skip to main |
skip to sidebar

- As-Syahid Ustaz Abdul Qadir Audah merupakan pakar hukum dan hakim yang
berkeahlian dalam bidang Fiqh. Buku beliau yang terkenal, at-Tasyri‘al-Jina’i fil Islam Muqarrinan bil Qanun al-Wadhi’ telah menjadi
fenomena dan menciptakan perubahan yang besar pada pemikiran kaum
intelektual di Mesir karena buku ini telah memperlihatkan keunggulan
Hukum syariat atas undang- undang konvensional. Buku ini telah menjadi
referensi ulama’, ahli fiqih, praktisi hukum dan dosen di berbagai
universitas.
- Beliau
seorang yg pakar dalam perundangan islam. buku2 karangan beliau menjadi
rujukan dan kajian para sarjana islam serta para ulama'. merupakan
orang kanan Imam Hassan Al-Banna. orang hebat yang turut serta dalam
perancangan strategi Ikhwanul Muslimin semasa perang di Terusan Suez
meletus.
- Abdul
Qadir Audah seorang tokoh gerakan Ikhwanul Muslimin dan sangat
berpengaruh di Mesir dimana pada tahun 1954, ade satu perhimpunan
besar-besaran (insyaAllah jd gak di malaysia 9 julai ni) bg menuntut
Pres.Muhammad Najib (bukan PM Najib ye..) bebaskan tahanan dan tegakkan
hukum syariat di Mesir. Keadaan jd huru-hara. bg menenangkan keadaan,
Pres. Muhammad Najib mintak Abdul Qadir Audah untuk menyuraikan himpunan
tersebut. Dengan tenang beliau minta rakyat yg berhimpun bersurai dan
mereka mematuhi akhirnya bersurai dengan aman.
- Tetapi,
General Jamal Abdul Nasser tak puas hati dan merancang supaya Abdul
Qadir Audah ditangkap. Beliau dimasukkan ke dalam penjara dan diseksa.
Pelbagai tuduhan yg direka-reka bg melenyapkan pengaruhnya di kalangan
rakyat Mesir. sehingga akhirnya Abdul Qadir Audah dihukum gantung
bersama 5 lagi pejuang Ikhwanul Muslimin.
- Ketika terjadi perselisihan antara Ikhwanul Muslimin dengan Gagasan
Perwira Revolusi iaitu Gamal Abdul Nasir, Gamal Abdul Nasir telah
meluahkan permusuhannya, pembohongannya, mengingakari semua janji dan
persepakatan yang dibuat olehnya, mengkhianati amanah serta mengepung
Ikhwanul Muslimin. Ustaz Abdul Qadir Audah ketika itu sebagai Wakil Am
Ikhwanul Muslimin mengeluarkan manifesto bersejarah yang dpanggil Hadza
Bayanu linnaas yang menyatakan menolak semua dakwaan Gamal Abdul Nasir,
pembohongan, pendustaan, dan tuduhannya.
- As-Syahid Abdul Qadir
Audah menjalankan aktiviti dakwah dan tanggungjawabnya di dalam Jemaah
Ikhwan Al-Muslimin sehinggalah beliau syahid di tiang gantung pada 7
Disember 1954 atas arahan Gamal Abdul Nasir yang sangat dendam kepada
Ustaz Abdul Qadir Audah kerana kedudukannya dan kekuatan peribadi
As-Syahid. Abdul Qadir Audah dijatuhkan hukuman mati bersama
rakan-rakannya yang mulia iaitu: As-Syahid Muhammad Farghali, As-Syahid
Yusuf Thal'at, As-Syahid Ibrahim Ath-Thayyib, As-Syahid Mahmud Abdul
Latif, dan As-Syahid Hindawi Duwair.
- Pelaksanaan hukuman gantung terhadap keenam-enam Syuhada' ini
berlangsung satu demi satu di penjara Mesir selama 3 jam. Pada hari itu,
kebencian dan kemurkaan memenuhi penjuru dunia Islam. Gamal Abdul Nasir
secara zalim telah memilih untuk membunuh secara zalim keenam-enam
pejuang Islam atas dasar kebencian. Ketika Penguasa mengiringi Abdul
Qadir Audah bersama rakan-rakan syuhada' yang lain untuk dijatuhkan
hukuman mati, Hakim As-Syahid Ustaz Abdul Qadir Audah maju ke tiang
gantungan dengan berani dan hatinya mendekatkan diri kepada Allah dengan
menerima takdirnya. Perkataan terakhir yang beliau ucapkan sebelum
pelaksanaan hukuman mati ialah: "Darahku akan menjadi laknat atas
pemimpim-pemimpin revolusi".
- Allah mengabulkan doa As-Syahid Abdul Qadir Audah dan tiada seorang pun
di antara orang yang zalim ini selamat dari seksaan Allah di dunia.
Mereka mengalami tragedi secara berturut-turut. Gamal Salim, yang
merupakan Ketua Mahkamah telah menderita penyakit Saraf. Saudara Gamal
Salim iaitu Shalah Salim juga dihukum Allah dengan ginjalnya tidak
berfungsi hinggakan air kencing tertahan serta mati keracunan. Syamsu
Badran dijatuhi hukuman penjara seumur hidup. Kaunselor Abdul Hakim Amir
mati bunuh diri. Hamzah Basyuni terlanggar trak hingga tubuhnya
koyak-rabak bertebaran di tanah. Al-Askari Ghunaim ditemukan mati di
tengah kebun. Ash-Shaul Yasin pula telah diserang untanya sehingga retak
tulangnya dan mati. Dan banyak lagi pemimpin-pemimpin yang zalim
dihukum Allah atas kezaliman mereka. Kita lihatlah Allah menunjukkan
Kekuasaan-Nya terhadap mereka yang berani melakukan kezaliman. Gamal
Abdul Nasir yang masih hidup, maka kehidupannya dipenuhi dengan
ketakutan dan keresahan tidak kira dalam lena atau terjaga. Bahkan
kuburnya digenangi aliran air. Semua ini patut menjadi iktibar bagi
orang-orang yang menginginkan kezaliman agar bertaubat kepada Allah.
0 Responses so far.