27  Jamadil Awal  1434 H. [MOD] -
KUALA LUMPUR: Presiden
 PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempersoal kenapa baru 
sekarang BN mahu berjanji itu dan ini dalam manifesto mereka, sedangkan 
parti itu telah memerintah negara sudah lebih 50 tahun.
Bercakap
 dalam program Bicara Minda dan Sesi Dialog anjuran Sinar Harian petang 
ini beliau berkata, janji dalam menifesto terbaru BN itu sepatutnya 
sudah selesai lama dahulu kerana mereka mempunyai kuasa untuk 
melaksanakannya.
"Manifesto ini benda yang belum buat lagi. Masalahnya dia (BN) dah perintah 50 tahun lebih, kenapa tak buat lagi. 
"Kenapa
 dah merintah 50 tahun lebih baru nak turun harga kereta, bila kita 
(Pakatan Rakyat) nak buat baru dia janji nak buat, dulu dia tak tahu 
maca mana nak turunkan harga kereta?," soalnya disambut tepukan gemuruh 
hadirin.
Negeri
 yang ditadbir Pakatan Rakyat pula katanya, biarpun baru berusia empat 
tahun lebih, namun telah berusaha membuat perubahan memenuhi kepentingan
 rakyat setakat kemampuan dan kuasa yang ada pada kerajaan negeri.
Malah
 dalam banyak perkara, negeri negeri Pakatan Rakyat dilihat lebih 
mendahului BN dalam memperkenalkan perubahan dalam memberi bantuan 
kepada rakyat.
Sehubungan
 itu rakyat ujarnya boleh menilai kemampuan dan keikhlasan kedua-dua 
parti dalam manifesto masing-masing dan tidak tertipu dengan 'pancingan 
undi' menjelang pilihan raya.
"Masa
 pilihan raya kecil Kuala Berang dulu dia boleh kempen nak buat lapangan
 terbang di Kuala Berang pada hal lapangan terbang Kuala Terengganu ada 
dah," katanya lagi.
Dalam
 dialog yang membicangkan tajuk 'Kerajaan Berkebajikan: Persepsi dan 
Realiti' itu, Tuan Guru Abdul Hadi turut ditanya adakah apa pemerintahan
 BN selama ini boleh dikira sebagai berkebajikan kepada rakyat.
Abdul
 Hadi dalam jawapannya berkata, berkebajikan bukan sahaja soal 
membangunkan negara secara fizikal tetapi lebih penting dari itu adalah 
bagaimana mengurus hasil negara secara amanah dan adil.
Masalah
 yang berlaku sekarang ini katanya apabila pemimpin yang dilantik tidak 
amanah dalam menguruskan hasil negara sehingga berlaku kebocoran dan 
salah guna kuasa.
"Saya
 tidak nafikan apa yang dibuat kerajaan ini ada nilai berkebajikan, 
infrastrukturnya, eletriknya, jalan rayanya,  itu kebajikan, tapi 
bagaimana menguruskannya.Yang 2 bilion jadi 4 bilion. Negeri Terengganu 
negeri darul iman, tapi sekarang jadi darul runtuh
"Masalahnya
 bocor, tangkap ikan letak dalam bubu, dapat sekor masuk, dapat sekor 
masuk,  tapi bila angkat bubu, ikan ada sikit, tengok bawah bubu bocor,"
 katanya memberi analogi.
Dialog hari ini dipengerusikan oleh Kolumnis Sinar Harian Tan Sri Abdullah Ahmad.
Pada
 awal program tadi turut mengucapkan terima kasih kepada Tuan Guru Abdul
 Hadi kerana menjadi presiden parti politik pertama tampil ke pentas 
Bicara Minda Sinar Harian.
"Untuk
 rekod, saya tulis surat kepada semua parti termasuk parti pemerintah, 
tetapi yang paling cepat jawab adalah Datuk Seri Abdul Hadi," katanya.
Harakahdaily/-
