25  Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -
(Kaum Cina mendengar kuliah Jumaat TG Nik Aziz di Dataran Ilmu, Kota Bharu)
KOTA BHARU: Percayakah
 anda jika diberitahu kaum Cina juga mendengar kuliah Jumaat yang 
diberikan oleh Tuan Guru Nik Aziz di Dataran Ilmu, bersebelahan 
bangunan  PAS Kelantan.
Namun
 inilah yang berlaku yang disifatkan sebagai hasil kerjasama antara PAS,
 PKR dengan DAP di bawah Pakatan Rakyat yang telah membuahkan hasil yang
 cukup ‘manis’ untuk Islam.
Ini
 kerana  golongan bukan Islam bukan sahaja boleh menerima perjuangan 
PAS, sebaliknya turut mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh 
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Semalam,
 sekumpulan masyarakat Cina dari Hulu Langat, Selangor telah 
berkesempatan mendengar kuliah Jumaat yang disampaikan Tuan Guru di 
Dataran Ilmu, Kota Bharu.
Lawatan
 mereka selama dua hari untuk meninjau perkembangan politik di Kelantan 
selepas Parlimen dan Dun Kelantan dibubarkan dua hari lalu, mereka 
mengambil kesempatan untuk mendengar kuliah Jumaat.
Rombongan
 berkenaan mengambil tempat di ruang Pusat Penerangan PAS Negeri yang 
terletak di tingkat bawah bangunan PAS, Medan Ilmu.
Setiausaha
 Akhbar Menteri Besar Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari, ketika 
diminta mengulas perkara itu turut mengakui berhubung fenomena itu.
Malah menurutnya, ia bukannya perkara baru sekarang ini.
“Bukan
 hanya umat Islam yang melawat negeri ini mengambil kesempatan mendengar
 kuliah agama dari Tuan Guru, sebaliknya golongan bukan Islam 
juga,”ujarnya.
Sebelum
 ini ada seorang anggota Parlimen dari DAP mendengar kuliah agama Tuan 
Guru termasuk pemimpin masyarakat bukan Islam Kelantan sendiri, 
antaranya Kenny Chua.
Harakahdaily/-
