26  Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -
KOTA BHARU: Biar pun sering menjadi mangsa fitnah namun
 Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berdoa dan berharap mereka akan 
berubah suatu hari nanti.
Menteri Besar berkata, beliau tidak akan ambil tindakan mahkamah ke atas
 golongan terbabit biar pun kerap lagi melemparkan tuduhan fitnah 
terhadapnya.
“Umno yang tolak Islam, saya minta agar semua orang Umno dapat menerima 
Islam sepenuhnya. Macam mana kalau dah tolak Islam, amalan nak diterima 
Allah.
“Tolak Islam kerana menganggap Islam dah habis tempoh adalah berdosa,” 
katanya selepas merasmikan majlis penyerahan Pawah Rusa kepada 10 
peserta di Pejabat Veterinar hari ini.
Mengenainya tindakan media menyiarkan separuh sahaja ucapannya, beliau 
berkata, itu satu kesalahan dilakukan pengamal media terutamanya yang 
dimiliki Umno.
“Sebab itu kita tak hairan ucapan kita sering diputar belitkan oleh media mereka,” katanya.
Beliau juga berkata, mereka yang menyokong perjuangan Islam namun 
kedekut dan tidak ikhlas dalam sembahyang pun tidak mendapat pahala.
Sementara itu kerajaan melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar 
memperuntukkan RM220,000 bagi melaksanakan penternakan rusa di negeri 
ini.
Anggota Exco kerajaan negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata, 
seramai 10 peserta pertama dipilih Jabatan Veterinar sebagai projek 
perintis menternak rusa di Kelantan.
Hadir sama Speaker Dun Kelantan, Datuk Nasuruddin Daud, Timbalan 
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Dr Suratan Kamaruddin dan 
Timbalan Dekan Falkuti Veterinar UMK, Dr Mokhtar Arshad.
Harakahdaily/-
