akan menjadi menteri besar 
selepas pilihanraya nanti.
Tetapi
 belum pun sampai 24 jam Parlimen dibubar, Umno berdepan dengan 
kira-kira  150 ahli Umno bahagian Kangar, Perlis yang berang meminta 
pucuk pimpinan parti tidak mengemuka calon "payung terjun" di Parlimen 
Kangar.
Mereka
 nekad bermalam didalam bas sepanjang perjalanan dari Kangar ke Kuala  
Lumpur untuk berkumpul diluar bangunan Putra World Trade Centre pada 
pagi Khamis untuk menyerah memorandum kepada Najib yang hari itu 
mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno dan seterusnya Majlis 
Tertinggi Barisan Nasional.
Mereka
 mahu supaya orang dari Umno Kangar dicalonkan untuk kerusi Kangar  
sekiranya ahli Parlimen Kangar Datuk Radzi Sheikh Ahmad tidak dicalonkan
 untuk mempertahan kerusi yang disandangnya.  
Yang
 anihnya mereka yang memprotes ini  telah bertindak bukan kerana perkara
 yang sahih tetapi atas khabar-khabar angin yang bertiup kencang yang 
Radzi tidak dicalon semula dan ulama muda Umno Fathul Bari Mat Jahya, 
yang bukan dari Umno bahagian Kangar, yang akan bertanding di Kangar.
Bayangkan
 keadaan yang akan berlaku apabila senarai penuh calon-calon Umno 
diistiharkan. Tentu ada yang akan bertindak lebih dasyat lagi daripada 
kumpulan 150 orang ini.
Sebenarnya
 senarai calon-calon BN masih didalam proses kemaskini dan akan diumukan
 seminggu sebelum penamaan calon untuk memberi masa kepimpinan parti 
memujuk yang merajuk kerana tidak terpileh dan mengambil tindakan 
disiplin kepada yang terang-terang mensabotaj parti kerana tidak 
berkenan dengan calon-calon yang terpilih.
Tetapi
 dek kerana terlalu ghairah untuk menjadi calon atau mahu orang-orang 
tertentu menjadi calon, penyokong-penyokong telah bertindak tanpa 
menunggu mendapat kesahihan berita yang bertiup kencang.  
Terlalu
 banyak spekulasi di bawah selepas pembubaran parlimen sehingga ada 
penyokong pimpinan bahagian terang-terang menyatakan pilihan hati mereka
 melalui sepanduk dan kain rentang dan juga memorandum kepada 
pemimpin-pemimpin tertinggi parti.  
Najib
 sendiri amat arif akan penyakit yang dialami Umno saban kali tiba musim
 pelihanraya dan sedia maklum ia amat susah untuk diatasi lebih-lebih 
lagi dia sendiri mahu melakukan perubahan dengan mengemuka calon-calon 
yang menepati citarasa pengundi.
Muka-muka
 baru dikalangan teknokrat and professional difahamkan akan tersenarai 
sebagai calon Umno kerana mereka menepati kriteria winnable yang 
ditetapkan olehnya.
Kerana
 takut masalah sabotaj parti sepertimana yang berlaku pada pilihanraya 
umum ke-12 berulang, Najib berterusan menasihat pemimpin akar umbi Umno 
semasa lawatan ke negeri-negeri supaya tidak melakukan perkara-perkara 
yang akan memberi kesan negatif kepada peluang Umno memenangi lebih 
banyak kerusi.
Malang
 sekali bagi parti nasionalis ini, ahli-ahlinya  tidak mengambil iktibar
 dari apa yang berlaku semasa piliharanya umum lalu.
Kajian
 parti telah mendapati 47 kerusi parlimen telah disabotaj oleh warlords 
Umno yang marah kerana diketepikan dan ahli-ahli parti meredakan 
kemarahan dengan mengundi calon-calon daripada parti pembangkang, 
merosakkan kertas undi ataupun tidak keluar mengundi pada piliharaya 
2008.
Kajian
 post mortem ke atas keputusan pilihanraya itu juga menunjukkan 
ahli-ahli Umno sendiri tidak mengundi calon Umno kerana calon-calon Umno
 telah memperolehi 2 juta undi dari 5.7 juga undi Melayu yang berdaftar 
ketika itu. 
Sekiranya
 yang mengundi calon-calon Umno kesemuanya ahli Umno, ini bermaksud satu
 juta ahli Umno sendiri tidak mengundi calon-calon Umno kerana keahlian 
Umno menjangkau 3 juta orang.
Yang untung dari pergaduhan dalaman Umno ini tidak lain dari Pakatan Rakyat.
Harakahdaily/-
